Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, July 30, 2008

Ujian Allah SWT






Sesekali pandang pada gambar tu ..macam takde kaitan saja ....sabar dengan sampah dalam longkang ...
Sampah Dalam Longkang Tepi Dewan Makan ...Angkara siapa ? siapa patut Ambil ?aku ...kau ?.awak? saya? demo ?Yang pasti adalah dia????? itulah ujian yang perlu ditempuhi oleh para Pendidik (Terutama warden )cakap kering air liur, nasihat nasihat terus nasihat tapi macam tak ade apa2 plak ......Bayangkan bagaimana Rasulullah berdakwah Kepada Bani Quraissssss......perkara besar .....Baginda terus dengan bersabar ..so kita ...yang kecil ini tak mampu bersabar???

Petang Tadi Masuk Kelas Ting satu .kelas luar sidang (mengantuk budak budak tu !!!! nak atasi buat lah aktiviti macam2 maklumleeee waktu kritikal jam 3:25 petang ...Pend Islam Plak )...Tajuk :SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH SWT....nak kongsi lah sikit tentang tajuk ini .......

Bila sebut ujian Allah kita akan bayangkan dengan kesusahan ,musibah ,bala .bencana ..... macam orang kata sudah jatuh ditimpa tangga terkena tahi ayam plak ....hu hu huuu kesian ...itulah gambaran orang yang menerima musibah ....
musibah atau bala adalah ujian Allah kepada hambanya ...nak uji ...nak pasti ,nak tahu sejauh mana keimanan hambanya menghadapinya ..Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya.
sebenarnya Ujian Allah bukan hanya pada mala petaka,bencana tetapi Allah juga menguji hambanya dengan kedudukan ,harta benda.pangkat dan kedudukan ....ini yang menakutkan ..kerana kita tidak sedar dan sentiasa alpa leka dengan pangkat, harta dan yang berbentuk kelebihan ini ...kita tak terasa kita sedang diuji ....rupanya ....

Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji.apakah ujian yang allah beri kita tak pasti ....dan tugas kita sebagai Manusia , perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah.

Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan.

Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan sabar.

Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.

Malah, apabila ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasaalahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar.

Ada pula hampir melupakan bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

Ditinjau keadaan dunia hari ini, dalam era globalisasi yang dicirikan ruang siber, teknologi maklumat dan digital, umat Islam tidak terkecuali daripada pelbagai masalah, ujian dan cabaran.

Bagaimanapun, pengalaman dan kenyataan menggambarkan ramai antara kita tidak bersabar menempuh ujian dan cabaran. Malah, ada segelintir umat Islam tidak dapat menerima perubahan dan peralihan struktur sosial, ekonomi dan teknologi, yang akhirnya menyebabkan mereka terpinggir dalam penguasaan teknologi.

Ini berkait rapat dengan sikap ketidaksabaran dalam penerokaan ilmu di mana cabaran dan masalah dianggap menyusah atau membebankan.

Dalam pada itu, kita sering mudah tunduk kepada tekanan emosi dan nafsu dalam menghadapi persaingan mengejar kemajuan kerana sikap tidak sabar untuk berkuasa.

Kita tidak sabar dengan nafsu materialisme hingga memilih jalan mudah untuk mencapai kedudukan. Malah, ada yang terbabas daripada tuntutan Islam sehingga mengamalkan perbuatan yang terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa.

Kita juga tidak sabar apabila ditegur atau dikritik walaupun teguran itu untuk kebaikan bersama sehingga mencetuskan krisis berpanjangan. Kita juga tidak sabar apabila diuji dengan sedikit masalah seperti kesusahan, kerugian, kerenah keluarga, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.

Umat Islam tidak seharusnya bercakap kosong, tetapi mampu bertindak berbekal kesabaran di dada, menangani keadaan yang berkemungkinan memudaratkan serta disusuli dengan menunaikan kewajipan kepada Allah dan menyelamatkan diri daripada melakukan perkara mungkar.
Apapun kita dalam mendidik penuh dengan ujian ..kena banyak bersabar ...sabar ..sabar terus bersabar ...bukan kerja senang nak mendidik niii ..tadi perhimpunan cakap cakap lah jugak ...sebut pasal sampah ...jgn buang merata2 tapi ...memang allah mahu menguji aku ....
waktu lawatan SMK Dato Permaisuri ...adui depan kelas tepi kelas Ting 2/3 ada banyak sampai ....sah memang sah aku diuji lagi .....nak tahu kesabran hamba ini ditahap mana ? satu tahap berapa ? tak endah langsung bebudaknih ....

Allah berfirman lagi, bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)

Ditinjau perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan salihin, mereka juga tidak terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai kejayaan. Malah, berapa banyak di kalangan mereka yang hidup sengsara dan menderita, tetapi tetap bersabar.

Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan kesukaran hidup. Nabi Muhammad sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran menegakkan Islam tetapi dijanjikan kedudukan dan kemewahan dunia oleh kaum Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita seluruhnya.
Apapun teruskan usaha mendidik mereka ini tanpa mengenal erti peribahasa seperti mencurahkan air kedaun keladi ........ teruskan kita melangkag dalam mendidik .

From :Itik Tak Pandai Naik Basikal .........

No comments: