Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, September 30, 2008

Raya Raya gak !!!!


Get Hari Raya Graphics Here



Nak Kongsi Dari Ust Zaharuddin Untuk Kita Semua ....
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
semoga ada manfaat untuk kita semua

Puasa dan Raya

Semua Orang Happy je ...sebab nak raya !!
Betulkah ? tgk lah gambar diatas ....kalau nak ditafsirkan panjang lebar boleh kita semua huraikan ......Tentang Iman ....Tentang Kita ...tentang masyarakat .....tentang mereka ..tentang sikap kita .....tentang sahabat ...dan macam macam telahan yang ada .....cuba nilai sendiri .....sebab ianya melembangkan sejuta corak hidup manusia...........

Hanya Berapa Jam Terakhir .....Kita Di Madrasah Tarbiah ....


Cepatnya berlalu Ramadahan 1429H.....kini ia tetap pergi meninggalkan kita semua...sedihkah kita ? pastinya Ahli Ibadat ,yang akan menagis ..menangis kerana berpisah dengan bulan yang penuh barakah dan menangis dengan kejayaan melalui ujian Allah S.W.T...saban tahun kita diuji, sebab hidup kita penuh degan ujian ,ujian ,ujian untuk menjadikan kehidupan kita terurus dan bertujuan ......

Jelas sekali Tujuan hidup kita sebagai Islam itu . Orang Islam tidak berzina, tidak minum minuman keras, tidak berjudi. Ajaran Islam memiliki kewajiban sembahyang lima kali dalam sehari yang akan membuat seorang Islam selalu bersih dan dekat dengan Allah, memiliki bulan Ramadan di mana kaum muslim berpuasa dan melatih mengendalikan diri, menunaikan zakat, haji, dan sebagainya. Orang-orang Islam adalah pribadi dakwah. Kita bukan hanya disuruh untuk beribadah saja, tetapi juga bergaul dengan sesama manusia. Dengan jiran , entah dia Islam atau non-muslim, harus kita berkawan dengan baik. Itulah cara hidup Islam .

Selain itu, teologi Islam rumusannya sangat sederhana. Apa itu? Ahad, Ahad, Ahad. Tuhan satu. Cukup. Bayangkan kalau Tuhan banyak, mereka akan berkelahi. Kalau Tuhan berkelahi, apa jadinya dunia ini? ..............Hebatnya Islam .....

Mari lihat Islam ke masa depan, jangan melihat kejayaan masa silam terus. Islam ditekan di mana-mana, tetapi kita, khususnya yang ada di NegaraKita Malaysia , adalah masyarakat yang kurang bermaya . Ini sudah berubah . Kita harus lebih tegas dan berani. Kita jangan takut miskin hanya karena diancam ekonomi . Nabi mengatakan, "Bukan kemiskinan yang aku takutkan pada umatku, tapi aku takut kalau umatku ini mendapat dunia, dia mengejar-ngejar dunia sehingga dia ditelan oleh dunia."

Kekayaan dan kemiskinan dua-duanya ujian. Tapi orang lebih banyak berhasil jika diuji dengan kemiskinan, dan seringkali gagal jika diuji dengan kekayaan. Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi: "Kalau aku coba dari sekian hambaku dengan musibah, hambaku yang beriman akan menerima dengan kesabaran yang sempurna."

Di bulan Syawal ini umpamakan kita telah berhasil menjadi orang yang bertakwa, sebagaimana tujuan puasa. Macamana orang yang bertakwa itu? Dalam surat al-Baqarah ayat 177, digambarkan secara lengkap profil orang yang bertakwa itu. Allah berfirman: [Artinya] Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Baqarah [2]: 177)

Marilah kita semua jadikan madrasah Ramadahan yang telah semua kita lalui ini, menjadikan diri kita sebagai juara...bukan juara untuk AF... tetapi juara untuk menjadkan diri kita sebagai orang Yang betul betul Islam Yang beriman ....Bukan Islam pada Kad Pengenalan saja ................

Monday, September 29, 2008

Sepi ,Sunyi .Senyap.....tiada jerit jerit !!!



Balik je dari Pasar Ramadhan, terus ke Kolej Kediaman, sesaja nak meninjau ....eeeeeee seram jeeee semacam jeee ...tak ade sesiapa pun kali ini yang tinggal ..sebelum ini biasanya kalau cuti raya mesti ada yang tak balik ...sekurang kurangnya ledyneo..tapi kali ini dia pun balik sabah juga.walaupun tak raya ...bapa dia bagitau untuk memberi semangat motivasi sebab nak exam SPM ...maka tinggal kosong laaaaa Asrama kali ini ....he he he ada ? aku tak tau .......apapun yang ambil exam tu jgn sakan beraya ...yang tak ambil exam tu, rayalah puas hati ...sebab tahun depan exam sebelum raya juga...............................

(perhatian buat penghuni C 202 cantik bangat ????)

Sunday, September 28, 2008

Rajin Betul !!!




Tengok Syamazaf......memang rajin ...memalam bersihkan keta dia ...bukan apa tu nak buat raya..mesti raya sakan dia tuh ....gambar candid.baru je ambil tadi .....

Iman semut & iman manusia... siapa lagi beriman


IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Erti Hidup: Ibarat Semut, Laba-laba dan Lebah

Erti hidup dan bagaimana seharusnya menjalani kehidupan di muka bumi ini. Semoga bermanfaat bagi kita semua.

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur’an. An-Naml (semut), Al-’Ankabuut (laba-laba), dan An-Nahl (lebah).

Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Lain lagi uraian Al-Qur’an tentang laba-laba. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh (Al-’Ankabuut [29] : 41), ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabisi oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an “atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” (An-Nahl [16] : 68). Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga. Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yang sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi obat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini. Ada yang berbudaya ’semut’. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya ’semut’ adalah budaya ‘Haji Bakhil’. Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya. Entah berapa banyak juga gaya ‘laba-laba’ yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berpikir: “Siapa yang dapat dijadikan mangsa.” Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.”

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!

Friday, September 26, 2008

Terima Kasih Penghantar Kad Raya


Terima Kasih kepada mereka yang telah menghantar kad Raya...sory tak sempat nak balas ...apapun Dari Kamek yang Hina Dina ini ...Salam Aidilfitri Maap Zahir Batin .Kat atas tu kad raya kamek .....terimalah seikhlas hati ...
Terima Kasih Buat Mereka ....Nur Farahin Bt Suriani.../...Nurliyana Yaakob ../.Ashman ../...Izzul Haziq.../..M Fazdlan ./.Nurul Amirah ../.Nurfitra M Yusof../..Norsiah AM../..Norhayati Mahsen .../.Mohd Nur Aisamudin Syah ../...Ummi 2 usaha n semua ahli kelas 2 usaha(sorry marah marah malam tu ...marah marah sayang laaa tu )/ahmad at-tarmizi sekelurga .....Nur Fathiah Waziralillah 2 ilt...

Salam Salam Cemerlang PMR


Suasana Majlis bersalaman ,bermaafan putera puteri tingkatan 3 ..

Salam Aidilfitri


Jam 10.00 satu majlis salam raya telah diadakan di DSP bersama semua warga Sainsri...semoga raya kali ini lebih baik dari tahun lepas ...Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Izin Ilmu


Susana Majlis Doa Guru Buat Putera Puteri PMR 2008....semoga semua cemerlang gemilang hendaknya ...
Khas Buat Putera Puteri T3...Moga moga dapat menjadi bekalan pelayaran dan pengembaraan .

Bergunung manapun harta ...bukan kaya namanya ...jika miskin budi
Segagah manapun diri ...Bukanlah nama Pahlawan ..jika nafsu tidak dapat dilawan .
Secantik mana rupa nan ayu .bukanlah namanya ratu ..jika buruk tingkahlaku .
Setinggi manapun darjat ..bukanlah namanya mulia ...jika tiada iman didada.
Melangit manapun ilmu ..bukan namanya bijaksana..jika tidak diamal dan diguna.
Sealim mana pun warak ..bukan namanya ulamak...jika takbur dan riak .

Jadilah sepohon kayu yang lebat buahnya ,tumbuh ditepi jalan .Dilempar buah dengan batu ,tetapi tetap dibalas dengan buah .

Hakikat Benih yang bernas,hari-hari ditimpa hujan dan panas akhirnya tumbuh menjadi tunas.
Semoga Cemerlang Gemilang .

Majlis Berbuka Puasa


Majlis Berbuka Puasa SMSM 2008 ..turut meceriakan majlis ini ..YDP PIBG dan Ahli Task Force Miri ....selepas berbuka kami semua menunaikan solat Magrib kemudian solat hajat dan makan berat di Cafe Sainssri....ibubapa pelajar T3 dan YB Limbang turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini ......
(

Thursday, September 25, 2008

Majlis Khatamal Quraan dan Solat Hajat


Alhamdulilah dengan lancar dan jayanya, program ini dapat dilaksanakan petang tadi di Surau As-Syakirin SMSM...untuk sesi 2008 ...Tahniah kepada semua JK yang terlibat ...
Dalam program ini juga pihak, sekolah mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan buat anak yatim SMSM...
Majlis ini bermula jam 400 petang dengan majlis Khantam quraan ,kemudian bacaan yasin dan diikuti dengan ceramah oleh Ust Masirun JAIS miri sarawak .....
(131 keping )

Latihan Dikir Barat F5



Latihan Dikir Barat pelajar Ting 5 2008 sedang giat dijalankan , untuk persembahan hari Graduasi T5 2008 ....difahamkan 3 persembahan akan dipertontonkan pada majlis itu nanti, yang dijangkakan pada 25 OKT ...semoga kenangan selama berada di SMSM akan terus utuh terukir disanubari mereka ...masa untuk berada di sini hanya tinggal sedetik cuma saja...yang pasti perpisahan akan mereka lalui ....Bila ada pertemuan pasti ada perpisahan .......Tengoktu Sadamfm buat apa????dok ketuk gendang gik!!!

Wednesday, September 24, 2008

Prep Kat Depan Bilik Warden ...


Prep kat depan bilik Warden ...hanya untuk kelas yang terpilih sahaja...kalau nak boleh !! cuba mohon dengan warden ...gambar last adalah trofi pemenang anugerah kelas yang paling Kreatif .....tu yang dapat prep kat depan bilik warden ...best ....

Moreh ......lepas terawikh !!!! sedap


Patang tadi sempat kami bertiga ...Cikgu Fauzan ,Syamazaf dan moazmar menyiapkan MOREH SPECIAL ...cadang nak beli saja dan sedekahkan jeee kat surau tu ...tapi bila fikir fikir dan fikir terasa nak buat sendiri plak ...best kalau dapat beri makan pada bebudak tu,hasil usaha sendiri ..bukan susah pun ,dalam 3 jam masaklah semua bubur yang memang best!!!!tak caya kamek sempat beri kepada cikgu Tan dan Cikgu Goh
Hakikat kamek tak tahu !!! macamana rasa dia,sebab puasa ...tadi sempat juga minta tolong cikgu yang merasa katanya manis ...so cuba control dengan merebus lagi kacang hijau .....so rasanya mungkin sedap ..... masukan "kami masukan "lepok" biar rasa durian sikit ,tapi kurang berbau ... sebab terlalu banyak terlalu banayak...apapun kami berbangga kerana mamapu dan boleh untuk mempersiapkan bubur untuk hidangan 300 orang .....walaupun penat dan letih tapi kami rasa seronok bila tengok bubur yang siap diangkay kesurau ....nah tengoklah sendiri hasil tangan hasail usaha kami buat putera puteri ...kalau sedap komen ye...kalau tak sedap takpe kami akan memperbaiki lagi dari semasa ke semasa....

Selamat menikmati juadah hidangan kami .........

Tuesday, September 23, 2008

Persiapan Untuk Ke MSSM






Ketekunan mereka dalam persipan untuk mewakili sekolah ...2009..rakaman petang tadi untuk pemilihan ..walaupun berpuasa mereka begitu bersemangat dan bersungguh-sunguh dalam latihan ini ....

Saturday, September 20, 2008

Perjumpaan Ibupaba Guru Ting 3 Dan 5


200908.... Perjumpaan Ibubapa Pelajar ting 3 dan 5 di Dewan Sri Pahlawan, untuk membincangkan prestasi anak-anak pelajar dengan guru guru subjek, agar dihujung hari yang masih berbaki ini, ibubapa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya .Perjumpaan ini bermula jam 8.30 pagi .YDP PIBG En Amir Ismail turut hadir menjayakan program ini .
Pihak sekolah mengharapkan agar sesi ini, dapat membantu putera puteri 3 & 5 untuk lebih cemerlang lagi dalam exam mereka .

Usaha guru SMSM tiada penghujungnya ,agar cita cita putera puteri SMSM menjadi REALITI............