Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja

Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Thursday, February 3, 2011
Bukan salah kerja banyak, tapi salah diri kita yg tak buat kerja
Ya, mungkin ada yang cakap kerja aku banyak sangat sampai tak boleh balik atau balik malam . waktu kerja kita dimana buat tak kerja culas kah kita ...melenggangkah kita .tahu tak kerja kita . waktu kerja duk men FB lah, sms ngan orang lh, gosip2 ngan kawan lh. Dah tau keje banyak, wat keje lah! yang pot pet pot pet pasal bayak kerja tu dah boleh selesaikan macam macam kerja .
Ko sembang boleh lah khalil. Ko keje suruh org keja je. Cakap senang!
Ya, memang senang jeeee senang ..nak ambillah !!!tapi kalau kita niat betul ikhlas , tak banyak sebenarnya dan satu lagi . Yang pi mntak keje wat apa? ...dok kat umah jeee leee ..bukak restoran ke ..rajin kita bukak tak rajin kita tutup ...senang ...alah berkira sgt ...
keja nak gaji kerja nak pahala ..kerja nak gaji dan pahala ....
Sebuah hadis qudsi yang pernah ana baca, Allah berfirman, jika kamu dekatkan diri padaKu nescaya Aku lapangkan dadamu dan penuhkan tanganmu dengan rezeki tapi jika kamu jauhkan dirimu dariKu dapatlah yang sebaliknya. (siapa ada perawi hadis ni bagitau ye)
uh uh uh
..mohon masuk temuduga nak kerja ..time dapat kerja tak nak buat kerja pulak berkira pada yg sedikit .....
Ada tak orang macam ni?
Ada. Memang ada. Wujud dan bernyawa!
Sebab apa dia macam tu?
Sebab dia malas buat kerja yang sebenarnya bersangkut paut dengan kerja dia .....wal hal itu adalah masa kerja dia.
Pendek kata, masa kerja, buatlah kerja yang dah memang kerja kita atau
kerja-kerja yang bersangkut paut dengannya.
Bila Anda malas bekerja, itu maknanya rezeki Anda kurang halal,
sebab Anda melakukan perkara yang Anda tak dibayar, dilakukan tanpa
pengetahuan dan izin daripada majikan Anda.
Labels:
Motivasi
Friday, December 31, 2010
Mengapa kita Tewas dengan Dugaan Sebesar Hati Semut
Kenapa kita begitu lemah dalam megunyah masa kehidupan ! begitu cepat mengeluh begitu cepat mebgalah pada derita kita yg tak seberapa ...memang semua inginkan kesenangan ....namun realiti kehidupan untuk mengapai kesenangan, kesengsaraan perlu ditempuhi .....
namun terfikirkah kita ramai lagi insan yang tak bernasib baik, dari kecil sampailah dewasa gulana terus menghiasi kehidupan mereka ...jadilah manusia yag besyukur ..pandanglah pada kesusahan orang lain agar kita sentiasa beryukur jgn selalu mendongak pada mereka yang yang kaya raya agar nanti kita jadi manusia yg tamak ....Hanya paparan secebis kisah kehidupan untuk sama-sama kita renung dan
hayati.Mudahan ada rasa kesyukuran
dan Insaf atas nikmat yang diberi...
WArga BRaInS ..beryukurlah dgn apa yg kita ada kerana mereka lebih menderita dari kita ....so .
.jangan dirungut pada kesulitan yg tertanggung sebesar hati semut itu ..selamat kembali ke sekolah jadikan tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010 .. kuatkanlah semangat untuk berjaya kepuncak ..halangan itu adalah teman utuk maju kedepan ....

2011 muncul pulak ...
salam buat semua warga BRaInS dan semua warga SainSri ....semoga esok yang dilalui lebih cemerlang dan menguntungkan dari hari ini .............
Labels:
Motivasi
Monday, May 24, 2010
Tidak dapat apa yang kita minta
Adakalanya, kita rasa sedih dan berduka kerana apa yang kita hajatkan, apa yang kita impikan dan apa yang kita selalu doakan belum hadir ke dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita doakan kegembiraan, tetapi hidup kita masih penuh dengan kedukaan. Kita doakan kejayaan tetapi hidup kita masih penuh dengan kegagalan. Malah, kita doakan kekayaan tetapi kesusahan dan kesempitan hidup pula yang memunculkan diri.
Apakah doa kita tidak dimakbulkan? Adakah kita ada lakukan apa-apa kesalahan hingga apa yang kita minta, sebaliknya pula yang tiba?
Saya percaya, kita akan menjadi semakin resah jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Malah kita rasa bertambah gelisah jika bukan sahaja apa yang diminta tidak tiba, perkara sebaliknya pula yang kerap muncul dalam hidup kita. Saya juga percaya, ada dua cara untuk melihat perkara ini.
Pertama, kita boleh lihat perkara ini dan berkata, “Oh…. kenapalah nasibku begini? Kenapa apa yang aku mahu tidak tiba? Adakah ada kesalahan yang kulakukan hingga tidak berhak mencapai apa yang diidamkan? Apakah sudah ditakdirkan aku akan susah dan sedih sepanjang hayat?”
Jika kita berfikir begini, hidup kita akan bertambah sedih dan mengecewakan. Mana tidaknya. Apabila kita sudah mula rasa semua perkara tidak kena, kita akan mula sentiasa melihat perkara-perkara yang tidak kena dalam hidup kita. Hendak pergi kerja atau sekolah, tiba-tiba hujan, basah satu badan. Sedih.
Hendak menghulurkan bantuan kepada orang, entah kenapa orang itu pula tidak sudi menerima pertolongan. Sedih. Hendak menjadi rajin dan datang awal ke tempat kerja atau sekolah, dikutuk kawan-kawan dan dituduh sudah ‘buang tebiat’. Sedih.
Kedua, kita berusaha mencari maksud yang baik disebalik kejadian. Kita mencari sebab yang baik di atas sesuatu yang berlaku. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan, mungkin itu satu peringatan untuk kita lebih berhati-hati agar kemalangan yang lebih besar tidak berlaku. Jika kita dikutuk dan diumpat orang atas sesuatu usaha yang kita lakukan, mungkin ia satu ujian dan latihan agar kita menjadi lebih tabah dan sabar dalam menempuh dugaan yang lebih besar kelak.
Cara berfikir yang kedua ini adalah amat penting kerana ia bukan sahaja menghentikan kita daripada melihat kepada perkara negatif, ia juga mula membuka mata kita kepada perkara positif. Sebagaimana yang kita sudah tahu pula, perkara positif mengundang kegembiraan dan ketenangan dalam hidup kita.
Semasa saya sedang menyiapkan ijazah sarjana dalam bidang Bimbingan & Kaunseling di UIA, ada seorang pensyarah yang menceritakan sesuatu yang sangat menarik kepada saya. Kata beliau, ada satu doa yang beliau pernah dengar. Doa itu menjelaskan tentang perkara baik disebalik kejadian yang mungkin dianggap tidak baik.
Kata beliau lagi, ‘jika kita mohon kepada Allah untuk menjadi seorang yang bijaksana, Allah tidak menurunkan sifat bijaksana itu serta merta ke dalam minda atau akal kita. Sebaliknya Allah uji diri kita dengan masalah dan cabaran. Jika kita sabar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dan cabaran tersebut, hasilnya, kita akan jadi lebih bijak dan matang dalam mengendalikan masalah dan cabaran sebegitu. Bukankah itu yang kebijaksanaan yang kita doakan?’
Tambah beliau lagi, ‘jika kita mohon dan berdoa untuk memiliki kekayaan, Allah duga dan uji kita dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Jika kita sabar dan berusaha untuk keluar daripada kesempitan hidup tersebut, kita akan jadi lebih bijak dan pandai dalam menangani masalah kesempitan hidup sebegitu. Hasilnya juga, kita akan jadi lebih kaya dan mewah daripada sebelumnya. Bukankah itu yang kita mohon dan doakan?’
Hari ini, apa kata kita renungkan apa yang sedang kita mohon dan apa yang sedang berlaku. Jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, jangan cepat berduka atau susah hati. Tabahkan hati dan berusaha untuk hadapi situasi tersebut sebaik mungkin dan kita akan tersedar suatu hari nanti yang apa yang kita mohon dan doakan sudah benar-benar menjadi kenyataan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 153,
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”
Selamat mencari kegembiraan di sebalik kedukaan.

Tuesday, December 2, 2008
Air Mata Keinsafan

"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...
Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..
Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...
Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim
Labels:
Motivasi
Wednesday, October 15, 2008
Bagaimana Nak Berhadapan Dengan Orang Berfikiran Negatif

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif(bangang la kot, tak boleh komen ), berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka?
Anda hanya perlu ..
1. Biarkan Mereka Bercakap.
Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati,dendam .
Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea,kritik, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja(buat derk jeee). Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.
2. Bina Benteng Minda.
Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk ‘meracuni’ minda Anda. Nak maintan fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.
Sepeti komputer, sediakan ‘firewall’ dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.
Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar(sabau jeee leee). Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif/ yang bodoh bin banggang tak reti bahasa tadi.
Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.
Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.
So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda,(nak buat macamana dia tak belajar tinggi .ngok !!! sewwel) sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.
Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri,melemahkan semangat nak kerja , sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.
Ingat lagi tak hukum sebab dan akibat?jangan terikutkan dengan kebodohan mereka !!!!
mantap sekali..selama ne jika sy berhadapan ngan situasi 2 pasti sy pun lawan cakapnya.sekarang sy dah tahu cam na nk berhadapan ngan situasi spt ne..buang air liur ja selama ne,sekarang dgn adanya tip ne,x yah la sy susah2 buang tenaga lawan org tue.Lawan api ngan api, tak akan ada sudahnya. Tapi, bila api tu dibiarkan, dia pandai padam sendiri punya!
Labels:
Motivasi
Thursday, September 18, 2008
Perfect Score SPM Peringkat Sekolah
Macam Macam sudah yang sekolah laksanakan demi mereka , untuk mereka gapai cita cita agar suatu hari nanti mereka ini menjadi insan berguna ..berguna kepada Agama dan negara...hari ini hari kedua Program Perfect Score Peringkat Sekolah Menengah Sains Miri...sebagai program susulan selepas Perfect Score Peringkat SQL Zon Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ....
Harapan kami Guru guru ...........semoga anda Gemilang ...
Labels:
Motivasi
Friday, September 12, 2008
Motivasi Putera Puteri SPM
Sesi Bersama Bekas Pelajar Cemerlang SMKA Miri adik Syakirul yang kini sedang belajar di Universiti Kaherah Mesir dalam bidang "Kuliah Thib"..Medic laaaaa sesi ini bermula jam 9:00 malam sehingga jam 10:45 malam ...semoga suntikan semangat ini bisa membakar lagi perasaan putera puteri Sainsri untuk terus gemilang ............. turut hadir Pn Pengetua ,Semua Penolong Kanan, Guru PPI.....Kaunselor ......
Labels:
Motivasi
Thursday, September 11, 2008
Belajar dari kesilapan

Dalam hidup ini tiada seorang pun dari kita yang serba "Kamil" sempurna . selalau membuat kesilapan dan kita juga akan belajar daripada kesilapan yang kita terbuat . Manusia yang belajar daripada kesalahan atau kesilapan lepas adalah orang yang bijak.orang yang cerdik .,,,,
Cuma yang menyedihkan apabila melihat atau berhadapan dengan orang yang berkeras kepala berkeras hati ..buat dakkk jeeee, meskipun ternyata mereka salah.
Apa yang telah kita lalui , apa yang berada dibelakang kita dan apa yang ada di hadapan kita adalah satu perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita sendiri. Kita pastinya tidak mampu untuk mengubah masa lalu dan jika kita berasa khuatir tentang masa depan, ini akan menghancurkan diri kita sendiri.
Oleh itu jangan sekali2 mengisi hati dengan penyesalan masa lalu dan kebimbangan menghadapi masa-masa yang akan datang. Anda tidak akan berupaya untuk mengukir masa depan yang cerah dan anda tidak mungkin dapat mengusir masa lalu yang mencengkam jiwa jika anda berterusan begitu. Letakkan ketepi emosi yg tidak menguntungkan itu dan berfikirlah dgn waras. Kena belajar mengalihkan fikiran kita kepada sesuatu yg lain dan bukannya kenangan lalu yg pahit.
Labels:
Motivasi
Sunday, September 7, 2008
Majlis Penutupan Perfect Score Zon SQL
Majlis Penutupan diadakan lebih awal 15 minit bagi memberi ruang kepada mereka ronda2 bandar miri ....Inilah Putera puteri terpilih dari SM Sains Kuching .SM Sains Sabah .SM Sains Labuan .SM Sains Lahad Datu ..SM Sains Miri ...Lima rakan di Borneo...Salam Cemerlang ............
Labels:
Motivasi
Monday, August 11, 2008
E.X.A.M...bagaimana nih !!!?
Melihat Kejayaan Orang Lain ..Jealous ..dengki iri ....~!@#$%%^?
Selalunya didalam hidup ini kita melakukan sebuah persaingan dengan seseorang dalam menggapai sebuah impian dan cita-cita , misalnya persaingan dalam bisnes(ice blendz he he ), persaingan dalam dunia kerja, persaingan dalam pelajaran, dan lain-lain, dalam melakukan persaingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah,ada yang kecundang,macam-macam ada.. kita pasti akan sangat senang hati , jika kita berhasil,berjaya , dan pasti kita akan sangat bangga dengan kejayaan yang kita perolehi .
Lalu, kita akan sedih dan melakukan hal-hal yang diluar dugaan diri kita sendiri jika kita kalah, Jika kita melihat orang lain berhasil, sebenarnya tak perlulah pedih ,sedih untuk menerima hakikatnya, bersikaplah untuk hargai dan hormati apa yang telah orang lain capai, mencoba menyadari dari dalam diri sendiri, bahwa ini adalah waktu mereka ,giliran mereka , dari hasil kerja keras yang mereka lakukan, terimalah hakikat itu setulus hati. Terimalah dengan hati terbuka bahwa kejayaan mereka adalah usaha mereka atas hasil jerih payah upaya mereka.
Terkadang dalam diri kita ada perasaan yang kurang seneeeeeeng dengan keberhasilan lawan atau pesaing kita, atau kekayaan orang lain, terkadang muncul sifat Iri hati, kecewa, dengki,biasanya mudah mengiringi hati kita. Kita terkadang merasa lebih berhak mendapatkan kejayaan itu. walau sebenarnya dalam hati kecil kita mengakui bahwa mereka memang berhak atas apa yang mereka terima sekarang ini.
Meskipun kita tak berupaya meraihnya, namun kejayaan yang lebih besar dalam diri kita, yaitu kebesaran jiwa untuk mengucapkan selamat atas kejayaan orang lain .
Peliknya kita selalu tersasar untuk melakukan tindakan yang sepatutnya yang pada akhirnya akan merugikan diri sendiri , Yang patut kita lakukan adalah memahami dengan jiwa kita memang mereka berhak untuk berhasil, dan sebenarnya adalah suatu kesempatan bagi kita untuk belajar dari kejayaan mereka, siapa tahu ketika giliran kita berhasil, maka kejayaan yang akan kita capai, adalah suatu kejayaan yang lebih besar.
Kejayaan dan kegagalan, tetapi kegagalan adalah suatu feedback kesalahan dari tahap atau proses yang kita lakukan, oleh karena itu kita harus berusaha memperbaikinya, sedangkan kejayaan adalah buah dari hasil usaha. Maka Cobalah kita menyelami dengan penuh keterbukaan, kejayaan atau kegagalan yang kita dan pesaing kita terima, ketika pesaing kita berhasil maka kita akan juga jadi pemenang ketika kita berbesar hati dan mengucapkan selamat atas keberhasilan yang berhasil di raihnya, Anda akan terlihat seperti orang yang kalah, ketika anda mendendam, membenci dari kejayaan yang orang lain capai. dalam kesempatan ini saya ucapkan selamat dan sukses bagi para pelajar yang sedang memperoleh Kejayaan .
“Anda tidak bisa belajar bagaimana merealisasikan kesenangan dari kegagalan, sebab hampir tidak ditemukan kesenangan tanpa kegagalan”
“Tidak ada resepi misterius untuk merealisasikan kejayaan , sebab kejayaan adalah hasil dari persiapan matang, kerja keras, dan kesediaan belajar kepada kesalahan”
"ketahuilah kejayaan bukan secara kebetulan tetapi melalui jerih perih usaha yang dilakukan "

Subscribe to:
Posts (Atom)