Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, June 30, 2009

Supaya Tak Jadi Telinga Plastik ..


Berikut senarai beberapa teknik mendengar dengan berkesan semasa pembelajaran:

1. Bersedia

Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
Menanam minat terhadap mata pelajaran
Menanam minat terhadap guru yang mengajar
Tidak penat
Tidak mengantuk

2. Peralatan yang mencukupi

Alat tulis / buku nota
Buku ruukkan / teks
Kertas nota

3. Duduk dekat dengan guru

Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
Senang bertanya

4. Ulang kaji tajuk awal

Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

5. Aktif dan diam

Ambil bahagian dalam perbincangan
Jika tidak faham bertanyalah segera
Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

6. Elak gangguan

Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
Alih perhatian / prasangka

7. Catat nota

Ringkas dan padat ( kg : kampung)
Tulis cepat dan jelas
Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )

Bertudung tidak wajib .


Bertudung bukan yang wajib. Yang wajib menutup aurat.

Semua orang tau zaman sekarang ni dalam "Islamic Nation" kita ni, ramai perempuan pakai tudung. Memang betul pun. Tapi yang tutup aurat betul2 brapa ramai?

Pakai tudung, tp baju lengan pendek, seluar ketat, baju senteng, nampak seluar dalam, buah dada tak cover, apa guna pakai tudung macam tu?


Semua orang ingat kalau pakai tudung, settle. That's not the case. Aurat kene tutup. Aurat means whole body except for the face and both palms. Konsep ni yang orang mesti ingat.

Saturday, June 20, 2009

KESUMA Peringkat Sainsri 2009


Alhamdulillah berjaya juga pihak sekolah menganjurkan Kursus KESUMA peringkat sekolah Men Sains Miri ,walaupun agak lewat ..begitulah kerumitan pada tahun ini susah nak mencari ruang waktu disebabkan terlalu banyak aktiviti dan [rogaram yang dijalankan diperinbgkat sekolah ....dan kini kursus telah selamat dijalankan kini ....suasana pada malam kedua ........di Dewan Sri Pahlawan ...

Terima Kasih pada Cikgu Edmund dan JK yang mengendalikan Kursus ini .....

Program Jaya Diri Pelajar T3/T5

Sedang berlansung kem jaya diri pelajar T3/5 Sainsri dikampung sukan bermula
19 Jun 2009 sehingga 21 Jun 2009.macam macam aktiviti yang dilaksanakan dalam Kem Ini .Turut serta dalam kem ini Mantan pengetua Pn Lily Hj Morni..dalam sesi Dialog esok ...21 Jun 2009 .

Bukan Nak Tunjuk Rajin


Hari ini ambil kesempatan dicelah2 kesibukan .....alhamdulillah sempat siap juga pemasangan sistem Audio pembesar suara dari pondok pengawal setelah sekian lama tergendala kerana rosak ..banyak kesusahan yang dialami bila ibubapa penjaga nak pangil anak mereka ke taman PIBG ..dengan kesederan salah seorang bapa pelajar yang sudi meyumbangkan sistem baru ,kini ianya telah berfungsi dengan baik ...semoga sumbangan ini didapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua warga sainsri ...

rakaman detik2 pemasangan PA Sistem Baru ..........pagi tadi dengan bantuan 3 Orang Pelajar ......T2.seronok dapat membutnya sendiri ...walaupun tidak ada latihan khusus namun dengan kesungguhan dan ingin melakukan benda yang baru ,semuanya kita akan dapat buat ..cuma nak tak nak sahaja ........bukan tak fikir pada risiko tapi kalau kita asyik fikir pasal risiko jatuh ke apa ..pasti kita tak akan dapat buat ...apapun yang penting kena selalu berhati hati ...dan kita buat pun sambil ambil dan cari pengalaman ...

Wednesday, June 17, 2009

Ibubapa Tak Tahu ...

Bukan senang nak jaga kerenah 467 orang pelajar .Mungkin yang bergelar guru akan fahan dan tahu bertapa sukarnya untuk mengawal tingkah laku mereka .....tapi lebih malang kalau guru tak tahu ..........aku cakap bukan keluhan.... jauh sekali untuk luahan rasa..cuma sekadar nak kongsi apa yang berlaku saja .........terasa sedih bila kenangkan beberapa kerenah pelajar yang hari pertama semester kedua sudah buat masalah....semalam tangkap 8 orang pelajar yang kongsi duit untuk "FLY" dan beli rokok ...tapi yang memilukan hati pelajar yang cuba FLY itu ialah pelajar yang baru sahaja kena gantung ....eh eh tak sampai tempoh sebulan pergantungan ....tapi nak buat masalah lagi semacam hukuman yang dikenakan itu tidak berkesan ......aku heran dimana muka ...perasaan malu mereka ini ...........terasa semacam berbangga degan kesalahan yang dilakukan ..aku heran ..heran laaa aku ................???

Nak kata mak bapak tak ajar! ....guru tak ajar ......!.....yang pelik tu ....ada sebahagian pelajar yang komplen tentang cikgu plak ......tak itu tak ini ...bijak !!! bijak !!! budak sekarang ...............

Kasut untuk dilelong!!!!!




boleh buat tempahan !!

Sunday, June 14, 2009

Sampah .....dah bermula...???

Kebersihan itu sebahagian daripada iman."namun sampahlah yang selalu menjadi isu dan sebutan setiapa kali perhimpunan ...tak tahu sampai bila ianya akan berakhir....tak beri nasihat ? dah - tak beri amaran ? dah -kerja Amal ? dah ....aku rasa ajaran tu yang tak masuk dalam jiwa mereka sebab apa ? mungkin perasaan mereka sudah rosak ....kurang berfungsi ...keseian ...kesian ..........
atau mungkin memerlukan papan tanda seperti ini juga untuk diletakan di Sainsri ?

Friday, June 12, 2009

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A




BUAT PUTERA PUTERI SAINSRI

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.
Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

__________________

Ranking SPM 2008 SBP

Ni la untuk Sekolah Berasrama Penuh
Yg merah tu la skola sye

1 SM SAINS SEREMBAN 1.612
2 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.680
3 SM SAINS ALAM SHAH 1.754
4 SM SAINS MUAR 1.834
5 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.841
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.883
7 SM SAINS JOHOR 1.906
8 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.930
9 SBP INTEGRASI RAWANG 1.951
10 SM SAINS SERI PUTERI 1.979
11 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.990
12 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 2.004
13 SM SAINS HULU SELANGOR 2.014
14 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 2.005
15 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 2.059
16 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 2.073
17 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2.084
18 SBP INTEGRASI SELANDAR 2.075
19 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 2.110
20 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 2.108
21 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2.135
22 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.142
23 SBP INTEGRASI TEMERLOH 2.143
24 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.171
25 SM SAINS POKOK SENA 2.171
26 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 2.198
27 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 2.193
28 SEKOLAH SERI PUTERI 2.188
29 SEKOLAH TUN FATIMAH 2.221
30 SBP INTEGRASI JEMPOL 2.248
31 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.266
32 SM SAINS MACHANG 2.269
33 SM SAINS SELANGOR 2.289
34 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.305
35 SBP INTEGRASI GOPENG 2.277
36 SM SAINS SABAH 2.321
37 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 2.307
38 SBP INTEGRASI PEKAN 2.355
39 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.382
40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.409
41 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.406
42 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 2.419
43 SM SAINS PASIR PUTEH 2.437
  • 44 SM SAINS KUCHING 2.438
    45 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.434
  • 46 SM SAINS MIRI 2.440
    47 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.446
    48 SM SAINS TELUK INTAN 2.447
    49 SM SAINS KOTA TINGGI 2.444
    50 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 2.456
    51 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.604
  • 52 SM SAINS LAHAD DATU 2.621
    53 SM SAINS DUNGUN 2.637
  • 54 SM SAINS LABUAN 2.822
  • hu hu ..mari berkecek kelate ,,nak cakap kelantan


    le' ik = liat
    napa siro = penampar sulong?
    bertih = chickenpox
    retok = jambatan
    set'to = manggis
    keto galo = traktor
    tino garik = bitchy woman, perempuan jalang
    soyoK = koyaK
    tok cekak = tidak laraT,LetiH
    punoH ranoH = rosaK segala-galanya
    setaL = settle, selesaikaN
    kupiT hapaH = sangat kedekuT
    koya = perasan
    pitiH = duiT
    ngeceH = pemetiK api
    luga = mual
    kenalir = berdebar2
    semey = osman (nama orang)
    pughah = comot
    jenab = zainab
    berat muuu = terukla ko ni
    cedong = cucuk pokok padi
    > >
    BEKWOH = Kenduri
    ayat : esok demo jange lupo maghi ghumoh kawe, kawe buak BEKWOH tu
    JONGKAKO - Tukang hidang masa kenduri
    ayat : mano JONGKAKO ni, gula abih doh ni
    TOK POK - Tidak cukup masak/tidak cerdik
    ayat 1 : Ubi ni puah kawe ghebuh tok pok lagi la wehhhh
    > >
    TOK SEGUNG - Tidak sebulu
    BOK = Buku
    KALE = Pensil (arab = kalam)
    PENG = Pen
    PISA = Pisau
    PAGHE = Parang
    TUKO = Tukul
    BEDO'OH = Over acting
    GUANO = Macam mana
    SE RIAL = RM 1.00
    DUA YA = RM 2.00
    TIGO YA = RM 3.00
    PAT YA = RM 4.00
    LIMO YA = RM 5.00
    Dan begitulah seterusnya 6 ..7 ++ YA
    BUDU - Sos Bilis
    > >
    nyetok= dalam erti kata fizikal adalah cramp. contoh:nyetok kaki. kaki cramp la tu.nyetok urat. sakit urat la tu. tetapi dari makna mental, nyetok juga membawa maksud merajuk/tidak puas ati. contoh:"aku tegur skali, nyetok.tegur sekali nyetok. dia ni aku jek mampuh key baru tahu".terjemahan :"aku tegur sikit dah merajuk. aku terajang kan baru kau tahu nanti).
    > >
    kok sir/sey=hmm, tidak tau nak translate yang ni.
    ngabey= mengarut..hmm kat sini kalu ditambah dengan 'ngabey kok sir/sey' pun boleh.membawa makna yang hampir sama ttp ditambah sedikit ke'extreme'mannya.
    tubek= keluar
    rama'=ramai
    tiok = ketiak
    manis = manih leting
    tawar = tawa hebe
    masam = mase pughik
    hitam = hite lege
    co'nar = belok
    dok ca'ro = tidak hirau
    guste = undur belakang
    skil = pembaris
    co'keh = cungkil
    legu = campur
    pehe = faham
    hi'de = hidang
    so = satu
    pat = empat
    ne = enam
    ne las = enam belas
    wo uloh = dua puluh
    tigo amah = RM 1.50
    samah = RM 0.50
    si'yar = RM 1.00
    keto = kereta
    keto sodok = kereta jentolak
    keto keh = kereta pengaut
    woh se'to = buah manggis
    dok berambak = kejar-mengejar
    woh sawo nilo = buah ciku
    gong = tolol
    kutir = cubit
    gho'be = karut
    > >
    tok ca'ro = tidak kisah
    guste' = reverse
    pehe = faham
    ambat = halau
    pekdoh = faedah
    meh = mari / ikut CTH : "meh sini" (mari sini) / "Meh smeta" (mari sebentar)
    smeta = sekejap
    gapo = ape
    te' = pukul
    baloh = bergaduh
    supik = plastik
    bekah = bekas
    tohok = buang
    gak (selalunya digunakan apabila seseorang tu tengah marah/malas nk layan/EMO).Contoh : Gapo gak...Bukok gak...(Mengikut kesesuaian)
    > >
    Jerung Dinding - Bahagian tepi dinding atau bucu dinding(camtu la lbih Kurang)
    Kha`ko dinding - Kerangka dinding(
    ngulo= mengular
    bekeng=garang
    ngayat=ngorat/mengayat
    ngoya=berkhayal
    me'mmo=lembik (digunakan untuk buah)
    Aku=Kawe
    Dia = Demo
    Mereka =sek sek mu/sek sek demo/sek sek kawe
    toho = tidak dalam
    seme = malu
    ngukah = panjat
    kelih = lihat
    kekoh = gigit
    tuo bako = sangat tua
    bako = keturunan
    pe’el = perangai
    we = bagi
    kekong = dukung dari belakang
    sero = terasa
    acu cubo try test = rasa( ayat panjang tp maksud sama)
    lakoh = langkah
    come lote = sangat cantik
    takuk = sambung
    nurun = ikut siapa (nurun sapo)
    ghobek sireh = penumbuk sirik
    kucar lana@ kube lembe = bersepah-sepah
    agah = sombong
    meto = keras kepala, tidak dengar nasihat
    kerah keng = suka lawan cakap
    jek = terajang
    chocoh = jolok @ nyalakan
    gohek = cuba
    pekong = lontar
    Kelecak – Terpelanting
    Kube lana = Bersepah
    Tok kokse = Letak merata-rata
    dok ca'ro = tidak hirau
    Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
    Lonjong - Tinggi Sangat
    Masing Pekkok - Teramat Masin
    Nipih Nayyang - Sangat Nipis
    Maknga - Cuai
    Babei - Degil (Tidak Tau Nak Eja Camne)
    Jabir / Supek - Plastic Bag
    Koghok - Tengkorak
    Kehek - Muntahkan Semula
    Puahsang - Boring
    Meppeh - Tidak Larat
    Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
    kerit tupa=kena gigit tupai
    agah=sombong
    gere=wakaf kayu
    > >
    Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG(eating at the canteen)!!!
    Atau salah faham antara TIDAK PAKAI (not wearing)dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK(bercakap)Dan diantara SANGKUT(gantung) dengan SSAKUK .(hajat tidak kesampaian).
    Rasanyo setakat itu dulu perkongsian pada kali ini.nanti kalau saya ingat lagi,saya akan listkan lagi di sini,Insyaallah.. Atau ado ore klate sini nok kongsi ngan saing-saing pelawat ni,bleh list kat ruangan komen deh.begheh.Wassalam
    __________________

    Itulah ....kalau nak jadi Cikgu .........sabau sabau ...


    Sekadar Baca je laaa.......Kan Kita ni Cikgu ..........sbau nye cikgu kat pendalaman sana...

    Di Waktu Pagi
    Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

    Semasa Sesi Pengajaran

    Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

    Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

    Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

    Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

    Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

    Sesudah Habis Mengajar

    Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

    Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

    Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

    Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

    Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

    Peringatan Buat Semua Warga SMSM


    Bilangan pelajar yang membawa HP ke sekolah semakin hari semakin bertambah ....yang menyedihkan lagi bila pihak ibubapa yang membekalkan HP kepada anak mereka....bersubahat/memberi galakan kepada anak2 untuk melanggar peraturan sekolah ...kalau nak diikutkan mereka boleh berhubung dengan pihak warden untuk bertanya kahabar .........kalau beginilah SMSM tidak akan dapat mencapai sifar masalah disiplin ......entahlah aku tak faham ..kata nak yang terbaik ..tp ?????

    Petikan daripada Berita Harian, Khamis 19 Mac 2009, halaman 9

    KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) bersetuju dengan tindakan pentadbir sekolah merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.
    Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata budaya membawa telefon bimbit ke sekolah perlu ditangani segera supaya pelajar dapat memberi tumpuan dalam bilik darjah.

    'Selepas NUTP menimbang pelbagai perkara, kami menyokong baik arahan kementerian yang melarang pelajar membawa telefon kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan'.
    'Tidak ada keperluan mendesak sehingga memerlukan pelajar membawa telefon bimbit kerana di sekolah ada kemudahan telefon awam,' katanya ketika dihubungi semalam.
    Sementara itu, Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, pengurusan sekolah perlu bertindak tegas dalam memastikan arahan kementerian diberi perhatian dengan memastikan semua guru kelas yang mengetahui pelajarnya membawa telefon bimbit ke sekolah segera mengambil tindakan.
    'Bagi mengatasi masalah ini, guru yang tahu pelajarnya membawa telefon bimbit, tetapi tidak mengambil tindakan perlu juga dikenakan tindakan.'
    'Selain itu, kita tidak mahu pelajar kurang tumpuan pelajaran hanya disebabkan leka dengan telefon

    Perjalanan Ke Miri


    Pagi Tadi baru je sampai ke Kelantan dari kl ...dan petang tadi naik fligh plak ke KL plak ..eeee giler betul ....nak buat macamana tiket sudah booking macamtu ....esok ke Miri jam 8.00 pagi ...cadang nak duduk merayau rayau je kat klia ...tapi kebetulan tanya Concord Inn ada kosong ..duduk je lah ..dari memenatkan badan yang sudah kurang sihat ini ...................soo boring boring kat Hotel ni ...sempat bukak Sadau FM ...hhu hu ..posting segeat .........

    Di mana boleh cari ramai Melayu
    Pastinya di Kelantan dan Terengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa sapu

    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

    Apa hobi orang Melayu
    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika cerita hantu

    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Sambil makan junk food kacang dan muruku
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
    Ada tapi kurang sangat ke situ

    Kenapa Melayu jadi begitu
    Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah malas selalu

    Nak harap kerajaan saja bantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
    Dan suka sangat dengan budaya mengampu

    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
    Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu

    Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
    AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
    tapi apakah yang kita tahu
    cuma baca nak halau hantu


    buat renungan semua ./

    SEBAB STADIUM RUNTUH


    INILAH PUNCANYA STADIUM TERENGGANU RUNTUH ...MENGIKUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN TERSEBUT .............

    Thursday, June 11, 2009

    Kenapa Stadium Di Terengganu Runtuh ...

    Nak Tahu sebab apa stadium terengganu runtuh ?





    tunggu jawapan satu jam dari sekarang .....jawpan akan kuar pukul 8.00 pagi esok ...sekarang jam 9.00 malam ...

    babi pun gilerrrrrrrrr


    kalau anda mampu ketawa!!! ...gelak jeee laaaa

    Bunga .....


    Eh...betul keeee? betul ke kena bawa apa-apa pokok bunga nanti bila buka sekolah ?aku macam "compiuse" tak pasti ...apapun rasanya kalau tak silap cikgu linggi ada maklumkan sehari sebelum cuti .........apapun kepada semua warga SAINSRI ...apakata demi keceriaan SMSM bawalah ..satu dua tiga ..........seberapa banyak ....bukan untuk orng lain ..utuk sekolah anda ..........

    aku bunga tahi ayam banyak ...cantik bunga tu ..bau je kureng enak ...........janagan lupa bawak yeeeeee

    kena Terbang KL lagi



    Baru je balik dari SSP sempena HKSBP dan meeting pengetua ...aik !! kena panggil lagi ke KL..mak oiiiiiiiiiii terbanglah aku ...dahlah tiket problem ....dekat bukak sekolah nih !kali ini mesyuarat yang dibuat oleh BTPKPM plak berkenaan dengan Sekolah Bestari .....Aku di KL dari 09-Jun 2009 -12 Jun 2009 ...malam tiada pengisian apa lagi, jalan je laaa kebetulan dok kat Area Dataran Merdeka ..hu hu sempatlah meronda di Petaling Street dan dataran merdeka ...

    Monday, June 8, 2009

    Sekadar Renungan


    terjumpa kat www.smsainsmiri.com..satu komen yang agak menarik ...bukan apa sekadar renungan sahaja ....nak komen pun tak pandai ...apapun bleh baca sendiri leeee....

    Makluman Buat Putera Puteri SMSM

    CONTOH

    Assalamualikum salam sejahtera semua putera puteri Sainsri .selamat bercuti dan selamat menyiapkan kerja rumah ....pihak sekolah akan berusaha membayar balik tambang sehala(mungkin pergi balik) perjalanan anda dari sekolah ketempat tinggal anda ..oleh itu kepada semua warga sainsri agar dapat membawa tiket perjalanan sehala kepada pihak sekolah ,untuk membolehkan / melayakkan anda menuntut kembali tambang .....serahkan tiket kepada ketua kelas untuk diserahkan kepada PK HEM ....

    perjalanan Sainsri ke Semenanjung / Sabah tidak boleh tuntut ..terima kasih .

    Sunday, June 7, 2009

    Terima Kasih Kerana Sudi Membantu Kami .....


    Sakalung jutaan terima kasih kepada En Kamari( Nazirul 2 Usaha) kena sudi meyumbangkan wang bagi memulihkan sistem audio di pondok Pengawal yang sekian lama mengalami kerosakan ,atas rasa kekitaan ini ,pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih ....inilah satu sikap yang patut di puji kerana bukan semata-mata mengharapkan dari pihak sekolah sahaja, tetapi turut sama membantu .....

    kita harapkan semester kedua nanti semua ibubapa dapat menggunakan kemudahan ini untuk memanggil anak-anak mereka dari Pondok Pengawal .......Terima Kasih .....

    Stiker Sekolah 2009/2010



    Sejak akhir-akhir ini pihak sekolah mendapati ramai pelajar telah menerima pelawat yang bukan berdaftar dan teguran pihak Nazir juga semasa membuat pemantauan pada pertengahan mei lepas yang menegur sistem kawalan sekolah terlalu longgar oleh itu satu pendekatan keselamatan sedang diambil ........antaranya ...pihak sekolah akan memperkenalkan satu Pass Masuk ke Kawasan Sekolah ..bermula Semester kedua nanti semua kenderaan ibubapa atau staf sekolah yang akan masuk ke kawasan sekolah mesti mempamirkan stiker khas sekolah .

    Kenderaan yang memiliki pass ini tidak perlu mengisi borang lawatan apabila berkunjung ke SM Sains Miri , dan kenderaan yang tidak memiliki dikehendaki turun dan mengisi borang lawatan yang disediakan di Pondok Pengawal .....

    Pass Masuk ini hanya boleh di beli di Koperasi atau bilik Warden,pass masuk ini adalah terhad kepada ibubapa/saudara yang berdaftar sahaja (RM 4.00).Walau bagimanapun ibubapa hanya dibenarkan melawat anak dibawah jagaan mereka pada waktu lawatan sahaja iaitu sabtu selepas prep pagi dari jam 12.30 sehingga jam 5.00 petang ,Ahad Jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang dan hari cuti umun dari jam 8.00 pagi sehinga jam 5.00 petang .....

    Friday, June 5, 2009

    Bila Usia Sudah Meningkat


    Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.

    Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda Kita adalah, "selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan???"
    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai kita sakiti hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

    Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? ???

    Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke akhirat sana.

    Aduhai.. KITA bagaimana pula? usia KITA juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa KITA di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin..

    Thursday, June 4, 2009

    Aku Semakin Tak Faham !!!


    Seminggu sebelum cuti sekolah aku telah panggil seorang pelajar tingkatan 2 selepas roll call ,bukan adeape sesaja nak nasihatkan agar jgn merokok ,sebab bibir mulutnya nampak semacam sahaja ,tambahan pelajar ini baru saja kena gantung ...dalam perbualan denganya dia menafikan ,dia mengatakan sudah lama tak merokok ,sudah berenti .apapun aku berharap seperti yang dia cakap.....tup ttup tekejut aku bila Cikgu Norhisyam Call katanya dia tangkap dua orang pelajar yang FLY (instilah keluar haram kat SBP)dia sebut nama budak tu beli rokok .eh eh eh MasyaAllah apa nak jadi dengan budak ini ..pagi nasihat petang buat hal ...tak sampai 5 jam ...aku jadi tak faham dah ..apa masalah .....itu satu f2

    ini form 3 plak mak oiiiiiiiii waktu rehat selisih denganya panggil ke Bilik Hem jap soal jawab sikit ,dan nasihat leee ...seperti biasa...memang tak mengaku ...baik memanmg baik .........tapi tak sampai 5 jam gak aku teserempak denganya tengah merokok kat dalam tandas KK UUM ..duduk atas kerusi nampak bestnya dia ,eh eh geram aku kalau adik aku ...mau aku terajang masuk lubang tandas ,biar rasa!!!apa kan daya kat sekolah banyak prosedur yang perlu diikuti ..takpe nak buat camana..kita buat ikut peraturan sajalah .........inilah aku tengah kaji kenapa mereka ini semacam tau tau diajar..tak makan ajar..semakin dinasihat semakin nak tunjuk nak buat ....nak kata tak rotan ..aku dah jatuhkan hukuman rotan ...takpe ..peluang tak banyak 5 kali tangkap buang sekolah ...terpulang pada mereka yang penting kita akan tetap laksanakan hukuman KPM ....

    Bukan senang dok kat sekolah banyak kerenah ,,dgn mak bapak satu hal dengan budak budak satu lagi hal dia ...tapi yang sedih nya bila menghadapi mak bapak yang tak faham .........eh ini lagi susah .........semua hal nak mengadu pada kita ......macam baby siter plak SMSM ........aduh .aduh .........aku bukan nak komplen tapi ,,itulah hakikatnya ...bukan senang .....pandang je senang!!!!!!!!!!

    Perjalanan Balik Ke KB dari KL



    Semalam habis Mesyuarat Pengetua SBP Bil 2/09 aku stay satu malam kat KL bukan apa saja nak jalan jalan Kat Low Yat plaza nak tengok barangan komputer .....lepas tu hari ni jam 9.00 pagi aku bergegas ke hentian putra naik Bas Tranasional ..kali pertama aku naik bas siang ...bukan apa nak tengok pemandangan dari KL ke KB..wah macamni keadaan dia ,sebab selalunya naik bas malam atau keretapi mana nak nampak !inilah potret serba ringkas ...

    aku sampai jam 5.00 petang ..semoga percutian ini penuh bermakna .............stelah sekian lama sibuk dan menyibuk di SMSM

    Tuesday, June 2, 2009

    Khabar Angin Merebak Pagi Ini ...Siapa Punya Angkara !!


    Biar Betul ............teerpancul dari mulut ini ,,dan terus Call Pengawal sekolah bertanyakan tenang SMS yang baru saja diterima .berdebar hati dalam mesyuarat pengetua Di UNITEN ,mesej tu dari no

    From :601384438** Utaz,tau tak Skolh kita bru dir0mpak dan dibOm di blok pentdbrn....

    terkejut beruk jadinya bila terima sms begitu ....apa kejadahnya nak bom sekolah ...pahal .....selang 3 minit pengawal hantar mesej ..kata tiada apa apa..eeeeeeeeeeeeeee geram terasa nak buat report polis jeee!!! kena ajar mereka yang segaja nak buat huru hara ni ........cadang nak buat report tadi ..tapi bila diselidiki no tersebut memang aku kenal ..biak sains Form 3.....bila tanya dia, dia kata kawan bapak dia yang beritahu ...........nasib baik ....kalau tak ada yang kena nanti .....boleh masuk lokap nanti .main main dengan berita mcamtu ..eee gil**

    Buat mereka yang menggunakan peralatan komunikasi ..gunakanlah dengan betul ...sebab kalau disalahgunakan ianya boleh membawa kita merana nanti ...mungkin kita akan dikenakan tindakan dibawah akta komunikasi ...............

    Monday, June 1, 2009

    Malam Penutupan Hari Kecemerlangan Sekolah SBP

    video

    Malam penutupan HKSBP 2009 ke 36 dengan penuh gilang gemilang disambut di Sekolah Seri Puteri Cyber Jaya .Hari kecemerlangan sekolah berasrama penuh menjadi acara rasmi setiap tahun .......yang mengumpulkan semua sekolah SBP seluruh negara .

    Acara yang dipertandingkan Debat Bahasa Ingeris ,Debat Bahasa Melayu dan Bola Keranjang ....

    Juara Bola Keranjang Tahun Ini ..ialah SSP Seri Puteri Cyber Jaya dan Sek Men Sains Kuching ..Tahniah buat mereka yang menang ....

    Mesyuarat Pengetua 29-2 Jun 2009


    Hari ini tiba giliran aku untuk masuk mesyuarat pengetua SBP kat UNITEN ...sepatutnya aku terbang pada 29 lagi tapi kerana ada masalh sikit terpakasa tunda ke 1 jun ...aku sampai kat sini pagi tadi ..cari leee UNITEN ..nasib baik jumpa ..dari KL teksi tambng 60 inggit mak oiiiiiiiiii cekik darah betul ..ingatkan jauh ..rupanya dalam 20 minit je dari KL ...........sebenarnya ada cerita disebalik cerita ini ...tapi rasanya tak yahlah cerita ....buat malu jeee

    BETUL KE PANDANGAN INI !!!


    Kajian Terhadap Keberkesanan Belajar

    10% - apa yang mereka baca.
    20% - apa yang mereka dengar..
    30% - apa yang mereka lihat..
    30% - apa yang mereka dengar dan lihat..
    70% - apa yang mereka sebut.
    90% - apa yang mereka sebut dan membuat sesuatu.

    APAPUN IANYA TERLETAK PADA DIRI ANDA !!

    Masa.... bila Sudah tiada



    Maksud bicara Junjungan Rasulullah S.A.W..mengatakan ..................
    Masa mudamu sebelum tua. Masa sihatmu sebelum sakit. Masa kayamu sebelum miskin. Masa lapangmu sebelum sibuk. Masa hidupmu sebelum mati.

    begitulah dengan diri ini rasanya sudah sekian lama tidak menjenguk ruangan yang hanya secarik cuma ,bukan tak nak posting ,tapi masa takde.... sedikitnya rasa 24 jam tu ....namun aku cuba gagahi jua untuk berkunjung ke sadauFm semoga hari yang bakal dilalui bisa mampu memberi ruang untuk diri ini,mencoret ..InsyaAllah ...........