Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, July 30, 2013

Sabar


Wahai Sahabatku 
Janganlah engkau sangka kesabaran itu diukur dengan lamanya masamu menunggu sesuatu. Sebenarnya tidak.

Jika hatimu tidak tenteram, mindamu penuh dengan sangka buruk, bibirmu penuh dengan cacian pada orang yang membiarkan engkau menunggu tatkala kamu menunggu, dan kamu berkata kamu seorang yang sabar atas ukuran berapa lamanya masa kamu menunggu, sebenarnya kamu sedang menipu sendiri.

Kesabaran sebenar kamu diukur daripada tingkah lakumu ketika menunggu itu. Ingatlah itu, wahai sahabat kesayanganku.

Saturday, July 20, 2013

Fikir fikir

Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainnya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala. Nilai-nilai baik di bulan Ramadan pula sering dilupakan tatkala bulan ini berlalu.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

FACEBOOK

Alangkah gembiranya aku jikalau kerajinan engkau menyemak status Facebook ditukar kepada menelaah Quran.

Alangkah gembiranya aku jikalau engkau boleh mengingati waktu tepat maghrib bukan kerana lapar tapi kerana takut terlewat sembahyang.


Alangkah gembiranya aku jika azam engkau teruskan bangun awalmu bukan kerana sahur tapi kerana mengingati Allah dalam sembahyang subuh.

Alangkah gembiranya aku jika engkau teruskan amalan ini dalam kehidupan seharianmu bukan sekadar di bulan Ramadan sahaja. 

Selamat berpuasa wahai anakku, dan jangan lupa senyumlah, kerana kamu adalah anak yang soleh.

salam Ramadhan


Ingatlah engkau bahawa berpuasa bukan pada makan dan minum sahaja, tapi keseluruhan anggota badan. Berpuasa adalah masa mengurangkan penghasilan air liur beracun yang mengeraskan hati kamu. Kerana di bulan ini, kamu dilatih mengawal diri menghindari daripada segala yang buruk. 

Di bulan mulia ini, janganlah biarkah perkataan yang buruk keluar dari bibirmu dan lidahmu. Jangan sesekali kamu membiarkan matamu melihat perkara yang kotor. Jangan cuba engkau salahgunakan mindamu untuk memikirkan benda yang tak senonoh. Dan jauhilah telingamu daripada mendengar perbualan yang tidak membawa kebaikan.


Berpuasa adalah peluang untuk kamu belajar mengerti apa itu kesabaran. Bulan ini juga adalah peluang untuk kamu meninggikan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Jangan sesekali kamu berbual kosong di bulan ini apatah lagi meninggikan suaramu pada perkara yang tidak disukaimu.

Bawalah Quran bersamamu. Bukalahnya tatkala kamu lapang. Aku nasihatkan ini supaya masa singkat sebulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh engkau untuk mendekatkan diri dengan Allah.

,
Ambillah peluang di bulan mulia ini untuk bertaubat. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan terbaik untuk bertaubat. Ambillah kesempatan sebulan ini untuk memperkuatkan perisai dirimu daripada maksiat dan mengawal nafsumu. Kerana ketika berpuasa, mindamu akan sibuk menahan lapar dan dahaga sehingga tidak berupaya merayau tak tentu hala. Sesungguhnya ini adalah medan latihan terbaik buat kamu.


Aku berkata semua ini supaya engkau dapat melihat betapa hebatnya cara Allah mendidik umatnya. Aku berharap melihat engkau sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Bacaan al-Quran engkau dah berapa juzuk dalam bulan Ramadhan ini? Sekadar aku bertanya sebagai peringatan

Aku Risau

Wahai anakku,

Tatkala engkau sakit, bertabahlah. Kerana iika engkau tidak pernah merasai kesakitan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha penyembuh?
Seperti juga bila kamu bersedih, ingatlah wahai anakku, tanpa kesedihan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengasih?

Wahai anak kesayanganku,
Sebagai manusia, kamu tidak akan dapat lari daripada membuat silap. Tapi jika engkau tidak pernah melakukan kesilapan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengampun? Sama juga tatkala engkau menghadapi masalah, tanpa masalah, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha mengetahui?

Dalam menghadapi kesusahan, ingatlah pesananku. Kamu kena tekadkan hati. Kamu kena banyak bersabar kerana dunia ini hanya sementara. Oleh itu, masalahmu juga hanya sementara. Tapi anakku, kalau tanpa masalah, mungkinkah kamu tahu merayu-rayu untuk pertolongan Allah untuk menyelamatkan kamu?

Wahai anakku,
Aku sangat bimbang apabila engkau mendapat segalanya di dunia. Aku bimbang masa itu kamu tidak lagi mengenal erti bersyukur kepada Allah. Aku lebih suka kalau kamu hidup dalam kesederhanaan dan ada sedikit serba kekurangan. Kerana sekiranya hidup engkau terlampau sempurna, aku bimbang satu hari nanti kamu merasakan Allah tidak diperlukan lagi dalam hidupmu.

Maafkan aku, kerana aku juga berharap kamu tidak menjadi manusia yang diberi kuasa sepenuhnya. Jika engkau diberi kuasa sepenuhnya, mungkinkah kamu masih lagi bergantung kepada Allah? Aku sangat takut apa yang akan bakal menimpamu kerana aku melihat ramai mula merasai dirinya lebih tinggi daripada Tuhannya setelah mendapat kuasa mutlak.

Rahsia Allah




WahaiSahabatku 
Kadangkala engkau terfikir - alangkah baiknya kalau Allah bagitahu keputusan awal apakah sesuatu yang kamu usahakan itu akan berjaya mahupun gagal. Engkau sering berbicara dengan hatimu sendiri berkata jikalau kamu mengetahui lebih awal bahawa kamu akan berjaya, sudah tentu kamu akan berusaha bersungguh-sungguh. Hatimu juga membisik bahawa jikalau Allah memberitahu lebih awal bahawa usahamu akan gagal, sudah tentu kamu tidak perlu membazirkan masa pada perkara yang akan gagal.

Namun, wahai
Sahabatku , sebenarnya tidak, sangat tidak dan amat tersasar pandanganmu itu. Percayalah kata aku - jikalau engkau tahu sesuatu keputusan itu lebih awal, samada berjaya atau gagal, kamu tetap tidak akan berusaha.


Wahai 
Sahabatku 
Dengarlah nasihat sahabatmu  ini. Jika engkau tahu Allah dah tentukan usaha engkau akan berjaya, percayalah kamu tidak akan melakukan apa-apa, kamu akan duduk sahaja menanti kejayaan yang dijanjikan datang.

Jika engkau tahu lebih awal Allah dah tentukan usahamu akan akan gagal, lagilah kamu tak akan berusaha kerana ia sudah pasti gagal. Oleh itu, anak kesayanganku, ada hikmahnya Allah tidak mahu kamu mengetahui masa depanmu sebelum masanya. Itu urusan Allah, jangan sesekali kamu mempertikaikannya. Allah inginkan engkau berusaha bersungguh-sungguh kerana dalam usaha kamu itu, banyak pengajaran yang Allah ingin salurkan padamu selain sebagai wadah bagi engkau mengumpul pahala dan mencari redha pada ketentuanNya.

Wahai Sahabatku ,
Belajarlah untuk bersangka baik selalu bahawa segala yang Allah tentukan ini adalah baik. Keputusan walaupun kamu tidak puas hati mahupun gembira, janganlah kamu cepat melatah dan terus buruk sangka pada Allah.

Wahai 
Sahabatku 

Jangan sesekali kamu berputus asa. Jangan engkau terfikir untuk menyalahkan Allah. Fikirlah apakah usahamu masih tidak cukup? Fikirlah apakah kamu tercicir ibadahmu dalam usahamu untuk berjaya? Fikirlah apakah dosa yang kamu pikul terlampau berat dan nipis imanmu? Carilah hikmah di sebaliknya. Carilah pengajaran yang Allah sediakan bagimu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu di dunia ini. Jangan biarkan mindamu menilai keputusan Allah, redha dan percaya padanya dan teruskan usaha.

Kamu tak gagal selagi kamu tak berputus asa. Percayalah kejayaanmu akan tiba bila waktunya selagi kamu tak berputus asa. Apabila cabaran meningkat, dan kamu terasa amat letih untuk bergerak ke depan, wahai anakku, ingatlah pesananku, hidup ini pendek saja dan pintu peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia dan berusaha.

Sahabatku




Wahai SahaabtKu 
Semasa engkau di waktu pagi, jangan kamu berharap akan berjumpa petang. Semasa engkau di waktu petang, jangan pula kamu berharap akan berjumpa pagi.

Wahai SahaabtKu 
Jika engkau tidak hidup dalam "lingkungan hari ini", minda kamu akan bercelaru. Selepas itu, kebimbangan kamu akan bertambah dan kamu akan bertambah keliru dengan urusan seharian kamu. 

Ini petua orang tuamu yang sedikit untukmu wahai anak kesayanganku. Aku sebutkannya supaya engkau tidak tersilap petua seperti aku di waktu muda dan engkau lebih cepat mencapai kebahagiaan dalam kehidupan kamu.

Tunjukkanlah Daku


Alkisah seorang jutawan…

Seorang jutawan, Hijaz yang kini tua pulang ke kampung untuk mengenangkan nostalgia zaman mudanya.

Hijaz balik menjenguk kampungnya di tepi laut dengan kereta mewah yang tidak mungkin dibeli oleh sesiapa di kampungnya.

Beliau singgah di sebuah gerai tepi laut kepunyaan Ustaz Azdi yang juga nelayan yang terkenal dengan sifat riang dan tenangnya di kampungnya.

“Apa khabar ustaz? Lama tak jumpa,” kata Hijaz.

“Anta dah balik… baguslah, ingat dah lupo kampung ini,” kata Ustaz Azdi.

“Ya, dah balik… akhirnya,” kata Hijaz dengan nada sedih.

“Mengapa? Ada masalah ke?” tanya Ustaz Azdi.

“Bagaimana ustaz dah tua ini pun masih riang dan tenang seperti dulu? Ustaz dah capai semua yang ingin dihasratkan? Umur kita doh tak panjang dah…” kata Hijaz.

“Anta ada apa lagi yang tak selesai? Kereta, rumah, bini, anak semua dah ada, apa yang anta keluh lagi?” tanya Ustaz Azdi.

“Banyak perkara. Ada dendam sikit, ada marah sikit sana sini, bimbang pasal perniagaan, bimbang siapa ganti ana… macam-macam… Ana tak macam ustaz… tak ada cita-cita, ana cita-cita besar,” kata Hijaz.

“Cita-cita ana ada juga. Tapi taklah mengacau sampai tak tenang dan tak senyum macam enta,” kata Ustaz Azdi.

“Yalah. Itu yang ana tak dapat belajar daripada enta. Senyum dan tenang sentiasa. Ana sikit-sikit marah, kena fikir itu ini… apa petua ustaz ya?” tanya Hijaz.

“Betul nak tahu? Tak susah petua ana…,” kata Ustaz Azdi.

“Anta nak cerita, ana sudi dengar…” kata Hijaz.

Ustaz Azdi membawa Hijaz berjalan di tepi pantai.

“Ajal kita tak tahu bila tapi kita kena sentiasa bersedia dengan kunjungannya. Anta cuba bayang besok anta akan meninggalkan dunia ini…

Tiada lagi matahari terbenam, terbit, tiada lagi masa. Hari ini sajalah yang anta ada.

Segala yang anta kumpul, kereta cantik anta semuanya akan menjadi milik orang lain besok.

Kekayaan, kuasa dan populariti anta pun akan hilang dan tidak lagi relevan di dunia ini.

Bagaimana pula dengan dendam, kemarahan, tergusir hati dan cemburu? Semuanya akan melesap besok juga.

Demikian juga dengan harapan, cita-cita, rancangan anta semuanya akan luput.

Perkara yang anta pentingkan selama ini, menang dan kalah juga tidak lagi bermakna.

Jika ajal tiba, ia tidak kisah di mana anta berada, siapa anta atau betapa cantiknya rumah anta. Jantina dan warna kulit anta pun tak dikisahkan,” kata Ustaz Azdi…

“Jadi ustaz, apa yang dikisahkan? Apa yang penting jika ana mati besok?” tanya Hijaz yang khusyuk mendengar.

“Apa yang bermakna – bukan pada apa yang anta beli, tapi apa yang anta bina, bukan apa yang anta ada, tapi apa yang anta beri. Yang bermakna bukan kejayaan anta tapi makna perkara yang anta buat selama ini.

Yang bermakna bukan apa yang anta belajar tapi apa yang anta mengajar. Yang bermakna ialah setiap tindak-tanduk yang penuh berintegriti, bersemangat, berani dan pengorbanan anta yang menjadi sumber inspirasi pada orang lain untuk dijadikan contoh.

Yang bermakna bukan kehebatan anta, tapi watak anta. Yang bermakna bukan berapa orang yang kenal anta, tapi berapa yang akan rasa kehilangan anta selepas anta tiada.

Yang bermakna bukan ingatan anta, tapi memori yang berada pada mereka yang menyayangi anta. Yang bermakna ialah berapa lama ana akan diingatkan, oleh siapa dan untuk apa.

Kehidupan yang bermakna bukan berlaku secara spontan. Ia adalah satu pilihan. Hargai masa, pilihlah kehidupan yang bermakna untuk anta,” kata Ustaz Azdi.

Hijaz terdiam… termenung jauh setelah mendengar kata-kata Ustaz Azdi.

“Anta ok?” tanya Ustaz Azdi sambil menepuk belakang Hijaz.

Hijaz terus memeluk Ustaz Azdi.

“Terima kasih. Setelah segalanya, dan kata-kata ustaz, ana rasa kampung dan kehidupan di kampung yang sederhana ini adalah terbaik untuk hidup ana.”

Wahai anakku,
Aku berharap engkau dapat memahami isi tersirat yang terkandung dalam cerita yang aku ceritakan ini. Sesungguhnya ingatlah wahai anakku, hiduplah dengan bermakna dan diredhai Allah. Buatlah syurga itu sebagai matlamatmu. Aku sebenarnya amat bimbang bilamana engkau memilih kehidupan agong di dunia ini sehingga mengabaikan segala perintah Allah dan akhirnya kamu dihumban ke neraka kerana dosa-dosa kamu. Jangan sesekali memilih jalan yang memusnahkan dirimu itu, wahai anakku. 

Wahai anakku,
Kongsilah coretan aku pada mereka yang memerlukannya. Ingatlah sesungguhnya yang bermakna bukan pada apa yang engkau belajar tapi apa yang kamu mengajar dan kongsikan. Sekiranya engkau tidak mampu jadi penulis yang memberi manfaat, kamu jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Monday, July 15, 2013

Pesan


Wahai anakku,
Beringatlah kamu terdapat dua lapis perisai, bagaikan sebuah rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi. Ini bagi menyelamatkanmu sekiranya terlanjur terlepas satu pagar, masih ada satu lagi pagar yang menyelamatkanmu.

Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau engkau mendekatkan dirimu dengan benda yang makruh, ia bagaikan engkau terlepas pagar pertama (parit), maka yang engkau ada hanyalah pagar elektrik sahaja. Jika ribut nafsumu mengganas, dan tatkala itu ada pohon kayu yang tumbang atas pagar elektrikmu, maka terjebaklah kamu dalam perkara haram yang mengutip dosa.

Wahai anakku,
Ingatlah jika engkau biasa mendekati perkara-perkara yang makruh, kamu akan terasa ringan buat benda haram. Jika engkau menjauhi perkara-perkara yang makruh, nescaya benda haram payah untuk kamu laksanakan kerana iman di hatimu tidak mengizinkannya. 

Namun ingatlah, ini tidak bermaksud kamu telah terselamat daripada kemungkinan melakukan perkara-perkara haram. Ia cuma menguatkan hatimu supaya engkau payah nak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.

Wahai anakku,
Apabila engkau telah berbuat dosa, ingatlah yang penting kamu insaf dan mengenali itu adalah satu dosa dan cepat-cepatlah kamu bertaubat pada Allah. Cepat-cepatlah kamu kembali kepada Allah dan memohon kemampunanNya.

Jangan sesekali engkau tangguh lama-lama taubatmu - kerana syaitan akan datang membisik sehingga nafsumu mengawal mindamu dengan maksiat yang melalaikan dan menyeronokkan sehingga engkau dijangkiti lupa diri.

Wahai anakku,
Tabiatmu yang suka bersembahyang jamaah mesti sentiasa dijaga dan dipelihara. Tatkala imanmu masih kuat, jika sekali-dua kamu bersembahyang di rumah, kamu masih dapat merasai kenikmatan sembahyang bersendirian tidak sesedap bersembahyang jemaah. 

Tapi jangan sesekali mencuba ia selalu, kerana kamu akan dikawal bisikan syaitan sehingga merasakan sembahyang bersendirian lebih nikmat rasanya berbanding solat berjamaah di masjid. Malah kemungkinan satu hari nanti, mindamu yang dibuai bisikan syaitan menyebabkanmu berasa malu dan malas melangkah pergi ke masjid ketika azan berkumandang. Wahai anakku, ambillah bulan Ramadan ini untuk menguatkan ketahanan dirimu daripada digoda bisikan syaitan.

Sunday, July 14, 2013

sangka baik


Gambar berbicara


Sekadar Kongsi ...Jika ada secuit kebaikan di sana.

Sofware tapin

Aku nak share dapatan ....kalau nak tahu sofware ini jarang oran tahu ....kelebihan bleh cari pelbagai station on9 radio..... bukan setakat itu sahaja, kita boleh pilih  jenis rekord satu satu slot atau berterusan 
mmenag sesuai  untuk simpan data dengan format MP3....

Cuba ..dan dengarkan moazmarfm ...dan banyak lagi radio ..seperti ikim fm ...........

sahabat


Kita Hamba Allah ?


Puasa

Salam Sahabat , petang ini saat berbuka menjelma lagi saban hari kita berjuadah meratah berbagai menu untuk dijamah utuk dirasa kononya kita berpuasa......kekadang terfikir apakah buan ini bulan berpesta , bulan untuk mencuba sejuta resepi .......aku heran heran pad kita kita  apakah ramadhan yang kita lalaui ini  sekadar untuk tidak makan di siangnya .....?? harapan dala keterbatasan ini  kita sama sama untuk menghayati  dan merasai  Puasa itu sendiri ....ingatlah ada insan yg tidak senasib seperti kita .....

Saturday, July 13, 2013

ujian



Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..