Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, August 29, 2010

Pelajar Cemerlang Buka Puasa Bersama Pengetua


Budak Budak Yang Cemerlang Setiap Tingkatan diberi peluang untuk bersama PIBG dan Pengetua PK2 untuk Berbuka Puasa Bersama ...............................

JUSA C

Tahnniah Kepada Mantan Pengetua Sadaufm ........kerana berjaya Mendapat Jusa C ....wah..walaupon sudah tidak lagi berada di Miri ...namun sebagai bekas pengetua sebelum ini aku terasa gumbira ....kata orang tumpang sekaki  gumbira ...baru tadi tahu ,....itupun nasib pegetua PN HAJAH SERINA SAUNI yang sudi bertanya Khabar  setelah lama tak bertemu di udara .....
apapon kepada warga SEK MEN SAINS MIRI ....ambillah manfaat dari kepakaran dan tunjuk ajar dari seorang pengetua yang hebat ini...kerana  bukan senang nak dapat seorang pegetua bertaraf JUSA C ini ....
Kepada Guru guru ...lapangkan dada dan rebutlah peluang dari pengalaman Beliau ....
nasib mantan PK HEM lama ..tak sempt nak belajar lebih lanjut lagi tapi dgn bekalan yang dikit dikit itu ....insyaAllah Hem lama akan menyusul mengorat langkah mencari dimana JUSA C itu .....walaupon tak ramai yang dapat jusa c ..namun insyaAllah  akulah diantaranya ...amin...Kepada PN Hajah ...sekali lagi tahniah ...n terima kasih walaupon sekejap bersama di .sainsri...namaun cukup bermakna dalam tunjuk ajar itu ...jgn lupak kamek walaupon dah bertukar tittle jusa c...

Saturday, August 28, 2010

Meeting AJK PIBG


Mesyurat AJK PIBG di KG Panjang  ...Cafe Paradaise .....Meeting bermula jam 5:00 petang ..
eh eh ..terlalu banyak benda kena buat bulan ini .....kena buat itu dan ini ..hampir sebulan dah keadaan macam ini ...bila nak habis ...harap harap seminggu sebelum raya boleh rehatkan minda ...insyaAllah

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa Warden BRains

Majlis Berbuka Puasa Lembaga Warden Di Sutera Beach Resort  Setiu ....
Majlis bermula Jam 645 Petang  ....Turut Hadir  pengetua dan semua PK 2......
Wah ..best banyak juadah yang disediakan ...nak makan semua tu memeang tak larat !!! banyak sangat

Monday, August 23, 2010

Kekadang Tak Tahu Nak Makan Apa !!

hu hu huhu...simple je ..juadah berbuka .....yang simple dan menjilat jari  berbuka ....cubalah



Resepi ....
Budu Semangkuk
Telor Dadar Goreng 3 Biji
Ulam timun Togey
Nasi

menjilat jari ...sedapppppppppppppppppppppppppppppp

Friday, August 20, 2010

Kematian Adalah Satu Pengajaran dan peringatan bagi yang Hidup

Terkejut Semalam Apabila Cikgu Effat hantar MSJ melalui FB nya mengatakan Ayah Fazlan Meninggal ...macam tak percaya sebab masih muda ayahnya ....namun hakikat kehidupan kematian dtg menjemput tak kira muda atau tua ......Alfatihah .....semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang orang soleh ....kita yang hidup ini ambillah iktibar dari peristiwa tersebut ...harapan semoga Fazlan Tabah menghadapi situasi ini ...hidup perlu diteruskan ...

Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya."


(HR Muslim)
Mesejnya jelas, mati itu pasti, kehidupan dunia ini sementara dan tidak ada sesiapa dapat melarikan diri dari hakikat ini!
Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan si mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

Kematian belum menjemput kita, maka apakah kita telah mengambil pengajaran dari kematian-kematian di sekeliling kita? Dan sesungguhnya, mahu atau tidak, kita juga pasti akan menghadapinya, dan kemudian kepadaNya jua kita dikembalikan.
Wahai orang-orang yang hidup, tidakkah engkau melihat dan memikirkan peringatanNya ini?
Kematian, ramai yang meremehkannya

Entah mengapa, saya hairan, pasti semua tahu dan meyakini bahawa diri ini akan menghadapi mati. Benar? Namun hakikat kebanyakan manusia, mereka hidup merasakan dunia ini abadi, kononnya kematian itu tidak akan datang menjemput mereka. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan di media massa. Atau tak perlu lihat jauh-jauh, perhati sahaja insan-insan di sekelilingmu. Betapa banyak gejala sosial yang berlaku? Betapa ramai manusia yang mengejar dunia, kemudian soal dosa pahala diredah begitu sahaja? Hubungan manusia diperalatkan untuk kepentingan diri... Harta dan wang ringgit dikejar-dikejar bagai nak gila, sedang solat dan bacaan Al-Quran tunggang-langgang tanpa jagaan..
Ramai bukan?
Maka suka saya membawa beberapa persoalan ini untuk sama-sama kita hayati. Semoga ia dapat memberi kesedaran dalam diri kita. Cuba fikirkan,
1000 tahun dahulu kau ada di sini? Tidak kan?

100 tahun dahulu?
Bagaimana pula 1000 tahun akan datang, kau masih lagi di muka bumi ini?

100 tahun akan datang?
......
Dunia ini terlalu sementara bukan?

Lalu, mengapa masih sering, kita mengingkari hakikat kematian di dalam hati kita. Justeru, mengapa masih sering kita menjalani hidup ini seakan-akan merasa hidup ini abadi?

Mengapa? Mengapa Engkau Di Sini?
Dan yang pelik kita tetap mampu riang gumbira walaupun selepas melihat kawan atau keluarga menerima musibah kematian ......
" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "

- Surah Ali Imran (3): 185 -

Mesyuarat Pegambilan Pelajar Ting 1dan 4 ke SBP 2010

Mngehadiri Mesyuarat KEmasukan Pelajar Tingkatan  1/4 di Alamanda ........Mesyuarat Yang Melibatkan Pengetua dan PK HEM Semua SBP

Sambutan Bulan Kemerdekaan

sambutan yang Simple sahaja ..namun di sini terselit sedikit kelainan dan kemeriahan ...
Thank Semua atas kerjasama semua ...

Mesyuarat Staf BRAINS

Meesyuarat Staf BRains

Majlis Perpisahan Dengan En Naim

majlis perpisahan dengan Juruteknik Komputer ,walaupun baru sahaja beberapa bulan disini beliau  akan berpindah tidak lama lagi atas kenaikan pangkat beliau ...Tahniah ....semoaga tempat yang baru nanti lebih cemerlang ...walaupun susah utk melepaskan beliau pergi namun ..kita kena terima sebuah hakikat perjawtan ..

Tuesday, August 17, 2010

Salam Kemerdekaan Buat Semua Warga BRains /SMSM


Terima kasih kepada semua Jawatankuasa sambutan bulan kemerdekaan sekolah Berasrama Penuh Integrasi batu Rakit- guru guru serta para pelajar yang terlibat secara langsung tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini .


Pertamanya, marilah kita bersyukur dengan penuh kesyukuran kerana kita diberikan nikmat kemerdekaan dan kebebasan. Pada saat dan ketika ini kita masih dikurniakan kekuatan istiqamah dan keteguhan di atas jalan yang kita pilih ini, jalan dakwah dan tarbiyah.

Hari ini genap 53 tahun , negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah yang memakan ratusan tahun. Banyak onak dan duri, pelbagai raujau dan kepayahan terpaksa ditempuhi , demi satu matlamat iaitu kebebasan dan kemerdekaan.

Sejarah telah mengajar kita bahawa kemerdekaan itu melalui beberapa siri proses. Ia tidak sekadar melaungkan slogan

“Merdeka..Merdeka..Merdeka”

tetapi ia turut dibasahi dengan titisan darah dan air mata. Betapa banyak para tentera yang terkorban dan betapa banyak nyawa yang melayang demi menuntut erti kebebasan yang sebenar.

selaku pelajar seharusnya berusaha memahami semula sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Sejarah yang tidak hanya dilakarkan oleh kelompok elit-politik semata-mata tetapi telah dimulakan oleh para pejuang yang terdiri dari para alim ulama. Mereka telah mencetuskan gagasan kemerdekaan bagi mengembalikan semula ketuanan agama dan bangsa yang telah lama diinjak-injak oleh para penjajah.

Contohilah kegigihan Hj. Abdul Rahman Limbong, Tok janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan mereka yang seangkatan dengannya.Kita menghargai mereka dengan mengambil semangat perjuangan mereka seperti kesabaran, keteguhan , berpegang kepada prinsip, mengutamakan nasib bangsa agar jati diri dan identiti kita terpelihara.

Dewasa ini kita menyaksikan rakan-rakan pelajar sekolah diluar sana terdedah kepada pelbagai gejala sosial dan keruntuhan akhlak akibat mereka melupakan akar umbi diri mereka. Mereka meniru dan menciplak nilai tinggalan para penjajah dan mendewa-dewakan di dalam kehidupan mereka. Budaya ‘punk’, ‘hippies dan anarcy’, ‘ black metal’,’ fahaman hedonisme, muzik liar, minda freedom ,adalah sinonim dengan kehidupan mereka.dan lebih parah kini dgn gejala pembuangan bayi dan bahan lucah yang turut bersepah sepah dimana-mana .yang menghayalkan yang menghayutkan anak bangsa untuk terus lali dan lalai .

Akhirnya mereka melupakan peranan dan tugas mereka untuk mengembalikan keagungan bangsa mereka sebagai anak pribumi, anak watan Melayu. Mereka jadi bangsa hina, lemah, malas berfikir dan suka hidup berfoya-foya.

Sempena kemerdekaan ke 53 ini, sewajarnya para pelajar dan kita semua dapat memerdekaan jiwa, minda dan fizikal dari segala bentuk penjajahan. Merdeka minda dengan mengambil nilai dan panduan dari Allah, merdekakan jiwa dengan menjadi hamba Allah swt yang sebenar benarnya .

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Ke 53. Semoga nasib dan masa depan bangsa ada cahaya di hujung jalan.

Marilah kita sama sama menanam azam membangunkan sahsiah diri, meningkatkan pencapaian akademik serta membina jiwa merdeka.

Bak kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy :

Di atas robohan kota Melaka…

Kita bina jiwa merdeka……

Oleh itu anak anak Brains ……marilah ….ayuh maju sederap melangkah berubah ………

Kalau bukan kita siapa kalau bukan sekarang bila …….

Dengan Lafaz yang mulia BISMILAHIRAHMANIRAHIM ,saya MERASMIKAN SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 53

Hight Table BRains

suasana penganjuran  makan beradab rumah Khalid Alwalid

Exam BRains Bermula Pertengahan Penggal Kedua

Tekun Menjawab ...moga berjaya mereka ini ..............

Sempat Lagi Tengok Bola lepas Prep Malam

Budak Budak Tgh Tekun tgk bola dekat dataran Asrama .............