Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, August 17, 2010

Salam Kemerdekaan Buat Semua Warga BRains /SMSM


Terima kasih kepada semua Jawatankuasa sambutan bulan kemerdekaan sekolah Berasrama Penuh Integrasi batu Rakit- guru guru serta para pelajar yang terlibat secara langsung tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini .


Pertamanya, marilah kita bersyukur dengan penuh kesyukuran kerana kita diberikan nikmat kemerdekaan dan kebebasan. Pada saat dan ketika ini kita masih dikurniakan kekuatan istiqamah dan keteguhan di atas jalan yang kita pilih ini, jalan dakwah dan tarbiyah.

Hari ini genap 53 tahun , negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah yang memakan ratusan tahun. Banyak onak dan duri, pelbagai raujau dan kepayahan terpaksa ditempuhi , demi satu matlamat iaitu kebebasan dan kemerdekaan.

Sejarah telah mengajar kita bahawa kemerdekaan itu melalui beberapa siri proses. Ia tidak sekadar melaungkan slogan

“Merdeka..Merdeka..Merdeka”

tetapi ia turut dibasahi dengan titisan darah dan air mata. Betapa banyak para tentera yang terkorban dan betapa banyak nyawa yang melayang demi menuntut erti kebebasan yang sebenar.

selaku pelajar seharusnya berusaha memahami semula sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Sejarah yang tidak hanya dilakarkan oleh kelompok elit-politik semata-mata tetapi telah dimulakan oleh para pejuang yang terdiri dari para alim ulama. Mereka telah mencetuskan gagasan kemerdekaan bagi mengembalikan semula ketuanan agama dan bangsa yang telah lama diinjak-injak oleh para penjajah.

Contohilah kegigihan Hj. Abdul Rahman Limbong, Tok janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan mereka yang seangkatan dengannya.Kita menghargai mereka dengan mengambil semangat perjuangan mereka seperti kesabaran, keteguhan , berpegang kepada prinsip, mengutamakan nasib bangsa agar jati diri dan identiti kita terpelihara.

Dewasa ini kita menyaksikan rakan-rakan pelajar sekolah diluar sana terdedah kepada pelbagai gejala sosial dan keruntuhan akhlak akibat mereka melupakan akar umbi diri mereka. Mereka meniru dan menciplak nilai tinggalan para penjajah dan mendewa-dewakan di dalam kehidupan mereka. Budaya ‘punk’, ‘hippies dan anarcy’, ‘ black metal’,’ fahaman hedonisme, muzik liar, minda freedom ,adalah sinonim dengan kehidupan mereka.dan lebih parah kini dgn gejala pembuangan bayi dan bahan lucah yang turut bersepah sepah dimana-mana .yang menghayalkan yang menghayutkan anak bangsa untuk terus lali dan lalai .

Akhirnya mereka melupakan peranan dan tugas mereka untuk mengembalikan keagungan bangsa mereka sebagai anak pribumi, anak watan Melayu. Mereka jadi bangsa hina, lemah, malas berfikir dan suka hidup berfoya-foya.

Sempena kemerdekaan ke 53 ini, sewajarnya para pelajar dan kita semua dapat memerdekaan jiwa, minda dan fizikal dari segala bentuk penjajahan. Merdeka minda dengan mengambil nilai dan panduan dari Allah, merdekakan jiwa dengan menjadi hamba Allah swt yang sebenar benarnya .

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Ke 53. Semoga nasib dan masa depan bangsa ada cahaya di hujung jalan.

Marilah kita sama sama menanam azam membangunkan sahsiah diri, meningkatkan pencapaian akademik serta membina jiwa merdeka.

Bak kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy :

Di atas robohan kota Melaka…

Kita bina jiwa merdeka……

Oleh itu anak anak Brains ……marilah ….ayuh maju sederap melangkah berubah ………

Kalau bukan kita siapa kalau bukan sekarang bila …….

Dengan Lafaz yang mulia BISMILAHIRAHMANIRAHIM ,saya MERASMIKAN SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 53

No comments: