Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, October 30, 2013

Muhasabah

Rakan dan sahabat fb, yang berbahagia, marilah kita rafaqkan kesyukuran kita kehadrat Allah swt. Kerana kita masih berpeluang meneruskan hidup ini walaupun agaknya kita belum pasti apakah setiap amalan yang kita lakukan telah mengikuti piawaian Allah atau sebaliknya.

Istilah jahil atau bodoh selalu kita dengar seperti kata orang, kalau tidak tahu atau tidak boleh menjawab sesuatu dengan tepat atau mengikut kehendak pertanyaan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun dalam perspektif Agama jahil atau bodoh membawa erti yang berlainan.

Jahil atau bodoh adalah bermaksud...... Orang yang melakukan dosa bererti telah melakukan satu kebodohan atau kejahilan sama ada sengaja atau tidak. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW , yang bermaksud: "Setiap dosa yang dilakukan oleh seseorang adalah jihalah ( Kebodohan) HR Ibnu Jarir.

Oleh itu, apabila kita telah terlanjur melakukan kesalahan dan perbuatan dosa, maka bertaubat adalah jalan utama yang perlu di lakukan segera, Nabi saw menegaskan bahawa Allah akan menerima taubat para hambanya selagi sebelum mati, 
Rumusannya
■ Kita perlu bersegera bertaubat tanpa bertangguh
■ Nabi saw, lebih seratus kali istighfar sedangkan dia maksum, kita sebagai manusia biasa maka terlebih patut istighfar lebih seratus
■ Dosa kesalahan dengn Allah mohon ampunan darinya, manakala dosa kepada manusia perlu mohon kemaafan dari manusia juga

Semoga kita terpelihara untuk berterusan melakukan dosa dan kesalahan dan semoga Allah akan melimpahkan keampunannya amin

Monday, October 28, 2013

Apa yang Kita Mahu




rakan dan sahabat, apa khabar anda semuanya? Semoga bertambah keimanan dan ketaqwaan, dan keriangan sesungguhnya yg mulia disisi Allah di kalangan kita adalah sesiapa yang terlalu banyak taqwanya.

Apa sebenarnya yang kita mahu....?. Tentu rakan sahabat bersetuju mengatakan kita nak yg baik-baik sahaja,,,
Teringat kita masa kecil dahulu, dimana kita selalu di tanya tentang minat dan cita-cita kita., contohnya, , apa cita2 kamu?,,, besar nanti mahu jadi apa? Kerja apa kamu minat? Dan bermacam soalan dan pertanyaan diaju dan dikemukakan kepada kita...dan tentunya jawapan kita pun yang baik-baik seperti kita jawab,,, mahu jadi doktor,,mahu jadi cikgu,, mahu jadi polis dan sebagainya,,, 

 


Kita jarang dengar atau langsung tak ada org apabila ditanya jawapannya,,, mahu jadi pencuri, mahu jadi penjenayah dan banyak lagi......

Sahabat.... hatta kalau kita tanya orang kamu mahu masuk syurga ke atau pilih masuk neraka,, tentu jawapannya mahu masuk syurga,, tiada seorgpun yg menjawab mahu pilih neraka bahkan org kafir pun kakau ditanya sedemikian pasti dijawabnya mahu syurga...

Intipatinya.
☆cita- cita , angan -angan, impian atau mahu sahaja tidak menjanjikan apa -apa bahkan sia- sia dan tidak tercapai jika kemahuan tidak di iringi dengan tindakan dan usaha
☆ mahu jadi baik, mahu masuk syurga mahu jadi kaya dan mahu jadi apapun kena dengan kesungguhan dan keyakinan didalam mengejar dan melakukannya
☆ cita cita dan angan angan perlu ada sebagai penunjuk arah dan point untuk melakukan tindakan susulan 
☆ mahu dapat sesuatu hendaklah dengan , berusaha, bersabar, brrsungguh, berdoa dan bertawakkal.

Sunday, October 27, 2013

sahabat

(¯`*•.¸♥ Aku dan Sahabat ♥¸.•*´¯)
Memaafkan memang sulit. Tapi menyimpan amarah dan dendam membuat hati menjadi tidak tenang. Jadi berusahalah untuk memaafkan.

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

 

UJIAN

kita dianugerahkan kekuatan untuk meneruskan hidup ini, biarpun kita berdepan dengan masalah dan ujian . 

Ujian atau cobaan hidup, juga di istilahkan sebagai masalah, yang boleh memberi kesan kepada individu seterusnya masyarakat, ujian berbentuk sakit, susah, gagal, kecewa merupakan satu ujian atau masalah yang memerlukan tahap ketahanan jiwa dan kesabaran iman. 

Tiada siapa yang boleh dikatakan kuat atau hebat jika datang masalah, ini kerana masalah yang mengenai seseorang adalah mengikut apa yang ditentukan oleh Allah dengan mengambil kira , kemampuan hambanya. 
Apa yang perlu diperhatikan ialah , bagaimana cara kita menyelesaikan masalah tadi. 
Apabila sesuatu perkara itu berlku seperti gagal dan kecewa ia tidak akan dapat dikembalikan agar tidak kecewa atau tidak gagal.. hanya kita harap dan pastikan supaya kekecewaan dan kegagalan tidak akan berulang lagi

" Didalam kesenangan ada kesusahan dan didalam kesusahan ada kesenangan"
Kita mohinnkepada Allah Swt supayankita diberi kekuatan untuk berhadapan dengan masalah, dan diberinya kita jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tadi sekian terima kasih

Sibukkah Kita ???


semoga aktiviti kehidupan kita seharian, adalaah dikira sebagai komponen ibadat yang boleh dijadikan bekal untuk akhirat nanti

Setiap diri kita mengakui bahawa kita sering sibuk atau berhadapan dengan kesibukan, ini menunjukkan kepada kita bahawa sebagai manusia sibuk atau kesibukan tidak dpat dipisahkan dari diri kita

Apa yang perlu kita perhatimdan pastikan, biarlah kita sibuk, keran melakukan pekra pekara yang bergaedah dan baik untuk diri kita dan orng lain, seperti sibuk mencari dan memikirkan, tentang kekurngan diri lalu bagaimana untuk memperbaikinya, sibuk melihat kelemahan diri bagaimana mengatasinya.....

Yang menyedihkan ada di antara manusia sentiasa sibuk dan menyibuk .kerjanya ialah, mencri dan mendedahkan keaiban dan kelemahan orng lain, mak kesibukn seperti ini adalah dilarang oleh Allah swt. 
Dalam hadis ada ditegaskan" sesiaoa yang mejnga keaiban saudaranya nescay Allah akan jaga menyembunyikan keaibannya" fikir- fikirkan lah 
Semoga kita senantiasa dipelihara oleh Allah swt,

Hidup Kita adalah atas kehendak Allah


 Rakan dan sahabat yang di ingati, kita celik mata, Alhamdulillah kita dikehendaki oleh Allah swt, untuk masih mendiami dunia yang fana ini, sesungguhnya, yang mahukan kita terus hidup... adalah Allah swt, bukan atas kehendak dan upaya kita, kita kidup bukan atas paksaan dan doa kita ,, akan tetapi semua itu adalah atas belas kasihan dan iradat Allah swt.

Jesteru. Kenapa kita harus lupa, bahawa sebenarnya kita tiada apa- apa yang istemewa dan tiada hebatnya kita apa yang kita ada dan miliki adalah pinjaman dan amanah dari Allah swt, yang mana nanti kesemuanya akan di tanya dan dipersoalkan kelak, 

Oleh yang demikian, marilah kita tumpukan segenap penghidupan ini untuk kita fokus dan tetapkan hanya mentaati dan mensyukuri Allah swt, ketahuilah kita hidup , kita mati dan apapun yang kita miliki adalah atas kehendak Allah swt, maka sentiasalah kita memohon bimbingan dan hidayah Allah swt agar kita tidak terpesong dan sesat, , lebih lebih lagi terpedaya dengan ajakan syaitan , nafsu dan manusia. 
Pengajaran

= kita wajib bersyukur kepada Allah swt
= kita hidup atas ihsan dan kehendak Allah swt, 
= sentiasalah kita memohon rahmat dan perlindungan Allah swt
= berwaspada dengan tipu daya syaitan, nafsu dan manusia

Saturday, October 26, 2013

KETIKA ISLAM TINGGAL NAMA




KETIKA ISLAM TINGGAL NAMA

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Akan datang suatu zaman pada manusia, Ketika itu tidak tinggal Islam kecuali namanya saja :

- Dan tidak tinggal Al Qur’an kecuali tulisannya saja, 
- Masjid-masjid dibangun megah, namun kosong dari petunjuk, 
- Dan ulama mereka adalah makhluk yang terjelek yang berada di kolong langit, dari mulut-mulut mereka keluar fitnah dan (fitnah) itu akan kembali kepada mereka.” 

(HR. Al Baihaqy).

Bukti nyata :

Apa yang Rasululah Sabdakan Terbukti Benar :

1. Sekarang Islam Tinggal Namanya Saja, Mengaku Orang Islam Tapi Menolak Mengunakan Hukum Islam, Mengaku Muslimah Namun Menolak Memakai Hijab, Mengaku Islam Tapi Hobby makan Riba (bunga)

2. Al Quran Jadi Bacaan Saja, Wahai Saudaraku Sesungguhnya Al Quran itu adalah ATURAN HIDUP yang Allah Turunkan Pada Manusia, Al Quran Bukan Bacaan saat kita ada Waktu Senggang, Al Quran Juga Bukan Kitab Pengusir Setan.

3. Masjid Masjid dibangun Megah Namun Kosong Hidayah. Padahal Zaman Rasul dan Sahabat Masjid adalah Bangunan yang sangat Penting Perannya, Tak Jarang Stategi Perang Di rundingkan DIsana, Semua Urusan Umat di Rapatkan Di sana. sekarang Masjid Hanya Menjadi Tempat Sholat Berjamaah Semata, Memakmurkan Masjid Dengan Kajian Kajian Islam Jarang Adanya. Masjid Sekarang Bahkan Tak Jarang yang Di Kunci (takut Kemalingan), Hanya saat Sholat 5 waktu saja Masjid itu hidup (digunakan) Jamaah Sholatnyapun Tidak Lebih dari 2 Baris Biasanya.

4. Ulama Su' (ulama Jahat) Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama sû’. mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu. (HR al-Hakim).

Astagfirullah... Semoga kita tetap Istiqamah berada dijalan yang Lurus dalam ketakwaan dan keimanan kepada ALLAH, dan semoga ALLAH kuatkan islam ini dengan rahmat-Nya dan memberikan petunjuk kepada kita agar lebih lagi menguatkan barisan jamaah terhadap sendi2 kerukuran agar kekuatan islam dapat bersemayam selamanya..Aamiin.

Friday, August 30, 2013

KEMERDEKAAN KE 56



SALAM KEMERDEKAAN KE 56 DARI CREW MOAZMAR FM 
Kenapa kempen pengibaran Jalur Gemilang sejak beberapa tahun dahulu sudah pudar kemeriahannya? Segala-gala yang berlaku itu tentu ada sebabnya. Kerajaan, khususnya Menteri yang bertanggungjawab itu semestinya memahami apakah elemen-elemen yang membuatkan sambutan kempen itu mandapat sambutan atau sebaliknya.
Dalam sesuatu masalah perkara yang paling penting kita mesti selami ialah memahami masalah ‘up to specific'. Apabila masalah itu dikenal pasti secara ‘detailed' barulah boleh mencari jalan untuk mencari penyelesaiannya dan menjayakan kempen itu. Apabila disebut tentang pengibaran Jalur Gemilang ini ia tidak boleh lari dari keriangan kita semua untuk menzahirkan rasa cintakan negara. Ia akan hanya boleh berlaku jika dengan sejujur-jujurnya rakyat merasakan cintakan negara itu.

Tuesday, August 27, 2013

Tuesday, August 20, 2013

Secawan Teh



 secawan teh…

Abah saya seorang yang garang dan tegas. Umi tak pernah berani melawan kata-kata abah.

Segala yang abah kata dituruti. Sebagai anak sulung kepada 3 adik-beradik, saya sentiasa dimarahi abah tatkala melakukan kesalahan dan terlupa waktu sembahyang atau tergesa-gesa untuk solat tatkala terlupa waktu ketika bermain dengan jiran-jiran.

Pada satu hari, saya balik bermain bola selepas waktu maghrib. Jam saya rosak akibat hujan rosak.

Sesudah sampai rumah, abah menunggu dengan rotan. Saya mengigil setiap kali melihat abah memegang rotan.

Umi pula tidak berani melakukan apa-apa. Matanya penuh dengan air ingin menyelamatkan anaknya daripada sebatan abahnya, tapi tidak terdaya.

Setelah meronta disebat dua-tiga kali oleh abah, saya bergegas mengambil air sembahyang dan solat.

“Jangan solat express, di depanmu tu Tuhanmu,” kata abah dengan tegas dan garang.

Begitu juga setiap kali saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak mencapai standard abah, saya akan ditekan dan dimarahi abah.

Adik-adik semua melihat dan akan cepat-cepat balik ke bilik belajar ketika situasi itu berlaku kerana takut perkara yang sama menimpa mereka.

Satu hari, abah perlu ke luar negara selama seminggu.

Masa itu juga cuti sekolah, hanya tinggal umi dengan anak-anaknya.

“Umi, abah tak sayang Mi ke? Mengapa abah selalu tegas sangat pada Mi?” tanya saya.

“Mi tak boleh sangka begitu pada abah. Abah paling sayang kat Mi, sebab itu juga paling garang kat Mi, kerana Mi anak sulung, anak kebanggaan abah. Abah nak Mi jadi contoh pada adik-adik. Asal Mi baik, adik-adik pun akan jadi baik. Umi suka manjakan Mi dan adik-adik, sebab itu abah perlu tegas, kalau tidak, rosaklah Mi dan adik-adik,” jawab Umi.

“Kalau begitu, Mi tak nak abah sayang paling banyak. Abah boleh sayang adik. Mi rela kurang sayang daripada lebih marah. Umi sayang abah ke? Umi selalu nampak takut pada abah,” tanya saya lagi.

“Jangan fikir begitu Mi. Umi sayang kat abah. Banyak benda yang Mi tak nampak masa ini. Jangan fikir bukan-bukan. Masa krisis baru boleh menilai seseorang, waktu biasa kita tak nampak,” jawab Umi.

Masuk hari keempat, Umi dan saya tersilap makan. Kedua-dua dihantar jiran masuk ke klinik, dan berehat di rumah. Kami tidak memaklumkan pada abah.

Tetiba, abah muncul di rumah pada keesokan pagi. Muka abah letih, penat dan tak cukup tidur.

Abah terus ke kamar umi dan membelai kepala umi.

“Sakit lagi ke?” tanya abah. Umi meminta secawan teh panas. Abah terus ke dapur untuk membuatkan teh panas. 

Sebelum tiba ke dapur, abah masuk ke bilik saya menjenguk anak sulungnya.

“Mi rasa macam mana?” kata abah sambil membelai perut saya.

Melihat wajahku yang pucat, mata abah menjadi merah, “Abah sayang Mi. Mi akan sembuh. Jangan bimbang abah ada di rumah.”

Kata-kata abah menusuk jiwa. Terasa abah memang menyayangi saya.

Abah terus ke dapur dan kembali membaca dua cawan teh panas untuk umi dan saya.

Selepas abah menyuapkan teh menggunakan sudu kecil untuk umi, abah datang melakukan perkara yang sama pada saya.

Abah dengan penuh sabar meniup dan menyuapkan habis secawan teh pada saya. 

“Mi rasa selesa sikit? Nak lagi teh ke?” tanya abah. Saya hanya mampu menggeleng kepala.

“Umi nak makan bubur ayam, Mi nak bubur?” tanya abah dan saya mengangguk.

Selepas umi dan saya sembuh, segalanya kembali seperti biasa. Abah balik menjadi abah yang tegas.

Satu hari saya dirotan lagi oleh abah.

Umi datang membisik…

“Ingat masa Mi sakit, siapa yang paling sakit sebenarnya? Abah. Masa umi sakit pun, abah sebenarnya yang paling sakit. Bila pernah Mi jumpa abah buat teh? Cawan teh dan bubur itulah tanda kesayangan abah. Sekarang fikir pula, Mi kena rotan sakit, siapa sebenarnya yang paling sakit?” kata umi.

Wahai anakku,
Kadangkala aku terpaksa tegas padamu, bukan kerana aku membencimu, tapi terlalu sayang padamu dan takutmu terjatuh dan tergelincir dalam kehidupanmu. Aku terlalu ingin memanjamu, tapi aku terlalu bimbang aku menjadi terlalu sayang sehingga tidak lagi dapat menegurmu walaupun kamu tersilap. Setelah kamu mempunyai anak, kamu akan faham dan dapat melihat kesayangan dan air mata yang mengalir ke hati di sebalik setiap kata-kata marah dan rotanku.

Pandangan Berbeza

Wahai anakku,
Kadangkala kamu tidak senang hati kerana aku berbeza dengan pandanganmu atau persepsimu terhadap sesuatu. Kebanyakan masanya aku mengharapkan kamu betul, kerana aku bimbang jika aku terus bersetuju denganmu, akhirnya ada dua orang yang bersetuju pada benda yang salah.

Wednesday, August 7, 2013

salam aidil fitri dari sadaufm




Betulkan Allah tu Baik ????




KALAU ALLAH TU BETUL-BETUL BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?


Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz, kalau Allah tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Allah Maha Penyayang?



Ustaz itu terkedu. Ustaz itu menjawab :

Dik, kalau Allah tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Allah tu baik.

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Jelas ustaz itu lagi :

Perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. 

Allah Maha Adil

Tuesday, August 6, 2013

Jerit

Wahai anakku,
Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Wahai anakku,
Sebenarnya apabila kamu dan orang tersayangmu sedang marah antara satu sama lain, dua hati kamu berdua adalah berjauhan. Oleh itu, kamu berdua memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Ketika kamu berdua saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi kamu berdua tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Wahai anakku,
Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Wahai anakku,
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah. 

TEMAN



Teman..
ingat tak dulu masa pulang sekolah
kitalah yang selalu kena marah..
bila kasut comot nauzubillah..
Bila kawan lain sibuk nak pi mengaji..
kita masih bergayut akar...
puas abang akak mencari...
berbakul bebel ibu singgah menyulam
tapi ..
besok kita bergayut lagi..

Teman..
sihatkah engkau..
ada lagikah akar yang dulu itu...

Teman ..
Bila Ramadhan
menjelma kini...
aku jadi rindu...
saat-saat dulu itu..


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...