Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, December 30, 2012

Kerdilnya KITA

Wahai anakku,
Janganlah kamu rasa hebat terhadap dirimu kerana kamu tidak lebih hanyalah hamba yang hina di sisi tuhanmu. Kita tidak lebih dari hamba yang banyak dosa di sisi Allah. Kita hanya insan kerdil yang akan berdiri di hadapan Allah di padang yang maha luas. Kita hanya insan yang akan menggigil ketakutan, Bilamana segala dosa dibentangkan. Kita akan merayu rayu mengharap keampunan Allah b...ilamana segala kesalahan dibentang satu persatu. Kita akan mengutip setiap pahala di padang Mahsyar bagi menolong kita sewaktu di hisab. Kita akan saling lari antara satu sama lain, kerana dosa antara kita. Kita akan merangkak dihadapan Tuhan, Kita akan merayu dalam tangisan terhadap ketentuan nasib yang semangkin dekat. Kita akan kekeringan di tengah panasnya mentari. Kita akan kelaparan yang panjang tanpa sebarang makanan. Kita akan kehausan tanpa bekalan minuman. Kita kan menanti giliran untuk dihisab. Hisaban yang sangat mencemaskan. Hisaban yang tiada sogokan. Hisaban yang semua mata akan menumpu kepada kita. Hisaban yang menentukan nasib kita selepas itu. Hisaban yang menyebabkan semua yang berdosa akan cuba lari darinya.
Selepas itu wahai anakku, kita akan melaluinya. Kita akan menempuhinya, kita akan dipaksa menitinya. Itulah yang amat menggerunkan, menakutkan, mengharap keselamatan. Itulah titian sirat.
Wahai anakku,
Semua orang tidak lagi mempedulikan apa yang ada sekelilingnya. Tubuhmu tidak akan mempu lagi bediri. Kakimu akan menggeletar ketakutan di atas titian sirat. Jauhnya perjalanan, sempitnya laluan. halusnya titian.

Wahai anakku.
Aku mengharapkan keselamatan yang tidak pernah aku mengharap sedemikian pada saat itu. Aku tidak akan mendoa untuk orang lain pada waktu itu, melaknkan diriku. Aku tidak akan ingat sesiapa lagi pada saat itu, walaupun Rasul yangaling aku kasih. Itulah kedahsyatan yang aku tidak mampu untuk menulisnya lagi.
Ya Allah.
Aku memohon rahmatmu di saat itu untuk diriku dan semua yang aku sayangi. Tanpamu aku tidak akan selamat. Tanpamu aku tidak mampu berdiri. Tanpa redhamu, aku tiada apa- apa lagi di kala itu.

Ya Allah,
Selamatkan aku dan orang yang aku sayang di saat nerakaMu dinyalakan

Saturday, December 29, 2012

Nilai Persahabtan

Wahai anakku,
Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecinta...an kepada Allah, merasai kasihsayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.

Wahai anakku,
Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.

Wahai anakku,
Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah ( Quran) yang dikirim kepadamu.

Wahai anakku,
Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.

Senyumlah dalam ketaatan

Friday, December 28, 2012

Duka dan Gembira Tetap Berairmata




Wahai anakku,
Sesungguhnya di hadapanmu hanya ada dua berita. iaitu gembira dan dukacita. Kegembiraan membuat engkau akan melihat segalanya dengan penuh keceriaan dan keindahan, manakala dukacita menyebabkan engkau melihat segalanya dengan kesedihan, kehampaan dan kegelapan. Namun dihujung keduanya adalah kematian yang akan menutup segala pandangan tersebut.

Wahai anakku,
Andainya engkau sedar... bahawa keduanya adalah ketentuan Allah sebagai ujian ke atasmu, lalu kamu akan melihat sesuatu yang dukacita sebagai pengampunan Allah terhadap dosa-dosamu di dunia agar tiada lagi azab menantimu di akhirat, tentulah engkau akan bersabar dan tenang menghadapinya. Ia menjadikan kamu lebih tabah dan cekal menghadapi masa depan.

Wahai anakku,
Andainya engkau mampu melihat sesuatu yang mengembirakanmu juga sebagai ujian dan kasihsayang Allah ke atasmu, tentulah engkau bertambah dekat dengan Tuhanmu. Egkau gunakalan nikmat pemberian Tuhanmu bagi mencari redha Tuhanmu.

Wahai anakku,
Orang yang terlalu sedih akan menagis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menagis kegembiraan. Namun kedua- dua tangisan tiada nilai di sisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan, manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan.

Sunday, December 23, 2012

Untuk Santapan Hati

Saturday, December 22, 2012

Senyum,!!!!!!!

Dari senyum maka lahirlah rasa lapang  dan dan macam macam
Allah mengurniakan kepada kita untuk  memiliki stok senyum yang tidak terbatas. Karena kita dilingkupi nikmat yang tidak terbatas. Mulai dari bangun tidur hingga tidur lagi, semuanya penuh dengan kenikmatan.
Bahkan kesedihan sekalipun.

Jika Kini teman sedang menagis aku katakan pada teman . "Teruskanlah menangis, tapi kalau sudah selesai menangisnya,.. tersenyum ya".

" Ya harus senyum,...andai  kalau kamu tidak  sedih, tidak mampu menangis,... karenanya tersenyumlah karena kamu masih dikuruniai nikmat sedih dan nikmat menangis".

Kita mungkin tidak akan bisa melihat indahnya pelangi jika tanpa hujan dan indahnya matahari, tersenyumlah.

Jika kita mampu menangkap segala kenikmatan yang kita rasakan, kenikmatan setiap udara yang kita hirup, setiap tatapan mata kita, setiap pendengaran kita, setiap denyut nadi dan degup jantung kita, setiap tapak kaki yang kita hayunkan, setiap gerakan dari anggota badan kita. Maka hidup kita akan penuh dengan senyum. Lalu kita akan melihat betapa banyak kenikmatan yang kita rasakan. Bahkan kenikmatan itu terasa bertambah dan bertambah setiap kita mengurai sebuah senyuman.

Bahkan ketika masalah terus saja mendera kita, cobalah untuk tetap tersenyum dan bersyukur tetaplah berfikir positif bahwa ALLAH sangat sayang dengan kita, Dia disana sedang memperhatikan kita dengan keadilan. Insya ALLAH masalah yang kita hadapi akan terasa lebih ringan dan bahkan akan menemukan banyak sekali jalan keluar. Tetaplah bersyukur (^_^)

Inilah sebenarnya yang telah digariskan Allah dalam al-Qur'an: "Jika kalian semua bersyukur maka akan kami tambah, namun jika kalian mengingkari segala nikmat yang telah kami berikan, maka sesungguhnya azabku sangatlah pedih" ( QS. Ibrahim: 7 )

Maka Tersenyumlaah (^_^)

Saf Pertama


Wahai anakku,
Bilamana kamu memasuki rumah Allah ( masjid atau surau) segeralah kamu dapatkan saf pertama, kerana mendapatkan saf pertama di dunia jauh lebih mudah bagimu dari memperolihinya di akhirat. Sekiranya kamup tidak memperolihinya, dapatkan saf kedua, sekiranya masih gagal dapatkan saf ketiga begitulah seterusnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu melepaskan
peluang keemasan untuk dapatkan saf pertama kerana Rasulullah S.A.W bersabda " kalaulah kamu tahu apa yang ada pada saf pertama, nescaya kamu akan bertungkus lumus bagi mendapatkannya, dan kamu sanggup mengundi sekalipun bagi memperolehinya".

Wahai anakku,
Aku seringkali mengharapkan dengannya aku mendapat saf pertama diakhirat.

Senyum.

Bukan Kita Punya segalanya milik Allah

 

Wahai anakku,
Janganlah kamu bersikap sombong di atas muka bumi Allah ini, kerana kamu tidak memiliki sesuatu pun melankan hanya pinjaman dari Tuhanmu. Dia boleh mengambilnya pada bila bila masa yang diingininya, termasuk nyawa kamu. Ingatlah wahai anakku,
Sesuatu barangan pinjaman akan pasti diambil semula oleh tuannya, bilamana tuannya kehendaki. Maka perlakukanlah apa yang adaadamu sebagai har...ta pinjaman. Jangan kamu gunakan sehingga merosakkan kerana kamu tidam mampu menggantinya kembali.

Wahai anakku,
Janganlah kamu sombong kerana kamu merasai banyaknya hartamu, kerana sebelum kamu, ada yang lebih kaya darimu, namanya Qarun, ia hancur dimusnah oleh Allah kerana kesombongannya. Seandainya kamu merasa kamu lebih pangkat kebesaranmu, ingatlah sebelum kamu ada orang yang lebih hebat pangkatnya dari kamu, namanya Fir'aun. Dia juga dihancurkan Allah segala pangkat kebesaran dan kerajaannya. Atau kamu merasa hebat kerana lebihnya ilmu yang ada padamu. Ingatlah sebelum kamu ada Samiri, yang. Sangat arif tentang ilmu dan hikmah, lalu ia juga dimusnah oleh Allah.

Wahai anakku,
Bumi yang kamu pijak pun takutbkepada Allah. Langit yang kamu junjung gementar dengan kebesaran Allah. Lautan dan gunung ganang tunduk kepada kebesaran Allah. Bahkan ada batu batu yang jatuh dari tempatnya kerana takut pada Allah.

Wahai anakku,
Iblis diperintah untuk sujud kepada Adam dengan perintah Allah, lalu ia enggan sujud kerana kesombongan diri, merasa hebat kerana kejadiannya, lalu Allah khitab ia sebagai golongan kafir dan durhaka kepada Allah.

Lantaran itu wahai anakku,
Janganlah kamu sombong dengan mahkluk Allah kerana harta bendamu, atau ilmu yang ada padamu, kerana manusia tidak dikurniakan ilmu melainkan sangat sedikit. Begitu juga manusia tidak dikurniakan harta melainkan sekadar air lautan yang melekat dijarimu, sedangkan akhirat sebanyak seluruh air laut itu.
 
Maih pakat senyum ..in sya Allah hati akan lapang ...

Berwaspada Dengan Harta

 

Wahai Anakku,
Aku ingin berpesan kepadamu terhadap harta. Ia sebesar- besar ujian Allah kepadamu selain anak pinak. Kerana itu Allah menyatakan " sesungguhnya harta dan anak kamu adalah ujian Allah kepadamu. Dan Allah menyediakan pahala yang besar pada keduanya".

Wahai anakku,
Aku menyaksikan putusnya silaturrahim kerana harta. Manusia sanggup berbunuh kerana harta, dan manusia sanggup khianat k...
erana harta, dan manusia sanggup syirik kepada Allah kerana harta. Nauzubillah.
Wahai anakku,
Bilamana manusia menjadikan harta sebagai'tuhannya' mereka sanggup melakukan apa sahaja demi harta tersebut. Ingatlah wahai anakku, jangan sesekali kamu memutuskan hubungan silaturrahim kerana harta. Ada adik beradik tidak bertegur sapa kerana harta pesaka yang ditinggalkan ayah atau ibu mereka. Sedang dikala mereka kecil, sewaktu ibubapa mereka masih ada. Mereka beargurau senda, bermain sama sama, berlari dengan keariangan bersama kbu yang mereka semua sayangi.

Wahai anakku,
Alangkah dukacitanya kerana harta yang sedikit, mereka sanggup memutuskan kebahagiaan keluarga. Mereka melupai betapa penat alelah ibubapa mereka mengumpulkan harta untuk kebahagiaan mereka. Bukan untuk mereka berebut harta tersebut, sehingga memutuskanntali persaudaraan.

Wahai anakku,
Alangkah sedihnya ibubapa dialam barzakh, ia tinggalkan harta untuk merapatkan hubungan anak-anaknya. Gunalah harta itu demi mengeratkan ikatan. Mengigatkan kamu terhadap ayah dan ibu yang telah kembali mengadap Allah. Janganlah kamu tamak terhadap harta dunia, kerana harta bukan segalanya dalam hidup ini.

Wahai anakku,
Engkau boleh beli rumah yang besar, tetapi kamu tidak boleh membeli kebahagiaan. Kamu boleh membeli tilam yang tebal, tetapi kamu tidak boleh membeli nyenyaknya tidur. Kamu boleh membeli makanan yang sedap, tetapi kamu tidak boleh membeli selera untuk makan. Kam boleh membayar pekerjamu, tetapi kamu tidak boleh membeli kasih sayang mereka.

Wahai anakku.
Andainya kamu merasa besar apa yang ada didunia yang fana ini, sesungguhnya engkau telah tertipu dengan dunia. Dunia ini pernah menipu alim ulamak, sehingga rosaklah ilmu mereka. Ia pernah menipu pemimpin, sehingga mereka berperang kerananya. Ia juga pernah menipu sebahagian besar manusia, sehingga mereka dilekakan olehnya.
Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagimana kamu menggunakan dunia untuk mencari kebahagiaan akhiratmu. Engkau gunalah dunia ini, kerana selepas itu engkau akan tinggalkan dia. Dunia tidak akan menagisi kematianmu, sebagaimana kamu tidak perlu menagisi kerana berpisah dengan dunia. Dunia akan mengikutmu, andainya kamu boleh kuasainya untuk mencari redha Tuhanmu.

Wahai anakku,
Katakanlah kepada dunia..... Kalau kamu nak tipu, tipulah orang lain, jangan kamu tipu aku. Tetapi percayalah wahai anakku. Kamu tidak akan selamat dari tipudaya dunia melainkan kamu mengagungkan Allah, ikhlas dalam setiap amalanmu dan merasai dekatnya kematianmu.
Salam sayang buat anak-anakku.

Senyumlah kepada dunia nescaya dia akan senyum kepadamu

Friday, December 21, 2012

Jangan Kecewa

 
Wahai anakkku,

Jangan kamu terlau kecewa dengan kehidupanmu di dunia, kerana kamu hanya singgah sebentar di sini. Kekecewaan mu mungkin kerana nafsumu terlalu besar berbanding dirimu yang sebenar, atau engkau terlalu banyak melihat kekuranganmu dari k
elebihanmu. Engkau tidak sedar dirimu siapa di sisi tuhanmu. Kamu hanya hamba Allah, tidak lebih dari itu. Maka hadapi kehidupan semenatara ini dengan penuh yakin.

Wahai anakku,
Ambil kesempatan untuk segera melakukan kebaikan setiap kali kamu mempunyai peluang melakukannya, kerana peluang yang baik tidak selalu akan datang. Kalaupun ia muncul, belum tentu waktunitunkamu berkemampuan untuk melakukan kebaikan itu.

Wahai anakku,
Aku seringkali mendengar keluhan mereka yang terlantar sakit di katil hospital, merayu, berdoa dan berharap untuk. Segera sembuh bagi mentaati perintah Allah, namun bilamana Allah kembalikan kesihatannya, mereka terus melupai janjinya dikala mereka sakit. Kerana itu wahai anakku, ambillah kesempatan untuk beramal ibadah disaat tenaga kamu masih kuat, usiamu masih muda dan keinginanmu masih ampuh.

Wahai anakku,

Hargai sesuatu sewaktu ada, agar tidak kecewa bilamana tiada

Monday, December 17, 2012

Buat Renungan Sedikit

 
 

Wahai anakku,

Wahai anakku.
kamu semangkin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai. Sedarlah wahai anakku, sebahagian besar dari keputusanmu terkadang dipengaruhi oleh rakan sebayamu. Kerana itu, pilihlah sahabat yang baik akhlaknya, sangat menjaga kewajipan agamanya dan sangat mengambilberat tentang persahabatan.

Wahai anakku,
...


Kamu hidup dizaman yang sangat mencabar, dunia tanpa sempadan, dan kemudahan perhubungan sangat luas. Inilah zaman yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah ' dunia berada dihadapan kamu', sebenarnya cabaran ini sangat membimbangkan kedua ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjeruus kelembah kemusnahan serta pendurhakaan terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi.

Lantaran itu wahai anakkua, ketiadaan kamu dihadapan mata ibubapamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu dihadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbangan itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas.

Wahai anakku.
Alam remajamu perlu diurus sebaiknya. Namun disaat kamu rasa ingin mencuba semuanya, desakan kawan Akan menyebabkan kamu menyimpang dari kebenaran. Sedikitnya masa kamu berada di hadapan ibubapamu, dan luasnya masa kamu bersama rakan sebayamu menyebabkan kamu seolah olah boleh melaksanakan apa yang kamu ingin lakukan.

Wahai anakku,
Aku gidak mampu mengawal segala pergerakanmu. Aku hanya serahkan kamu kepada pemeliharaan Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kamu boleh sembunyi apa yang kamu lakukan dihadapan ibubapamu, namun kamu tidak mampu menyembunyikannya di hadapan Allah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu ketawa dan gembira melakukan maksiat kepada Allah, nanti kamu akan menangis berhadapan azab Allah. Seorang ibu mampu menangisi anaknya di dunia, tetapi ia tidak lagi mampu menangisi di akhirat kerana setiap orang hanya memikirkan dirinya sahaja di akhirat nanti. Lantaran itu, ibubapamu hanya mampu menegurmu di dunia agar engkau selamat di akhirat.

Wahai anakku,
Aku sangat gembira engkau mentaati segala perintah Allah, tidak mendurhakainya. Semoga Allah sentiasa memeliharamu dari cubaan dunia yang melekakan. Ya Allah, peliharalah kami dari kemurkaanmu.

Salam sayang dan senyum selalu.......

Friday, December 14, 2012

Jumaat Datang Lagi


Jumaat Datang Lagi
Sudah berapa kali jumaat yang kita lalui ...
Saban minggu jumaat terus datang muncul begitu  setia bertandang Rasanya semalam je jumat pergi ..
hari ini muncul lagi bertandang kemari
..muncul dan tiba.....
menandakan umur  semakin bertambah ....
Bukan Jumaat yang menjadi penanda ...tapi kesekejapan jumaat yang kelmarin terasa pergi skrng didepan mata ..
menandakan usia terus berganda

Jumaat memang setia menziarah kita ...
namun adakah  tahap keimanan dan Ketqwaan Kita..
semakin mantap semakin utuh
sudah banyak jumaat yang diterokai
pastiya banyak pengalaman yang terintai dipasar keimanan jumaat
Esok Jumaat datang lagi ....
adakah peluang dan ruang yang direbut ......
jumaat esok apakah yang akan dicorakkan
jumaat esok apakah ukiran yang akan dibentuk ..
jumaat esok yang tiba apakah irama lagu akan dialunkan ...
jumaat esok yang tiba adakah seperti jumaat semalam
datang dan pergi seperti angin yang berlalu sahaja ...
adakah satu warna sahaja ....
untuk diisi ..
Jumaat datang terus datang ...adakah jumaat esok bermanfaat atau sekadar berlalu seperti jumaat yang telah ditinggalkan ...

SenyUm Jumaat ...???

Monday, December 10, 2012

Buat Renungan Bersama ,Khas Sahabat DiMiri ...

Khas Buat sahabat yang menjejak kasih di FB petang Tadi dari miri .......
 
Malam ini pendek shj...

Ambil beratlah pada orang tersayang dan mereka-mereka yang ada tempat di hatimu.

Tapi mestilah elakkan diri daripada mengharapkan mereka yang diambil berat ini mengambil berat terhadap dirimu seperti mana anda mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

Jika tidak anda akan terjerumus dalam perasaan marah kesumat.

Marah kesumat ini akan menyelubungi minda anda dengan per...
kara-perkara yang boleh digunakan untuk membuat pihak yang mu mengambil berat berasa bersalah.

Ini termasuk berkata kata-kata yang seperti jirusan air tidak dapat ditarik balik sehingga menyesal seumur hidup tatkala kemarahan reda.

Ada pula yang terfikir cara-cara melukakan diri sendiri demi mendapat perhatian mereka yang diambil berat oleh mereka.

Inilah bahaya marah kesumat ini - pintu paling mudah termakan bisikan syaitan.

Anggaplah mengambil berat kebajikan seseorang itu sebahagian tugas menyempurnakan tugas Allah dan percayalah Allah akan memberi balik ganjaran atas kebajikan yang diberi, nescaya anda akan dapat jauhi diri daripada marah kesumat itu.

Ingat, bantu dan ambil berat dengan sepenuh hati - tapi jangan sesekali mengharapkan anda akan mendapat layanan yang sama daripada mereka yang dibantu, biarpun keluarga terdekat.

Senyum.

Wednesday, December 5, 2012

Sekadar Pengkongsian ...moga ada manfaat


Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dala...
m kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"
2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"
3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"
4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"
5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"
6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)
7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."
8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.
Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)

secebis Bicara

 
Wahai anakkku,
Jangan kamu terlau kecewa dengan kehidupanmu di dunia, kerana kamu hanya singgah sebentar di sini. Kekecewaan mu mungkin kerana nafsumu terlalu besar berbanding dirimu yang sebenar, atau engkau terlalu banyak melihat kekuranganmu dari kelebihanmu. Engkau tidak sedar dirimu siapa di sisi tuhanmu. Kamu hanya hamba Allah, tidak lebih dari itu. Maka hadapi kehidupan semenatara ini dengan penuh yakin.




Wahai anakku,
Ambil kesempatan untuk segera melakukan kebaikan setiap kali kamu mempunyai peluang melakukannya, kerana peluang yang baik tidak selalu akan datang. Kalaupun ia muncul, belum tentu waktunitunkamu berkemampuan untuk melakukan kebaikan itu.

Wahai anakku,
Aku seringkali mendengar keluhan mereka yang terlantar sakit di katil hospital, merayu, berdoa dan berharap untuk. Segera sembuh bagi mentaati perintah Allah, namun bilamana Allah kembalikan kesihatannya, mereka terus melupai janjinya dikala mereka sakit. Kerana itu wahai anakku, ambillah kesempatan untuk beramal ibadah disaat tenaga kamu masih kuat, usiamu masih muda dan keinginanmu masih ampuh.

Wahai anakku,

Hargai sesuatu sewaktu ada, agar tidak kecewa bilamana tiada.

Senyum