Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Monday, May 24, 2010

Tidak dapat apa yang kita minta

Adakalanya, kita rasa sedih dan berduka kerana apa yang kita hajatkan, apa yang kita impikan dan apa yang kita selalu doakan belum hadir ke dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita doakan kegembiraan, tetapi hidup kita masih penuh dengan kedukaan. Kita doakan kejayaan tetapi hidup kita masih penuh dengan kegagalan. Malah, kita doakan kekayaan tetapi kesusahan dan kesempitan hidup pula yang memunculkan diri.
Apakah doa kita tidak dimakbulkan? Adakah kita ada lakukan apa-apa kesalahan hingga apa yang kita minta, sebaliknya pula yang tiba?
Saya percaya, kita akan menjadi semakin resah jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Malah kita rasa bertambah gelisah jika bukan sahaja apa yang diminta tidak tiba, perkara sebaliknya pula yang kerap muncul dalam hidup kita. Saya juga percaya, ada dua cara untuk melihat perkara ini.
Pertama, kita boleh lihat perkara ini dan berkata, “Oh…. kenapalah nasibku begini? Kenapa apa yang aku mahu tidak tiba? Adakah ada kesalahan yang kulakukan hingga tidak berhak mencapai apa yang diidamkan? Apakah sudah ditakdirkan aku akan susah dan sedih sepanjang hayat?”
Jika kita berfikir begini, hidup kita akan bertambah sedih dan mengecewakan. Mana tidaknya. Apabila kita sudah mula rasa semua perkara tidak kena, kita akan mula sentiasa melihat perkara-perkara yang tidak kena dalam hidup kita. Hendak pergi kerja atau sekolah, tiba-tiba hujan, basah satu badan. Sedih.
Hendak menghulurkan bantuan kepada orang, entah kenapa orang itu pula tidak sudi menerima pertolongan. Sedih. Hendak menjadi rajin dan datang awal ke tempat kerja atau sekolah, dikutuk kawan-kawan dan dituduh sudah ‘buang tebiat’. Sedih.
Kedua, kita berusaha mencari maksud yang baik disebalik kejadian. Kita mencari sebab yang baik di atas sesuatu yang berlaku. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan, mungkin itu satu peringatan untuk kita lebih berhati-hati agar kemalangan yang lebih besar tidak berlaku. Jika kita dikutuk dan diumpat orang atas sesuatu usaha yang kita lakukan, mungkin ia satu ujian dan latihan agar kita menjadi lebih tabah dan sabar dalam menempuh dugaan yang lebih besar kelak.
Cara berfikir yang kedua ini adalah amat penting kerana ia bukan sahaja menghentikan kita daripada melihat kepada perkara negatif, ia juga mula membuka mata kita kepada perkara positif. Sebagaimana yang kita sudah tahu pula, perkara positif mengundang kegembiraan dan ketenangan dalam hidup kita.

Semasa saya sedang menyiapkan ijazah sarjana dalam bidang Bimbingan & Kaunseling di UIA, ada seorang pensyarah yang menceritakan sesuatu yang sangat menarik kepada saya. Kata beliau, ada satu doa yang beliau pernah dengar. Doa itu menjelaskan tentang perkara baik disebalik kejadian yang mungkin dianggap tidak baik.

Kata beliau lagi, ‘jika kita mohon kepada Allah untuk menjadi seorang yang bijaksana, Allah tidak menurunkan sifat bijaksana itu serta merta ke dalam minda atau akal kita. Sebaliknya Allah uji diri kita dengan masalah dan cabaran. Jika kita sabar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dan cabaran tersebut, hasilnya, kita akan jadi lebih bijak dan matang dalam mengendalikan masalah dan cabaran sebegitu. Bukankah itu yang kebijaksanaan yang kita doakan?’
Tambah beliau lagi, ‘jika kita mohon dan berdoa untuk memiliki kekayaan, Allah duga dan uji kita dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Jika kita sabar dan berusaha untuk keluar daripada kesempitan hidup tersebut, kita akan jadi lebih bijak dan pandai dalam menangani masalah kesempitan hidup sebegitu. Hasilnya juga, kita akan jadi lebih kaya dan mewah daripada sebelumnya. Bukankah itu yang kita mohon dan doakan?’
Hari ini, apa kata kita renungkan apa yang sedang kita mohon dan apa yang sedang berlaku. Jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, jangan cepat berduka atau susah hati. Tabahkan hati dan berusaha untuk hadapi situasi tersebut sebaik mungkin dan kita akan tersedar suatu hari nanti yang apa yang kita mohon dan doakan sudah benar-benar menjadi kenyataan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 153,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

Selamat mencari kegembiraan di sebalik kedukaan.

Anda Seorang Yang Amanah ????!!!!!

Kalau beri peluang  bekerja saya akan ..saya akan saya akan ......hu hu time belum dapat kerja ....
Pernahkah anda berurusan dengan sesuatu agensi atau jabatan?. Dan anda dapati segelintir kakitangan jabatan berkenaan membuat kerja sambil lewa. Kerja yang mudah menjadi berlarutan dan anda terpaksa datang lagi ke pejabat berkenaan berulangkali hanya disebabkan oleh salah seorang kakitangannya lesap tak tapat dikesan.

Itulah realiti yang harus diterima oleh kita pada hari ini. Sebab perangai manusia tidak sama. Namun kalau kita lihat kembali semasa mereka mula-mula meminta kerja dahulu sudah tentu mereka menjanjikan perkhidmatan yang terbaik, rajin ,sangup itu dan ini . Tapi itu dahulu, sebelum dapat kerja. Selepas disahkan jawatan lain pula ceritanya. Barulah anda boleh melihat watak sebenar seseorang itu.
Kalau yang amanah akan terus berdedikasi dalam tugas dan bagi yang tak amanah terus bekerja sambil lewa dan mulai lupa segala janji-janji sebelum bekerja. Tapi satu sahaja mereka tak sedari... Allah tidak pernah lupa segala perbuatan mereka.Tak payah cakap banyak manusia sudah boleh menilai .....Allah SWT..lagilah ...
Kekadang disekolah pon macam macam ada ....banyak  fikir tentang urusan sendiri .....nak buat mesyuarat pon fikir pasal masa .......kata orangterlalu berkira .....nak buat perubahan awal awal lagi  cakap tak berjaya punya ... kalau macam nie bila nak maju ...asyik fikir  dan takuk kewarasan yang sama sahaja ...tak mahu berkembang maju ke depan ..tak mahu membuat dan membina perubahan ...uhhh bertapa ruginya  negaraku ini memilki pekerja macam ini .....letak jawatan sahaja!!!..beri peluang kepada mereka yang masih ramai diluar sana ....buatlah kerja dgn hati yang ikhlas ...jangan terlalu asyik nak bantah  tanpa memberi cadangan ....aduh ..sakit sakit...
"Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan"(lirik lagu guru malaysia )


Yang lain tak yah terasa sebab atikel ini untuk renungan aku sahaja ......

Saturday, May 22, 2010

Anugerah Hari Guru

Apapon Terima Kasih atas penilaian itu ..namun kalau ianya tak seperti yang digambarkan ...harapan semoga ianya akan menjadi doa yang m\akan menjadi kenyataaan ...amin ...terima kasih Warga A.P.I  BRains yang memberi dan menilai itu ..terima kasih  hadiah yang diberi .....

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru


Sadaufm mengucapkan Selamat Hari guru Kepada Semua warga guru ..tak kira di mana berada ....teruskan perjuangan  membina negara bangsa ....buat Pelajar SMSM terima kasih atas ucapan dan ingatan lafaz ucapan hari guru ,..dan kepada semua anak didik BRains Batu Rakit  Kuala Terengganu TQ..atas hadiah dan cenderamata yang diberi ...teima kasih kerana ada ruang dihati untuk diri ini ,,....
Selamat Hari Guru ..2010 ..terima kasih kepada yang memberi ....Buat pelajar F5 yang beri anugerah Khas Guru Dedikasi tu ..hu hu jangan komen pulak selepas ini ..bila hilang dedikasi tu .....semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2010 ..amin ....

Sunday, May 16, 2010

Video Clip Untuk SAmbutan HARI GURU 2010 SBPI BATU RAKIT


VIDEO UNTUK TAYANGAN  SEMPENA HARI GURU SBPIBR KUALA TERENGGANU

Sunday, May 9, 2010

Setiap Hari Adalah Hari Ibu






Sapa lah yang memandai buat 9 Mei adalah hari ibu .....kalau nak tahu lebih kurang macamni ....Hari Ibu kalau di Indonesia dirayakan pada tarikh  22 Desember dan di Amerika , Kanada  merayakan Hari Ibu atau Mother’s Day pada hari Minggu di minggu kedua bulan Mei.sebenarnya kalau nak di ungkapkan pengorbanan ibu terlalu besar tak terbalas dgn satu hari untuk dirayakan ...namun sekurang kurangnya adalah jua sedetik untuk mengingati para ibu ...kalau pada aku semua hari sepanjang tahun adalah hari ibu ...kena buat baik selamanya pada ibu ......

Friday, May 7, 2010

Kem Matematik Sains Ting Satu





Setelah dua minggu tertunda ...Alhamdulillah hari ini kem matematik sains untuk tingkatan 1 terlaksana jua akhirnya....memandangkan kesibukan semua pihak dalam menghambat sejuta program lain-lain lagi ....program selama 3 hari ini cukup bererti buta mereka ....
semoga  kem ini memberi satu  inspirasi suntikan semangat buat warga putra putri SBPI BR  melayari  arah tujuan membina  sebuah impian .....semoga tercapai sebuah impian agar menjadi satu kenyataan ...amin ...
Aku pon bukan sibuk dgn program  ini cuma mencelah  sedikit bila terpaksa lewat balik kerana  nak hantar student ke sesma  untuk kursus ...aduh aku pulak yg kena bawa merak dgn Van ..giler ...eh malas lkah aku ...malas ...

Thursday, May 6, 2010

Bukan Nak Menyohol Buat Kerja

Semalam cuba-cuba mencelah dikesempatan yang terluang mengatalkan tangan untuk mencalit sedikit coretan kesenian menbuat meruralk kat diding sekolah baru ..SBPI BR ...bersama UBK sekolah ...tu nampak Cikgu Awang begitu tekun  menconteng  bersama Pegawai Bomba tak bertauliah ...semoga  kerja dan bakti tercurah mampu dimanfaatkan oleh semua ....teruskan usaha yg cemerlang ini UBK ....

Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.
Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Monday, May 3, 2010

Bulan ....Mualim ....Sensei ...Guru

Pada Mereka yang pernah mendidik aku .......Terima Kasih Cikgu ...sempena Sambutan Bulan Sensei .....

Kenangan Mengusik Jiwa

Kenangan Semasa Di SMSM ..taun berap asik ingat kamek ....namun inilah rupa....Pusat Akses ( Balai Menunggu PIBG ) dan Kat Atas tu Bas Sekolah yang membawa kemana sahaja biak smsm ...hatta ke kuching ...

Ringkas Namun Cukup Dalam Untuk Dingertikan


WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME
WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE
WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH
WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT
WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE
WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE
so ......

"Yesterday..was a HISTORY...

Tomorrow..is still a MYSTERY...
but Today...is a GIFT..."

Jadilah Kita Orang Orang Yang Bersyukur

Tidak salah menjadi seorang yang kaya, jutawan atau mengumpul harta. Isi pokok di sini adalah menjadi seorang yang bersyukur dan dari manakah datangnya harta tersebut (halal atau haram).

Di dalam buku ustaz Zaharuddin, “Wang, Anda dan Islam” pada bab permulaan, beliau menerangkan secara jelas dan ringkas apa erti zuhud yang sebenar iaitu bukan soal wang yang banyak atau sedikit yang perlu dipersoalkan, tetapi yang perlu diperbincangkan adalah dari mana wang itu datang dan ke mana & bagaimana ia disalurkan.
Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?
1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan.
2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan.
3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.
4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu.
5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’.
6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain.
7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha.

Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak akan membazir wang yang ada. Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak rasa pelik dan tercabar dengan pendapatan orang lain yang lebih besar. Jika kita seorang yang bersyukur, kita memiliki satu perkara yang tiada pada orang yang tidak bersyukur iaitu KETENANGAN HATI DAN JIWA.

Jiwa orang yang tenang (mutmainnah) hanya satu sahaja tujuannya: Hidup gembira di syurga yang tenang dan menatap wajah Allah Yang Maha Pengasih. Dunia material hanyalah alat sahaja yang berada di tangannya buat bekal hidup, dan bukan di hatinya.

“Dunia itu terlaknat, dan terlaknat apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan apa yang mengikutinya, orang berilmu dan orang yang menuntut ilmu.” (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Maka ambillah apa yang telah Aku berikan padamu, dan jadilah orang-orang yang bersyukur.” (Al-A’raf: 144)
Jika tujuan dan nawaitu kita adalah ALLAH dan menelusuri liku-liku kehidupan ini dengan jalan yang telah ditunjukkanNYA, insyaAllah hati kita pasti TENANG.

‘Kejarlah ketenangan, bukan kekayaan’. Si kaya atau si miskin, tak ke mana jua, tak berbeza destinasinya. Akhirnya semua ke kubur jua. Yang menjadi pengukur ‘di sana’, adalah amal, bukan harta yang menggunung.

Rindunya Pada Pemandangan Ini

Eh lama dah tak tengok jambatan ini ..selalunya masa time duduk kat miri dulu cuti je terus pecut ke Sabah  bila cuti  sabahlah tempat kunjungan aku ke sana...tapi bila dah jauh macam ini ..terasa susah pulak nak ke sana bukan tak boleh pergi , bukan mustahil cuma kena ada plan  baru boleh pergi ..,kalau dulu  terdetik sahaja  hati nak pergi  sabah aku terus melangkah pergi .....tup tup sudah sampai ke KK ...InsyaAllah terasa jugak  hati nak pergi  KK ..bukan susah ....nantilah bila senang .......akan ku  jelajahi lagi Negeri   DI BAWAH BAYU INI  namun agak sukar  tetapi tidak mustahil untuk menatap pandangan jambatan ini ......jambatan lawas dekat Kg Kerangan bukan Kg Berangan  ....Kg Siapa ?

sudah siapkah jambatan yang merentangi sugai trusan ?kalaulah dahulunya aku terpaksa 4 jam Q nak naik Feri ..aduh sengsara rasanya ...... semuanya sudah tinggal kenagan ....kalaulah ada kat miri ?....he he ..takpe ..kat teganu lagi banyak jambatan ....macam macam jambatan ada....

Teringat Masa Lampau

Tetiba mimpi zaman lampau di smsm....rindu laaa tu ...

Kenapa Harus Ditelan Derita Melanda

Kita selalu sangsi  dan mencurigai  perasan-perasan  dengan musibah dan bencana yang menimpa kita ...kita tak tahu ..mereka tak mengerti ?

Siapa tahu ?Barangkali  bencana itu membawa manfaat  dan memberikan  kesihatan  tubuh .Barangkali  di dalam percubaan terdapat pemberian .....siapa tahu ?barangkali kesulitan  yang menderita  itu merupakan  satu pintu  ke arah kebaikan  yang belum diketahui .Apabila  kita menggunakannya dengan baik ,sudah selayaknya kita dapat menembusnya ke arah  masa depan  yang lebih cerah ....
"Boleh jadi  kamu membenci sesuatu  ,padahal  ia amat baik bagimu  dan boleh jadi pula  kamu menyukai sesuatu  padahal  ia amat buruk  bagimu : Allah mengetahui  sedang kamu  tidak mengetahui (al-Baqarah 216)"

Terimalah kenyataan hidup kita dgn jutaan kelapangan dan kesyukuran  dan  renungilah pada kehidupan dan alam  kerana sesungguhnya telah mampu kita mengubah limau yang kecut  menjadi minuman  manis yang menyegarkan dan ingatlah sesungguhnya petir dan awam mendung membawa hujan mampu merubah menjadi  anugerah mengukir lumpur  dan tanah  yang ada di dalamnya  berubah menjadi  bunga mawar  yang berbau harum ....  usahlah membiarkan lidah menutur pahitnya pada ujian Allah yang sedikit ini ..hadapilah dengan penuh rasa keyukuran ...amin ..