Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Saturday, March 16, 2013

Carilah 5 M

Cacing berada di dalam LAUTAN tanah, tetapi ia tidak menyedarinya. Ikan berada dalam LAUTAN air, tetapi ia tidak menyedarinya. Manusia berada dalam LAUTAN udara, tetapi kita juga tidak menyedarinya. Hanya setelah orang memberi tahu yang kita sedang berada dalam lautan udara, barulah kita menyedarinya, kerana selama ini yang kita tahu hanyalah lautan air, iaitu yang dinamakan laut.

Kita juga sebenarnya sedang berada dalam LAUTAN ruang langit iaitu angkasa lepas, kerana bumi itu sendiri dan ruang di sekelilingnya berada di tengah-tengah lautan angkasa lepas. Kita tidak pernah menyedarinya, kecuali setelah diberitahu oleh seseorang. Langit dan isinya pula berada dalam LAUTAN rahmat dan kasih sayang Allah.

Jadi, LAUTAN itu ada banyak, bukanlah lautan air sahaja. Kita menyedari semua ini setelah minda kita dibuka oleh seseorang. Maksudnya, kita memerlukan guru. Lebih-lebih lagi dalam bidang agama, bidang kerohanian.

Dengan bantuan guru-guru, ruang pemahaman dalam diri kita akan lebih mudah terbuka. Dari itu, carilah guru-guru. Berguru biar banyak, jangan bergantung penuh hanya kepada seorang guru, walaupun kita mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa dengan seseorang guru itu. Setiap guru ada kekurangannya kecuali Rasulullah saw. Dengan mengambil ilmu daripada beberapa orang guru, barulah kelemahan seseorang guru itu dapat ditampung oleh guru-guru yang lain.

Selamat mencari guru. Selamat mencari pembimbing. Selamat mencari mursyid. Cuma yang mesti kita ingat selalu... bahawa PADA HAKIKATNYA... ilmu datang daripada Allah, bukan daripada guru. Guru hanyalah tempat laluan.

Friday, March 15, 2013

Bacalah Al Quraan

Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen, buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita... dan sebagainya. Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi...

...berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap dan membaca kata-kata Tuhan? Ada tak? Ke tak ada langsung? Allamak...!!!

Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk. Hari-hari dalam sebulan juga umumnya berjumlah 30 hari. Oleh itu, memang sesuai sangatlah jika kita CUBA menghabiskan 1 juzuk Al-Quran sehari. Begitulah antara harapan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna kepada umat Islam, khususnya para da’i.

Tak mampu? Tidak mengapalah. Pelan-pelan lah ye tak? Tapi... takkanlah dalam tempoh 24 jam itu tak mampu untuk membuka Al-Quran dan membaca 1 ayat?

Tak mampu juga? Tak apalah. Tapi... takkanlah tak mampu untuk sekadar membuka dan melihat selama satu saat?

Tak mampu juga? Hmmm... beginilah. Paling kurang... dalam sehari, sentuhlah kitab Al-Quran itu sekali, tak perlu buka pun. Bolehkah istiqamah yang ini?

Tak boleh jugak? Amboih! Melampau dah tu! : )

Tahniah kepada mereka yang berjaya menatap dan membaca Al-Quran setiap hari. Ada yang istiqamah 2 mukasurat, ada yang setengah juzuk, ada yang satu juzuk, ada yang lebih lagi... dan lain-lain.

Kepada yang tidak mahir bahasa Arab, Dakwah Tajdid Segar menyarankan... memadailah membaca setengah juzuk sahaja sehari, DAN... bacalah terjemahannya.

Kepada yang belum bermula, mulakan hari ini. Boleh?

Mulakan dengan 2-3 ayat sehari? Sudah cukup cantik dah tu. Asalkan...istiqamah... berterusan setiap hari. Pakailah gear 1 dahulu,kemudian barulah naik ke gear-gear seterusnya.

LU FIKIR LA sendiri

Dunia dan akhirat itu umpama bayang-bayang dengan lampu. 

Jika kita berusaha mengejar bayang-bayang, bayang-bayang semakin melarikan diri dan akhirnya hilang dalam kegelapan, meninggalkan kita tersesat keseorangan, sedangkan lampu sudah jauh kita tinggalkan. Lampu tak dapat, bayang-bayang pun tak dapat.

Jika kita berusaha bergerak ke arah lampu, lampu semakin dekat, bayang-bayang mengikut dari belakang. Akhirnya lampu kita dapat, bayang-bayang… di bawah kita ia tercegat.

Jika kita mengejar dunia, dunia akan menghanyutkan kita dan menjauhkan kita dari akhirat. Akhirnya dunia tak dapat, akhirat terlepas.

Jika kita mengejar akhirat, akhirat semakin mendekat, dunia mengikut kita kita dari belakang. Akhirnya kedua-duanya kita dapat.

UJIAN

Lagi tinggi kedudukan/maqam yang Tuhan hendak beri, lebih hebat cubaan yang didatangkan-Nya.
Lagi besar pangkat yang hendak dianugerahkan oleh majikan, lebih berat tanggungjawab yang ditugaskan.
Lagi penting kedudukan yang hendak diamanahkan oleh jemaah atau umat,  lebih hebat ujian-ujian yang mereka letakkan.
Begitulah umumnya.

Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong dengan perasaan, mereka akan menyalahkan Tuhan, orang-orang atasan, jemaah ataupun umat.

Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong dengan perasaan, biasanya mereka akan gagal, terkandas separuh jalan, sekalipun mereka berasa diri mereka yang berjaya.

Bersabar dan bijak dalam membuat pertimbangan, akan banyak membantu peningkatan diri, khususnya di sisi Allah SWT.

Jdilah Diri Kita Yng terbaik

Jangan jadi lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Orang terang, dia terhapus.
Jadilah matahari, menerangi orang lain dalam keadaan dirinya sendiri bersinar cemerlang.

Jangan jadi jarum, menjahit pakaian untuk orang lain, dia sendiri telanjang.
Jadilah kasturi, mengharumkan orang, dia sendiri pun sedia harum.

Fikir Fikir

Katakanlah……. suatu hari planet bumi bakal musnah. Semua penghuni bumi mesti menaiki kapal angkasa berhijrah ke planet lain. Oleh kerana ruang pesawat sangat terhad, semua orang mesti pergi dengan sehelai sepinggang  dan membawa  kad pengenalan sahaja, tidak boleh membawa suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau sebatang pen sekalipun pun.

Setelah semua penduduk bumi tiba di planet itu dan bumi musnah, rasa-rasanya kitab suci agama manakah yang akan keluar (ditulis semula selengkapnya) terlebih dahulu?

Veda? Bible? Talmud? Avesta? La Goligo? Tao Te Ching? Tripitaka? Lain-lain?

Percayalah, kitab suci Al-Quranlah yang pertama keluar semula, bahkan mungkin satu-satunya kitab suci yang terselamat? Mengapa? Kerana ada ramai umat Islam yang menghafaz keseluruhan isi kitab itu. Yang menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis semula secara keseluruhannya di planet baru itu. 

Kitab-kitab besar agama lain? Ringkas kata, tidak ada manusia yang menghafalnya keseluruhannya. Secara terpisah-pisah dalam jumlah yang banyak pun tidak ada. Jika usaha dilakukan untuk mengumpul dan mencetaknya semula, pasti akan banyak lompong-lompong yang akan lompong buat selama-lamanya.

Inilah salah satu kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa bertuah memilikinya. Kita mestilah selalu membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya. Kita sudah membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya hari ini? Jika belum lagi, berniatlah untuk melakukannya : )

Coretan untuk renungan bersama

Andaikan kita sedang dalam perjalanan berpindah ke sebuah negeri yang sangat jauh. Perjalanannya memakan masa 60 tahun. Wang dan gaji yang ada pada kita memang sudah cukup untuk memulakan kehidupan baru di negeri itu, tidak perlu untuk ditambah lagi.
        
Di sepanjang perjalanan sesekali kita terjumpa pokok liar di tepi-tepi jalan (yang mudha untuk kita menggapainya) yang membuahkan 1 sen, 5 sen atau 10 sen. Pada sebatang pokok adalah satu syiling. Memang tidak akan kaya dan tidak banyak menambah wang sedia ada kita kalau kita memetiknya pun. Lagi pun wang sedia ada kita sudah mencukupi, gaji pun naik setiap tahun. Hendak memetiknya pula terpaksa memijak rumput-rumput di tepi jalan. Biarlah.

Ada seorang sahabat kita yang bersama-sama kita dalam perjalanan itu. Wangnya juga sudah mencukupi, tapi dia begitu rajin memetik syiling-syiling itu. Kita tersenyum sahaja melihat telatahnya yang sesekali nampak bersungguh memetik syiling yang dilihatnya. Kita memandang perbuatannya itu bagus, tapi kita sendiri tidak berminat pun untuk melakukannya. Biarlah. Setakat RM 3 sehari, apalah sangat. Gaji harian kita dan dia pun RM 150 sehari, setiap tahun sama-sama naik gaji, hendak apa lagi kan? Buat apa susah-susah hendak menambah RM 3 sehari? 

Dalam pada itu, ada juga orang-orang lain dalam rombongan kita itu yang memandang sinis akan perlakuan sahabat kita itu. Malah ada yang kata sia-sia. Macamlah tak cukup duit. Kalau tak petik pun, tetap sampai juga ke negeri baru. Buang masa dan tenaga. Orang tak pandanglah RM 3 sehari itu. Kata mereka.

Akhirnya kita pun sampailah ke negeri yang kita tuju. Seronoknya kita di negeri yang baru itu. Kita pun membeli sebuah rumah berharga RM 200,000 tunai. Sahabat kita tadi? Dia membeli rumah berharga RM 250,000 tunai. Kita berasa hairan, bagaimana dia yang mempunyai pendapatan dan bekalan yang sama dengan kita, tiba-tiba boleh membeli rumah yang lebih baik daripada kita? 

Rupa-rupanya, dengan RM 3 sehari jumlah syiling-syiling yang dipetiknya di sepanjang perjalanan yang memakan masa 60 tahun itu, sahabat kita itu berjaya mengumpulkan lebih kurang RM 50,000. Ketika itu barulah ahli-ahli rombongan ‘memandang’ perlakuan sahabat kita itu. Fuh! Barulah kita menyesal, “Alangkah baiknya jika aku juga bertindak bijak seperti sahabatku itu…..”

Apa yang cuba disampaikan di sini?

Negeri baru = akhirat
Perjalanan 60 tahun = umur kita di dunia
Syiling-syiling yang dipandang tidak bernilai sangat = sunnah-sunnah Rasulullah yang mudah-mudah, tidak membebankan kita jika kita mengamalkannya pun seperti berjanggut, berkopiah, berserban, bercelak, berjubah, cara tidur, cara membuang air, menyebarkan salam, memakai pakaian putih dan sebagainya. Semuanya boleh kita lakukan sambil-sambil sahaja. Ada yang boleh dilakukan sesekali, ada yang boleh dilakukan berterusan.
Rumah di negeri baru = syurga.

Pengajarannya, janganlah dipersia-siakan sesuatu yang dipandang kecil, apatah lagi jika ia mudah untuk dilakukan. 

(*Itu pun kalau betul sunnah-sunnah itu nilainya 1 sen, 5 sen atau 10 sen di sisi Allah. Bagaimana jika Allah memandang nilainya RM 10, RM 20, RM 50……. lebih lagi…..?)

Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar

Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar, yang tidak sepadan dengan saiz dirinya. Gunung, langit, lautan…
Mata kita hitam dan putih, tapi boleh melihat dan mentafsir ribuan jenis warna. Merah, biru, kuning, campuran antara ketiga-tiganya…
Mata kita tiada perasaan, tapi boleh membawa pelbagai perasaan ke dalam diri kita melalui apa yang ia lihat. Kagum, seronok, sedih, terkejut, marah, malu, risau…

Selain itu, ada lagi keistimewaan-keistimewaan mata yang jarang-jarang kita fikirkan.
Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segar dan bertenaga.
Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera mungkin. Api di kaki langit, ribut di hujung lautan, hentaman dari angkasa… yang telinga, kulit, lidah dan hidung tidak sampai ke sana kerana jauhnya.

Baru satu nikmat kita fikir dan kita syukuri, iaitu nikmat mata, sudah sedemikian hebat terasa.
Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Apa pula balasan kita kepada mata?

Mata mahukan makanan, mata mahukan hiburan, dan mata juga perlukan servis pembersihan. Adakah kita menyediakan dan memberikannya?

Antara makanan mata ialah ayat-ayat Al-Quran, wajah orang-orang soleh, tempat sujud, berjaga pada jalan Allah…
Antara hiburan mata ialah langit, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, sungai, haiwan-haiwan…
Antara servis yang diperlukan mata ialah menangis kerana Allah, memandang yang hijau-hijau, air mengalir, bercelak…

Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Sudahkah kita membalas jasanya?
Lebih benar lagi, sudah banyak jasa Tuan Punya Mata itu kepada kita.
Apa balasan kita kepada-Nya?
Mari kita tambah masa penggunaan mata kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah.

Erti Kata ..untuk di ngerti

Baca tazkirah, tidak mahu berfikir tentang isi kandungannya…….apalah erti?
Baca tazkirah, tidak merenung maksud yang tersurat dan yang tersirat…….tentunya rugi.
Baca tazkirah, sekadar untuk hiburan hati, bukan untuk mendapat lebih manfaat……memanglah ok tapi tak tercapailah matlamat yang dikehendaki.
Baca tazkirah, tidak ada tindakan segera atau tindakan lanjutan…….tazkirah itu sekadar melintas lalu pergi.
Baca tazkirah, tidak diulang-ulangi…..isi tazkirah akan hilang dari hati.
Baca tazkirah, tidak disebar-sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain……tazkirah itu mati.

Bacalah tazkirah……dan laksanakan le tindak susulnya : )
Semoga dirahmati Allah : 

Tanyalah Diri KIta

Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam…….
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita?

Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah?
Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan mesra?

Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita?

Dan yang paaaling penting…
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ‘ainnya (iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita bantu selesaikan?

Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.

Jangan Separuh Separuh

Umumnya manusia suka ambil agama separuh-separuh. Mana yang menyedapkannya diterima dan diperjuangkannya, mana yang dirasanya tak sedap dengan dirinya, ditolak ke tepi, kadang-kadang dimusuhi pula. Bukankah sewajibnya kita mengambil agama itu keseluruhannya? Bahkan semestinya kita perjuangkan keseluruhannya isi agama itu? 

Selama hari ini kita ambil keseluruhan ke ataupun kita pilih-pilih bab yang buatkan kita rasa selesa sahaja? Yang kita rasa tak seronok, tak sedap, tak dimuliakan oleh orang lain... maka kita buat tak nampak, menolak daripada memperjuangkannya. Yang mana yang beri kita keseronokan, sedap, dipandang hebat... maka barulah kita perjuangkannya? Agama itu syumul, ambillah keseluruhannya sekalipun tak seronok, dikata orang, pahit...

Kalau kiita berkahwin, kita mahu seluruh diri pasangan kita ataupun nak separuh-separuh? Kalau kita dapat anak baru lahir, nak seluruh anak ataupun nak separuh-separuh? 

"Err... tok qadhi, saya nak seluruh pasangan saya kecuali bahagian ketiak dan tapak kaki." Boleh ke?
"Errr.. doktor, saya nak keseluruhan bayi saya tapi saya tak mahu pusat dan saluran buang najis." Boleh ke?
Renung-renung, muhasabah diri.... dan yang paling penting ialah bertindak.

Kita Umpm Sehelai Kertas

Diri kita umpama sehelai kertas. Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat. Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau tidak, terpalit setitik dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita punya sesuatu kelemahan.

Biasanya manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu berbanding keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong untuk menghukum kita berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan kertas yang putih.

Kebaikan kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf. Tapi kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup cepat orang nampak.

Oleh itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit apa-apa kotoran lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia menghukum kita dengan melihat kotoran yang sedikit itu

SyuGA

Hidup pada akhir kepada akhir zaman ini... penuh, malah berlimpahan dengan nikmat. Banyak perkara yang orang-orang terdahulu tidak sempat menikmatinya, tapi kita nikmati sehari-hari. Lihatlah sekeliling kita.

Nikmat peti sejuk, pendingin hawa, televisyen, kenderaan bermotor, pesawat terbang, komputer, kamera, elektrik, makanan pelbagai bangsa, tandas moden, air paip, kasut sukan, telefon, lif, stesen bas... dan pelbagai lagi.

Sepatutnya, lagi bertambah nikmat bertambahlah kesyukuran dan ketaatan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kita jadi semakin rakus mengejar keduniaan dan sering engkar.

Dengan pelbagai nikmat akhir zaman ini pun, kita masih sering mengeluh, masih berasa banyak yang kurang. Maka terkejar-kejarlah kita dari satu nikmat ke satu nikmat. Padahal nikmat-nikmat yang sudah sedia ada pun kita tidak terfikir untuk mensyukurinya.

Bagi ahli-ahli sufi, dunia ini pun sudah seakan syurga. Terlalu banyak nikmat yang kita kecapi sehari-hari. Kita tidak menyedarinya kerana kita jenis yang tidak tahu bersyukur.

Nikmat memandang, menghirup udara, merasa jenis-jenis makanan, bersuara dan berbual, mendengar, berkenal-kenalan, berkeluarga, berkasih sayang, tidur, buang air, senyum tawa, kenyang...

Ya Allah... alangkah banyaknya nikmat yang sudah Engkau hadiahkan kepada kami selama ini. Ampunkan kami ya Allah, atas sikap kami yang sangat kurang bersyukur.

Cita Cita sebenr Kita

Dalam bidang apa pun, jika kita hendak menjadi antara yang terpilih, kita mestilah mengorbankan banyak masa kita untuknya. Tidak sanggup mengorbankan masa kita? Pendek kata, tak ada harapanlah untuk menjadi antara yang terpilih.

Tanyalah mana-mana ahli sukan, untuk menjadikan diri mereka antara yang terpilih ke peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa, berapa banyak masa yang sudah mereka korbankan untuk sukan yang mereka ceburi itu?

Bolehkah terus-terus sahaja dipilih sebagai wakil negeri dan negara tanpa mereka mengorbankan banyak masa sebelum itu? Tentunya tidak boleh.

Berapa jam sehari mereka peruntukkan untuk sukan yang mereka ceburi itu? Contohnya sukan badminton, bolasepak, bina badan, tinju, lumba basikal dan lain-lain.

10 minit sehari? Setengah jam sehari? 6 jam sehari?

Sudah berapa lama mereka berbuat begitu sebelum berjaya ke peringkat negari, negara dan antarabangsa? Sebulan? Setahun? Lima tahun?

Mana mungkin bercita-cita untuk bermain sebagai wakil negeri dan negara tanpa mengorbankan banyak masa sebelum itu. Angan-angan kosong namanya.

Begitulah juga cita-cita kita untuk ke syurga. Berapa banyak masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan lain-lain yang sudah kita korbankan untuk layak ke syurga?

Cukupkah dengan 10 minit sehari? 1 jam sehari?

Untuk menjadi antara yang terpilih ke syurga, kita mestilah sanggup mengorbankan banyak masa juga untuknya.

Jika tidak, kita seumpama seorang yang berlatih bermain bolasepak sejam sehari, tetapi berangan-angan untuk terpilih bermain di peringkat antarabangsa.

Ukuran Kita

Jangan meletakkan kebenaran itu pada masyhurnya nama, tingginya pangkat, besarnya jawatan, banyaknya gaji, ramainya pengikut, banyaknya tulisan, pelbagainya protfolio, berlambaknya kelulusan, panjangnya janggut, besarnya serban, berjelanya sanad, banyaknya hafazan, sedapnya suara mengalun Quran, banyaknya pujian orang, selalunya masuk radio tv, padatnya jadual kuliah, banyaknya mengIslam dan mengislah orang, ada PHD, orang universiti, ber'title' mulia dan seumpamanya.

Kebenaran tetap kebenaran sekalipun seseorang itu langsung tiada nama, pangkat rendah, berjawatan kecil, bergaji sedikit, tiada pengikut, tiada tulisan, tiada sebarang portfolio, sedikitnya kelulusan, nipisnya janggut, tidak berserban, tidak bersanad, sedikit hafazan, suara tak sedap, dihina orang, tak pernah masuk media, tidak mengajar agama, kelulusan Darjah 6 dan sebagainya.

Alam ROH

Dulu kita di medan roh. Kemudian di medan kandungan. Sekarang di medan dunia. Selepas ini kita akan melalui beberapa medan lagi... yang tempoh masanya tidaklah kita ketahui.


Apa persiapan kita untuk ke medan sakaratul maut?

Apa persiapan kita untuk ke medan alam kubur?

Apa persiapan kita untuk ke medan mahsyar?

Apa persiapan kita untuk ke medan timbangan amal?

Apa persiapan kita untuk ke medan titian?

Berapa lama untuk setiap satu medan? WaAllahua’lam.


Berapa banyak persiapan yang sudah kita buat untuk pergi ke medan-medan itu?

Ataupun kita tak habis-habis sibuk memenuhkan keperluan kita di medan dunia ini sahaja?


Buatlah persiapan, siapkanlah perbekalan. Kalau kita sendiri tidak menyiapkan perbekalan kita,siapa lagi yang kita hendak harap menyiapkannya? Kawan-kawan? Jiran? Majikan?


Apa persiapan yang sudah dibuat, yang hendak dibawa itu nanti? Gaji? Wang simpanan di bank? Pangkat sekarang? Jawatan akan datang? Rumah kita dan hiasan luar dalamnya? Pakaian kita yang cantik-cantik di dalam almari? Tugas-tugas kita yang cemerlang di tempat kerja? Kenderaan kita yang selesa itu?


Bolehkah dibawa itu semua ke medan-medan yang disebutkan tadi?

Jadi... adakah kita sudah menyiapkan bekalan kita ke sana? Sudah sebanyak mana?

Kepada yang belum membuat persiapan, mulakanlah sekarang.


InsyaAllah jumpa lagi esok... saling ingat-mengingati.

MATI



Saat perpisahan itu pasti tiba , dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu .Kita datang tidak diminta , kita pulang tidak diduga .Bila sanggup hidup , mesti sanggup mati .bila sanggup datang mesti sanggup pulang .Kita hanya menghabisi bilah bilah hari yang telah ditentukan .Tujuan datang ke sini untuk di uji ........tiba masanya pasti akan kembali ..................Mengapa terlalu enggn untuk berpisah ? nikmat sangatkah dunia ini ? padahal senang susah bertukar ganti ? suka dan duka datang dan pergi ? tidak ada yang kekal lama? semuanya bersift sementara ? Jika mati tidak memisahkan , kesenangan ini pin akan pergi ju ...

"Manusia Lahir bersama tangisan , di celahi kehidupan oleh tangisan , dan akan di hantar ke pusara oleh tangisan "
Pernahkan ada kesenangan yang abadi ? dan hakiki ? tidak ada ..... justeru , hiduplah berpada pada..Hiduplah bagai musafir lalu singgah bagaikan dagang dirantau orang ..hatinya tetap merindui kampung halamany . hiduplah bagaikan orang yang meyeberang jambatan

Hidup mesti sederhana , kerana dunia ini sementara , sederhana bukan pada wang ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa jangan terlalu gembira dan jangan juga terlalu berdukacita .

Orang tetap Akan Kata

Dalam usaha kita berdakwah memperbaiki diri dan orang lain, pastinya kita akan diuji oleh Allah SWT. Antara ujian yang mesti kena pada kita ialah... diperlekehkan orang. Para rasul yang jelas-jelas benar pun menerima lekehan orang, apatah lagi kita yang faqir lagi hina.

Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang kata. Pakai purdah pun orang kata, tak bertudung pun orang kata. Berserban orang mengata, berseluar pendek pun orang mengata juga.

Rajin pergi dengar tok guru mengajar pun orang perlekeh, tak pergi-pergi pun orang perlekeh juga.

Pendek kata, kita buat baik ke, buat yang tak baik ke, biasanya tak terlepas daripada lekehan orang.

Oleh kerana buat yang mana satu pun kita tetap akan diperlekehkan orang, maka terus sahajalah buat dan sebarkan kebaikan.

Teruslah berdakwah walau sekadar satu ayat, walau sekadar menunjukkan satu contoh

Tuesday, March 5, 2013

Teruji



Seorang Pemuda tersesat di gurun pasir. Ia hampir mati kehausan. Akhirnya, ia tiba di sebuah rumah kosong. Di depan rumah tua tanpa jendela dan hampir roboh itu, terdapat sebuah pegepam air(gohek) air. Segera ia menuju pegepam air(gohek air) itu dan mulai mengepam sekuat tenaga. Tapi, tidak ada air yang keluar.
Lalu ia melihat ada kendi kecil di sebelah pengepam air  itu dengan mulutnya tertutup gabus dan tertempel kertas dengan tulisan,”Sahabat, pengepam ini harus dimulakan dengan mengisi air dulu.. Setelah Anda mendapatkan airnya, mohon jangan lupa mengisi kendi ini lagi sebelum Anda pergi.” pemuda  itu mencabut gabusnya dan ternyata kendi itu berisi penuh air.


“Apakah air ini harus dipergunakan untuk mengisi pegepam? Bagaimana kalau tidak berjayal? Tidak ada air lagi. Bukankah lebih selamat saya minum airnya dulu daripada nanti mati kehausan kalau ternyata pengepam air ini tidak berfungsi? Untuk apa menuangkannya ke pengepam yang berkarat dan berkulat itu hanya karena arahan di atas kertas kumal yang belum tentu betul dan benar?” Begitu pikirnya.

Nasib  suara hatinya mengatakan bahwa ia harus mencoba mengikuti nasihat yang tertera di kertas itu, sekali pun berisiko. Ia menuangkan seluruh isi kendi itu ke dalam pompa yang karatan itu dan dengan sekuat tenaga mengepamnya.
Benar!! Air keluar dengan banyak. Pemuda  itu minum sepuasnya.

Setelah istirahat memulihkan tenaga dan sebelum meninggalkan tempat itu, ia mengisi kendi itu sampai penuh, menutupkan kembali gabusnya dan menambahkan beberapa kata di bawah instruksi pesan itu: “Saya telah melakukannya dan berjaya. Engkau harus mengorbankan semuanya terlebih dahulu sebelum bisa menerima kembali secara berganda . PERCAYALAH!! Inilah kebenaran hukum alam.”

Usaha Sang Lalat



Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lezat.
“Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ingin sesekalinya  merasai makanan segar,” katanya. 

Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu dan melihat kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerkam melanggar kaca itu, dengan tak kenal menyerah !! si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak keletihan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, terdapat serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.
Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada gerombolan  yang lebih tua, “Ada apa dengan lalat ini, pakcik? Mengapa dia mati?” “Oh.., itu perkara biasa, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang bermatian ,berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia frust dan kelelahan hingga akhirnya jatuh tersungkur mati dan menjadi menu makan malam kita.”
Semut kecil itu nampak menganggut anggut, namun masih keraguan dan bertanya lagi, “Aku masih tidak faham, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?”

 sambil berjalan dan mengusung bangkai lalat, semut tua itu menjawab, “Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama.” Semut tua itu meengarahkan rekan-rekannya berhenti sejenak seraya menyabung perbualanya , namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius,

 “Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama
 tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.”

Monday, March 4, 2013

KECANTIKAN SEJATI




KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan sejati bukan dilihat dari kulitnya yang bersih, tetapi dari kasih sayangnya yang tulus,

kecantikan sejati bukan dilihat dari suaranya yang merdu, tetapi dari perkatannya yang selalu benar,

Kecantikan sejati bukan dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja, tetapi bagaimana dia menjaga kehormatannya dimanapun ia berada,

Kecantikan sejati bukan dilihat dari banyaknya pria yang memujanya, tetapi dari komitmen terhadap pria yang telah dicintainya.

Kebahagian akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain dan hidup dengan penuh rasa syukur.

Cinta




CINTAkan segala CINTA adaLah ibarat AIR.
Kita sgt memerLukannya dLm hidup namun jka ia ibarat air dLautan ia akn mnjadi ombak yg akn mngumbang-ambingkan hidup kita,
jka ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akn mnjadi ketulan ais yg mmbekukan kita,
jka ia ibarat air sungai yg mngalir tenang maka ia akn bterusan mghanyutkn kita ke muara,
jka ia ibarat air terjun maka akn trhempasLa kita berulang-ulang ke bwh,
jka ia ibarat air tasik yg tenang mmbiru maka kita dLm diam akn mnyimpan bjuta keladak ddasarnya.
Maka jns air manaka yg kita inginkn.
Carila mata air yg suci Lg murni.
wLupun kLuar sdikit dmi sdikit tp akn mLimpahi perigi dan mghilangkn khausan kita dgn skali teguk sj.