Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, August 10, 2011

Andainya Ada Manfaat Sempena Ramadhan ...



1. Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

2. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

3. Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

4. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

5. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

6. Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

7. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

8. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

9. Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

10. Kata Saidina Ali kepada Kamil: ” ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.

Jadilah Seperti Lalang...(Imperata cylindrica)

Kata Orang jangan jadi lemah cam lalang jadilah kuat seperti pokok kelapa !!! nah kata orang namun kataku jadilah anda seperti lalang lembut tapi kuat pendirian ..

memiliki jati diri yang kuat ...huh ..inilah yang aku perkatakan pada budak budak PMR dalam kem aritu....betul ..kaji dengan teliti disebalik kejadian pada makhluk Allah bernama Lalang ...teliti dengan mata hati ....jangan dilihat dengan mata kasar .....


memang pokok lalang dikatakan tiada pendirian ....namun hakikatnya pokok lalang terlalu kuat bertahan mengharungi ribut taufan ..takan musnah dan mengalah sesenang semudah pokok kelapa yang rebah patah tumbang dilanda taufan ....namun LALANG tetap tak terusik kelembutan luaran yang ada inilah yang mendorong pokok lalang rebah patah ....kerana sikap lalang pastinya tidak melawan arus ...ikut kemana sahaja dengan sejuta strategi ....nah lalang tetap gah berdiri selepas taupan bahkan dengan taufan itulah juga kemampuan utuk lalang meluaskan empayarnya untuk terus merata diatas muka bumi ...bukan senang untuk musnahkan lalang ...kerana akar lalng begitu kuat ..dalaman lalang begitu kuat berpegang pada janji untuk terus bersama tanah ....tidak mungkir pada janjinya dengan tanah..utuk dipertahankan hakisan ..nak kalau nak dibicarakan tentang rahsia lalang terlalu banyak !
lalang dilihat tidak memberi apa apa manfaat pada kita ...sebab ..kita yang tak kreatif dan berfikir !!!
nah tgk bagi orang yang kreatif

dan berfikir dgn kejadian Allah swt...
cantiknya atap lalang ini....so banyak manfaat dari lalang ...
boleh buat macam macam ubat ..ubat demam uabat sakit sendi ...kajilah melalui kejadian ilahi untuk kita manfaatkan kerana sesungguhnya setiap kejadian yang Allah jadikan ini semuanya tidak sia sia bahkan ada sejuta rahsia yg kita tak tahu .yang memerlukan ketelitian kita mengkajinya ...
JOM ...kita mengkaji tentang keajaiban LALANG .............moazmar
jom lawat
http://ataplalangbali.blogspot.com/
http://www.rileks.info/coollist/rahsia-perubatan-dari-lalang/
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a71724.htm
Imperata cylindrica ???????? sejuta tanya

Tuesday, August 9, 2011

Bulan Puasa dah jadi bulan pesta makanan

Pada bulan puasa,

bazar Ramadan tumbuh bagaikan cendawan, sekali gus menyumbang kepada pembaziran. Di sanalah pelbagai jenis makanan ada untuk berbuka. Makanan yang dijual menyebabkan kita rambang mata membuat pilihan. Masa itu, segala amalan makanan sihat diketepikan kerana nafsu makan mengatasi segala-galanya. Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air.” Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi. Malangnya setiap kali Ramadan, sebahagian umat Islam lebih gemar membazir dan ikut nafsu sedangkan cara demikian tidak dituntut Islam. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman berlebihan, perlulah bersederhana ketika menghidang juadah terutama ketika berbuka. Memang sukar mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah pelbagai jenis rada depan mata. Paling penting, umat Islam harus ingat tujuan berpuasa untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dan sebarang pembaziran pada Ramadan boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri. Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lains.

so bila berpuasa janganlah asyik terfikir fikir apakah yg nak dimakan petang nanti .bukan salah tapi berpada pada fikirkan itu semua.

Lama Tak Posting Ke Sini

....

salam semua ....wah lama tak ke sini ...terasa nak berkunjung namun kekuatan yang tandus dengan kederasan detik masa berlalu ....24 yang dirasakan begitu singkat untuk diri ini berusaha melangkah ke sini berkata kata mencoret coret ...ah ..tak sangka sepetang ini mampu tangan ini bergerak gerak ke sini ...Ya..Barakah Ramadhan ..mampu jua kesini....fuh lega mungkin sedikit hari yg dilalui ...selepas bersibuk dengan pelbagai program ...bukan skrn sudah tidak lagi berprogram ...ada ! cuma yang biasa biasa sahaja. biasalah bila berada di sekolah seven eleven nih .....24 jam bersibuk ....huhu

Sempena Ramadhan dan Bulkan kemerdekaan kali ini ..rasanya 2 program boleh disatukan menjadi satu ...wah bahagia ....two ini one ......
bagaimana perkhabaran rakan rakan semua ....harapan Ramadhan kali ini yang terbaik buat semua ...sadaufm mengucapkan semoga kalai ini lebih baik dari tahun lepas ...amin ...selamat berbuasa kepada seluruh warga SAINSri dan BRaInS

Friday, May 6, 2011

Lelahnya AAT


BRaInS masuk ke Final Untuk Penilaian AAT Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ..bukan lah lawa sangat ...namun adalah disebaliknya kekemasan ...bukan PK HEM yg hebat Tapi budak budak dia yg hebat ...namun masih ada juga dikalangan mereka yg belum menyedari dan belum memahami AAT ..kesilapan kita lah tu ...namun dalam usaha untuk memahamkan konsep bukan sesenang jari jemari menaip bilah bilah perkatan ini ...kalau tak cuba kita tak akan merasa ..bila buat ..pening pasti bertandang ....adus ..kesian ...kesian ...

Inilah AAT
Program Anugerah Asrama Gemilang di wujudkan bagi memastikan semua asrama SBP mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan untuk melahirkan modal insan yang terbilang. Dalam usaha ini kemudahan fizikal, pengurusan, program-program dirancang dengan teliti bagi mencapai tahap asrama bertaraf dunia
OBJEKTIF AM
Menjadikan asrama SBP bertaraf Dunia
OBJEKTIF KHUSUS
Memantapkan pengurusan asrama
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti
Melahirkan modal insan yang bertaraf dunia

Sadaufm Kembali Bersiaran Di BRaInS


SadauFM sejak sekian lama tak berkeudara kini memulakan operasinya semula di Bumi Brains ...semoga kemunculan kali ini lebih mantap ...dan kali ini bersiaran dgn 99.9 Mhz ....wah tak sangka dgn DJ dj Baru yg Mantap sambutan bengitu hangat ....bilik operasinya cukup luas ...hu hu cuma takde aircon jeee ... paling top ...

InsyaAllah SadauFm akan terus beroperasi di Bumi Brain ....

siapa DJ yang paling top di BRAINs? Tunggu kita akan buat undian

Thursday, May 5, 2011

Busuk Hati




Warghhhh!!!! Kenapa golongan orang macam nie selalu membuatkan aku x suka ?? Cuba la golongan nie xder atas muka bumi ini .. Senang jer orang lain nak hidup.. Dan kenapa pulak aku disini masih lagi menjadi mangsa golongan2 berfikiran sempit nie? Setiap kali aku mencuba dan mempelajari lalu memahami,membuat perubahan pasti dalam diam golongan nie wujud untuk mengomen takrak tak mampu tak boleh ..tak patut itu dan ini ..

Takkan lah sebab wujudnya golongan nie aku tidak berhak untuk berbuat apa2?? Dan aku hanya perlu berdiam diri supaya golongan ini akan terus succes dan aku pulak masih berada pada tahap yang lama tak berkembang betul ?? Takkan lah sebab pencapaian aku yang tidak seberapa perlu dijadikan modal untuk bertegang urat?? Kenapa sanggup bersusah payah untuk mencari kesalahan orang lain sedangkan taik sudah melekat kat badan sendiri?? Perghh!! Banyak betul persoalan yang masih kabur untuk diselesaikan..

Dan yang paling penting…. Kenapa golongan nie berfikiran sempit!!! Cuba jadikan itu sebagai persaingan sihat.. Bersaing memantapkan ilmu diri dengan cara yang bersih sambil memberi tunjuk ajar ilmu yang baru..berkorban dan memikirkan utuk meyumbang !!!bukan menumbangkan!!! Susah ker??? Rugi ke kalau ilmu dikongsi dan dinikmati bersama tanpa wujudnya sifat dengki lakhanat tu??inilah kebodohan yang dikatakan tak mampu nak diajar ... gaya sahaja cerdik ..namun !!!

Aku selalu berpegang pada prinsip nie.. Jika aku ada seringgit dan ko ada seringgit.. Aku bagi ko seringgit, ko bagi aku seringgit.. Kita masing2 dapat seringgit.. Bila aku ada satu ilmu dan ko juga sama.. Masing2 memberi ilmu.. Kita masing2 mempunyai dua ilmu.. Ini menunjukkan, takkan luak perkongsian ilmu itu.. Malah menguntungkan kedua2 pihak..

Bila hati dah selalu berfikiran negatif dan diracuni oleh syaitoonn.. Memang segala yang dilakukan orang lain adalah salah semuanya.. Sudahlah.. Buang la segala sifat2 golongan xbertamadun tu.. Kita sama2 memajukan diri.. Belajar dan berkongsi.. Tiada ruginya.. Janganlah asyik menjatuhkan orang lain sedangkan diri sendiri hampir tersungkur.. Selagi ada golongan nie kat Malaysia, aku pasti Malaysia tidak akan mampu bersaing dengan dunia luar.. Paham2kan lah.. Aku memang xpandai berbahasa.. Tapi baguslah kalau 1 daripada 10 luahan ini masuk dan simpan di kotak hati..

Belajar tanpa berfikir tiada gunanya.. Berfikir tanpa belajar adalah bahaya!!
yang yang aku nampak ...ADALAH KEPENTING DIRI ...MAT SALEH KATA SELFISH ...YOO KOOO DOK AKU TAK TAHU ....KERANA JGN MENILAI DIRI ORG LAIN KERANA PADA MASA YG SAMA ORG MENILIK KITA ....KALAU LURUS PERJALANAN KITA pasti ada buah utuk dirasa suatu hari nanti ....jgn mengharap pada pemberian manusia ...haraplah pada janji Allah ....Tak kemana APC tu ..kecil sahaja usah direbut ..diberi ambil ...tak dapat bukan rezeki kita ....
So yang pasti dimana kita berada berilah manfaat kepada yg lain ...tiada kita terada kehilangan ...jgn kehilangan kita adalah satu kerahmatan pada yg lain ....sekadar berkongsi ...kerana kekadang senyum dalam tangis tiada yg tahu ...dan aku harus melangkah kedepan walau kemucup mengeletek di langkah ini ....

Tenang Yang Dicari !!!!

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.
betulkah anda kaya jiwa jika selalu menganalisis kerja orang ..buat kerja kita yang terbaik dan ikhlas ....takyah pdg kerja org lain .....
nak mengata org pdg diri sendiri ....terbaikkah aku selama ini ...atau memang kerja kita menganalisis kerja orang ..kesian kita ...tak kemana tu!!!! so buatlah yg terbaik di mana mana kita berada ..kalau perlu merantaulah jauh mencari sebuah kecelikan dicelah celah kehidupan ditempat orang, jgn terlalu menempurungkan katak !!! kesian ...adus sayang !!!

Kredit to :

mohdzyad88.blogspot.com

Muhasabah Diri Sebagai Hamba Allah

Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati kiranya ada orang memujinya seperti, "Awak ni, baiklah" dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah musuhnya.


Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah dan leka dengan pujian dan sanjungan sedangkan itu semua merupakan satu jalan yang memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt. Wal iyazubillah. Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain.

Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini menilik kelemahan orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa dan noda. Alangkah tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa- rupanya sifat sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya.

Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang telah dilakukan sekian lama seperti sembahyang, puasa, sedekah, menutup aurat dan sebagainya ialah dengan memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan maksiat, sering merasakan ia melakukan kesilapan dan kesalahan samada sesama makhluk mahupun dengan Allah.

Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri (muhasabah diri), itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, yang kasihkan Rasulullah, yang rindukan syurga Allah dan yang gerunkan Neraka Allah swt.

Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang yang mengaku dirinya sudah baik tetapi jadilah orang yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang mungkin, selalulah merasakan diri tidak baik lagi dan paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika dibandingkan dengan orang lain.

Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah swt dari satu waktu ke satu waktu, muhasabah diri adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan penting sekali. Kita sepatutnya seringkali mengukur sejauh mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah dan dosa apakah yang kerapkali kita lakukan terhadap-Nya.

Bagi hamba Allah yang benar-benar waras fikirannya ia jarang sekali menyalahkan orang lain sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar- benar bersalah ia akan bertaubat dan membuat perubahan diri, sekiranya ia tidak bersalah ia berlapang dada dan berkata kepada hati kecilnya, "Tak apalah, ini ujian untukku dan mungkin ini suatu penghapusan dosa buatku." Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, ia tidak mahu mengakui bahawa dirinya bersalah dan ia tetap mempertahankan bahawa dirinya tidak pernah menyakiti hati orang lain. Ingatlah, hati yang tidak baik akan melahirkan kelakuan yang buruk, ianya akan menjadi racun dalam hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat.

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, ;Dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.; Yakinlah bagaimana pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laung Allah akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya. Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan yang suci hatinya selagi ia:

1. Tidak mentaati titah perintah Allah sungguh-sungguh.
2. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
3. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
4. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Jagailah lidah kita daripada mengeluarkan tuturkata yang dapat mencacatkan persahabatan dan tali persaudaraan. Jagailah tuturkata agar ianya tidak melukai hati orang lain. Ingatlah ; tuturkata yang mengandungi racun yang berbisa seperti melemparkan fitnah, memperli dan menyindir orang lain, mencari-cari kesilapan orang lain untuk dijadikan bahan yang membolehkan dirinya dapat mengambil keuntungan dan publisiti di dalamnya, mestilah dijauhi.

Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang berbuat jahat maka kejahatannya itu untuk dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai hambanya.; Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak. "

Friday, April 1, 2011

Mampukah kita "melapik" kerja dgn hati IHKLAS


Bekerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas, untuk kesejukan hati

Work hard is not enough, work smart is much better. Begitu statemen yang sering dilontarkan untuk memotivasi orang meningkatkan produktifitas. Atasan saya menambahkan satu unsur lagi yaitu “bekerja ikhlas“, untuk melengkapi bekerja keras dan bekerja cerdas.

Bekerja ikhlas kadang-kadang memang tidak menjamin menaikkan output. Tapi sebagai proses, bekerja ikhlas memberikan nilai tersendiri. Dengan bekerja secara ikhlas, maka ada nilai satisfaction tertentu yang diperoleh, yang tidak hanya sekedar output. Ketika pekerjaan selesai, disertai dengan rasa ikhlas dalam melakukannya, maka ada kepuasan yang tidak serta merta berkaitan langsung dengan output yang diperoleh.

Bekerja tidak ikhlas, bisa menjadikan orang bermuka cemberut menyelesaikan tugas. Pekerjaan memang selesai, output ada, dan target bisa diperoleh. Tapi keberhasilan yang diperoleh bila bekerja tidak ikhlas, bisa membawa rasa jengkel dan capek.

Orang yang menyelesaikan pekerjaan dengan rasa ikhlas, mempunyai aura tubuh yang menggembirakan. Senyum yang cerah dan riang menyertai orang yang bekerja ikhlas. Sebaliknya orang yang bekerja tidak ikhlas, akan tetap merasa tertekan, dan tidak puas, meski target dan output kegiatannya terpenuhi.

Untuk bekerja secara ikhlas, memerlukan suasana kebatinan yang hebat. Seseorang yang kebatinan hebat mampu menerima kejayaan dan kegagalan . Selalu bersedia menerima kenyataan bahwa output kerjanya lebih banyak dinikmati orang lain daripada untuk diri sendiri. Meski sudah kerja keras, dan kerja keras, outputnya ternyata adalah untuk pihak lain.

Di era kompetisi kerja yang sangat susah dan ketat, bekerja ikhlas, menjadi suatu halangan yang berat. Tidak mudah untuk menerima kenyataan dimana seorang yang berjaya “menang”, kompetisi dalam bekerja, ternyata outputnya lebih banyak untuk orang lain. Dengan bekerja ikhlas, halangan yang berat itu menjadi suatu “kenikmatan” yang sukar diukur dan ditimbang dengan kata-kata.

Yang pasti, bekerja dengan hati yang penuh ikhlas akan membawa kesejukan hati, membawa kedamaian mendatangkan kepuasan . Ianya akan memancarkan aura keriangan dan kesejukan kepada orang disekitarnya.
bukan sukar untuk melapik kerja dengan betul betul ikhlas di dunia hari ini ....namun mampu dilaksankan kalau memiliki senbuah hati yang suci .

Wednesday, March 30, 2011

Kehilangan segala-gala


Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.

Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.

Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.

Tuesday, March 29, 2011

hayatilah peringatan kedua ini

Dalam menangani segala kejadian ..kita semakin alpa dan terhilang arah dari konsep rukun iman yang ke enam ... sudah hilang punca dan ajaran ......tidak mampu menerima hakikat bahawa itu adalah suratan Qadha dan Qada Allah S.W.T.....bagaimana iman kita ..???? tertanya tanpa perlu ada jawapan .....

"Aku naik saksi terhadap diriku sendiri bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku yang maha Esa ,tiada sekutu bagiku dan Muhammad itu adalah hamba dan utusanKU.Barang siapa yang tidak redha diatas ketentuanKu,tidak sabar diatas ujian yang Aku timpakan,tidak bersyukur diatas nikmat-nikmatKU dan tidak memadai dengan pemberianKu,sembahlah Tuhan selain daripada Aku.


Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perasaan dukacita terhadap kehidupan dunia,seolah-olah dia itu berpagi-pagi di dalam keadaan memarahiKu.Barang siapa membantah diatas musibah yang aku timpakan kepadanya sesungguhnya dia telah membantahKU.

Barang siapa yg bertemu dengan orang kaya lalu merendah diri kerana kekayaannya,maka terkeluarlahlah 2/3 daripada agamanya.Barang siapa yang memukul mukanya kerana meratapi mayat,seolah-olah ia mengambil panah untuk membunuhKU.

Barang siapa yang mematahkan kayu diatas kuburan kerana meratapi kematian,seolah-olah ia menghancurkan pintu KaabahKu dengan tangannya.

Barang siapa yang tidak meghiraukan dari jalan mana ia memperolehi makanan(halal/haram) maka Allah juga tidak akan menghiraukan untuk memasukkannya melalui mana-mana pintu neraka.Barang siapa yg tidak meningkatkan agamanya.maka dia adalah org2 yg kurang .Barang siapa yg kurang maka mati itu lebih utaman baginya.barang siapa yg mengamalkan apa-apa yg ia tahu nescaya Allah akan mengurniakanya ilmu yg dia tidak tahu.Barang siapa yg memanjangkan angan-angannya maka tidak akan ikhlas amalanyan.

Wahai saudaraku sekalian...renung kan adakah sebesar zarah ..terpahat di dasar hati kita sekarang ..ingatan ini utk diriku sendiri dan para sahabt sekalian ..renung-renungkan..

petikan hadis qudsi

Teman !!!


Lama doh tak menulis ...menaik ..menjenguk disadaufm ....busy..sibuk tak terarah namun......kita teapm berlari dan bergerak berensut dalam perjalanan menuju ke satu destinasi...
kita mencari satu titik kepuasan agar selari dengan kehendak hati.namun jauh disudut hati kepuasan itu jarang menjelma mengikut apa yang diharapkan.adakah ini salah takdir?jawapan nya sudah passti tidak.kerana kita berurusan dengan manusia yg penuh dengan nafsu nafsi,jahat hati,busuk hati,akal dangkal,....
ahrh...bersangka baiklah aku selamanya .... .sungguh susah menjaga hati manusia sebagaimana susahnya menahan air dari kebocoran.walau ditapu dengan kedua belah tapak tangan sekalipun lelehan akan tersejat juga walau sedikit.Kehalusan dalam pemikiran akan menampung sejatan dengan akal yang sempurna akan melahirkan isi wahana bernas dan bersih ..jiwa satu wahana santapan rohani.sabar baja iman yang paaling subur untuk pucuk kehidupan.fikir satu zikir.

Tuesday, March 8, 2011

Teguran Itu Penting...bukan mengata dan mempersenda !!



"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

-Orang yang Menegur-

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

-Orang yang Ditegur-

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, March 6, 2011

Terima Kasih Je !!!!

Terima kasih, musuh…! andainya aku ada musuh ..sekadar mencoret
hebatkah kita !! hak kitakah menilai orang !! betulkah tindakan kita !! buat keja tu !!! takyah kutuk orang !!! dosa tak terampun ..mati kita ...banyak sgtkah pahala yg kita kumpulkan tuuu ....takyahlah nak mengata orang !! takde manfaat !!! dosa dapat !! setakat nak meyedapkan mulut !!! takyah jaga tepi kain orang ......tak terampun dosa anda !!!
apapon terima kasih lah juga sebab !!!
Engkau mengajariku bagaimana mendengar kritik yang pedas tanpa harus merasa galau. Engkau mengajariku bagaimana harus terus melangkah di jalan yang telah kutempuh tanpa ragu, meski kadang aku harus mendengar kata-kata yang kurang pantas atau tidak layak. Sungguh, ini adalah pelajaran yang sangat berharga. Pelajaran yang tidak bisa didapatkan secara teori, bahkan oleh seseorang yang telah berupaya dan berupaya. Sampai kemudian Allah mendatangkan orang lain sebagai pelatih, yang memaksa meneguk pil pahit untuk ditelan tanpa muntah , agar terbiasa untuk selanjutnya.
Terima kasih, musuh…!
Engkaulah penyebab lahirnya pendisiplinan diri; agar diri tidak hanyut oleh pujian para pemuji. Sungguh, Allah menjadikanmu sebagai penyeimbang. Agar, seseorang tidak tertipu oleh pujian, atau sanjungan orang yang berlebihan, atau ujub yang tidak pada tempatnya, dari para pengagum yang hanya melihat kebaikan dan kebaikan belaka. Berbeda dengan engkau! Engkau tidak melihat kecuali dari sisi lain. Atau, engkau sejatinya melihat kebaikan tapi engkau buat ia menjadi buruk.
Terima kasih, musuh…!
Engkau telah mencela lisan-lisan pembela kebenaran, menyerangnya, juga menentangnya, yang karenanya mengobarkan sikap pembelaan yang hebat.
Jika bukan karena nyala api yang membakarnya
Aroma harum kayu gaharu takkan ada yang tahu...takkan berkilau emas tanpa disepuh sepuh api membara .....
Terima kasih, terima kasih! Engkau mempunyai kelebihan –sekalipun tidak engkau inginkan– dalam menciptakan iklim keseimbangan, juga objektifnya sebuah pemikiran. Kadang, manusia meletakkan al-haq melampaui kadarnya. Dan engkau, menjadi penyebab ditegakkannya keseimbangan. Penyebab adanya evaluasi dan perbaikan. Maka, janganlah engkau diperbudak kemarahan atas sebab penolakanmu. Sebab seseorang, jika kepentingan telah masuk, tak dapat lagi melihat dan berpikir jernih. Yang tersisa hanya menolak dan menentang. Tak ada lagi ketenangan dan kehati-hatiaan dalam dirinya. Tak ada lagi kecermatan dalam memandang pendapat orang yang berbeza dengannya. Padahal, boleh jadi yang berbeza itu benar, meski hanya sedikit.
Terima kasih, musuh…!
Sungguh, Engkau telah mengasah semangat, menciptakan tantangan, membuka arena, dan menggelar kompetisi. Hingga setiap orang benar-benar terobsesi memenangkan dirinya, berambisi meningkatkan dirinya, untuk meraih kedudukan yang tinggi nan utama. Ya, berlumba adalah sunnah syar’iyah, adalah ketentuan Rabbani. Bukankah Allah berfirman, “Maka, pada yang demikian itu hendaklah manusia mau berlumba.” Tentu, kemuliaan sebuah perlumbaan, didasarkan pada tata-cara yang mulia, tujuan yang benar, media yang sihat, serta rongga yang bersih.
Terima kasih, musuh…!
Engkaulah yang menempa kami untuk berlatih bertatatih bersabar, berlatih bertatih tabah dalam menghadapi cubaan, dan berlatih membalas keburukan dengan kebaikan sekaligus penolakan.
Terima kasih, musuh…!
Ya, timbangan kebaikan seseorang kelak, kadang bukan buah dari amal soleh yang ia lakukan. Tetapi, ia buah dari kesabaran, buah dari bersikap baik, buah dari ridha atas ketentuan-Nya, buah dari bersikap memaafkan… Musuhku…, aku sadar betul bahwa sebagian dari kata-kata ini membuatmu tidak berkenan, atau bahkan terasa menyesakkan hati. Tapi, sungguh saya tidak bermaksud membuatmu begitu. Sejujurnya saya katakan, engkau adalah teman sejati. Engkau adalah saudaraku seagama, sekalipun terdapat perbezaan pendapat di antara kita. Kalau saja kita mahu melihat titik persamaan, cukup banyak yang bisa kita temukan.
Terima kasih kepada semua orang yang telah mencemuhku dan memberi gelar buruk kepadaku. Karena itulah aku belajar bagaimana teknik dan cara untuk menjadi orang yang kamu semua inginkan. Meskipun aku tidak pernah menerapkannya.
Terima kasih kepada orang yang pernah menganggap aku gila. Dari sinilah aku bisa mengerti mengapa orang bisa menjadi gila dan aku mendapat ilmu untuk tidak menjadi gila.
Terima kasih kepada orang yang pernah menikamku dari belakang. Dikau telah mengajarkan kepadaku tentang kewaspadaan dan kehati – hatian.
Terima kasih kepada teman – temanku yang selalu mendukungku. Kalian semua telah menyalakan kobaran semangat dalam diriku, meski terkadang aku meredupkannya.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan simpati kepadaku. Memberi warna dalam hidupku dan mencurahkan secercah perhatian untukku.
Hidup terkadang memang harus melawan arus, meski kenyataannya tidak selalu memberi kegembiraan untuk dijalani. Dari semua yang ada aku bisa belajar beza, karena aku memang beza dan terlahir berbeza.

banyak belajar dari secebis kata ..kalau bukan kita siapa ..kalau bukan siapa ...buat selagi termampu ...kerana ia adalah perjuangan sebelum lena tanpa degupan nadi .....

Selama ini adakah rezeki kita halal??

Kewajipan Cari Rezeki Halal walaupun dalam Kesempitan


HAKIKATNYA nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain.

Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian.

Teori ekonomi menyebut tiga keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Individu atau keluarga yang tidak mampu memenuhi keperluan asas tergolong sebagai amat daif dan memerlukan bantuan pihak lain untuk meneruskan kehidupan seharian.

Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.

Kemiskinan menghampirkan diri kepada kekufuran. Ia umpama bom jangka bila-bila masa boleh meletup menimbulkan malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat yang lebih banyak didiami golongan miskin sentiasa berdepan situasi tegang, terancam dan cemas.

Perbuatan salah mendedahkan diri kepada keadaan yang lebih buruk. Pelakunya berdepan dengan hukuman buatan manusia di dunia ini dan di akhirat pula, akan menerima balasan lebih pedih, melainkan pelakunya sempat bertaubat dan melakukan banyak kebaikan.

Batasan haram dikecualikan hanya dalam keadaan terlalu terdesak atau darurat. Pun begitu, keadaan itu tidak berlaku di negara kita. Golongan miskin berpeluang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan penderma individu.

Justeru, tidak ada alasan untuk rakyat di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup.

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana peluang pekerjaan masih terbuka luas di negara kita. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas.

Kekuatan rohani dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan gunakan kekuatan fizikal untuk melakukan usaha bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri penting bagi menjana semangat melakukan usaha kebaikan.

Rasa keyakinan diri termasuk dalam erti bersyukur. Kita berasakan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa hidup dan peluang yang ada sebagai satu anugerah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu?

Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan.

Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.

Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.

Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

Friday, February 11, 2011

Cakap tapi tak Buat..(Just Speak But Not Do) !!!



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
61:2.Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

61:3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

Banyak cakap ...action takde ....hampeh !!!!
baik tak cakap.org tak marah ..so ....jangan nak mengada ngada sgtlah .....

Thursday, February 10, 2011

Siaran langsung dari PICC Ucapan MENTERI PELAJARAN

SUASANA SIARAN LANGSUNG PAGI TADI DI DEWAN AL FALAH

Gotong Royong Membersih Pantai Kg Mengabang Telipot

bersama dengan pelajar ke program jejak pantai .....gotong royong bersih pantai

Ceramah Daripada Pihak Polis

Ceramah Khas Dari polis ...sempena minggu orientasi pelajar baru tingkatan 4....meyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada pihak polis ...

Lawatan Daripada SK Bukit Tunggal

Lawatan muhibah pertama dari SK pada tahun ini ke Brains ...semoga ada manfaat yg dibawa balik ....terima kasih ..ahlan wasahlan ...




Program English Teaching Assistant (ETA)




Lawatan pelajar luar negeri dalam perogram meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di sekolah ....program yg JPN negeri untuk membantu pelajar BRAINS
program yang dijangka mengambil masa selama 10 bulan ...

Tuesday, February 8, 2011

Pelajar Baru Tingkatan 4

47 orang pelajar telah melapor diri hari ini di dewan Al-Falah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ..Seramai 103 yang telah ditawarkan ke sini dengan 3 aliran pengajian ...sains tulen agama -sains tulen -sains teknikal .jumlah terbesar yg malapor diri adalah dari sains teknikal ...kepada semua warga baru ...selamat menjadi warga Brains ..sama sama kita julang kegemilangan BRains ...


Sunday, February 6, 2011

kerja VS Ibadah




Kita Kerja Untuk Apa ? Cari duit ? Cari Keberkatan ? Atau kedua duanya sekali .....yang pasti jawapanya ialah mencari keredaan kerna ia adalah sebahagian dari ibdah kita .....so dalam ibdaha janganlah berkira ..kalau terlebih ...pahaala lebih ....pekerjaan seharian yang kita lakukan. Untuk menjadikannya satu ibadah yang berpahala mesti dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Dengan niat yang tulus ikhlas itu akan menjadi pemandu kepada seseorang untuk menjalankan kerjanya dengan bersungguh-sungguh dan yakin akan berhasil dengan cemerlang. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap amalan itu dengan niat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang hendak kita laksanakan hendaklah didahului dengan niat kerana Allah untuk mendapat keberkatan. Nabi SAW juga pernah mengatakan yang Allah tidak melihat pada rupa dan harta kita, tetapi Allah melihat pada hati dan amalan yang kita lakukan.
...........
Tidak ada rasa dengki, iri hati dan berpuak-puak dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Semuanya dilaksanakan mengikut muafakat mantap dan masing-masing bekerja kuat untuk kemanfaatan bersama. Itulah spektrum sosial dalam kehidupan semut.

Tidakkah semua elemen ini patut dicontohi oleh manusia?

Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya mempamerkan sikap istiqamah yang berintikan nilai dedikasi tinggi, rajin serta berusaha berterusan demi menjayakan sesuatu kerja. Ciri inilah yang berjaya mengangkat umat Islam terdahulu menjulang kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup.

Jangan risau dengan titik peluh yang terkeluar kerana kerja kuat, kerana setiap titik peluh kerana mencari rezeki yang halal itu sudah pasti dianugerahi ganjaran pahala oleh Allah dan segala hasil perolehan mendatangkan keberkatan. Inilah yang dinamakan kerja sebagai ibadah. Jadi, amat malang kita melihat ada mukmin yang bersikap acuh tak acuh, buat sambil lewa dan seakan-akan menunggu hari gaji saja. Ini bukan standard piawai ciri sebagai pekerja Muslim yang sebenar.

Melaksanakan sesuatu tugas di depan bos saja juga jauh menepati kehendak agama kerana melambangkan kepura-puraan dan bersalahan dengan etika agama.

Friday, February 4, 2011

Kuatnya Angin .....Menjala Ikan Laut Di Daratan



Menyinggah sekejap di Pantai Irama Bachok Kelantan ....Tengok angin kuat sagat membawa arus deras ke Pantai ....


Gitulah hakikat dan cabaran hidup ...kata org kalau takut dilamun ombak jgan berumah di tepi pantai .....

Exam RAE 2010



Alhamdulillah .....Fuh Lega ....Exam rae 4-2010 ....tak sia sia study baca nota .....keputusan tgk tadi lulus ....jadilah geng Radio Amatour secara sah nanti ...kalau dulu SWL...boleh tukar status lah pulak ....

lepas ini boleh terbang tinggi ......

yang tak berjaya jgn putus asa ..terus mencuba ,......
....

Thursday, February 3, 2011

Bukan salah kerja banyak, tapi salah diri kita yg tak buat kerja



Ya, mungkin ada yang cakap kerja aku banyak sangat sampai tak boleh balik atau balik malam . waktu kerja kita dimana buat tak kerja culas kah kita ...melenggangkah kita .tahu tak kerja kita . waktu kerja duk men FB lah, sms ngan orang lh, gosip2 ngan kawan lh. Dah tau keje banyak, wat keje lah! yang pot pet pot pet pasal bayak kerja tu dah boleh selesaikan macam macam kerja .




Ko sembang boleh lah khalil. Ko keje suruh org keja je. Cakap senang!

Ya, memang senang jeeee senang ..nak ambillah !!!tapi kalau kita niat betul ikhlas , tak banyak sebenarnya dan satu lagi . Yang pi mntak keje wat apa? ...dok kat umah jeee leee ..bukak restoran ke ..rajin kita bukak tak rajin kita tutup ...senang ...alah berkira sgt ...

keja nak gaji kerja nak pahala ..kerja nak gaji dan pahala ....

Sebuah hadis qudsi yang pernah ana baca, Allah berfirman, jika kamu dekatkan diri padaKu nescaya Aku lapangkan dadamu dan penuhkan tanganmu dengan rezeki tapi jika kamu jauhkan dirimu dariKu dapatlah yang sebaliknya. (siapa ada perawi hadis ni bagitau ye)

uh uh uh


..mohon masuk temuduga nak kerja ..time dapat kerja tak nak buat kerja pulak berkira pada yg sedikit .....

Ada tak orang macam ni?
Ada. Memang ada. Wujud dan bernyawa!
Sebab apa dia macam tu?
Sebab dia malas buat kerja yang sebenarnya bersangkut paut dengan kerja dia .....wal hal itu adalah masa kerja dia.
Pendek kata, masa kerja, buatlah kerja yang dah memang kerja kita atau
kerja-kerja yang bersangkut paut dengannya.

Bila Anda malas bekerja, itu maknanya rezeki Anda kurang halal,
sebab Anda melakukan perkara yang Anda tak dibayar, dilakukan tanpa
pengetahuan dan izin daripada majikan Anda.

Bekerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas, untuk kesejukan hati

Work hard is not enough, work smart is much better. Begitu statemen yang sering dilontarkan untuk memotivasi orang meningkatkan produktifitas. Atasan saya menambahkan satu unsur lagi yaitu “bekerja ikhlas“, untuk melengkapi bekerja keras dan bekerja cerdas.

Bekerja ikhlas kadang-kadang memang tidak menjamin menaikkan output. Tapi sebagai proses, bekerja ikhlas memberikan nilai tersendiri. Dengan bekerja secara ikhlas, maka ada nilai satisfaction tertentu yang diperoleh, yang tidak hanya sekedar output. Ketika pekerjaan selesai, disertai dengan rasa ikhlas dalam melakukannya, maka ada kepuasan yang tidak serta merta berkaitan langsung dengan output yang diperoleh.



Bekerja tidak ikhlas, bisa menjadikan orang bermuka cemberut menyelesaikan tugas. Pekerjaan memang selesai, output ada, dan target bisa diperoleh. Tapi keberhasilan yang diperoleh bila bekerja tidak ikhlas, bisa membawa rasa jengkel dan capek.

Orang yang menyelesaikan pekerjaan dengan rasa ikhlas, mempunyai aura tubuh yang menggembirakan. Senyum yang cerah dan riang menyertai orang yang bekerja ikhlas. Sebaliknya orang yang bekerja tidak ikhlas, akan tetap merasa tertekan, dan tidak puas, meski target dan output kegiatannya terpenuhi.

Untuk bekerja secara ikhlas, memerlukan suasana kebatinan yang bersih suci . Seseorang yang kebatinan bersih mampu menerima keberhasilan dan ketidak berhasilan. Selalu siap menerima kenyataan bahwa output kerjanya lebih banyak dinikmati orang lain daripada untuk diri sendiri. Meski sudah kerja keras, dan kerja keras, outputnya ternyata adalah untuk pihak lain.

Di era kompetisi global kerja yang sangat keras dan ketat, bekerja ikhlas, menjadi suatu tantangan yang berat. Tidak mudah untuk menerima kenyataan dimana seorang yang berhasil “menang”, kompetisi dalam bekerja, ternyata outputnya lebih banyak untuk orang lain. Dengan bekerja ikhlas, tantangan yang berat itu menjadi suatu “kenikmatan” yang sulit diukur dengan kata-kata.

Yang pasti, bekerja ikhlas akan membawa kesejukan hati, membawa kedamaian. Ia memancarkan aura keriangan dan kesejukan kepada orang disekitarnya.

How to do it ?

kalau rasa tak mampu ..berenti jee lah !! beri kerja kita pada org lain yg nak kerja !!!aku paling tak suka ......bila tak kerja nak kerja ..bila beri kerja merungut ...!! berenti jeee laaa ..jgn sot set ..pot pet

Menurut INTAN (1994), ikhlas pula bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya ia akan menjalankan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas,
seseorang itu akan sentiasa merungut, menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas, tidak dapat melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Seseorang yang bekerja kuat semata-mata untuk menerima anjakan gaji akan merosot prestasinya apabila ia telah berjaya memperolehinya. Manakala orang yang mempunyai sifat ikhlas, sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu kerjanya secara berterusan walaupun beliau tidak dianugerahkan Tokoh Khidmat Cemerlang, mendapat anjakan gaji atau puji-pujian daripada ketuanya. Seseorang yang ikhlas melakukan kerjanya bukan disebabkan oleh ganjaran jangka pendek tetapi berkhidmat dengan penuh keredhaan di samping memberi sumbangan untuk kesejahteraan masyarakat. Orang yang tidak ikhlas dalam menjalankan kerjanya selalu bermuka-muka dan gemar mengampu-ampu. Sesungguhnya orang yang bersifat sedemikian adalah berakhlak rendah.

Kerja Satu Ibadah

Kerja adalah satu ibadah ....



Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari untuk memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

jangan merungut .....jangan sok set....jangan pot pet ...kerana itu semua tanda tanda awal ketandusan dalam keihlasan kita menguruskan satu amanah yg diberikan ....buatlah selagi termampu ......kalaulah kerja satu amalan !!!so ,,,,Jangan berkira bila hendak beramal, .....kemanisan bekerja akan wujud bila kita buat dgn hati yg penuh iklas mengharapkan ganjaran dari Allah ...cuma kekadang org asyik terfikir tentang terlebih kerja yg dibuat .....terfikirkah kita andainya terkurang kerja dgn bayaran kita terima ?!!!!kerja goyang kaki bukan kerja namanya ....hu hu


ingatlah ramai lagi yg tak kerja di luar sana.....mungkin mereka lebih mampu untuk melaksanakan kerja atau sanggup untuk melaksanakan kerja lebih baik dari kita ....

jangan terlalu merungut bila diberi kerja ,kerana kita yg nak bekerja,yang ngegeh nak kerja adalah KITA ..kita yg mohon untuk kerja so bekerjalah kita ...tak nak kerja berenti !!!relax,goyang kaki ,jadi tokey jadi bos ,tak perlu merungut ..dok diam diam kat rumah ........ini asyik sebut kerja terlalu banyak ...kerja apa ?????? kalau kita yakin kita percaya setiap yg terlebih kita buat tu ada anjaran pastinya kita tak merungut ,!!!janganlah kita MERUNGUT NAK TENGOK ASRAMA !! KERANA KITA BUKAN WARDEN !Pernahkan kita merungut KERANA KITA MEMBELEK BELEK KATALOG ATAU KAIN BATIK WAKTU SEKOLAH !!! takpayah lah merungut kerana bukan setiap hari kita buat dan apa salahnya kerna untuk anak didik kita ....bukan untuk warden ....nak jadi warden kita alu-alukan

Buat Kawan-kawan selalulah melihat dan pandang dunia luar ...buatlah perbandingan "compare compare"lah selalu dgn org lain jgn dok syok sendiri(aku nampak susahnya nak menerima perubahan ..ikhlas kau kata ...sebab aku nampak) ....lakukanlah perubahan ,.....buatlah perbandingan dgn orang lain yg lebih sibuk dari kita ...jangan hanya sekadar menyibuk dgn kita byak tugas ..tapi sibuklah kita yang nak melaksankan kerja ...selamat bekerja ...kerna kerja kita adalah IBADAH untuk bekalan akhirat ..jgn berkira sgt dgn tugasan kita.... agar tidak pudar niat dan keihklasan kita pada Allah .....