Selamat Datang Ke Sadau FM ...Selamat kemabali ke sekolah ..waktu pendaftran dari jam 900 pagi sehingga jam 500 petang pakaian baju batik /baju sekolah sahaja...pastikan barang yang dilarang tidak dibawa ke sekolah .....semua pelajar sila sediakan beg sandang ..buku tidak dibenarkan disimpan di kelas 2009. Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 7 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ................ TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
JAN MI SCHOOL SHOP
  • SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

    SILA LAWAT
    KLIK Utk melawat program Permata Pintar


    pembekal pelbagai barangan sekolah


  • Thursday, July 16, 2009

    Baju Batik Sekolah





    baju Batik sekolah baru ........setiap hari khamis pelajar digalakakn untuk memakai baju batik sekolah alhamdulillah sambutan dari pelajar amat baik ...cantik dan kemas menepati apa yang disarankan oleh pihak kerajaan menggalakan pemakaian baju batik pada hari khamis kepada penjawat awam .apa yang kita buat bukan sahaja sebagai menyahut seruan pihak kementerian, malah untuk mengatasi gejala kecurian baju batik rasmi dikalangan pelajar dan mengaharapkan semua pelajar akan memakai baju batik rasmi sekolah bila balik bermalam dan outing .......

    apapun perancangan dan niat tersebut terpaksa ditarik balik atas rugutan pihak ibubapa yang merasakan tidak sesuai untuk dijadikan pakaian rasmi pada hari khamis atas alasan baju batik memerlukan masa yang lebih lama untuk diseterika dan bilangan "plug" di kolej kediaman tidak mencukupi ........mengambil kira pandangan ini .kita telah menarik balik penggunaan baju batik rasmi sekolah pada hari khamis kepada baju seragam sekolah bermula hari ini........

    walaupun Kolej Tun Dato Tuanku Haji Bujang dapat meneruskan dengan pemakaian ini namun bagi kita .kita akan lihat pada keadaan dan suasana ........apapun usaha telah dibuat untuk yang terbaik .terima kasih ..........

    Wednesday, July 15, 2009

    Tanda-tanda H1N1



    Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

    Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
    InyaAllah pihak kita telah cuba membeli topeng untuk putera/puteri smsm..terutamanya yang nak outing esok (jumaat).

    Untuk renungan .......




    Jika anda bukan seorang ibu (kerana belum berkahwin/seorang
    lelaki) anda tetap anak kepada ibu anda.
    Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah. Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk. Hari Raya Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak. Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH" Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita .Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita. Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE". Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita .Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm-takut malu dilihat kawan-kawan Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah! Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!" Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu. Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!" Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!" Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple-dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan
    tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
    Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

    Ambil Iktibar Dari Kejadian Makhluk Allah

    Hari ini Perjumpaan Rumah


    Heh !!!lama betul dah tak ada perjumpaan rumah ...so hari ini ianya dapat dibuat juga ..harapan moga banyak perancangan yang dirancang dalam sesi pertemuan hari ini ...cikgu-cikgu rumah hendaklah membangkitkan semangat rumah kepada setiap warga SMSM agar ianya lebih mantap lagi ............GAMMA/ SIGMA /OMEGA /DELTA

    Ambil Pengajaran Dari Cerita Anaku Sazali ...

    ada juga yang tak tengok cerita ini .....yang belum tengok kena tengok leeee

    Sekadar Luahan Rasa ........



    Assalamualaikum,

    Semalam menonton tv, seorang pelajar pompuan ditumbuk oleh senior .kesian . Saya tengok yang ringkas sahaja, yang berita panjangnya saya tak tengok…

    Belajar dulu dan sekarang..

    Dulu, kalo awak semua masih ingat, sebelum masuk sekolah, mak bapak kita akan jumpa cikgu besar, dan cikgu-cikgu lain, dan cakap lebih kurang gini,


    Cikgu, saya serah anak saya ni untuk cikgu ajar. Kalo dalam proses belajar tu kena pukul, cikgu pukullah dia. Asalkan dia jadi pandai..

    Sekarang ni, mak bapak (kita la tu..), siap bagi warning kat cikgu-cikgu,


    You touch my son/daughter, I’ll see you in court!

    So, salah sapa kalo sekarang ni budak-budak tak segan silu nak jadi nakal?

    Itu cikgu dulu.. tapi dilema cikgu sekarang….

    1.Kalau rotan anak, akan dapat surat peguam, kena herdik dengan mak bapak, pengetua sokong mak bapak, menteri sokong mak bapak.

    2.Kalau anak lulus dengan cemerlang, “itu anak aku yang pandai”

    3.kalau anak gagal ” cikgu tak pandai mengajar, cikgu pergi kursus,cikgu tak masuk kelas”

    4.Cikgu hanya dapat nama “cikgu” je la sampai mati…

    5.kalau anak yang buat masalah sebab "cikgu kencing berdiri"..habis tu mak bapak tak salah (tu le waktu buat dulu tak baca doa ) .......org lain ok jeeeee....atau
    Kesian, cikgu cikgu…..


    aku dulu kena sebat 5 rotan sekaligus pun x bising..kena hempuk kepala oleh guru disiplin pun x bising..kena pulas telinga sampai hendak tercabut pun x bising..kena gantung sekolah pun x bising..kena cukur rambut depan perhimpunan pun x bising..kena berdiri atas kerusi meja sampai dua jam pun x bising..kena denda lari keliling pada 10 round pun x bising..kena gunting seluar pun x bising..kena rotan tangan pun x bising..

    tp alhamdulillah..aku berjaya juga…sebab apa..aku tau cikgu ajar aku suruh jd budak baik…

    aku rasa Semakin maju masyarakat kita semakin primitif perangainya , jika dahulu semua kita sebagai murid sekolah takut dan hormat pada cikgu tapi kini cikgu yang takut pada waris pelajar .

    Yang pelik tu yang suka ambik tindakkan yang membabi buta itu datang dari kalangan yang berjaya dalam pelajaran . Atau memang dasar mereka ini yang tak reti nak kenang jasa guru.

    Walau apa pun tahniah kepada warga guru yang terus mendidik anak bangsa walaupun terpaksa berhadapan dengan para ibu bapa (segelintir) yang berperangai macam mereka lah yang bijak pandai walhal mereka itulah dari kalangan orang-orang yang kecewa dan sentiasa di rudung kegagalan .



    Ada yang nak komen? Silakan…komen yang membina jak lah

    Mohon Maaf Atas Atikel Lepas





    editor SadauFM.blogspot.com memohon jutaan maaf atas atikel yang bertajuk (tak tahu @buat buat tak tahu) sekiranya ada pihak pengunjung yang terasa, terguris, terkecewa, dgn kalam tersebut.Tulisan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, ianya hanya sekadar luahan rasa dan komen yang bertujuan memberi pengajaran kepada semua pihak demi satu perkara yang boleh dimanfaatkan bagi memajukan lagi Sek Men Sains Miri serta meletakan Sainsri di tempat yang gemilang .........dan menjadikan warga pelajar yang lebih bertanggungjawab

    Kesejahteraan Semua



    Hu Hu hu hu ..... mohon maaf Kepada Pembaca semua ...tajuk etikal "tak tahu @buat buat tak tahu" terpaksa di gantung ..kerana ianya telah memanaskan keadaan n cukup kontroversi .....ada yang terasa dan tersinggung ......so editor menggantungkan buat sementara waktu etikel tersebut ...........

    Sambutan Bulan Kemerdekaan

    Pagi tadi telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 Sek Men Sains Miri dengan begitu meriah ,apa yang perlu dihayati ialah semoga pengajaran dari perjuangan mereka yang terdahulu diambil iktibar dan pedoman serta semangat patriotisme harus sumbur dalam diri warga anak-anak malaysia ,didalam masa yang sama slot pengisian berjaga-jaga dengan Virus H1N1 turut dimanfaatkan bersama dalam taklimat yang disampaikan oleh Cik Ee Reen ............

    KEM MPP SMSM









    "1 SAINSRI" Dengan jayanya terlaksana KEM MPP..Majlis Pemimpin Pelajar 2009 Yang diadakan di Borneo Rain Forest Miri sarawak .......banyak pengisian telah dibuat selama berada di sini .......Harapan Pihak Pengurusan agar ianya mampu mebangkit semangat Perlajar yang dipilih untuk menjadi pelapis pemimpin dimasa hadapan ...kerana SBP adalah gelanggang terbaik untuk melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia ....

    Gambaran ringkas suasana Kem Tersebut ...........

    Friday, July 10, 2009

    Kursus Rimup Di Dynasty





    6-8 Julai lepas menghadiri Kursus Rimup Anjuran JPN .....aku salah seorang peserta kali ini .seronok juga bila dapat berkursus nie!! cuma kali ini terasa semacam sahaja ...semacam tak sesuai untuk jiwa aku ..bukan nak kata alim jauh sekali lebainya ...tapi eh macamana yeeee..ada satu slot tu nak suruh buat persembahan menari tarian santubung atau lagu joget pahang menari hu hu hu uhu ...adui ...tak masuk ..memang tak masuk .....apapun yang pasti aku dapat melepas diri .....dalam banyak banyak tu yang seronoknya bila suruh senaman tepi tepi tepi ..tepi depan belakang ....wah seronok seronok bila tgk orang orang yang dah berumur buat lawak dalam siri kursus kali ini .......

    Saturday, July 4, 2009

    Ke Bengkel protecting children cyberspace


    Hari ini menghadiri bengkel protecting children cyberspace yang diadakan di Park City Everly Hotel ,Vip yang merasmikan Program ini Datuk Lee Kim Shin ,Banyak input yang diporolehi dalam bengkel ini ....

    Seiring dengan kemajuan teknologi, penggunaan Internet semakin luas di kalangan masyarakat. Banyak keluarga telah menggunakan jasa langganan Internet, sehingga di dalam rumah, anggota keluarga dapat mengakses Internet dengan mudah. Begitu juga dengan kehadiran telepon seluler yang memungkinkan seseorang dapat mengakses Internet kapan saja dan dari mana saja. Internet dapat memberikan manfaat positif, tetapi juga dapat berdampak negatif. Seorang anak yang menggunakan Internet sering kali menjadi sasaran empuk dari orang-orang yang berniat jahat maupun pornografi. Apa yang dapat dilakukan orang-tua untuk melindungi anak mereka?

    Majlis Perjumpaan Ibubapa T1/2/4

    Perjumpaan ini berjalan dengan lancar yang menemukan pihak ibubapa dengan guru2 yang mengajar ,pihak ibubapa boleh terus bertanya perkembangan anak mereka bukan sekadar bidang akademik sahaja malah semua perkara termasuk disiplin dan tingkah laku ...majlis ini dirasmikan oleh Peolong Kanan 1.

    Friday, July 3, 2009

    Tukar Angin


    Buat kelas kat Taman PIBG hari ini ...sekali sekali boleh laaa.tapi kalau selalu je kat taman pibg tu ..bukan lagi tukar angin ,tapi sudah angin bertukar...apapun pagi tadi buat aktiviti luar kelas di Taman PIBG .....budak budak 1 iltizam 2009..kalau ada kemudahan yang mencukupi kat pondok PIBG kan best ...senang ....

    Majlis Anugerah Yayasan Sarawak


    Yayasan Sarawak mengadakan majlis peyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR/PMR /SPM 2008 bertempat di Sekolah Menengah Sains Miri ,VIP yang menyempurnakan majlis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam

    Sainsri hanya sebagai tempat .....terima kasih kepada Pelajar sainsri yang menghias dewan dan pasukan Gamelansari SMSM yang turut menjayakan majlis ini .......

    Wednesday, July 1, 2009

    Pasang Lampu Nak Halau Tikus Munduk

    Gotong Royong bersama cikgu Mohd Ali dan F1 pasang spotlight kawasan blok bangunan Junior dan Senior ..bukan apa nak bagi cerah sikit .bagi terang ...nak halau tikus munduk yang sejak akhir akhir ini banyak berkeliaran kat kawasan sekolah .....kita takut dengan tikus munduk yang suka mengawan ini boleh menyebabkan bertambah banyak lagi generasi munduk munduk yang menikus kat SMSM..yang paling takut boleh membawa banyak penyakit .........kita harap dengan pengcahayaan yang cukup dan baik, ianya boleh menyebabkan tikus-tikus ini tidak akan datang untuk mengawan lagi .

    HKS.......apa benda ni ?


    Hari Koperasi Sekolah ....telah disambut pada 23 jun 2009 ,selepas habis MAKK/MPP..mak oi banyaknye majlis .....2345 dalam satu ...apapun Majlis HKS disambut dengan lancar ......yang penting Moazmar juga dapat hadiah ..TQ TQ TQ

    MAKK / MPP Sainsri 2009



    23 Jun 2009 Majlis Anugerah Ko-Kurikulum dan MPP berlansung dengan jayanya walaupun pada peringkat awal hujan mencurah-curah,Pertandingan dibuat di Dewan Sri Pahlawan dan majlis penutupan MAKK/ MPP di buat di Dataran Roll Call.....Vip yang,merasmikan MAjlis Kali Ini ...Cik Norelia Wakil PPD Miri .....

    Tuesday, June 30, 2009

    Supaya Tak Jadi Telinga Plastik ..


    Berikut senarai beberapa teknik mendengar dengan berkesan semasa pembelajaran:

    1. Bersedia

    Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
    Menanam minat terhadap mata pelajaran
    Menanam minat terhadap guru yang mengajar
    Tidak penat
    Tidak mengantuk

    2. Peralatan yang mencukupi

    Alat tulis / buku nota
    Buku ruukkan / teks
    Kertas nota

    3. Duduk dekat dengan guru

    Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
    Senang bertanya

    4. Ulang kaji tajuk awal

    Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
    Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

    5. Aktif dan diam

    Ambil bahagian dalam perbincangan
    Jika tidak faham bertanyalah segera
    Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

    6. Elak gangguan

    Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
    Alih perhatian / prasangka

    7. Catat nota

    Ringkas dan padat ( kg : kampung)
    Tulis cepat dan jelas
    Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )

    Bertudung tidak wajib .


    Bertudung bukan yang wajib. Yang wajib menutup aurat.

    Semua orang tau zaman sekarang ni dalam "Islamic Nation" kita ni, ramai perempuan pakai tudung. Memang betul pun. Tapi yang tutup aurat betul2 brapa ramai?

    Pakai tudung, tp baju lengan pendek, seluar ketat, baju senteng, nampak seluar dalam, buah dada tak cover, apa guna pakai tudung macam tu?


    Semua orang ingat kalau pakai tudung, settle. That's not the case. Aurat kene tutup. Aurat means whole body except for the face and both palms. Konsep ni yang orang mesti ingat.

    Saturday, June 20, 2009

    KESUMA Peringkat Sainsri 2009


    Alhamdulillah berjaya juga pihak sekolah menganjurkan Kursus KESUMA peringkat sekolah Men Sains Miri ,walaupun agak lewat ..begitulah kerumitan pada tahun ini susah nak mencari ruang waktu disebabkan terlalu banyak aktiviti dan [rogaram yang dijalankan diperinbgkat sekolah ....dan kini kursus telah selamat dijalankan kini ....suasana pada malam kedua ........di Dewan Sri Pahlawan ...

    Terima Kasih pada Cikgu Edmund dan JK yang mengendalikan Kursus ini .....

    Program Jaya Diri Pelajar T3/T5

    Sedang berlansung kem jaya diri pelajar T3/5 Sainsri dikampung sukan bermula
    19 Jun 2009 sehingga 21 Jun 2009.macam macam aktiviti yang dilaksanakan dalam Kem Ini .Turut serta dalam kem ini Mantan pengetua Pn Lily Hj Morni..dalam sesi Dialog esok ...21 Jun 2009 .

    Bukan Nak Tunjuk Rajin


    Hari ini ambil kesempatan dicelah2 kesibukan .....alhamdulillah sempat siap juga pemasangan sistem Audio pembesar suara dari pondok pengawal setelah sekian lama tergendala kerana rosak ..banyak kesusahan yang dialami bila ibubapa penjaga nak pangil anak mereka ke taman PIBG ..dengan kesederan salah seorang bapa pelajar yang sudi meyumbangkan sistem baru ,kini ianya telah berfungsi dengan baik ...semoga sumbangan ini didapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua warga sainsri ...

    rakaman detik2 pemasangan PA Sistem Baru ..........pagi tadi dengan bantuan 3 Orang Pelajar ......T2.seronok dapat membutnya sendiri ...walaupun tidak ada latihan khusus namun dengan kesungguhan dan ingin melakukan benda yang baru ,semuanya kita akan dapat buat ..cuma nak tak nak sahaja ........bukan tak fikir pada risiko tapi kalau kita asyik fikir pasal risiko jatuh ke apa ..pasti kita tak akan dapat buat ...apapun yang penting kena selalu berhati hati ...dan kita buat pun sambil ambil dan cari pengalaman ...

    Wednesday, June 17, 2009

    Ibubapa Tak Tahu ...

    Bukan senang nak jaga kerenah 467 orang pelajar .Mungkin yang bergelar guru akan fahan dan tahu bertapa sukarnya untuk mengawal tingkah laku mereka .....tapi lebih malang kalau guru tak tahu ..........aku cakap bukan keluhan.... jauh sekali untuk luahan rasa..cuma sekadar nak kongsi apa yang berlaku saja .........terasa sedih bila kenangkan beberapa kerenah pelajar yang hari pertama semester kedua sudah buat masalah....semalam tangkap 8 orang pelajar yang kongsi duit untuk "FLY" dan beli rokok ...tapi yang memilukan hati pelajar yang cuba FLY itu ialah pelajar yang baru sahaja kena gantung ....eh eh tak sampai tempoh sebulan pergantungan ....tapi nak buat masalah lagi semacam hukuman yang dikenakan itu tidak berkesan ......aku heran dimana muka ...perasaan malu mereka ini ...........terasa semacam berbangga degan kesalahan yang dilakukan ..aku heran ..heran laaa aku ................???

    Nak kata mak bapak tak ajar! ....guru tak ajar ......!.....yang pelik tu ....ada sebahagian pelajar yang komplen tentang cikgu plak ......tak itu tak ini ...bijak !!! bijak !!! budak sekarang ...............