Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Monday, February 25, 2013

BUZY...


Sahabat




Kamu pasti akan mengalirkan air mata mu jika kamu dapat mendengar doa dari seorang sahabat mu yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu selepas dia solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

Saturday, February 23, 2013

untuk renungan





Orang Kafir Bertanya, Muslim Menjawab…



Islam telah sempurna sewaktu Nabi Muhammad ﷺ wafat. Maka, sudah pasti semua persoalan dan keraguan tentang Islam, mempunyai jawapannya. Hanya ilmu di dada orang Islam itu sendiri sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam.

Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
.
.

Lima Belas Persoalan

.
Berikut dikemukakan 15 persoalan yang biasa ditanya oleh orang-orang bukan Islam secara spontan kepada orang Muslim. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu menjawab persoalan tersebut.
.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad  disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad  hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad, sebab itu nama Nabi Muhammad  jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad  tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
.
2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad  cuma 25 kali disebut secara nyata tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain disebutkan; lihat artikel terdahulu ‘Nama-nama Rasulullah SAW  antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah سبحانه وتعالى tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.
.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad  wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata, “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad  adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad  adalah nabi terakhir menerima dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit. Nabi Muhammad  juga yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. Nabi Isa as diturunkan semula sebelum Qiamat nanti hanyalah untuk membetulkan umatnya yang telah jauh terpesong.
Jubair bin Mut’im berkata; Nabi Muhammad  pernah bersabda: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskankekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWTmengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّـهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَ‌ابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٥٩

“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surah Al-Imran, ayat-59)
.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah سبحانه وتعالى, KerajaanNya dan KeagunganNya’.  KerajaanNya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa mentaati suruhanNya.
Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?
.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku? Sekarang ini bukankah ramai orang Sikh yang potong rambut pendek? Dan mengapakah mereka itu tidak menyimpan anugerah tuhan?
.
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
.
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
.
12) Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah سبحانه وتعالى adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah  سبحانه وتعالى. Nak jadi kanibal? Sebenarnya kinzir adalah binatang yang paling banyak menyimpan virus dan bakteria di dunia ini. Lihat saja virus nipah dari binatang ini yang telah mengorbankan banyak nyawa.
.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah سبحانه وتعالى, binaan Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah. Orang Hindu tak akan pijak berhala mahupun gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah.
Sekiranya terjadi 4 buah helikopter mengangkat bangunan Kaabah di Makkah ke Dataran Merdeka sekalipun, orang Islam tetap akan solat menghadap ke tapak asal Kaabah di Makkah kerana di situ tetap Kiblat Umat Islam menyembah Allah سبحانه وتعالى. Bukan sembah binaan Kaabah!
.
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad ? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Ajarannya sentiasa dan tetap releven sejak dari lebih 1400 tahun dahulu sehingga hari Qiamat nanti.
.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
Tidak semestinya yang tidak nampak itu tiada. Sekiranya kita berdiri di tempat tinggi atau lapang, Bukit Broga contohnya, tiada apa di sekeliling hanya saujana mata memandang. Tentu kita berasa nyaman dan berangin. Adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak!
Kemudian kita ambil pula contoh gula atau garam dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih. Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut?  Cuba terangkan bagaimanakah rupanya!
Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah سبحانه وتعالى.. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah سبحانه وتعالى.
.
Semoga bermanfaat perkongsian ini….

وَالسَّلاَمْ



Friday, February 22, 2013

SENARAI SEMAK AMALAN DI HARI JUMAAT:



SENARAI SEMAK AMALAN DI HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

✔ Membaca Surah Al-Kahfi.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedekah.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sedekah pada hari Jumaat dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” Hadith daripada Ka'ab R.A menjelaskan: “Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya.” - Mauquf Sahih.

✔ Memperbanyakkan amalan sunat.

✔ Memotong kuku kaki dan tangan.

✔ Memperbanyakkan zikrullah.

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا لله والله أكبر..

✔ Memakai pakaian sunnah.

✔ Memakai wangi-wangian.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapapun yang mandi pada hari Jumaat membersihkan diri semampunya, memakai minyak rambut & memakai wangi-wangian yang ia dapati dari rumahnya, kemudian dia pergi ketempat solat Jumaat tanpa menerobos antara dua orang yang duduk di masjid, lalu dia melaksanakan solat seperti yang diwajibkan kepadanya, dan dia diam ketika khatib berkhutbah, nescaya diampuni dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya.” - Hadith Riwayat Bukhari~

✔ Hadir awal ke masjid.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya sama seperti berkorban seekor unta gemuk, dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya sama seperti berkorban seekor sapi, dan yang pergi jam ketiga, pahalanya sama seperti berkorban seekor domba, dan yang pergi jam keempat, pahalanya sama seperti berkorban seekor ayam, dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya sama seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-malaikat untuk mendengarkan khutbah.” - Hadith Riwayat Muslim~

Kita Adalah Insan Yang Lemah


Wahai anakku,

Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku,

Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamudihadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoaan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawaduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku,

Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat- ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengigati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik- baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang selepas kematiannya.


Senyum......

Jangan Sombong




Wahai anakku
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. 
Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. 

Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang selepas kematiannya.

Sayang dalam Garang


Alkisah ayah yang garang…

Walid ku seorang yang garang, tegas dan suka membuat keputusan. Mami pula seorang yang tidak suka kecoh dan kurang bercakap.

Di rumah, tiada pergaduhan atau pertengkaran, segala yang Walid decide, kami patuh sahaja. Aku dan lima beradik tidak berani melawan. Mami pun tidak melawan.

Pada Mami pun, Walid suka membuat keputusan.

Jika Mami suka beg A, Walid jarang akan bersetuju dan akan belikan beg B yang lebih baik.

Jika Mami perlu kereta kancil, Walid belikan kereta yang lebih baik.

Aku risau Mami tak gembira dengan Walid, seolah-olah pandangan Mami tidak dihormati.

“Jangan risau. Jangan nilai perkara bila dalam kesenangan. Sebatang lobak nampak keras, bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi lembik. Sebiji telur nampak lembut, tapi bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi kuat,” jawab Mami.

Satu hari, Walid jatuh sakit dan terpaksa masuk hospital.

Ada saluran darah tersumbat kena melakukan angioplasty.

Dalam keadaan Walid yang lemah, Walid sentiasa memanggil untuk Mami.

Walid tidak mahu anak-anaknya menyuapkan makanan kepadanya, Walid hanya mahu Mami menyuapkannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya melapkan badannya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya membeli makanan mahupun suratkhabar atau majalah untuknya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

“Walid nak makan apa hari ini,” aku bertanya. Sepuluh kali soalan, sepuluh kali Walid akan menjawab, “Mami akan tentukan.”

Mami hanya menyuruh kami menjaga rumah dan membantu membersihkan rumah tatkala Mami menjaga Walid.

“Mami, susah Mami, Walid tak bagi kita jaga Mami, tapi nak Mami sahaja yang bersusah-payah di hospital,” aku merungut.

“Mami tak rasa letih dan penat. Malah Mami rasa sangat bersemangat. Inilah Walid yang sebenar – kesayangannya pada Mami dapat dilihat dengan jelas dalam kepercayaan penuh Walid kepada Mami untuk menentukan segalanya untuk dia sepertimana Mami mempercayai segala pilihan dia ketika waktu biasa adalah yang terbaik untuk Mami,” terang Mami.

“Itulah cara Mami dan Walid hidup bersama. Kepercayaan dan kesayangan antara kami utuh. Dalam kesusahan, perkara ini lebih terserlah, makin terserlah cinta antara Walid dan Mami,” tambah Mami lagi.

Aku hanya mendengar. Walid yang ketiduran tiba-tiba membuka mata memandang Mami dan tersenyum.

Walid mendengar apa yang disebut Mami tadi dan memegang tangan Mami.

“Abang tidur balik, nanti doktor datang. Cepat sembuh, ayang tak puas lagi hidup dengan abang,” kata Mami sambil menepuk belakang Walid.

Aku terharu dengan hubungan Mami dan Walid, ayahku tercinta.

Akhirnya aku faham, telur dan lobak yang dimaksudkan Mami. Antara suami-isteri, bila lobak menjadi lembik, seorang lagi harus menjadi telur yang mengeras untuk saling menyokong antara satu sama lain ketika situasi menjadi mencabar. Mereka saling memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan saling menyokong dan membantu untuk mencapai kebahagiaan yang diidamkan.

Sekadar berkongsi cerita untuk renungan.

Thursday, February 21, 2013

Kecil Tapi Bernilai






Sesuap nasi, mungkin sedikit untuk kita, tapi besar untuk mereka yang kebuluran.

Satu ringgit, mungkin kecil untuk kita, tapi besar untuk seorang pengemis.

Seteguk air, mungkin tidak mencukupi untuk kita, tapi besar bagi mereka yang sangat kehausan.

Sebuah nasihat, mungkin tidak penting bg mereka yg senang, tapi berharga bagi mereka yang kebuntuan.

Jangan mudah memperlekehkan apa-apa - jika Allah di hati sentiasa, sudah tentu setiap perkara dilihat ada nilainya kerana ia semua ciptaan Allah.

Jangan membazir dan jangan membazirkan kehidupan.

Nilai Barang

Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainnya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan. 

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainnya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir. 
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala. Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.  pagi.

Wednesday, February 20, 2013

Jom Makan

Lama dah tak perkena sotong goreng kat pantai

Sunday, February 17, 2013

Jangan Buruk Sangka...




Hargai orang di sekeliling

Kita jarang menghargai kebaikan insan-insan di depan mata sehinggalah suatu hari apabila kita kehilangan mereka, barulah kita sedari betapa mereka sangat berharga di sisi kita.



Jauhi prasangka dan jaga persahabatanmu


Kadang kala sahabat kita tak perasan dia buat kita kecik hati. Sebab dia mungkin tak ada niat pun. Sabarlah, maafkanlah dan beritahulah dia. Jauhi prasangka dan jangan biarkan syaitan memutuskan talian persaudaraan.

Azimat Dan Tangkal



Biasa kita lihat kadangkala di dalam sebuah kedai atau restoran, adanya suatu bahan yang dikategorikan sebagai pendinding. Ia mungkin sebagai azimat atau tangkal dan jika ditanya tujuan meletakkannya, maka dia akan menyatakan, "Ini pendinding, takut ada orang dengki nanti dia hantar benda macam-macam (sihir)."

Ada juga tangkal atau azimat yang dipakai oleh individu. Juga bersifat pendinding diri ataupun untuk mengelakkan 'malang' atau musibah menimpa dirinya.

Kedua-dua perbuatan ini sebenarnya adalah syirik. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya jampi,azimat dan pengasih adalah syirik."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi & Hakim)

Di dalam riwayat yang sama juga disebutkan mengenai pengasih atau guna-guna. Ketika sahabat bertanya, Rasulullah bersabda:
"Iaitu (guna-guna) pekerjaan yang biasa dilakukan oleh orang-orang perempuan supaya dengan itu mereka tetap dicintai oleh suaminya."

Di dalam riwayat lain:
"Rasulullah SAW pernah terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning ditangannya. Lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Lelaki itu menjawab: "Penangkal Wahinah" (Sejenis penyakit lengan). Baginda lantas bersabda: "Tanggalkanlah! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.""
(Riwayat Ahmad dengan sanad hasan - Musnad Imam Ahmad 4\4451)

Berhati-hatilah meskipun tangkal atau azimat ini dilakukan oleh seorang yang pada zahirnya dilihat sebagai alim atau warak. Kerana ternyata ia telah ditegah oleh Nabi SAW. Perlulah diingat bahawa meskipun seseorang itu dilihat sebagai alim dan warak, akan tetapi dia tidak mempunyai autoriti untuk membatalkan syariat Islam.

Di dalam buku Bidaah dan Syirik karya Dr. Yusof Al-Qardawi dan Muhammad Al-Ghazali, disebutkan: "Kadangkala kita jumpai sebahagian orang yang menggunakan Al-Quran sebagai pelindung dirinya, dengan beranggapan bahawa Al-Quran tersebut dapat melindungi dari muflis, kalau dia seorang pedagang, atau dapat menolak tamparan kepala, kalau dia seorang pegawai. Ini adalah kekacauan berfikir yang sudah sangat parah. Kalau dia masih beranggapan beriman kepada Allah dan meluhurkan Al-Quran, sesungguhnya itu adalah tanggapan yang salah. Hubungan seorang muslim dengan Al-Quran adalah mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya."

Dato' Dr. Harun Din juga menyatakan: "Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada Al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana,
  1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar.
  2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas
  3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. 5

Bantuan jin atau kaedah perubatan menggunakan jin
Dr. Yusof Al Qardawi telah menyatakan dalam bukunya: "Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Al-Jin 72:6)

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.1

JAMPI
Ulama bersepakat mengharuskan jampi apabila melengkapi tiga syarat berikut:
  1. Hendaklah dengan menyebutkan kalamullah atau nama atau sifat-sifatNYA.
  2. Hendaklah menggunakan bahasa Arab dan difahami.
  3. Hendaklah berpegang dan percaya bahawa kesan jampi adalah kuasa dan taqdir Allah SWT bukanlah disebabkan zat jampi tersebut.

Tetapi sekali lagi ditegaskan bahawa jampi ini tidak boleh disertai dengan tangkal atau azimat.2

Syirik besar dan syirik kecil
Jika seseorang itu percaya dia akan selamat selagimana ada tangkal atau azimat bersamanya, maka itu termasuk dalam 'Syirik Akbar' - syirik besar dan dia murtad. Tetapi jika ditanya dan dia menjawab, "Kita ikhtiar. Allah SWT juga yang menyelamatkan. Ini suatu ikhtiar.", maka ia termasuk dalam 'Syirik Asghar' ataupun syirik kecil. Sekalipun dia tidak murtad, dia menghampiri daerah-daerah yang mengeluarkan dia daripada Islam. Sekalipun belum keluar, dia melakukan dosa yang besar.3

Pendinding diri yang dibenarkan
Maka kita mungkin akan ditanya, apakah pendinding untuk diri atau rumah yang dibenarkan buat kita bagi melindungi diri dari gangguan syaitan, di dalam sebuah hadith daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk di dalam rumahnya sampai pagi."4
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)

Di dalam riwayat lain daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati oleh syaitan hingga petang. Jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi dan juga tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarga ataupun hartanya."4
(Riwayat al-Darani dan al-Baihaqi)

Ayat-ayat tersebut adalah:
  • 5 ayat pertama surah al-Baqarah
  • Ayat al-Kursi, surah al-Baqarah ayat 255
  • Ayat 256 & 257 surah al-Baqarah
  • Ayat 284, 285 & 286 surah al-Baqarah

Ayat-ayat ini juga termasuk di dalam zikir ma'thurat. Anda boleh lah mendapatkan buku zikir ma'thurat. Al-Ma'thurat ini adalah amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW. Al-Ma'thurat adalah himpunan zikir yang telah disusun oleh Imam Hassan Al-Banna.

Di dalam hadith lain, Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan, kerana syaitan itu akan menjauhkan dirinya dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”

Juga terdapat satu doa yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith yang berbunyi:
"Tidaklah seorang hamba membaca di pagi hari dan petang hari dengan 'BISMILLAH AL-LADZI LAA YADHURRU MA’A ISMIHI SYAY’UN FIL ARDHI WALAA FIS SAMAAWAAT WAHUWAS SAMI’UL ALIM (Dengan menyebut nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu yang ada di bumi dan di langit yang bisa mencelakakan, dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui),' dibaca sebanyak 3 kali, hingga tidak ada sesuatupun yang dapat membahayakan baginya."

Saturday, February 16, 2013

Gadis Melayu Hina Azan, Tidak Percaya Kuasa Allah - "tukanglawan"







Jangan terlalu bangga jadi orang melayu, ia tidak menjanjikan apa-apa, kerana terlalu bangga jadi melayulah, kita kadang-kadang merasakan kita telah cukup bagus.

Baguskah kita bila beranggapan melayu itu sudah pasti Islamnya, fikirkan balik, kita dilahirkan sebagai seorang Islam, tapi sejauh mana kita mendekatkan diri kepada Islam itu sendiri, beruntungkah kita, jika kita bandingkan diri kita dengan kawan-kawan bangsa lain yang mendapat hidayah ALLAH.

Ingat, dilahirkan sebagai seorang Islam, tidak memadai bila Akidah kita lemah. ini contohnya.






Diatas satu contoh bila seorang perempuan yang memakai nama "melayu" menghina ALLAH, bolehlah dianggap perempuan tersebut seorang "Free Thinker" kerana tidak mempercayai kekuasaan ALLAH.

Dan dibawah ini pula satu contoh dimana seorang lagi perempuan yang juga memakai nama "melayu" terang-terangan menghina lauangan Azan, apakah yang anda rasakan? dan apa pula yang anda fikir?


Menjadi melayu itu tidak semestinya menjadi Islam, kadang-kala pergaulan dengan rakan - rakan, kesibukan ibu bapa mengejar keselesaan hidup sehingga kurang perhatian kepada anak-anak juga menjadi punca. nah dimanakah salah ini semua, apakah negara ini sudah terlalu banyak disajikan dengan hiburan yang melalaikan?

Apa perasaan anda jika ada ahli keluarga anda yang jadi begini?. apakah mereka masih mampu memberi manafaat bila ibu bapa mereka tiada kelak?.. fikirkan lah, dan kembali kepada agama ALLAH , kerana kita mungkin sudah jauh tersesat, mungkin kita pernah terdetik lauangan Azan mengganggu kita.. 
Melayu itu tidak semestinya Islam,.........Masyallah...

tukanglawan.blogspot.com

Friday, February 15, 2013

Jawatan





Wahai anakku,

Janganlah engkau meminta sesuatu jawatan, kerana ianya akan menyusahkan kamu nanti di akhirat. Sedang kamu tiada kekuatan untuk memikulnya. 

Wahai anakku, 
Andainya manusia faham betapa beratnya hisaban Allah ke atasnya di akhirat, dan ia akan ditanya semua yang ada dibawah tanggungannya dan apa yang diamanahkan kepadanya, nescaya manusia akan lari daripada bebanan jawatan itu. 

Wahai anakku,
Apakah kekuatan yang kamu ada untuk berhadapan dengan hisaban satu persatu di akhirat nanti. Kerana itu, janganlah engkau berdukacita seandainya kamu tidak dibebankan dengan sebarang jawatan, kerana itu adalah keringanan Allah ke atas kamu. Bersyukurlah bilamana kamu mendengar berita gembira itu, sujud syukurlah agar syaitan akan berputus asa untuk merosakkan imanmu.

Wahai anakku,
Sesungguhnya jawatan itu tiada sebarang manfaat kalaulah bukan kerana Islam. Peliharalah sebaik mungkin tujuan ini, gigitlah dengan gigi gerahammu, dan ikhlaslah dalam setiap tindakanmu. Nescaya engkau memperolihi kekuatan dalam melaksanakan amanahmu. 

Wahai anakku,
Bebanan ini akan menjad ringan kalaulah Allah membantumu, dan Ia tidak akan menolongmu seandainya kamu jauh dariNya. Andainya kamu terasa berat tekanan perasaanmu dalam tugasanmu, maka hendaklah kamu lebih erat hubunganmu denganNya. Kamu tidak akan kecewa dengan celaan makhluk kepadamu, bilamana kamu mengenang celaan yang ditanggung oleh Rasulullah s.a.w lebih berat darimu, Jadilah Baginda sebagai pendorongmu dalam melaksanakan amanahmu, nescaya engkau akan memperolehi model terbaik dalam hidupmu.

Wahai anakku,
Aku hairan ada orang yang bersungguh-sungguh untuk memperolehi jawatan, sebingga sanggup melobi dan memburukkan orang lain. Apakah ia sedar apa yang menantinya di akhirat ?. Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali menolak jawatan dan merasakan ada orang lain yang lebih layak sebagai khalifah. Imam Abu Hanifah menolak jawatan Mufti, sedang ia jauh lebih warak dan taqwanya dari kita. Umar Bin Abd Aziz merayu- rayu agar tidak dilantik. Namun Allah akan memberi kekuasaan kepada siapa yang dikehendakinya. 

Wahai anakku,
Seandainya kamu dipilih juga memikul bebanan jawatan itu, gunalah sebaik mungkin untuk menyelamatkan mereka di bawah tanggungjawabmu dari kemurkaan Allah dan azabNya di akhirat. Laksanakanlah amanah ini dengan memohon pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah di atas sebarang mehnah, kerana aku yakin Allah akan membantumu. 

Wahai anakku,
Allah sentiasa melihat dan mendengar rintihanmu dalam kesusahan engkau menanggung bebanan amanah ini, dan pasti Dia tidak akan membiarkan kamu. Bersabarlah dan sungguh- sungguh kamu kena sabar dengan melihat mereka yang jauh lebih berat tekanan dan bebanan darimu, nescaya kamu akan terasa ringannya bebanan yang sedang kamu hadapi. 

Ya Allah, janganlah engkau bebankan aku dengan sebarang jawatan di dunia ini untuk menyusahkan aku di akhirat. Bantulah aku dalam amanah ini, dan janganlah engkau bebankan aku dengan perkara yang aku tidak mampu melakukannya.