Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Friday, November 30, 2012

IBU

 
Wahai anakku,
Aku menitis airmata mendengar tangisan seorang ibu yang kematian anak kecilnya. Hatinya sangat hiba dan ia pengsan beberapa kali kerana kematian tersebut. Setiap kali bilamana ibu itu masuk ke rumahnya, ia menagis bila melihat buaian anak kecilnya, ia terus menangis sewaktu melihat pakaian anaknya dan semua peninggalan anaknya.

Wahai anakku,
Suatu hari aku mendapat tahu keluarga ...
itu terpaksa berpindah rumah lain kerana ibunya sering kali menangis setiap kali ia berada dalam rumah kerana hampir setiap sudut rumah itu ia terbayang akan anak kecilnya yang telah kembali ke rahmatullah. Kesah ini berlaku lebih 20 tahun dahulu. Sengaja aku cerita kembali kepadamu agar engkau merasai betapa kasih saorang ibu. Sehinggalah aku memberitahunya bahawa anaknya adalah simpanannya di Syurga dan ia akan menunggu ibunya nanti di syurga. Ia kelihatan tanang dan mulai tabah menghadapi ujian besar kehilangan anak kecilnya.

Wahai anakku,
Andainya engkau fikir hidup berakhir di dunia , tentulah engkau akan rasa berat dengan nasib kamu di dunia ini. Namun seandainya engkau sedar adanya alam akhirat, tempat Allah mengumpulkan apa yang kamu hilang, tempat Allah mengembalikan keadilan dan tempat kamu akan bertemu dengan orang yang kamu sayang termasuklah para ambiya dan syuhada', Tentulah kamu tidak terlalu berdukacita dengan kehidupanmu di dunia ini.

Wahai anakku,
Kalaupun engkau tidak senang di dunia, janganlah kamu merana di akhirat. Kalau kamu tidak kaya di dunia, janganlah kamu miskin di akhirat. Ingatlah wahai anakku, Rsulullah pernah mengibaratkan " dunia ibarat seorang yang mencelupkan jarinya dalam air laut, sebanyak mana air yang melekat dijarinya, itulah dunia dan segala isinya, manakala sebanyak mana air laut, itulah akhirat yang Allah sediakan kepada orang beriman". Kerana itu wahai anakku, janganlah engkau tukar kebahagiaan dunia yang sementara ini dengan nikmat yang kekal di akhairat.

Wahai anakku,
Aku sangat mengharapkan agar Allah kumpulkan kita dalam satu syurganya nanti di akhirat. Amin ya Rabbal alamin.

Salam rindu ....... Senyum selalu.

Ya Bunaya !!!

Wahai anakku,
Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang yang kamu sayang. Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan kamu. Tentulah engkau akan mengulang ulangi bacaan itu, dan tentulah engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu bilamana engkau menerima tisalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya.

Wah... ai anakku,
Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau biarkannya tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya berulang kal alan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya. Bacalah dan renugilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik baik pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik- baik pertunjuk.



Wahai anakku,
Aku sangat dukacita melihat banyaknya alQuran yang langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu, hayatilah setiap kalimahNya.




Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap kalimahnya.




Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu ntuk membaca Al Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari al Quran. Sedangkan emgkau membaca dengan mengeja satu persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah. Langaran itu berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.



Wahai anakku, aku sangat bahagia mendengar bergemanya al Quran dari suara anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya. Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari alQuran. Kerana rumah yang tidak dibacakan alQuran, dan sunyi dari zikrullah adalah kuburan.

Senyumlah nescaya Allah sayang padamu.

Tuesday, November 27, 2012

Menjengah Kehidupan


Yang Lemah itu ... Akulah ...



Saya tidaklah sempurna, tapi itulah saya.

Saya pernah mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah saya.

Saya pernah berkata perkara yang salah, dan berkata perkara yang betul, tapi itulah saya.

Bukan semua yang pernah dilakukan oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.

Saya pernah tersilap memilih kawan dan tersalah mempercayai o... rang, tapi itulah saya.

Jika saya diberi peluang untuk melakukannya semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah, kenapa?

Kerana itulah saya.

Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda hanya perlu melihat di sebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan saya.

Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.

Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah saya.

Kata-kata di atas diharap dapat menjadi pengubat kepada orang yang hati dan keyakinannya diluka oleh kata-kata yang tidak sedap didengar dan menghina.

Sayangilah diri sendiri, sebagaimana Allah menyayangimu kerana anda adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.

Jangan sesekali menyimpan dendam, dendam adalah perkara paling berat di dunia ini. Antara petua untuk hidup bergembira dan panjang ialah memaafkan segalanya yang berlaku setiap hari sebelum tidur dan jangan mengharap apa-apa balasan daripada sesiapa dan apa-apa untuk apa yang telah dilakukan.

Berkebajikan dan kemaafan ialah sifat-sifat terpuji yang pulangan amat berlumayan iaitu minda yang tenang dan kebahagiaan.



Jom Senyum  sikit ...!!!.

Bunga Dandelion.........

Alkisah bunga dandelion….

Seorang pemuda Haziq telah membina sebuah taman bunga kecil di depan rumahnya…

Bunga tumbah dengan mekarnya dan kecantikannya dipuji oleh sesiapa sahaja yang berlalu dengan rumah Haziq. ... Di kalangan bunga yang cantik tersebut, tumbuh juga pokok sampingan seperti dandelion yang tidak disukai Haziq. Haziq memikirkan pelbagai cara untuk menghapuskan dandelion yang tumbuh bersama bunganya... ditanya pekebun sana sini untuk mendapatkan penyelesaian….

Tapi tak jumpa juga. Akhirnya Haziq pergi bertanya dengan pekebun istana yang mengendalikan taman istana yang jauh besar untuk mendapatkan penyelesaian untuk menghapuskan dandelion. Pelbagai cara yang diberikan oleh pekebun istana tersebut kepada Haziq tapi ia tetap tidak berjaya menghapuskan rumpai tersebut…

Akhirnya, Haziq duduk bersama pekebun istana di dalam sebuah surau… mengeluh mengenai kegagalan mereka untuk menghapuskan dandelion yang dianggap mencemari taman kecantikan di rumahnya. Keluhan mereka didengari Ustaz Syahmi …

 “Saya ada penyelesaian kepada masalah enta.” Ustaz Syahmi menyerahkan gambar di bawah kepada Haziq. “Cantiknya … apa gambar ini?” tanya Haziq. “Alah ini pun tak tahu.. ini gambar bunga yang ingin dibunuh entalah. Hayati kecantikan dandelion yang dicipta Allah ini yang datang mewarnai taman bunga enta maka masalah enta akan hilang. Mudahkan?” kata

Ustaz Syahmi sambil tersenyum.

Wahai Anakku!! Pesan pesan

Wahai anakku. Iman adalah mutiara yang sangat indah. Bilamana imanmu mantap, engkau akan melihat sesuatu secara positif, kerana keyakinanmu terhadap Tuhanmu yang Maha penyanyang. Engkau akan merasai betapa tingginya kasihsayang Tuhanmu terhadapmu, samada sewaktu engkau menerima nikmat atau engkau menerima ujian yang tidak kamu sukai.
Wahai anakku, Seorang anak mungkin akan tersinggung dan marah k...epada ayah yang memukulnya, kerana ia tidak melihatnya secara positif. Namun bilamana ia dewasa dan memikirkan secara positif, nescaya ia akan menghargainya. Demikian juga bilamana kamu memikirkan besarnya kasih sayang Allah ke atasmu. Apakah kamu merasa besar akan ujian Allah didunia berbanding akhirat, dan tentulah engkau redhai dengan sedikit ujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat.
Wahai anakku, Kemanisan iman akan dapat kamu rasai bilamana kamu meletakkan Allah ditempat yang layak baginya. Aku sangat khuatir jauhnya Tuhan darimu. Lantaran itu, hendaklah kamu sentiasa merasai melalui indera hatimua apakah hari ini engkau rasa hampir dengan Tuhanmu atau engkau merasa jauh dariNya.
Wahai anakku, Seandainya engkau merasai jauh dengan Tuhanmu, jangan engkau biarkan keadaan ini berlarutan, kerana seorang kekasih akan bimbang kalau ia dijauhi; betapa pula Tuhan kita. Ia tidak akan menjauhi dari makhluk yang dikasihinya, melainkan kerana ia sayang kepada makhluknya. Ketahuilah wahai anakku, Allah lebiah sayang kepada hambanya melebihi kasihsayang seorang ibu pada anaknya. Kerana itu, jangan saesekali engkau biarkan harimu jauh dari Tuhanmu.
Allah tidak menjauhi sesaorang hambanya sebagaimana seorang kekasih merajuk untuk minta simpati dan perhatian, tetapi Allah akan menjauhi hamba kerana dosa hamba itu. Kerana itu dekatilah melalui istiqfar dan taubatmu kepadaNya setiap waktu. Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita. Salam sayang......

Dan senyum selalu dalam mencari redha Tuhanmu.

Wednesday, November 7, 2012

Huh

huh ganasssss ..adakah ia akan jadi samseng suatu harri nanti ? atau jdi panglima perang ! untuk agamabangsa n negara

Tuesday, November 6, 2012

Kisah Yang DiUlang Ulang

Pada suatu masa dahulu, seorang lelaki di dalam mimpinya, terlihat ada seekor singa dengan mengejarnya.
Lelaki tersebut lari ke arah sebatang pokok, memanjatnya lalu duduk di atas sebatang dahan. Dia melihat ke bawah melihat singa itu masih menunggunya.
Lelaki tersebut memandang ke tepi melihat dahan yang didudukinya yang tumbuh daripada pokok tersebut. Terdapat 2 ekor ti...kus, seekor hitam seekor putih yang sedang mengelilingi dan mengunyah dahan tersebut. Tidak lama dahan tersebut akan patah dan dia bersama dahan akan jatuh ke tanah.
Lelaki itu memandang ke bawah dengan penuh ketakutan dan terlihat ada seekor ular besar berwarna hitam telah datang dan duduk di bawahnya. Ular tersebut membuka mulut besarnya menunggu kejatuhan lelaki tersebut. Lelaki tersebut melihat ke atas mencari samada ada dahan lain yang boleh dipegangnya. Dia ternampak sebatang dahan dengan sarang lebah bermadu.

 Madu sedang menitis daripada sarang tersebut. Lelaki tersebut ingin merasai madu tersebut. Dia mengeluarkan lidah dan merasa titik-titik madu yang terjatuh daripada sarang lebah tersebut. Sedap bukan main. Dia ingin merasa lagi, dan merasa lagi sehingga dia alpa dalam kemanisan madu tersebut.

.................................. Dia terlupa yang dua ekor tikus sedang mengunyah dahan, singa di bawahnya dan ular besar hitam yang sedang membuka mulut menunggu kejatuhannya............................

....... Dahan itu terputus… dia teringat segala bentuk bahaya dan tersedar daripada tidur…......................................

..... Lelaki itu merasakan mimpi itu pelik dan berjumpa dengan ustaz untuk menafsir mimpi…. Ustaz tersebut berkata…................................................ “Singa itu kematian… Ia mengejar anta dan ikut ke mana anta pergi. .........................................................

......................... Dua tikus, seekor putih dan seekor hitam, adalah siang dan malam. Mereka berpusing mengunyah dahan sama seperti masa anta di dunia ini semakin mendekati kematian................................................................................. Ular besar berwarna hitam itu ialah liang lahad anta. Ia berada di sana menunggu anta jatuh ke dalamnya...............................................

.................. Sarang lebah madu ialah dunia, madu tersebut ialah kemewahan di dunia ini. Anta seperti manusia lain ingin mencuba segala kemewahan di dunia ini dan ia adalah manis. Setiap kali, anta mencuba kemanisan tersebut, anta ingin mencuba lebih banyak lagi… dan banyak lagi sehingga anta alpa dan terlupa tentang masa, kematian dan liang lahad yang menanti…................

...................... Yang bermimpi dah faham, anta yang membaca dapat isi tersiratnya? Senyum.

Saturday, November 3, 2012

Kenali Pencipta

Mengenal bagaimana Allah inginkan kita mengenali-Nya.

Jika kita tidak pernah merasai kesakitan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha penyembuh? Jika kita tidak pernah merasai kesedihan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha pengasih? Jika kita tidak pernah melakukan kesilapan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha pengampun? Jika kita tidak merasai masalah, mungkinkah kita kenal Alla...h sebagai maha mengetahui? Jika kita tidak pernah menghadapi kesusahan, mungkinkah kita tahu bahawa Allah akan datang menyelamatkan kita? Jika kita diberi semua segalanya, mungkinkah kita tahu bersyukur kepada Allah? Jika Allah tidak pernah memperbetulkan kita, mungkinkah kita sedar bahawa Allah menyayangi kita? Jika kita diberi kuasa sepenuhnya, mungkinkah kita bergantung kepada Allah?

Gambar Berbicara

MATI

Ramai yang tahu ajal akan menimpa di satu sudut dalam hati.

Tapi ramai yang secara tidak sedar merasakan ajal lama lagi baru akan tiba. Sebab itu mereka tidak merasakan masa itu penting, pembaziran masa itu satu kekesalan. Mereka tidak tahu apa yang penting, apa yang kurang penting, yang mana batu, yang mana pasir.

 Jika kita setiap hari merasakan ajal akan tiba tak lama lagi, kita pasti akan melakukan sesuatu dengan cara yang lain. Manusia sering hampir menemui ajal baru tersedar bagaimana nak hidup.

Friday, November 2, 2012

Al-Fatihah

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
Salam takziah Buat Anakanda Azizi, ajal tak mengenal usia , bila sudah tiba detiknya pasti akan pergi ..A-Fatihah buat anakanda azizi semoga ditempatkan bersama roh solihin ...InsyaAllah kita semua akan mengikuti anda ..cuma beza cepat dan lambat sahaja ...
Karena itu hindarilah hidup dalam kesombongan pada saat kita memiliki kelebihan dan berlebihan. Tidak berkeluh-kesah disaat hidup ada yang kurang pada diri kita dan dalam kekurangan. Kepintaran dan kebodohan bukanlah jaminan kita akan bahagia dan gagal dalam kehidupan. Kekayaan hanyalah rezeki sementara dan akan ada waktunya habis untuk menjadikan kita miskin. Kemiskinan bukanlah takdir dan dapat diubah, sehingga kita menjadi kaya. Banyak sudah yang terjadi dalam kehidupan ini, dimana orang kaya dalam sekejab menjadi miskin dan orang miskin sedetik berubah jadi orang kaya. Semua bisa terjadi tanpa dapat kita duga. Banyak juga yang terjadi di sekitar kita, ketika orang yang terlihat sihat dan tidak ada masalah dalam penyakit tahu-tahu mati karena sakit perut. Sebaliknya ada yang sakit-sakitan sampai hampir mati, sihat dan terlihat segar-bugar. Banyak peristiwa dalam hidup ini seringkali tak masuk logika dan tidak pasti. Tapi nyata terjadi di depan kita. Seringkali tidak sesuai dengan harapan dan keinginan kita, tapi tetap terjadi dan harus kita terima juga. Nov 2 2012 ...2-3