Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, August 31, 2008

Lawatan Ke Kompleks Anak Yatim Miri

Gabungan Antara Sek Men Sains Miri ,Task Force dan Yayasan Amal Miri bersama sama meraikan anak anak yang berada di kompleks ini ...program bermula jam 9.00 pagi tadi dan berakhir pada jam 4.00 petang .....semoga usaha murni ini dapt diteruskan dari masa ke masa......... Guru SMSM bersam Naqib Naqibah menyertai Program ini ...........

Malam DiAmbang Kemerdekaan 2008 DSP

Dengan Jayaanya Sambutan Kemerdekaan Disambut di Dewan Sri Pahlawan...pebagai pertandingan dibuka selama sambutan ke 51 2008.....

Saturday, August 30, 2008

Sesuaikah Konsep Avril Di Malaysia ...?? Indahnya Kalau Konsep Seperti Di bawah

Patutnya rancangan RealitiTV yang menyesatkan di Malaysia ini diganti dengan rancangan seperti ini. Perbanyakkan lagi seperti yang telah sedia ada spt Akademik Quran dan A Nasyid dan tirulah seperti rancangan Pildacil seperti diIndonesia...............
Kenapa tidak ada Fatwa yang menghalang dari Umat Islam Mengikutinya ....kemana pergi mereka yang ada kuasa untuk berkata kata ..........

Ini anak-anak yang bakal meneruskan generasi bukan seperti rancangan Tom-tom bak, bintang kecil dan sebagainya..............


Friday, August 29, 2008

Pentandingan Koir Antara Rumah

Malam tadi dengan iringan suara latar bersama deruan air hujan telah mengamitkan dewan dgn persembahan Koir ...Peserta Pertama di Persembahkan oleh Rumah Omega ... dan di Akhiri dengan rumah Gamma ...Keputusan berpihak kepada rumah Sigma yang menjuarai tempat pertama ,tempat kedua dimenangi oleh rumah Delta ,Gamma menyandang tempat ketiga dan Omega mendapat tempat ke empat ...

Ceramah Usaha Doa dan Tawakal

Ceramah Usaha Doa Dan Tawakal oleh Ust Fauzi Dari PPGM .....semoga dengan kupasan AlFadil Ustaz mampu memberi ,membuka minta putera puteri SMSM sebelum melangkah masuk ke dewan EXam 2008........

Pelajar Ting 2& 3 Mohon Masa Prep Dilanjutkan

Senang hati bila sebahagian pelajat tingkatan 2 & 3 memohon agar masa prep mereka dilanjutkan supaya mereka dapat melaksanakan kerja rumah dan study dengan lebih baik dan sempurna ..wakil pelajar telah memaklumkan kepada warden pada pukul 9.00 malam untuk membuat permohonan ...atas permintaan mereka untuk sambung prep, pihak warden dengan rasa penuh bangga dan seronok, berkesudian untuk menjaga mereka sehingga jam 11.30 malam ...... semgoga SMSM bertambah cemerlang Gemilang ............AMIN

Kalau Kita Nak Fikir !!!!!





Manusia macam kita
> > Memang pandai bercakap
> > Menyalahkan orang lain
> > Mengutuk orang lain
> > Perlekeh orang lain
> > Merendahkan orang lain
> > Orang macam kita
> > Di mana-mana pun ada
> > Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
> > Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
> > Tengok pada diri sendiri dahulu
.:

"Jangan...

> > Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik berkepit dengan sua! mi, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
> > Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca
> >
> > Kenapa tak baca?
> >
> > Tak sempat
> > Busy
> > Tak faham
> > Tak reti
> > Malas
> >
> > 2.
> > dapat surat dari pejabat tanah
> > dalam bahasa melayu
> > kamu boleh baca
> > dapat surat lawyer
> > dalam bahasa inggeris
> > kamu boleh baca
> > dapat surat daripada Allah
> > dalam bahasa Arab
> > kamu tak boleh baca
> >
> > apa nak jadi?
> > Rugi rugi rugi
> > Itu sajalah bekalan
> > Untuk diri sendiri
> > Di belakang hari
> > Dan hari ini
> >
> > Al-Quran teman sejati
> > Di kala kaki tak mampu berdiri
> > Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
> > Di kala lutut lenguh setiap sendi
> > Di kala badan tak mampu kesana kemari
> > Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
> > Di kala tekak tak rasa apa lagi
> > Rumah kata pergi
> > Kubur kata mari sini
> > Juga buat teman di kala sendiri
> > Dalam kubur sunyi sepi
> >
> > Menangislah sepuas hati
> > Mulai dari hari ini
> > Menyesali diri
> > Yang jahil dan dhaif sekali
> > Ambillah insiatif sendiri
> > Untuk baiki diri
> > Jangan hanya duduk sesali diri
> > Melihat Al-Quran menyusup pergi
> > hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
> > istilah juga tidak berguna lagi
> > kerana ertinya tidak difahami
> > Bacalah Al-Quran hari ini!
>

SadauFm.Blogspot.com


Thursday, August 28, 2008

Pokok Kelapa Lebih Hebat Dari Sesetengah Manusia


semua orang tahu dan kenal pokok kelapa ,dari budak sehinggalah yang tua ...bukan setakat kenal saja mereka juga tahu manfaaat pokok kelapa .dari hujung akar sampailah ke hujung daunya ianya memberi manfaat kepada kita ..kalau kita minta sebut 10 manfaat pokok kelapa pada kehidupan kita ..saya yakin dan pasti tanpa was was lagi kita dapat menyebutnya dengan senang lenang ....tapi kalaulah diminta untuk tulis manfaat kita pada orang lain .saya yakin dengan sukar dan payah kita nak tulis nak kemukan jawapan, manfaat kita untuk insan lain .....oleh itu dihari jumaat yang penuh barakah marilah kita semua membuka minta kita berfikir dan merenung apa sumbangan kita yang dapat kita lakukan pada hari ini ....pada kawan kita .pada anak murid kita ,pada sekolah pada pekerjaan kita pada masyarakat dan segala galanya ....semoga kehidupan kita hari ini menjadi peluang untuk kita buat yang terbaik,lebih cemerlang dari semalam dan esok yang belum tentu akan lebih bersemangat untuk yang terbaik....semoga doa kita pada hari ini sekurang kurangnya menjadi secebis manfaat pada org lain ......Walllahuaaqlam .....

Tuesday, August 26, 2008

Banyak Misteri

Petang tadi pergi ke Cafe Sainsri....nak tengol bebudak yang kena Mop lantai Cafe...eeeeee...malu aku ...bukan malu buat kerja ..tapi malu bila orang pompuan tak pandai nak MOP Lantai ....mungkin kat rumah tak pernah buat ...atau ? aku tak tahu ...tapi aku tengok cara mereka mop tu dua telahan ....buat kerja sekadar nak buat sahaja..melepas batuk ditangga atau memang tak pandai .!!!!

Duduk dari 130 sampai 230 petang ...banyak gelagat dari pelajar smsm..dan yang pelik bila Mat Bond 004 ada bebudak dapat 2 sukatan aiskrim ..bila Mat Bond tak ada dapatlah satu ...eeeee pelik ........tadi ada ulat ..budak F1 beri..dah tunjuk pada Mami ..minta tolong perbaiki masalah itu dengan segera ....

Monday, August 25, 2008

Politik Malaysia Semakin Gila

Bukan layak tak layak nak cerita pasal politik ....cuma yang aku tahu Politik dan agama tidak boleh dipisahkan ............apa pun perbuatan yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kehancuran telah berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama sebagai sandaran terutamanya dalam bidang politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi. Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang hak dan batil serta melaksanakannya.

sedih bila tengok suasana yang ada sekarang seolah olah manusia kini sudah lupa apa sebenarnya kehidupan kita kat dunia ini ..........semua rasanya semacam hilang ingatan ...tak tahu dosa pahala lagi ...lupa bahawa dunia ini adalah transit yang sedetik cuma .....semakin hancur..hancur ..dan hancur .....mungkinkah ini adalah balasan Allah .kifarat Allah kat bumi malaysia yang tak melaksanakan Hukum Allah ...aku tengok insan yang ada kat bumi malaysia semakin hilang ruh Islam .....kemana perginya orang yang berani menegakan yang Hak semakin hilang semakin pupus ...eh bumiku ........walaupun aku bukan YB...tapi itulah ..macam macamtuduhan fitnah ...semakin berleluasa...eh ..kenapa jadi macam ini

Lawatan Dari SM Sains Kota Tinggi

Jam 4.30 petang seramai 30 orang rombongan dari Sains Kota Tinggi Datang bertamu di Sainsri dalam rangka Lawatan Penandaarasan dengan sekolah di negara Brunei Darul Salam...........mereka akan bertolak pada jam 8.00 pagi esok..sementara masuk ke negara Brunei mereka menginap satu malam di Sek Men Sains Miri .........
Rombongan ini diketuai oleh PK HEM Cikgu Halim sendiri .......

.

Sunday, August 24, 2008

Sayu ...Bila mengenangkan mereka ini ......

Buat Puteri SMSM yang Keluar sampai Jam 2.30 pagi





ALAhai Puteri SMSM Buat Hal ..Anak siapa ini ??? Bertuahnya ibu yg mengandung tu .:

"Puteri SMSM

Sebelum aku menulis perkataan-perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Andai apa yang aku tulis menyentuh hati dan perasaan kalian, maafkan aku.



Puteri SMSM:
Kau dijadikan oleh Allah dengan anggota tubuh yang sempurna. Rambut yang bersinar ikal mayang, hidungmu yang mancung, bibirmu yang kemerah-merahan, raut wajahmu yang lembut lagi ayu, anggota badanmu yang tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah Puteri SMSM



Puteri SMSM:
Mengertilah... sebagai tugu pertahanan dalam jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yang ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung. Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dengan perkataan-perkataan yang suci, zikirrullah. Alangkah indahnya jika raut wajahmu yang ayu itu, dibasahi dengan air mata keinsafan... dipancari dengan cahaya nur, dihiasi dengan senyuman ikhlas.. alangkah baiknya..Puteri SMSM.


Puteri SMSM:

Kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yang tersurat dan yang sebenar-benarnya. Ketahuilah gadisku... kecantikan bukanlah segala-galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia. Kerna... semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan sesama manusia hanyalah amal ibadat, bekal ke alam lain selepas mati.


Puteri SMSM :
Mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu. Percayalah, batas-batas yang Allah berikan kepadamu sebagai seorang wanita, ada hikmah yang tersembunyi. Puteri SMSM


Puteri SMSM:
Janganlah kau riak dengan segala kelebihan yang kau miliki. Semua itu hanyalah pinjaman belaka, hanya sementara sahaja...


Puteri SMSM :

Sekali lagi aku memohon maaf. Sesungguhnya hanya sepatutnya diklangan kau , gadis sesama Islam yang layak nasihatkan dan menasihati demi kebaikan kau bersama. Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia. Semoga Allah membuka hati dan pintu keinsafan buat diriku dan diri kalian semua.. Puteri SMSM.

SadauFm.Blogspot.com

Kenapa nak jadi cikgu !!!!


ingat masa temuduga KPLI dulu dulu ....Penemuduga tanya ??????????
Kenapa Hendak Jadi Cikgu?
Bukan nak mengata sapa sapa sekadar nak ingatkan diri aku yang hina dina ini ....kenapa jadi cikgu/ust/ustz(pendidik)

-secara kebetulan !
-takde kerja lain !
-senang keja ini !
-saja saja nak try jadi cikgu !
-nak pilih Profesion yang mulia !
-atau ada jawapan lain lagi !!!!
-Saya suka pergi sekolah, sebab itu saya nak jadi Cikgu
-Saya ingin menjadi guru kerana ingin mencurahkan jasa bakti saya kepada anak bangsa saya.
-Saya sejak kecil lagi minat dengan profesion perguruan ini.

aku tak mampu nak jawab cuma boleh aku rumuskan sedikit
mengajar ...mendidik...membimbing ...memtarbiah ....seorang ....itulah guru ...
tapi kalau masuk kelas mengajarjeee yg lain tak nak fikir !!!! maka di bekerja sebagai guru (lebih kepada pekerjaan )

seorang guru dia akan melupakan kepentingan diri dan membuat amal kebajikan kepada orang lain sekalipun boleh mengorbankan diri sendiri. Mulianya guru ibarat lilin yang membakar diri demi memberi sinar dalam kegelapan. Mulia dan murninya profesion perguruan ini, ganjarannya berterusan dan menjadi bekalan di akhirat kelak, insyaAllah.wahai kita semua jadilah diri kita sebagai guru ..bukan guru sebagai kerja ......

kalau salah andaian mohon perbetulkan .......

Aku Semakin Hairan...aku semakin pelik ...tak ada kudrat sudah !!!

7.00 Pagi ini , sempat rakam 4 keping gambar dipagi pagi hari ....suram ,sepi sejuk saja sebab hujan dari semalam tak henti henti turun walaupun tidak lebat ...apa yang aku nak cakap hari ini ialah bila terserempak dengan beberapa orang pelajar puteri yang nak keluar ke gereja ...eh eh!!! ...jadi tak faham sudah ..ade ke patut keluar ,pakai sandal ...ehh eehhh.... selalu je cakap pakai pakaian lengkap ikut peraturan !...aku minta mereka supaya balik ke asrama . kalau nak kuar pakai ikut peraturan ..atau tak yah kuar ..........kenapa jadi macam ini ....salah mereka kah ??? atau sebab tidak ada pemantauan dari sekolah ??tidak ada orang nak pantau ?? tiada kesedaran pada mereka merka? siapa yang perlu dituding jari ?......buntu aku ....buntu aku .....macam tiada kekuatan .....bukan putus asa ...semangat memang ada ,mungkin tak banyak . ..hanya sekelumit ..hilang kemana tak tahu ...entahlah mungkin kena berubah tempat ....aku tak tahu ,kenapa sensitif sangat bila jumpa yg tak kena ...jenis BUSY BODY ..takpe lah ...semalam bila Dato HJ Raouf bercakap ,best bertambah semnagat ..macam ada kekuatan ....ye laaa kita dapat buat sesuatu dengan baik ,bila kerja yang kita buat disertai degan rela ,ikhlas ,tak mengaharap pada sesuatu ....alangkah bahagia kalau semuanya mempunyai deria rasa yang sama......jap lagi nak chek pelajar masuk ...lapor diri dari cuti plak .....tak ape lah selagi ada kudrat buat je lah ......pastinya pelajar yang masuk hari ini .....dia bawa astro( macam macam) .....yang pasti ditemui......Ya Allah Anugerahkanlah kekuatan dalam menjalankan amanah ini ......banyak amanah yang ku abaikan .....aku tidak kuat ....Ya Allah .....tidak kuat berilah kekuatan dan semangat pada insan yang kerdil ini .....

Alhamdulillah Dapat Landing Jugak ..Fligh kamek



Huuu lebatnya hujan malam tadi ....betul nie flight yang kami naik tadi tak berjaya dalam cubaan mendarat pertama dan terpaksa terbang semula ...mak oiiiiiiiii ngeri nyeeee ...setelah hampir 20 minit berlegar2 di udara, cubaan kedua dibuat ...alhamdulillah fligh kamek naiki tadi bersama PK1 PK Koku...alhamdulillah selamat ,walaupun ia jatuh dengan hentakan yang amat kuat .....eeee takut weh ....takde tempat nak bergantung ....ada penumpang sampai tepuk tangan ...he hee gementar jugak ........

balik flat ....le rupanya sudah banjir..memang sah hujan lebat ...nak tengok gambar ......

jam 1:30 lepas kemas sapu tahi cicak kat umah ..pegi ke asrama plak ...eeee sedih gak leeee bila dapat mesej mengatakan ada kes disiplin yang dilakukan oleh pelajar F3....kita buat macam2 untuk kejayaan mereka tapi mereka ini ..nampaknya tak mengahargai apa yang guru guru buat ..apa yang guru telah korbankan .macamana nak berjaya .......

Jam 3.07 pagi ...baru habis pusing2 kawasan kelas, asrama lelaki unimas/utm/uum/upm/ums dan tangki air dan blok kelas ...eeee seram malam ini ...masa ke bilik 106 upm ternampak kelibat orang berlari ke bilik 106 terus aku kejar bila pergike sana tiada siapa2 kat sana..meremang jugak bulu roma nieeee....takpe kuatkan semangat sikit...masa kat tangki air tu tengoklah ada kerusi kat pagar puteri ....eh eh anak pompuan sapa yang hodoh perangai lompat pagar nie......bila ke asrama putera ..mak oiii ..nampak gayanye mereka nak kecemerlangan pada sijil saja ..tapi disiplin tak cemerlang .......sikap, tak cemerlang ....tengoklah sendiri ...kat bilik mereka ini ........dahlah buat hal ..langgar disiplin ....macamana bila pegang jawatan nanti ?????dimana silap nih ? nak kata cikgu tak ajar sudah berbuih sudah airliur ajar mereka ini .....sedih jugaklah tengok keadaan asrama bila balik dari konvensyen malam ini ....setelah 4 hari tinggal sekolah .....inilah keadaaan tunggang langgang macam takde gembala plak .....entahlah !!!!! tak tahu nak cakap.....inikah generasi yang merdeka??????????????
(semua gambar dirakam jam 1.35-3.00 pagi 24 ogos

Tudung ...bagi wanita


Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi cerita ....semasa pergi ke Konvensyen ramai orang yang dijemput memberi ceramah terdiri daripada golongan Dr ..hebat mereka ...mereka cakap tentang ingin kecermerlangan pada pelajar, pada anak didik, tapi macamana yeeee...
bukan apa ..mereka yang dijemput itu jenisnya wanita ...bukan lelaki ....memang sah mereka itu lelaki ...kalau yang hebat hebat itu pun masih lagi tak pakai tudung ...membuka Aurat mereka dan mewarwarkan ingin kepada kecemerlangan,inginkan yang gemilang ....bagi aku ,itu satu lawak ..kelakar yang dibuat buat, satu drama ,satu lakonan ...setahu aku !wanita yang beragama islam syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. !!!! mungkin pedas..mungkin keras....tapi itulah realiti kan.....

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

kongsi maklumat darul nu'man ....

Saturday, August 23, 2008

Selamat Kembali Ke Sekolah


Buat Warga Sainsriku ...selamat kembali Ke sekolah ....pastikan kerja rumah, tugasan, amanah, ...disiapkan jangan pulak malam esok meniru kawan ....
Ketahuilah Anda adalah anak merdeka yang tak perlu lagi lakukan perkara itu ...pastikan kehadiran anda dengan persediaan yang cukup ...jgn ada alasan tertinggal dan macam-macam lagi ...selamat meneruskan perjuangan mengejar cita cita ...
Nak iklan Ice Blend ..tapi tukar plak nanti kita jual ....???
Terima Kasih atas kesudian Bersama SadauFm.blogspot.com

Putrajaya --Jumpa Ustaz Kamil dan En Saufi

Tadi lepas Konvensyen teringat Ustaz Kamil Mat Zain ...Ustaz kat SMSM dulu ..dah pindah 2 tahun lepas ...mungkin ada lagi warga sains miri sekarang yang masih sempat dengan Ust Kamil .....TQ buatnya...atas kesudian bawa kamek meronda Putrajaya....sempat bergambar denga ustaz kamil........dan pusing pusing tempat menarik disini......Best ..bersih ..nasib tak pergi ke pejabat PM je tadi sebab tahu dia kat permatang pauh ... .Mungkin bila aku jadi PM suatu hari nanti aku nak bina putrajaya 2 nanti, kat Tumpat Hu hu ..besonya cita cita ....mana tahu kang!!!!! ....waktu kecik kecik dulu cita-cita nak jadi Sultan ...nasib baik .....cerdik sikit dah sekarang ......tak mahu lagi Jadi Sultan .......aku juga sempat pergi ke sek Yeikh Kamil SMK Putrajaya....sekarang kat Airport nak balik ke Miri dan sementara isi ruang yang sedikit i...ni ambil peluang Update Blog ....buat warga SMSM selamat kembali ke sekolah ..

.

Friday, August 22, 2008

Canggih Dan Cantik Seri Puteri

Best laaaa sekolah dia ..seri puteri ...jealoas laaaa..comel ..nak tengok keeee
kat bawah kita ambil sedikit jeee tu tak sempat dengan seminar kat sini..masa takde ....tengoklah sendiri ......kehebatan sekolah nih ....Kalau Aku memang rasa dengki dengan kecanggihan kat sekolah ini..tetapi apapun kita kena tetap besyukur ..kerana itu anugerah ilahi ....jangan pandang siapa diatas kita tapi pandanglah pada yang bawah .....dalam tidak memperolihi semua itu ...ada lagi insan yang berbumbungkan atap rumbia...untuk mencari ilmu ...bersyukurlah wahai Putra Putri sainsmiri ..dan hargailah dengan apa yang telah kita perolihi .....kerana dengan menjaga dengan baik apa yang kita dapat menandakan kita semua sentiasa bersyukur ..........

Konvensyen Sekolah Berasrama Penuh


Ucapan Dasar Pengarah Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster

Beliau Menyentuh beberapa perkara
-Pencapaian akademik yang cemerlang
-Pengurusan sumber manusia yang berkualiti
-Pengurusan Kewangan berimpak audit tanpa teguran
-sifar kes salah laku dan bilangan pelajar keluar SBP
-Kokurikulum pemangkin kepada sahsiah Terbilang

Pengurusan Hal Ehwal Murid

-Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar.
-Kes salah laku adalah sifar.
-sistem rumah diterapkan dikalangan SBP secara berkesan .
-Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama SBP.
-Dewan Makan mematuhi Piawaian Kualiti Dewan Makan SBP.
-Program Jati Diri mencapai matlamat yang telah ditetapkan .
-Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun .
-Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat .

apa yang diharapkan Kecemerlangan SBP dalam semua bidang sangat penting bagi mencapai hasrat untuk melahirkan PEMIMPIN BERTARAF DUNIA.................
petang nanti kita bawa lagi cerita

Thursday, August 21, 2008

Sudah Sampai Ke Sek Men Sultan Alam Syah

Alhamdulillah setelah berbagai jenis kenderaan ...dinaiki Alhamdulillah sudah sampai juga ke sini ....dari KL sentral pergi sarapan pagi ...n terus pusing Mydin dan Naik Komuter singgah KL sentral terus beli tiket KLIA Transit RM 9.50 ke Putrajaya ....nah inilah Hakikat Sekolah Alam Syah ....Gambaran Ringkas dulokkkk...Malam nanti isi lagi cerita terkini ....

Seronok Bila Balik Kampong

Memang letih !!kalau dari hari jumat15 Ogos lagi tak henti henti lagi berjalan ,sampai lah ke pagi ini (sekarang sedang menunggu untuk simpan Beg D KL sentral )sebenarnya aku baru saja sampai KL dari kampung jam 5.30.Naik Bas di KB jam 9.30 malam ..pagi semalam sampai ke Kelante jam 5.00 pagi ....minggu ini kehidupan ,pembesaran atas jalan je...atas feri ..atas keta ...atas Flight ...atas ketapi macam macam ....letih sebenarnya ,tapi semua itu hilang bila dapat memijak kaki ke umah tempat lahirnya diri ini ..jumpa keluarga ,,,,woi best hilang penat hilang letih ,dan yang bestnya sempat lagi merasa Raja buah ....nak buah durian ....

Kejap lagi nak ke Low Yat dan Myden ...dgr cerita kena sediakan pakai baju melayu plak ..masa perasmian Konvensyen SBP 2008 .aku tak bawa. baju melayu ..so kena lah beli 1 set ...kat mydedn tu kira murahlah sikit ....lepas nie ...mungkin jam 10 kot nak pergi ke S M Sultan Alam Shah Putra jaya ....sebab semua peserta lelaki akan menginap kat Hostel sini ....tunggu petang nanti saya bawakan suasana sekolah ini ....ok ..........kot .....

Gambar kat atas tu ...suasana Aiport Miri pagi ,KLIA ...Plaza Tol ...Chowkit....Bukit Bintang ...las sekali ...Hhehehehe BUAH DRIAN ......

Tuesday, August 19, 2008

Lega Rasanya .....Bila sudah Ada

Bermula 16 Ogos 2008 PK1 yang hampir 2 tahun lebih tidak ada, akan diganti ...PN Haslinda dari PPGM akan melapor diri esok di SMSM... bebanan kerja yg semacam itu ini InsyaAllah akan dapat dilaksankan dengan baik nanti ....semoga sainsri akan terus bertambah Gemilang ..........Semalam telah diberitahu surat perlantikan beliau sudah diterima diperingkat sekolah dan akan terus berkhidmat dengan tugas pertama menghadiri Konvensyen SBP yang akan diadakan di SM Sri Puteri Cyber Jaya ...
Kami warga SMSM mengucapkan selmat datang dan menjadi warga SMSM....semoga Khidmat Pn akan mengemilangkan lagi SMSM...Amin ........

Monday, August 18, 2008

Cantik Sainsri Waktu Malam

Pergi meronda kat Kelas Ting 3 Dan 5 ....sunyi jeeee tampa Ting 1/2/4....aktiviti mereka exam malam ini ....sempatlah ambil gambar buat Perindu Sainsri .....tengoklah SMSM waktu malm yang terhias dengan cahaya rambulan yang memberi sejuta inspirasi buat kita dan alam ......wah wah ..tengok cantik ......

merek yang di Sibu /Bintulu /Sarekei /Miri/limbang /Lawas/KK /Bekenu /Watpe?

Hantar email Untuk Tujukan Ucapan dalam Blog kemek ...

Sekadar nak Kongsi



Petua Untuk Menguatkan Ingatan










UNTUK MENGELAKKAN 'HILANG INGATAN' DAN TUMPUL MINDA


-Kurangkan makan bawang besar

-Kurangkan makan berempah

-Kurangkan makan ketumbar kering

-Elakkan menonton hiburan (yang melalaikan)

-Elakkan membaca majalah hiburan (yang melalaikan)

-Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

-Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
(air bergas dan lain2)

-Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kepada kanak2

-Jangan makan kepala ikan

-Jangan minum air yang ada semut

-Jangan tidur selepas subuh

-Jangan tidur selepas asar

-Jangan tidur selepas makan

-Jangan makan terlalu kenyang

-Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

-Jangan menyapu rumah pada waktu malam

-Jangan makan yang masam-masam berlebihan

-Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

-Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



otak kita
PERKARA-PERKARA YANG PERLU KITA AMALKAN



-Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

-Selalu makan makanan yang panas2
(jgn terlampau panas..melecur..naye)

-Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

-Selalu minum air masak

-Selalu makan ulam2

-Selalu mengamalkan pandangan hijau
(( aku suka warna hijau...anda? )

-Selalu bersenam

-Selalu menggunakan imaginasi otak

-Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

-Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai
((yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah
(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya
kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita
seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

-Jangan ego

-Jangan dengki pada orang lain

-Jangan makan dari sumber yang tidak halal

-Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

-Jangan makan makanan yang ada pewarna

-Jangan makan makanan yang ada pengawet

-Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

-Jangan mandi selepas 9.00malam

.

.....dan yang paling penting dibawah ini........




Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam

bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah

digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti

rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah

tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila brbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE maklumat ni.
Sebarkan kepada semua saudara Islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

Sumber: Email Kengkawan…untuk hari esok


Selamat Berpuasa


selamat bercuti Buat Guru2

pelajar SMSM Cuti cuti gak ..buku n kerja rumah jangan diabaikan ..ok