
Sejak akhir-akhir ini pihak sekolah mendapati ramai pelajar telah menerima pelawat yang bukan berdaftar dan teguran pihak Nazir juga semasa membuat pemantauan pada pertengahan mei lepas yang menegur sistem kawalan sekolah terlalu longgar oleh itu satu pendekatan keselamatan sedang diambil ........antaranya ...pihak sekolah akan memperkenalkan satu Pass Masuk ke Kawasan Sekolah ..bermula Semester kedua nanti semua kenderaan ibubapa atau staf sekolah yang akan masuk ke kawasan sekolah mesti mempamirkan stiker khas sekolah .
Kenderaan yang memiliki pass ini tidak perlu mengisi borang lawatan apabila berkunjung ke SM Sains Miri , dan kenderaan yang tidak memiliki dikehendaki turun dan mengisi borang lawatan yang disediakan di Pondok Pengawal .....
Pass Masuk ini hanya boleh di beli di Koperasi atau bilik Warden,pass masuk ini adalah terhad kepada ibubapa/saudara yang berdaftar sahaja (RM 4.00).Walau bagimanapun ibubapa hanya dibenarkan melawat anak dibawah jagaan mereka pada waktu lawatan sahaja iaitu sabtu selepas prep pagi dari jam 12.30 sehingga jam 5.00 petang ,Ahad Jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang dan hari cuti umun dari jam 8.00 pagi sehinga jam 5.00 petang .....
No comments:
Post a Comment