
H.A.T.I emapat huruf saja untuk menuturkanya senang ,,tapi untuk menjaganya begitu payah rumit....kerana hati macam macam boleh jadi ......
"Buta Hati,Lebih Bebahaya,Buta Mata Tidak Nampak Dunia ,Buta Hati Tidak Nampak Kebenaran,Buta Hati ditipu Nafsu Dan Syaitan"
menjadi seorang makhluk yang punya hati dan ada rasa adalah satu anugerah….tapi menggunakan hati dan mengalihkan rasa itu pada arah yang tidak betul adalah satu penyelewengan…apa jadi bila hati jadi gelap, apa jadi bila hati keras ,apa jadik bila hati sakit, apa jadik bila hati busuk, apa jadik bila hati hitam legam…apa lagi bila hati membarah parah dan hilang fungsi…setelah itu mati dalam ragam dendam…Na’uzubillah mohon dijauhkan..
memaafkan tak sama seperti memintanya. Kerana yang memaafkan adalah dari sebuah hati yang terluka..manakala yang mengemisnya datang dari hati yang membengkak dengan kekesalan…bukankah keduanya seimbang…tidak adil untuk terus berdendam…bila mana manusia itu sememangnya acapkali mencipta kesilapan…manusia itu akan berubah. Tetap akan berubah walaupun sedikit…tapi manusia sentiasa melihat kesilapan dan masa lampau tanpa mahu memberikan ruang untuk insan lain berjuang dan melakukan pertukaran…
No comments:
Post a Comment