
Sebagai seorang yang beriman kita harus percaya bahawa Allah menjadikan manusia itu berbeza dari segi sifat dan kebolehan di antara satu sama lain. Ada insan yang dijadikan bertubuh besar, ada yang bersaiz sederhana dan ada juga dijadikannya bertubuh kecil. Ada insan yang dijadikan Tuhan mempunyai rupa paras yang cantik lagi menawan dan ada pula yang mempunyai rupa paras yang kurang cantik. Ada manusia yang dikurniakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah dan ada pula yang hidupnya miskin dan fakir. Banyak lagilah perbezaan yang terdapat pada diri dan kehidupan manusia itu, yang tak mungkin dapat disenaraikan kesemuanya di sini. Oleh kerana manusia itu hidup bermasyarakat yang bergantung di antara satu sama lain maka kelebihan dan kekurangan sifat yang dimiliki oleh mereka itu akan safing lengkap melengkapi sesama mereka.
oleh itu bila mengukur seseorang jangan dinilai pada kemampuan/kelebihan kita .....sebab kemampuan yang ada pada kita pasti tidak sama dengan dengan kemampuan kelebihan yg ada pada org lain .Maha Suci Allah yang menjadikan manusia ini pelbagai ragam ,bukan sejuta sifat tapi tak terhitung sifat ,ragam kemampuan ..
dengan kemampuan inilah lahirnya Tukang Kebun ..Doktor...Pensyarah ...Dreba teksi ...tukang cat ..Guru ..Tukang Kebun ...Polis ..Tentera ...Akitek..Jurutera ...macam22 lagi ......
Sekalipun Tuhan menjadikan sifat kita berbeza antara satu sama lain, janganlah kita berasa gusar dan bersangka Tuhan itu tidak adil. Sebenarnya Tuhan tidak pernah meletakkan ukuran kemuliaan seseorang itu kepada sifat yang tidak semua manusia dapat memilikinya. Sebaliknya kemuliaan seseorang itu diukur dari sifat yang setiap manusia samada dia cantik atau hodoh, bijak atau bodoh, kaya atau niiskin mempunyai peluang yang sama untuk mencapainya, sifat itu tidak lain ialah takwa.
No comments:
Post a Comment