Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, December 7, 2010

Pandai Tak Semestinya Bijak

Ibubapa sentiasa mahukan anak-anak mereka pandai. Pandai dalam pelajaran menjadi hasrat utama mereka. Anak-anak yang kurang pandai akan sentiasa menimbulkan kemarahan pada ibubapa. Kepandaian anak-anak diukur dari segi pencapaian dalam peperiksaan. Anak-anak yang mampu meraih pangkat A dan lulus dengan cemerlang dianggap buah hati ibubapa. Mereka akan sentiasa di puji dan menjadi buah cerita kepada rakan-rakan dan saudara mara. Pelbagai cara ibubapa lakukan seperti menghantar tuisyen, belikan buku latihan, belikan software belajar dan macam-macam lagi, asal boleh pandai. Pendek kata, anak yang pandai ini menjadi kebanggaan ibubapa mereka.



Masa terus berlalu, anak-anak ini membesar menjadi insan kebanggaan dan seterusnya memperolehi ijazah sarjana. Anak-anak ini akan dijadikan ikon kepada adik-adiknya atau generasi yang lebih muda. Ramai yang ingin mencontohi kepandaian anak ini. Semua ibubapa menjadikannya contoh atau perbandingan kepada anak yang lain. Kehidupan anak ini diteruskan. Setelah memperolehi ijazah sarjana, anak tersebut memulakan era pekerjaan. Pelbagai jawatan dipohon dan akhirnya diterima sebagai seorang pekerja kelas atasan sesuai dengan kepandaian yang dimiliki.





Keluarga bertambah bangga. Setelah beberapa lama menjawat jawatan tersebut anak itu mula menyedari bahawa majikan yang menggajikannya itu rupa-rupanya tidak memiliki sebarang ijazah. Ini menunjukkan bahawa beliau lebih pandai daripada majikannya. Tetapi mengapa beliau terpaksa akur dan bekerja dibawah arahan orang yang memiliki kepandaian yang lebih rendah daripadanya atau dalam ertikata lain orang yang tidak setaraf dengannya. Persoalan demi persoalan timbul dalam kotak fikiran anak tersebut. Sedikit demi sedikit beliau faham bahawa untuk berjaya dalam kehidupan yang realiti seseorang itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan bukan hanya sekadar kepandaian.



Orang yang pandai tidak semestinya bijak. Bijaksana adalah hasil daripada didikan yang betul oleh ibubapa kepada anak-anak. Anak-anak tidak hanya didedahkan dengan ilmu pelajaran tetapi juga didedahkan dengan ilmu yang dikenali sebagai ‘common sense’. Mereka yang mampu berfikir diluar kotak biasanya memiliki ‘common sense’ yang tinggi. Anak-anak yang pandai tidak semestinya memiliki ‘common sense’. Inilah antara punca utama mengapa mereka gagal dalam kehidupan.

Monday, December 6, 2010

Sombong

stiap perbuatan harus d mulakan dgn niat kerana Dia..dgn berpegang pada niat..setiap perbuatan dan perbualan kita akan diredhai olehNya…amal makruf nahi mungkar.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Tuesday, November 9, 2010

Peminat Pelaburan Emas, Jangan Tunggu Lagi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harga emas meningkat lagi berbanding hari-hari sebelumnya. Ini adalah bukti bahawa emas adalah logam yang sangat diminati ramai dan pelaburan emas amat menguntungkan dan menyakinkan.
Alhamdulillah, sedikit perkongsian dengan saudara terdekat dan para sahabat, mampu menarik minat mereka untuk melabur bersama. Mereka yakin dengan emas fizikal yang dibeli dan disimpan sendiri.
Sudah jadi lumrah masyarakat kita takut-takut serta tunggu dan lihat unutk melabur @ menyimpan wang dalam bentuk emas ni.

Ada yang masih tunggu hingga harga emas betul-betul tinggi baru nak melabur. Terpulanglah kepada mereka, tapi perlu ingat, harga emas sentiasa meningkat. Anda boleh rujuk kat statistik Bank Negara di sini.


Jadi, apa Jangan tunggu lagi!! Melaburlah sekarang walau bermula dengan 1 dinar. Silakan...

Tuesday, October 19, 2010

Motivasi BRaInS SPM

Semoag Warga BRaInS dan SMSM Cemerlang


... Tumpukan Sepenuh Perhatian

Tuesday, October 12, 2010

SEKOLAH BERASAP




Petang tadi semua penghuni di kejutkan dengan asap yang berkepul kepul keluar dari kawasan sekolah dan asrama ....sekolah terbakar !!!!

aduh nasib ..rupanya pihak kementerian  kesihatan yang datang fogging  nayamuk edeas....ramai sangat yang deman deman ...

Saturday, October 9, 2010

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita

Tegurje laaa ...jangan risau

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

 
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

 
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

www.iluvislam.com

Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng

Wednesday, October 6, 2010

Kenapa Perlu Papan Tanda !!!



Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang kita perlu nilai dan kaji dari masa kesemasa supaya objektif hidup kita benar benar memberi matlamat untuk kebahgiaan di dunia dan akhirat.  
Ini adalah sangat penting khususnya bagi orang orang Islam untuk menentukan bahawa ia kuat imannya dan memahami ajaran Islam yang telah dibawa dan telah disebarkan oleh Rasulullah menerusi menerusi Al Quran dan sunnah Rasullullah. Kita mesti faham dan menghayati dan mengamalkan segala ajaran tersebut dengan keikhlasan hati agar segala amalan kita dan perbuatan kita mendapat keredhaan Allah. Dengan itu kita akan diberi ganjaran yang sewajarnya.


Kita perlu menilai kedudukan atau status keugamaan kita setiap hari. Janganlah kita menunggu satu perkara atau musibah berlaku barulah kita sedar betapa pentingnya pegangan kita kepada ugama Allah. Walau demikian jika ini yang boleh mengingatkan kita, maka itulah yang sebaiknya. Kadangkala kita leka akibat kemewahan dan kekayaan kita. Perlu diingat bahawa ini semua adalah sementara dan tidak akan kekal dan apabila kita mati, harta dan pangkat kita tidak akan kita bawa ke akhirat kelak. Hanyalah amalan kita, ilmu yang kita menafaatkan, sedekah jariah dan anak anak yang soleh yang boleh menolong kita di alam barzakh kelak.

Ikan Naik Ke Jalan raya


Semalam semasa melalui jalan fikri -tembila ...aku terpaksa memberhentikan  kereta di belakang deretan kereta kereta yang berbaris memanjang ....eh apa pulak ..sekatan jalanrayakah atau apa? hampir 30 minit kereta bertengek kat jalanraya  barulah  dapat bergerak .....le rupanya  pertembungan lori ikan dengan motosikal berkuasa besar .......
Tak pasti bagaimana tuan motor tu ...cuma yang menjadi tanda tanya ..bagaimana boleh  berlaku pertembungan di jalan yang lurus  dan luas itu ?????mesti tido punya pasal ni..? nak kata mabuk  mustahil !!! sah tertido !! sebab aku pon pernah  tido masa memandu ...
kepada semua pemandu berhati hati dijalan raya ....kalau mengantuk tu tido dulu ......
takyah  kelam kabut sangat  kejar mengejar ......