...lupakanlah kebaikan kita pada orang, kerana belum tentu Allah Menerima kebaikan kita dan ingatlah dosa yang kita lakukan kerana ia membawa kita ke neraka ...dua perkara yang kita perlu selalu ingat:
1. kebaikan orang lain kepada kita
2. keburukan kita kepada orang lain
dua perkara yang kita perlu lupa:
1. kebaikan kita kepada orang lain
2. keburukan orang lain kepada kita
Buat baik di balas baik… namun balasan kebaikan tak semestinya dari orang yang sama. Kebaikan yg diterima walau dari siapapun, itu rezeki dari Allah sbnrnya.
Cuma kita jgn lupa, orang berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa…. moga kita tak lupa jasa org yg buat kebaikan pd kita.
Jika faham formula itu, pasti semua org akan berebut berbuat kebaikan dan kehidupan kita lebih tenang dan aman.
Masalahnya, kebanyakan org suka mengingat keburukan dan kejahatan yg dilakukan. Lalu bila geram dan marah memenuhi rasa, kalau tak mampu membalas dendam kesumat yg memenuhi dada, adakalanya masih terkeluar kata-kata; “Aku harap biarlah Allah balas kejahatan dia satu hari nanti. Tengoklah. Allah itu kan Maha Kaya…” Bukankah itu seperti mendoakan keburukan menimpa org tersebut?
Bukankah lebih baik jika kita bisikkan…”Semoga Allah mengampunkan dia dan mengurniakan rasa keinsafan di hatinya…”
Semoga kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata…
kekadang kita tak perasan apa yang kita buat tu .....ingatkan kamek ....
No comments:
Post a Comment