Bukan Apa sekadar yang maklumkan sekolah baru SBP di perak .....eh kecilnya pekan ini ..kalaunak kompare denga MIRI ..waduh ..waduh ..pasti sengsara aku di sini ............ namun ..hidup mesti diteruskan .......................
ini gambar petiksan dari
http://langgas.blogspot.com/2009/03/sekolah-menengah-sains-tapah-perak.html
Bagi memperkasa sektor pendidikan terutamanya di daerah Batang Padang sebuah sekolah menengah sains telah didirikan di sebidang tanah milik kementerian pelajaran. Bagi memenuhi aspirasi dan kehendak penduduk setempat maka pembinaan terus rancak dijalankan.
Kontraktor utama pembinaan Panzana telah menjalankan tugas mengikut jadual. Serentak dengan itu juga pejabat pendidikan daerah Batang Padang akan didirikan disebelahnya. Dan dibelakang Pejabat Pendidikan daerah tersergam indah kuarters pendidikan yang menempatkan pendidik yang berkhidmat di sekitar Tapah.
Bersetentang dengan sekolah sains terdapat kem 25 askar melayu Diraja. Kesemua prasarana ini terletak di jalan pahang. Jalan yang menuju ke Cameron Hingland. Selepas anda keluar dari Tol Tapah anda belok ke kiri. Kira-kira 2 kilometer daripada simpang tol Tapah anda akan berjumpa lokasi Sekolah Menengah Sains Tapah yang menjadi mercu kemajuan pendidikan di Daerah Batang Padang
3 comments:
Tahniah ust atas perpindahan, tak apalah biar pekannya kecil yg penting sudah kembali dekat dgn keluarga.. *lagu tema Doa Perpisahan* :P
tak pasti dimana tempat yang betul betul2 "kopom"..kuantan @terenganu @tapah
suka hati saja kata kecil pekan ini....x nak x payah datang....duduk la di hutan miri tu
Post a Comment