
Jerebu Hari Ini Kat Sekolah Semakin Buruk ...mungkin IPU pagi ini sudah 140,aku tiada penyukat (10 Ogos 2009)
Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya" Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali
Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.
KLIK Untuk Bacaaan Seterusnya
No comments:
Post a Comment