

Assalamualaikum,
Semalam menonton tv, seorang pelajar pompuan ditumbuk oleh senior .kesian . Saya tengok yang ringkas sahaja, yang berita panjangnya saya tak tengok…
Belajar dulu dan sekarang..
Dulu, kalo awak semua masih ingat, sebelum masuk sekolah, mak bapak kita akan jumpa cikgu besar, dan cikgu-cikgu lain, dan cakap lebih kurang gini,
Cikgu, saya serah anak saya ni untuk cikgu ajar. Kalo dalam proses belajar tu kena pukul, cikgu pukullah dia. Asalkan dia jadi pandai..
Sekarang ni, mak bapak (kita la tu..), siap bagi warning kat cikgu-cikgu,
You touch my son/daughter, I’ll see you in court!
So, salah sapa kalo sekarang ni budak-budak tak segan silu nak jadi nakal?
Itu cikgu dulu.. tapi dilema cikgu sekarang….
1.Kalau rotan anak, akan dapat surat peguam, kena herdik dengan mak bapak, pengetua sokong mak bapak, menteri sokong mak bapak.
2.Kalau anak lulus dengan cemerlang, “itu anak aku yang pandai”
3.kalau anak gagal ” cikgu tak pandai mengajar, cikgu pergi kursus,cikgu tak masuk kelas”
4.Cikgu hanya dapat nama “cikgu” je la sampai mati…
aku dulu kena sebat 5 rotan sekaligus pun x bising..kena hempuk kepala oleh guru disiplin pun x bising..kena pulas telinga sampai hendak tercabut pun x bising..kena gantung sekolah pun x bising..kena cukur rambut depan perhimpunan pun x bising..kena berdiri atas kerusi meja sampai dua jam pun x bising..kena denda lari keliling pada 10 round pun x bising..kena gunting seluar pun x bising..kena rotan tangan pun x bising..
tp alhamdulillah..aku berjaya juga…sebab apa..aku tau cikgu ajar aku suruh jd budak baik…
aku rasa Semakin maju masyarakat kita semakin primitif perangainya , jika dahulu semua kita sebagai murid sekolah takut dan hormat pada cikgu tapi kini cikgu yang takut pada waris pelajar .
Yang pelik tu yang suka ambik tindakkan yang membabi buta itu datang dari kalangan yang berjaya dalam pelajaran . Atau memang dasar mereka ini yang tak reti nak kenang jasa guru.
Walau apa pun tahniah kepada warga guru yang terus mendidik anak bangsa walaupun terpaksa berhadapan dengan para ibu bapa (segelintir) yang berperangai macam mereka lah yang bijak pandai walhal mereka itulah dari kalangan orang-orang yang kecewa dan sentiasa di rudung kegagalan .
Ada yang nak komen? Silakan…komen yang membina jak lah
1 comment:
ingat lagi, kalo mak bapak aku, balik bagitau yang kena pukul ngan cikgu, dia tambah tibai aku lagi, sebab cakap, kalo cikgu pukul aku, mesti aku ada wat kesilapan. Sampai takut nak bagitau dah kalo kena pukul ngan cikgu…
Bebudak sekarang nie, kena marah sikit jer, dah panggil mak bapak turun sekolah…hu hu kelakau kelakau ....letak je dalam almari simpan dalam tupperware .....
Post a Comment