
Beringatlah...
________________________________________
• Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
• Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
• Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
• Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
• Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
• Dengan kain kafan yang serba putih!
• Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
• Walaupun orang yang hadir itu merintih...
• Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
• Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
• Dengan empat kali takbir dan satu salam
• Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
• Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
• Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
• Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
• Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
• Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
• Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
• Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
• Usunglah dirimu ke tikar Solat....
• Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
• Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
• Iringilah dirimu ke masjid....
• Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
• Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
• Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
• Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
• Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ...
• Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
• Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
• Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
• Bukan yang pergi!
• Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
• Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
• Ingatlah di mana saja kamu berada....
• Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
• Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
• Serta menikmati rezeki Tuhan!
• Justeru bila Dia menyeru,....
• Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
• memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
• Ingatlah kamu dahulu hanya....
• setitis air yang tidak bererti!
• Lalu menjadi segumpal darah!
• Lalu menjadi seketul daging!
• Lalu daging itu membaluti tulang!
• Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
• Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
• Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
• Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
• Yang lebih agung dari malaikat!
• Lahirmu bukan untuk dunia....
• Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
• Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'...
• Dengan penuh rela dan bersedia!
• Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'...
• Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
• Ingatlah yang kekal ialah amal....
• Menjadi bekal sepanjang jalan!
• Menjadi teman di perjalanan.. ....
• Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
• Pada hari itu tiada berguna....
• Harta, tahta dan putera....
• Isteri, kad kredit dan kereta....
• Kondominium, saham dan niaga....
• Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
No comments:
Post a Comment