Wah seronok mereka ini dapat menjual , dengan kerjasama Naqib Naqibah para pelajar telah mengadakan Jualan Mini Bazar Ramadhan di dataran Roll cal sekolah ...pandei dan bersemangat mereka ini menjual ..dan yang membeli pun tak kalah jua walaupun bulan puasa............
Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Thursday, September 17, 2009
Suasana Bazar Ramadhan Sainsri
Wah seronok mereka ini dapat menjual , dengan kerjasama Naqib Naqibah para pelajar telah mengadakan Jualan Mini Bazar Ramadhan di dataran Roll cal sekolah ...pandei dan bersemangat mereka ini menjual ..dan yang membeli pun tak kalah jua walaupun bulan puasa............
Labels:
Berita Sekolah
Pindah... Transfer

wah malunya bila cakap pasal transfer.. nih ...bukan apa! sudah berkurun rasanya bercerita pasal perpindahan ..namun .......bila tiba tahun baru! he he muka ini juga yang terpacak di SMSM...bukan tak nak pindah!! ...nak !!!! mahu !! tapi kita yang menurut perintah !! ikut je lah !mereka sik suruh(kata org srwak ) !!! ...dulu 2005 sudah dapat balik kelantan! tapi mengatal menolak .!!.kan sudah susah ...padan muka aku !
Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah upacara penyerahan borang pindah kepada Pn Pengetua Kanan Sainsri ..InsyaAllah Mudah-mudahan permohonan kali ini akan diperkenankan ..diluluskan ...bukan apa terasa lama sudah berada di sini ....bercadang nak cari dan menimba pengalaman ditempat baru pulak .....bukan tak suka pada SMSM jauh sekali membenci .... cuma fikir - punya fikir takan sampai pencen nak berada di sini....merantau cari pengalaman baru ditempat baru pulak ... ...jgn duduk dalam tempayan yang sama saja ......tukar-tukar kerusi plak .
Kalau ikut kan hati ...teramat sayang nak tinggalkan Sains miri .. rasanya sejuta pengalaman yang telah diperolehi disini ...sejuta pengalaman sejuta rasa telah dilalui selama merantau dibumi kenyalang ini .sejuta rasa selama berada dibumi smsm pahit ..manis ...masam ..pedas.ngeri ,pilu,syahdu ,sedih ,gembira ,hampa ,takut ,tragis ,seram dan macam macam lagi telah dilalui ....mungkin lakaran inilah yang akan terus melorek dalam ingatan untuk terus kekal nama SMSM di hati .....
adaikata rezeki belum tiba ....perjuangan akan diteruskan ................Doa-doakan agar kaki ini mampu ,bisa melangkah mencari sekelumit lagi warna-warna pelangi agar secarik budi dapat disemai untuk mencari sedikit tuaian di titian sirat .........amin ....moazmar
Labels:
Cakap Cakap
Saturday, September 12, 2009
Majlis Khatam Al-Quraan/Berbuka Puasa SMSM 09
Telah berlangsung petang tadi majlis Khatamal Quraan di Surau As-Syakirin ..Turut Hadir YDP PIBG SMSM Tuan HJ Ahmad Syukri ......Majlis kahatamalquraan diserikan dengan dengan ceramah Oleh Ustaz Nik Syazmizi .......majlis berakhir jam 6.30 ptg dengan Majlis Buka Poso hu makan nasi kuning seronok...................yesssssssssss
Labels:
beritaterkini
Sahur Kat SMSM
Pagi tadi meninjau kat Cafe SMSM tgk bebudak bersahur ..kata mereka tak selera nak makan ....inilah dia susana cafe dan lauk mereka ...
Labels:
cerita
Ya Allah mereka tido semacam ini
Mereka ini tido ikut suka jeeee..klau digigitnya lipan ,kala adui ,dicium ular ,sengsara,,,
mereka sudah kena denda..hu...utu yang tido..satu group lagi main ping pong tengah malam jam 2 pagi ..main ping pong lagi kat bilik bacaan ..intang payung ,,,bertuahnya ...........
Labels:
Cakap Cakap
Friday, September 11, 2009
PETUA MENGENAL MALAM LAILATULQADAR

KEMULIAAN MALAM LAILATULQADAR
Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini
Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.
Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.
Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.
nak tahu lebih lanjut lagi jom klik Je
Labels:
Renungan
Thursday, September 10, 2009
Jenis2 Puasa

Sekadar Cakap cakap..jangan ambil hati plak yeeee..jika berkaitan ..anggaplah ia secara kebetulan ....atas firasat...
1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!
2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.
3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.
4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.
5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!
6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.
7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu.
Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!
8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik.
Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.
9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.
10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat. hu hu patikan member tak kena cekup deh ....
Labels:
Cakap Cakap
10 Petua Menghadapi Peperiksaan

Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
semoga mendapat manfaat darinya ..........
Labels:
Cakap Cakap
Subscribe to:
Posts (Atom)


























