Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Thursday, September 10, 2009

Jenis2 Puasa


Sekadar Cakap cakap..jangan ambil hati plak yeeee..jika berkaitan ..anggaplah ia secara kebetulan ....atas firasat...

1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu.
Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik.
Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.

10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat. hu hu patikan member tak kena cekup deh ....

10 Petua Menghadapi Peperiksaan




Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

semoga mendapat manfaat darinya ..........

Wednesday, September 9, 2009

Wajah Teratak Warisan Sainsri





Inilah gambaran terkini wajah2 teratak warisan yang akan dijadikan sebagai tempat atau sumber ilmu kepada warga SM Sains Miri Nanti ..kita harapkan semua pelajar akan mendapat manfaat yang sebaiknya nanti .

Memang Cantik yang sepastinya tempat ini akan jadi satu tempat yang kundusif nanti ..percayalah ...............tak caya!!!!

Exam PMR ..




Hari Kedua Percubaan PMR Sekolah Menengah Sains Miri
Kami mendoakan semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini ....pastikan rekord tahun lepas bisa dipecahkan ....Amin
Teruskan perjuangan Anda hingga ke saat akhir ........

Tuesday, September 8, 2009

Kelas Luar Sidang Dgn Pelajar T1 Di SuraU AsSyakirin





Sesi Dgn Bebudak F1 Kelas Luar Sidang petang Tadi

Monday, September 7, 2009

Pergi KK Guna MAS



Dulu Perjalanan Miri Kota Kinabalu ..Kalau guna Syarikat MAS kita akan gunakan Boeing tapi sekarang MAS sudah Pakai Fokker tidak lagi macam Airasia masih paaki Boeing ..apapun naik foker tu kira ok lah sebab Fligh dia baru ....sempat ambil gambar ari tu masa pegi KK ......mesyuarat

Perjumpaan Bangkit Semangat Tingkatan 3 Jaya





Perjumpaan pengetua bersama dengan Pelajar tingkatan 3 jaya.....bermula jam 9.00 pagi tadi ..banyak perkara yang selalu dibincangkan ..diharapkan semua warga kelas 3 jaya ..berjuanglah untuk diri anda dalam menghadapi PMR yang hanya tinggal 28 hari sahaja lagi ....selalu mantan pengetua Pn Lily selalu kata ..berusahalah hingga ke saat akhir ...

Sunday, September 6, 2009

Allahumma laka shumtu wa bika amantu........






Allahumma laka shumtu wa bika amantu.....nie je lah gambaran juadah buka puasa hari ni hari ke 16...simple jeeee ..semalam banyak membazair ..ari ini menu dia lain plak ..nah tengok ...sedap kan ?

Alahhhh ..Kita Hanyalah Asal Dari Tanah !!!!


Melangkah
kaki tetap di bumi. Terkadang tersungkur menyembah lumpur. Langkah yang
sumbang tapi disalahkan bumi. Katakan bonggol itu tidak sepatutnya
berada disitu, lubang itu tidak seharusnya disini. Benarkah itu
kesalahan bumi ? Siapakah kita yang sebenar ? Tuan kepada bumi atau
hamba kepada tanah yang kita pijak ?

Dongak
ke atas, perhatikan langit. Angkuhkah kita dengan kehebatan diri
sendiri ? Berperasaan bijak pandai.Kita Cantik ?Terasa Kita cukup Hensem ?? Bermegahan dengan segala jaya?Terulit dengan Gelaran secebis pangkat ciptaan Manusia?.
Disulam mimpi mimpi indah memperlihatkan kejuahan diri disanjung
makhluk. Perhatikan lagi di atas sana. Manakah tongkatnya ? Sangkalkan
keupayaan Nya ? Siapakah kita ?

Sering kita melupakan
asal kejadian kita. Kemewahan, kejayaan, pujian. Semua membuat kita
lupa. Baru berada satu takuk
dihadapan dah merasa macam dialah yang terhebat. Bila dah terasa hebat,
maka orang lain yang tidak setaraf ni hanyalah sampah sampah bertaburan
di tepi jalan je.

Dimana kita ? Yang
terhebat atau yang mengakui kehebatan itu hanya milik Nya. Dalam
sepuluh tahun kita berusaha dengan gigih mungkin mendatangkan hasil
yang amat lumayan. Tapi beringatkah kita bahawa dalam satu detik,
segalanya mungkin hilang dengan iradah Nya. Hinakah bumi yang kita
pijak ? Muliakah langit yang kita junjung ? Tanpa keduanya siapakah
kita disini.Jom kenali diri kita .....