Jangan kamu terlau kecewa dengan kehidupanmu di dunia, kerana kamu hanya singgah sebentar di sini. Kekecewaan mu mungkin kerana nafsumu terlalu besar berbanding dirimu yang sebenar, atau engkau terlalu banyak melihat kekuranganmu dari kelebihanmu. Engkau tidak sedar dirimu siapa di sisi tuhanmu. Kamu hanya hamba Allah, tidak lebih dari itu. Maka hadapi kehidupan semenatara ini dengan penuh yakin.
Wahai anakku,
Ambil kesempatan untuk segera melakukan kebaikan setiap kali kamu mempunyai peluang melakukannya, kerana peluang yang baik tidak selalu akan datang. Kalaupun ia muncul, belum tentu waktunitunkamu berkemampuan untuk melakukan kebaikan itu.
Wahai anakku,
Aku seringkali mendengar keluhan mereka yang terlantar sakit di katil hospital, merayu, berdoa dan berharap untuk. Segera sembuh bagi mentaati perintah Allah, namun bilamana Allah kembalikan kesihatannya, mereka terus melupai janjinya dikala mereka sakit. Kerana itu wahai anakku, ambillah kesempatan untuk beramal ibadah disaat tenaga kamu masih kuat, usiamu masih muda dan keinginanmu masih ampuh.
Wahai anakku,
Hargai sesuatu sewaktu ada, agar tidak kecewa bilamana tiada.
Senyum
No comments:
Post a Comment