Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Showing posts with label cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Tahniah Buat Semua Calon Cemerlang PMR 2010

Buat Semua Calon PMR 2010 diUcapkan Jutaan Syabas dan Tahniah Buat Anda kerana Berjaya memperolehi Straight A's dalam semua subjek ...Warga SBP Integrasi Batu Rakit dan Sek Men Sains Miri ....Tahniah !!!!...semoga  kecemerlangan ini membuka lebaran dan semangat yg baru buat anda semua ...

Wednesday, September 8, 2010

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua pengunjung sadaufm .... mantan-mantan  pengetua ,mantan P.Kanan ,Pengetua  , kepada Warga SainsSri..warga BRaIns Batu Rakit ,,,,semua bebudak yang selalu melepak Flat 5 Cempaka SMSM, kepada  pelajar 1 Taqwa....Kepada DJ sadau FM .....Kepada SPY sadaufm......semualah  diucapkan  selamat meyambut kehadiran 1 syawal ....maap zahir batin ......dan salam Kemerdekaan .........Semua Kenalan Di Miri .....

Saturday, August 28, 2010

Meeting AJK PIBG


Mesyurat AJK PIBG di KG Panjang  ...Cafe Paradaise .....Meeting bermula jam 5:00 petang ..
eh eh ..terlalu banyak benda kena buat bulan ini .....kena buat itu dan ini ..hampir sebulan dah keadaan macam ini ...bila nak habis ...harap harap seminggu sebelum raya boleh rehatkan minda ...insyaAllah

Monday, August 23, 2010

Kekadang Tak Tahu Nak Makan Apa !!

hu hu huhu...simple je ..juadah berbuka .....yang simple dan menjilat jari  berbuka ....cubalah



Resepi ....
Budu Semangkuk
Telor Dadar Goreng 3 Biji
Ulam timun Togey
Nasi

menjilat jari ...sedapppppppppppppppppppppppppppppp

Friday, August 20, 2010

Kematian Adalah Satu Pengajaran dan peringatan bagi yang Hidup

Terkejut Semalam Apabila Cikgu Effat hantar MSJ melalui FB nya mengatakan Ayah Fazlan Meninggal ...macam tak percaya sebab masih muda ayahnya ....namun hakikat kehidupan kematian dtg menjemput tak kira muda atau tua ......Alfatihah .....semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang orang soleh ....kita yang hidup ini ambillah iktibar dari peristiwa tersebut ...harapan semoga Fazlan Tabah menghadapi situasi ini ...hidup perlu diteruskan ...

Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya."


(HR Muslim)
Mesejnya jelas, mati itu pasti, kehidupan dunia ini sementara dan tidak ada sesiapa dapat melarikan diri dari hakikat ini!
Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan si mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

Kematian belum menjemput kita, maka apakah kita telah mengambil pengajaran dari kematian-kematian di sekeliling kita? Dan sesungguhnya, mahu atau tidak, kita juga pasti akan menghadapinya, dan kemudian kepadaNya jua kita dikembalikan.
Wahai orang-orang yang hidup, tidakkah engkau melihat dan memikirkan peringatanNya ini?
Kematian, ramai yang meremehkannya

Entah mengapa, saya hairan, pasti semua tahu dan meyakini bahawa diri ini akan menghadapi mati. Benar? Namun hakikat kebanyakan manusia, mereka hidup merasakan dunia ini abadi, kononnya kematian itu tidak akan datang menjemput mereka. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan di media massa. Atau tak perlu lihat jauh-jauh, perhati sahaja insan-insan di sekelilingmu. Betapa banyak gejala sosial yang berlaku? Betapa ramai manusia yang mengejar dunia, kemudian soal dosa pahala diredah begitu sahaja? Hubungan manusia diperalatkan untuk kepentingan diri... Harta dan wang ringgit dikejar-dikejar bagai nak gila, sedang solat dan bacaan Al-Quran tunggang-langgang tanpa jagaan..
Ramai bukan?
Maka suka saya membawa beberapa persoalan ini untuk sama-sama kita hayati. Semoga ia dapat memberi kesedaran dalam diri kita. Cuba fikirkan,
1000 tahun dahulu kau ada di sini? Tidak kan?

100 tahun dahulu?
Bagaimana pula 1000 tahun akan datang, kau masih lagi di muka bumi ini?

100 tahun akan datang?
......
Dunia ini terlalu sementara bukan?

Lalu, mengapa masih sering, kita mengingkari hakikat kematian di dalam hati kita. Justeru, mengapa masih sering kita menjalani hidup ini seakan-akan merasa hidup ini abadi?

Mengapa? Mengapa Engkau Di Sini?
Dan yang pelik kita tetap mampu riang gumbira walaupun selepas melihat kawan atau keluarga menerima musibah kematian ......
" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "

- Surah Ali Imran (3): 185 -

Saturday, June 26, 2010

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Pantai Timur, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan

majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "
dipetik dari

http://kedahlanie.blogspot.com

Thursday, June 3, 2010

Taklimat Disiplin Pada Warga Ting 1 SBPIBR ..



kena denda azan ...huhu ...tapi sedap best suara dia ....

Saturday, May 22, 2010

Anugerah Hari Guru

Apapon Terima Kasih atas penilaian itu ..namun kalau ianya tak seperti yang digambarkan ...harapan semoga ianya akan menjadi doa yang m\akan menjadi kenyataaan ...amin ...terima kasih Warga A.P.I  BRains yang memberi dan menilai itu ..terima kasih  hadiah yang diberi .....

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru


Sadaufm mengucapkan Selamat Hari guru Kepada Semua warga guru ..tak kira di mana berada ....teruskan perjuangan  membina negara bangsa ....buat Pelajar SMSM terima kasih atas ucapan dan ingatan lafaz ucapan hari guru ,..dan kepada semua anak didik BRains Batu Rakit  Kuala Terengganu TQ..atas hadiah dan cenderamata yang diberi ...teima kasih kerana ada ruang dihati untuk diri ini ,,....
Selamat Hari Guru ..2010 ..terima kasih kepada yang memberi ....Buat pelajar F5 yang beri anugerah Khas Guru Dedikasi tu ..hu hu jangan komen pulak selepas ini ..bila hilang dedikasi tu .....semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2010 ..amin ....

Wednesday, April 21, 2010

Friday, March 19, 2010

Jgan Laju Laju Sangat Bawa Kereta

mayat  Yang ditutup dgn Plastik Putih  

Petang tadi dalam perjalanan  ternampak  sebuah kereta Mercerdes dgn Kancil bertembung MasyaAllah Hancur kerete kancil ..dengar cerita  ada kematian berlaku ...eee ngeri .....Berhati Hati Di Jalanraya ...

Wednesday, March 10, 2010

yahooooooo

Alhamdulillah ...degar dengar cerita keputusan exam spm semakin baik ..walaupun  perubahan pada gred ..cuma  skrn bila sudah berjauhan  dan tidak berada dalam pagar smsm lagi rasanya susah jugak untuk disampaikan maklumat terkini ...kalau  kat sana dah dapat upload dah sikit sikit ...tapi  difahamkan spm taun lepas lebih baik dari 2008 ..alhamdulillah ....boleh tarik nafas lega laaa sikit .....namun kita semua tetap
menunggu dengan tabah ....amin ....
aku hanya mampu tersenyum gembira di kejauhan  .....Nun di sebarang sana .............yang terpisah dengan  kebiruan  laut cina selatan .............

Esok Exam Result Kuar ....

ketika kita bercanda bersama ....kini ...............!!!

Aduh ! penuh dengan dub dab dub dab ...sejuta debaran yang terasa ...aduh ..adakah aku ?!!! adakah aku !? itulah yang terbuku dalam jiwa semua orang !!! warga smsm menanti dengfan penuh  debaran.... terutama calon spm 2009 smsm ..huh ! aku dapat straight A..Betul ke? Alhamdulillah ..Syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Mak.......................aku dapat straight A...yahoooooooooooooooooo.........Terima Kasih Cikgu terima Kasih  banyak sebab membimbing aku selama ini ........

Sunday, February 28, 2010

Hakikat Suatu Kebahagiaan


Nilai kebahagiaan yang hakiki

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.

Thursday, February 25, 2010

Mandi Air Terjun Sekayu

Jangaan Mandi Bahaya weh
Pagi ke Hutan Lipur Sekayu penutupan  perkhemahan PRS .SBPI Batu Rakit .Mereka 3 hari berkhemah di Hutan Lipur Sekayu  Kuala Berang Terengganu ,...wah sebelum balik dari program  ambil peluang mandi air terjun .ini kali pertama aku sampai ke Air Terjun Sekayu ...rupanya memang cantik dan lawa....kepada merke yang ingin ke sini boleh menenpah tempat penginapan yang cukup murah ..kalau tak silap RM50 sahaja....tapak khemah 2 ringit ....macam macam kemudahan ada sini ..kaki pancing boleh memancing di Taman Agro sekayu ...nak makan buah pon boleh ....

Saturday, January 2, 2010

Nak Cakap Apa...eh ?

Takde Benda rasanya hari ini yang nak dibebelkan ...suma nak ingatkan semua putera puteri SMSM ..selamat kembali ke sekolah pada 3 Jan 2010.....semoga tahun ini lebih cemerlang dari tahun lepas 2009....

Pendaftaran Asrama dan Kelas bermula Jam 930 Pagi sehingga jam 1230 Kemudian sesi petang pada jam 200 sehingga jam 500 petang ....sila lapor diri dengan warden bertugas untuk mengetahui Bilik dan kelas anda....pastikan ..anda betul betul bersedia untuk berada di SMSM semasa malapor diri ..pakaian sekolah atau batik ....
pastikan kuku ....rambut ..HP..dan segala barang yg di tegah tidak dibawa .....

sila tandatangan di borang yang disediakan .....di bilik warden ....
selamat kembali ke sekolah ....

Jumpa sekejap cuma .....

Monday, December 21, 2009

Uniknya Negeri Kelantan




Bukan nak angkat negeri sendiri ...tapi kalau nak angkat pun boleh juga ...sebab memang Negeri Cik Siti Wan Kembang ini tersangat unik dan lain dari yang lain ...betul ..betul tak percaya ...pergilah merantau kat kelantan tempoh setahun ..tak payah lama......gambar kat atas tu ... sekali imbas macam tokong ..tapi bukan tu ... Masjid....bang oiiiii... begitu unik dengan bentuk binaan negara China ....masjid ini bukan di negara China tetapi di Negeri Sekebun Bunga KELANTAN DARUL NAIM ...............
Kawasan Rantau Panjang Kelantan ....wah bagus ...hebat ..canggih .....

pernah diberitahu ada juga orang cina pergi ke sini dia ingat tokong ..tapi masuk masuk rupa-rupanya masjid ......Subhanallah ....indahnya Islam yang tidak membezakan kemuliaan mana mana kaum kecuali atas dasar ketakwaan hambanya sahaja........

Gambar dari Ust Razy ..www.razzy.com

Wednesday, December 16, 2009

Apa Nak Jadi Lepas SPM?


“Yes! Paper SPM dah habis. Aku MERDEKA!!!”
Inilah ungkapan yang biasa kita dengar daripada pelajar Form 5 yang baru sahaja tamat SPM.

MERDEKA.

Tidak. Jangan lupa, merdeka itu Cuma sementara, kerana ketahuilah, perjalanan selepas SPM itu lebih perit dan jerih. Tapi, sebesar mana pun keperitan dan kejerihan itu, ia akan dapat diatasi dengan perancangan yang rapi.


Jadi, mari kita merancang!Perkara yang paling penting dalam menentukan ke mana kita selepas tamat persekolahan ialah cita-cita kita. Memilih cita-cita ataupun kerjaya yang ideal dengan kita merupakan keputusan yang selalunya sukar untuk dibuat.

Ada orang nak jadi Engineer tapi mak nak dia jadi Doktor.Ada orang nak jadi Doktor tapi mak nak dia jadi Cikgu.Ada orang nak jadi Engineer tapi dia tidak pandai Matematik.

Keliru. Dan tidak tahu.
Fikirkan apa yang menjadi kegemaran anda. Apa yang anda paling suka lakukan. Perkara apakah yang paling anda bersemangat nak lakukan.


Ada orang suka dengan computer dan teknologi.

Ada orang suka dengan nombor.

Ada orang seronok membedah katak semasa Form 5.

Ada orang minat belajar Geografi.


Setelah mengenalpasti kegemaran anda, kaitkan kegemaran anda dengan kerjaya yang ada.


Orang yang suka dengan teknologi MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Engineer.

Orang yang seronok membedah katak MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Doktor.

Orang yang gemar bermain dengan nombor MUNGKIN sesuai menjadi Actuary.

Orang yang minat Geografi MUNGKIN sesuai menjadi seorang ahli Geologi.


BANYAK lagi peluang kerjaya yang ada di luar sana, dan anda perlu mancari dan mengkaji. Pastikan kerjaya pilihan anda sesuai dengan MINAT anda.

akmal amri

Wednesday, December 9, 2009

BBQ Pelajar Ting 5





Malam tadi BBQ dengan pelajar ting 5.