Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja

Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Sunday, February 6, 2011
kerja VS Ibadah
Kita Kerja Untuk Apa ? Cari duit ? Cari Keberkatan ? Atau kedua duanya sekali .....yang pasti jawapanya ialah mencari keredaan kerna ia adalah sebahagian dari ibdah kita .....so dalam ibdaha janganlah berkira ..kalau terlebih ...pahaala lebih ....pekerjaan seharian yang kita lakukan. Untuk menjadikannya satu ibadah yang berpahala mesti dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.
Dengan niat yang tulus ikhlas itu akan menjadi pemandu kepada seseorang untuk menjalankan kerjanya dengan bersungguh-sungguh dan yakin akan berhasil dengan cemerlang. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap amalan itu dengan niat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang hendak kita laksanakan hendaklah didahului dengan niat kerana Allah untuk mendapat keberkatan. Nabi SAW juga pernah mengatakan yang Allah tidak melihat pada rupa dan harta kita, tetapi Allah melihat pada hati dan amalan yang kita lakukan.
...........
Tidak ada rasa dengki, iri hati dan berpuak-puak dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Semuanya dilaksanakan mengikut muafakat mantap dan masing-masing bekerja kuat untuk kemanfaatan bersama. Itulah spektrum sosial dalam kehidupan semut.
Tidakkah semua elemen ini patut dicontohi oleh manusia?
Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya mempamerkan sikap istiqamah yang berintikan nilai dedikasi tinggi, rajin serta berusaha berterusan demi menjayakan sesuatu kerja. Ciri inilah yang berjaya mengangkat umat Islam terdahulu menjulang kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup.
Jangan risau dengan titik peluh yang terkeluar kerana kerja kuat, kerana setiap titik peluh kerana mencari rezeki yang halal itu sudah pasti dianugerahi ganjaran pahala oleh Allah dan segala hasil perolehan mendatangkan keberkatan. Inilah yang dinamakan kerja sebagai ibadah. Jadi, amat malang kita melihat ada mukmin yang bersikap acuh tak acuh, buat sambil lewa dan seakan-akan menunggu hari gaji saja. Ini bukan standard piawai ciri sebagai pekerja Muslim yang sebenar.
Melaksanakan sesuatu tugas di depan bos saja juga jauh menepati kehendak agama kerana melambangkan kepura-puraan dan bersalahan dengan etika agama.
Labels:
Makluman
Sunday, December 6, 2009
Hari Yang Ceria Dihujung Minggu
Hujung Minggu sudah hari ini ...nak buat apa yaaa..mengitung hari ..apa yang nak dihitung ?mengelamun ? takde benda !!! cuma terfikir sedikit je..bagaiman tempat baru nanti ?????
bagaimana perasaan bila sudah berada di Batu rakit..wah sengsarakah jiwa yg lembut(perasan sikit)ini,mampukah menghadapi perubahan persekitaran ,mampukan ku hadapi kerinduan pada bumi sainsri ini ,,,rindu pada dinding-dinding batu blok unimas,utm,uum,upm,ums, .um,ukm,usm ...dapat ku ubat rindu nanti ...mampukah kaki terus melangkah meninggalkan memori-memori yg berjuta terkumpul ini ...mampukah aku mematikan ingatan pada langkah-langkah biak saean sepetang beriadhah ..mampukah aku melupakan mereka saat study dibumbung garaj kereta ..mampukah ku sepikan jeritan sayang jeritan sumbang semasa hirup pikuk suara pasar menjelma ..mampukah aku sifarkan kenangan tsunami sperti 3 jaya ..F3 lah ..mampukah ku buka helaian baru, saat mereka Prep malam ...wah sayunya hati ...wah rindunya aku pada saat itu ...dimana semangat yang harus aku aku cari dan telan bagi menambah stamina menguatkan harapan bagi memulakan langkah ditempat baru ..............wah terasa begitu pantas detik berlalu ...semacam sudah tidak lagi mahu memberi ruang buat aku memijak bumi saean lagi ....
eh eh jiwANG PLAK BUDAK INI ..aduh memang sah dia mat jiwang .....
apapun kata Hadi aritu..balik jeee ..nanti ilanglah semua itu ...ah ..cuma bagaimna ya nak tempuhi semua itu ...????tanda tanya sikit
Labels:
Makluman
Friday, November 27, 2009
Eh Eh Sedih Pilu Dan Sayu
Labels:
Makluman
Saturday, September 13, 2008
Meeting JK Makanan
Dipengerusikan oleh Pn Pengetua telah berjalan satu mesyuarat JK Makanan ,turut hadir Wakil PIBG ,Wakil Pengusaha Cafe ,Wakil MPP dan semua warden dan penyelia Asrama..mesyuarat selama 2 jam bagi menyelesaikan maslah yang timbul dalam pengurusan Cafe Sainsri .....
Labels:
Makluman
Sunday, September 7, 2008
Bandaraya Miri
Mungkin yang belum sampai Miri Bolehlah nengok nengokj serba sedikit keadaan Bandaraya ini ...kalau tak datang pon dapatlah gambaran serba sedikit ..dan yang pernah datang lelama dulu mungkin bleh buat perbandingan ..gambar yang disnap dalam keta jeee ..tak cantik ..apapun moga ia memberi manfaat buat semua orang .........
Labels:
Makluman
Sunday, August 24, 2008
Alhamdulillah Dapat Landing Jugak ..Fligh kamek
Huuu lebatnya hujan malam tadi ....betul nie flight yang kami naik tadi tak berjaya dalam cubaan mendarat pertama dan terpaksa terbang semula ...mak oiiiiiiiii ngeri nyeeee ...setelah hampir 20 minit berlegar2 di udara, cubaan kedua dibuat ...alhamdulillah fligh kamek naiki tadi bersama PK1 PK Koku...alhamdulillah selamat ,walaupun ia jatuh dengan hentakan yang amat kuat .....eeee takut weh ....takde tempat nak bergantung ....ada penumpang sampai tepuk tangan ...he hee gementar jugak ........
balik flat ....le rupanya sudah banjir..memang sah hujan lebat ...nak tengok gambar ......
jam 1:30 lepas kemas sapu tahi cicak kat umah ..pegi ke asrama plak ...eeee sedih gak leeee bila dapat mesej mengatakan ada kes disiplin yang dilakukan oleh pelajar F3....kita buat macam2 untuk kejayaan mereka tapi mereka ini ..nampaknya tak mengahargai apa yang guru guru buat ..apa yang guru telah korbankan .macamana nak berjaya .......
Jam 3.07 pagi ...baru habis pusing2 kawasan kelas, asrama lelaki unimas/utm/uum/upm/ums dan tangki air dan blok kelas ...eeee seram malam ini ...masa ke bilik 106 upm ternampak kelibat orang berlari ke bilik 106 terus aku kejar bila pergike sana tiada siapa2 kat sana..meremang jugak bulu roma nieeee....takpe kuatkan semangat sikit...masa kat tangki air tu tengoklah ada kerusi kat pagar puteri ....eh eh anak pompuan sapa yang hodoh perangai lompat pagar nie......bila ke asrama putera ..mak oiii ..nampak gayanye mereka nak kecemerlangan pada sijil saja ..tapi disiplin tak cemerlang .......sikap, tak cemerlang ....tengoklah sendiri ...kat bilik mereka ini ........dahlah buat hal ..langgar disiplin ....macamana bila pegang jawatan nanti ?????dimana silap nih ? nak kata cikgu tak ajar sudah berbuih sudah airliur ajar mereka ini .....sedih jugaklah tengok keadaan asrama bila balik dari konvensyen malam ini ....setelah 4 hari tinggal sekolah .....inilah keadaaan tunggang langgang macam takde gembala plak .....entahlah !!!!! tak tahu nak cakap.....inikah generasi yang merdeka??????????????
(semua gambar dirakam jam 1.35-3.00 pagi 24 ogos
Labels:
Makluman
Wednesday, July 23, 2008
Terkini ....Prep Putera Puteri SM Sains Miri ....Terkini

Sadaufm akan berusaha untuk mewujudkan blog suasana prep smsm
kepada ibubapa yang ingin melihat anak mereka prep bolehlah berkunjung ke web
www.prepsainsri.blogspot.com
kepada ibubapa yang ingin melihat pergerakan putera puteri SMSM waktu prep sila hantar email untuk menjadi ahli ......hanya ahli sahaja dapat membuka prepsainsri....sila kemukan maklumat betul untuk pebgesahan,maklumat yang tepat sahaja akan dilayan ...
1)Nama ...NO KP.....Nama dan Tingkatan anak sekarang .... hantar ke moazmar@yahoo.com
Kepada Guru Guru SMSM boleh hantar email di pejabat ......
Terima kasih
Labels:
Makluman
Monday, April 28, 2008
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam
Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.
Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:
1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:
فر من المجزوم كما تفر من الأسد
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:
لاَ عَدْوَى
“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)
Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.
3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه
" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)
Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.
4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).
Nabi saw bersabda:
لا يوردن ممرض على مصح
"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)
Nabi saw bersabda:
كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين
“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)
Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.
Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.
5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.
Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.
Nabi saw bersabda:
الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)
6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).
Aisyah ra bertanya berkata:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد
“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)
7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:
أفرارا من قدر الله؟
“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”
Umar menjawab:
لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)
8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.
Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.
9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.
Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:
لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ
“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)
Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Subscribe to:
Posts (Atom)