Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Showing posts with label Sembang Petang. Show all posts
Showing posts with label Sembang Petang. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Petang Yang Tension

Wajah diluar parkson



Petang tadi boring terus hinggap dijiwa ini ..menusuk kalbu .menari nari di seluruh perasaan ..merimaskan hati dalam mengatur langkah yang ku rasa semacam detik terakhir di bumi Miri Bumi Sainsri ..tapi eh ...

adui ..sedih ..pilu ...syahdu ......nak tingglkan bumi miri ini ...terasa macam kampung sendiri sudah ....apapun perjalanan masih jauh ..tak tahu kemana lagi perjalanan seterusnya ............

Saturday, November 28, 2009

Main Basketball





Saja turun seminit dua untuk main degan bebudak F5 .................

Banyak Kenangan Di Sini


Wah Tak terasa masa yang berlalu begitu pantas ke depan tanpa langsung menoleh menjenguk kebalakang walau sebentar ...aku terus lali dan alpa mengikut saja, perjalanan hidup dengan contengan contengan lakaran yang penuh bermakna di bumi kenyalang ini ,tanpa merasa sangsi walau sekelumit .....perjalanan yang tersurat ini dilalui dengan hati terbuka walau pada hakikatnya detik awal kaki melangkah di bumi ini tanpa rela, terpaksa mencecah pasir ,selut,tanah Sainsri tanpa keseronokan dirundum keresahan ,berontakan dalam jiwa,yang melemaskan hidup dipermulannya ..tanpa ku sedari hari yang dirempuh begitu lama ....

aku tertanya-tanya kini kenapa aku bisa mampu melangkah begitu jauh di bumi ini ....melakar warna yang sejuta warna ku rasakan ....mungkin tompokan warna yang terpalit itu persis warna pelangi melekakan aku untuk terus gagah bersemangat terus mengatur langkah dan langkah ...wah tak kusangka rupanya sudah jauh langkah yang sudah aku ataurkan di bumi kanyalan ini ...4680 hari .....

Terima Kasih Bumi Kenyalang ....Khas Buat Sainsri yang begitu banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ku gengam ,disinilah jua aku di sepuh agar kilauan terserlah menjadi mahal pada kehidupan ,untungnya aku pada kerugian firasat awalku untuk berposting disini 05 Jan 1997 nun rupanya penghujung Dis 2009 ternyata keberuntngannya.terasa kilau memancar pada emas yang tersepuh ,kilau intan terpancar selepas "dicanang" ...banyak sungguh peritnya , gentirnya ,liku hidup yang beronak dan berduri ,beralun badai yang dirempuh!!!! Alhamdulillah dengan sekelumit kegagahan dan semangat yang tanpa layu luntur ku gagahi jua perjalanan ini .Namun yang dilalui itu adalah asam garam dalam kehidupan agar adanya kemanisan hidup persis kari yang cukup rempah ratusnya .....kini ku bangga dan seronok dengan perjalanan di sini tanpa mengingati ratapan kepiluan hati ........

Terima kasih Sainsri yang cukup mengajar erti hidup dan erti kematangan .............

hu hu ..jiwang jiwang ...................mat jiwang kah ..NO lah ....

Tarikh Bersejarah dalam Hidup
24 Jun 1999 /11 Okt 2000 /23 April 2001/16Sep 2002/April 2003/16 Mei 2005/24 Mei 2005 /24 Mei 2006/

Wednesday, August 5, 2009

Keistimewaan 7 Ogos 09



Sekadar Berkongsi Info Jak !!!!

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi :

12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

Thursday, June 4, 2009

Perjalanan Balik Ke KB dari KL



Semalam habis Mesyuarat Pengetua SBP Bil 2/09 aku stay satu malam kat KL bukan apa saja nak jalan jalan Kat Low Yat plaza nak tengok barangan komputer .....lepas tu hari ni jam 9.00 pagi aku bergegas ke hentian putra naik Bas Tranasional ..kali pertama aku naik bas siang ...bukan apa nak tengok pemandangan dari KL ke KB..wah macamni keadaan dia ,sebab selalunya naik bas malam atau keretapi mana nak nampak !inilah potret serba ringkas ...

aku sampai jam 5.00 petang ..semoga percutian ini penuh bermakna .............stelah sekian lama sibuk dan menyibuk di SMSM

Monday, June 1, 2009

Masa.... bila Sudah tiada



Maksud bicara Junjungan Rasulullah S.A.W..mengatakan ..................
Masa mudamu sebelum tua. Masa sihatmu sebelum sakit. Masa kayamu sebelum miskin. Masa lapangmu sebelum sibuk. Masa hidupmu sebelum mati.

begitulah dengan diri ini rasanya sudah sekian lama tidak menjenguk ruangan yang hanya secarik cuma ,bukan tak nak posting ,tapi masa takde.... sedikitnya rasa 24 jam tu ....namun aku cuba gagahi jua untuk berkunjung ke sadauFm semoga hari yang bakal dilalui bisa mampu memberi ruang untuk diri ini,mencoret ..InsyaAllah ...........

Tuesday, January 13, 2009

mengelak dan menyembuhkan penyakit


Assalammualaikum w.b.t Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Saturday, January 3, 2009

SYAITAN DAN HIDUNG



Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .

Kata sudin dalam filem bujang lapuk ... "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Tuesday, November 18, 2008

Sepetang DI Luak Esplanade


Boring !!!!Petang tadi pergilah kat depan tu ..kat pantai kebetulan ada plak kamera ....snap beberapa keping ..tengoklah "kelawaran" ciptaan Ilahi ....

Friday, October 17, 2008

Kertas Terakhir PMR


Hari Ini 17 OKT kertas terakhir PMR(paper Geografi) ....ramai gak parent turun hari touk...semangat!! up up up ...ginilah rupa ..........namapak Happy saja mereka ...tapi jgn terlalu comfident....sekarang exam sudah kita laksanakan ..apa yang perlu kita buat kena banyak banyak berdoa kepada Allah agar segala yang telah kita buat akan membuahkan hasil yang lumayan .........Bertawakal kepada yang maha kuasa dengan sebanar benar mengharap !!! Straight A....Amin

Tuesday, October 14, 2008

Hari Pertama EXAM PMR 2008


Bebudak nampak A-P jeeee. tengoklah.... ....Harapan kami semoga mereka semua cemerlang gemilang setelah 3 tahun mengumpulkan pengetahuan.... kini..tibalah saat yang dijanjikan buat mereka untuk menilai sejauh mana pengahayatan dan pemahaman mereka terhadap apa yang telah diajarkan ....
semoga dengan keramah angka 100 SMSM mampu memnempa sejarah 100% straight A......best kang ..ini bukan angan angan mat jenin ..tapi satu harapan .Amin ....Semoga Keceriaan mereka hari ini membawa sinar pada keputusan Exam nanti.

Wednesday, September 24, 2008

Prep Kat Depan Bilik Warden ...


Prep kat depan bilik Warden ...hanya untuk kelas yang terpilih sahaja...kalau nak boleh !! cuba mohon dengan warden ...gambar last adalah trofi pemenang anugerah kelas yang paling Kreatif .....tu yang dapat prep kat depan bilik warden ...best ....

Thursday, September 18, 2008

Kerja Amal


Seramai 9 orang pelajar tingkatan satu ,yang menggelarkan diri mereka dengan kumpulan "Pecah Pecah Siang " telah memohon untuk beramal dengan melaksanakan kerja kerja yang mendatangkan manfaat kepada sekolah SMSM... untuk tidak menghampakan mereka satu projek telah diberi kepada mereka ,Kerja Amal membersihkan Kediaman PK1 telah diberi kepada mereka ..Pihak sekolah merasakan amalan ini haruslah dicontohi oleh pelajar lain ......kami mengharapkan semoga kata kata Hikmah " Kalau bukan kita siapa ? menjadi satu perangsang kepada putera puteri SMSM untuk lebih rasa bertanggungjawab kepada sekolah ...........sadaufm

Aktiviti Briged Bestari


Bridged Bestari menjalankan aktiviti memasang komputer di Media Lab untuk kegunaan pelajar ....komputer baru menggantikan komputer lama.

Sunday, September 14, 2008

Gempar 23 Cedera Parah Di SMSM


Sebenarnya Mereka ini sedang buat latihan PBSM, cara cara balutan ,di Kantin Sek Men Sains Miri ..pelajar yang terlibat adalah dari pasukan PBSM sekolah ,mereka buat latihan kerana esok ada ujian bertulis Persatuan mereka dari HQ.........

Saturday, July 26, 2008

Ingatkan apa?





gedegam gedegam !!!!ketuk pintu ..ingatkan ape ...nak pinjam kamera nak ambil gambar mereka main bola di gelanggang basketball (f3)....kata izzul dgan arif ..nak masukkan gambar dalam SMEX...le ingatkan ape benda..susah jugak nak berik bukan tak percaya ..budak SMSM nih ganas pegang kejap jeee sudah macam macam dia adjust tu ini ...ok leee nanti kamek turun tolong ambil .....snap ...snap ...le beteri plak sudah habis ...sempat empat keping saja ...nah ambillah gambar nih .....double kelik lepas tu simpan laa...ok ...

Wednesday, July 23, 2008

Budak Ragbi ...uh uh

23 Julai Miri-Perlawanan Ragbi bawah 18 dan 16 persahabatan antara Sek Men Teknik dengan Sek Men Sains Miri petang tadi, berlangsung dengan lancar.....namun terpaksa berhenti disebabkan salah seorang pemain SM Sains Miri mendapat kecederaan di bahagian tulang tengah,pelajar tingkatan 3 jaya Jeremy Petra dikejarkan ke Hospital Umum Miri dengan Ambulan persendirian milik Syarikat En Ahmad Fauzan .....

Perlawanan bawah 16 tahun tidak dapat dilangsungkan, kerana kesuntukan masa ,semua peserta kecewa dan sangat kempunan kerana tidak dapat beraksi mengasak SM Teknik dipadang sendiri ........menurut ketua pasukan bawah 16 tahun, Hadi, beliau menyatakan berasa sungguh terkilan kerana tak berpeluang membelasah pasukan SM Teknik,dan beliau mengharapkan penasihat kelab ragbi menganjurkan semula perlawanan persahabatan di hari cuti persekolahan ......

Monday, April 28, 2008

Rahsia solat di awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .