Aku menitis airmata mendengar tangisan seorang ibu yang kematian anak kecilnya. Hatinya sangat hiba dan ia pengsan beberapa kali kerana kematian tersebut. Setiap kali bilamana ibu itu masuk ke rumahnya, ia menagis bila melihat buaian anak kecilnya, ia terus menangis sewaktu melihat pakaian anaknya dan semua peninggalan anaknya.
Wahai anakku,
Suatu hari aku mendapat tahu keluarga ...
Wahai anakku,
Andainya engkau fikir hidup berakhir di dunia , tentulah engkau akan rasa berat dengan nasib kamu di dunia ini. Namun seandainya engkau sedar adanya alam akhirat, tempat Allah mengumpulkan apa yang kamu hilang, tempat Allah mengembalikan keadilan dan tempat kamu akan bertemu dengan orang yang kamu sayang termasuklah para ambiya dan syuhada', Tentulah kamu tidak terlalu berdukacita dengan kehidupanmu di dunia ini.
Wahai anakku,
Kalaupun engkau tidak senang di dunia, janganlah kamu merana di akhirat. Kalau kamu tidak kaya di dunia, janganlah kamu miskin di akhirat. Ingatlah wahai anakku, Rsulullah pernah mengibaratkan " dunia ibarat seorang yang mencelupkan jarinya dalam air laut, sebanyak mana air yang melekat dijarinya, itulah dunia dan segala isinya, manakala sebanyak mana air laut, itulah akhirat yang Allah sediakan kepada orang beriman". Kerana itu wahai anakku, janganlah engkau tukar kebahagiaan dunia yang sementara ini dengan nikmat yang kekal di akhairat.
Wahai anakku,
Aku sangat mengharapkan agar Allah kumpulkan kita dalam satu syurganya nanti di akhirat. Amin ya Rabbal alamin.
Salam rindu ....... Senyum selalu.
No comments:
Post a Comment