Janganlah kamu bersikap sombong di atas muka bumi Allah ini, kerana kamu tidak memiliki sesuatu pun melankan hanya pinjaman dari Tuhanmu. Dia boleh mengambilnya pada bila bila masa yang diingininya, termasuk nyawa kamu. Ingatlah wahai anakku,
Sesuatu barangan pinjaman akan pasti diambil semula oleh tuannya, bilamana tuannya kehendaki. Maka perlakukanlah apa yang adaadamu sebagai har...ta pinjaman. Jangan kamu gunakan sehingga merosakkan kerana kamu tidam mampu menggantinya kembali.
Wahai anakku,
Janganlah kamu sombong kerana kamu merasai banyaknya hartamu, kerana sebelum kamu, ada yang lebih kaya darimu, namanya Qarun, ia hancur dimusnah oleh Allah kerana kesombongannya. Seandainya kamu merasa kamu lebih pangkat kebesaranmu, ingatlah sebelum kamu ada orang yang lebih hebat pangkatnya dari kamu, namanya Fir'aun. Dia juga dihancurkan Allah segala pangkat kebesaran dan kerajaannya. Atau kamu merasa hebat kerana lebihnya ilmu yang ada padamu. Ingatlah sebelum kamu ada Samiri, yang. Sangat arif tentang ilmu dan hikmah, lalu ia juga dimusnah oleh Allah.
Wahai anakku,
Bumi yang kamu pijak pun takutbkepada Allah. Langit yang kamu junjung gementar dengan kebesaran Allah. Lautan dan gunung ganang tunduk kepada kebesaran Allah. Bahkan ada batu batu yang jatuh dari tempatnya kerana takut pada Allah.
Wahai anakku,
Iblis diperintah untuk sujud kepada Adam dengan perintah Allah, lalu ia enggan sujud kerana kesombongan diri, merasa hebat kerana kejadiannya, lalu Allah khitab ia sebagai golongan kafir dan durhaka kepada Allah.
Lantaran itu wahai anakku,
Janganlah kamu sombong dengan mahkluk Allah kerana harta bendamu, atau ilmu yang ada padamu, kerana manusia tidak dikurniakan ilmu melainkan sangat sedikit. Begitu juga manusia tidak dikurniakan harta melainkan sekadar air lautan yang melekat dijarimu, sedangkan akhirat sebanyak seluruh air laut itu.
No comments:
Post a Comment