Sesungguhnya di hadapanmu hanya ada dua berita. iaitu gembira dan dukacita. Kegembiraan membuat engkau akan melihat segalanya dengan penuh keceriaan dan keindahan, manakala dukacita menyebabkan engkau melihat segalanya dengan kesedihan, kehampaan dan kegelapan. Namun dihujung keduanya adalah kematian yang akan menutup segala pandangan tersebut.
Wahai anakku,
Andainya engkau sedar... bahawa keduanya adalah ketentuan Allah sebagai ujian ke atasmu, lalu kamu akan melihat sesuatu yang dukacita sebagai pengampunan Allah terhadap dosa-dosamu di dunia agar tiada lagi azab menantimu di akhirat, tentulah engkau akan bersabar dan tenang menghadapinya. Ia menjadikan kamu lebih tabah dan cekal menghadapi masa depan.
Wahai anakku,
Andainya engkau mampu melihat sesuatu yang mengembirakanmu juga sebagai ujian dan kasihsayang Allah ke atasmu, tentulah engkau bertambah dekat dengan Tuhanmu. Egkau gunakalan nikmat pemberian Tuhanmu bagi mencari redha Tuhanmu.
Wahai anakku,
Orang yang terlalu sedih akan menagis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menagis kegembiraan. Namun kedua- dua tangisan tiada nilai di sisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan, manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan.
No comments:
Post a Comment