Apabila kamu mendengar seseorang yang kamu sayangi memanggilmu, tentu kamu akan segera mendatanginya dengan penuh kasih sayang, cinta dan gembira.
Tetapi apabila Allah memanggilmu (Azan), bagaimana perasaanmu, apakah engkau segera datang atau engkau tidak mempedulinya. Lalu kamu kata kamu mencintai Allah, kamu sebenarnya pembohong.
Aku sayang kepadamu, kerana itu aku minta engkau jangan abaikan panggilan Tuhanmu, walau apa tugasmu sekalipun. Segeralah sahut panggilan-Nya kerana seruan itu akan lenyap dari pendengaranmu bilamana telingamu sudah tidak mendengar lagi, matamu sudah tidak dapat melihat lagi dan denyutan jantungmu telah terhenti.
No comments:
Post a Comment