Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Thursday, January 24, 2013

Darjat Kita



Bertapa Lemahnya kita dalam menilai darjat manusia dialam fana ini ...realti kehidupan yang masing masing  lalui  dengan kepura-puraan ini  cukup lemah dalam menilai  martabat  manusia ...kita menilai  manusa  dgn akal yang tebatas ....orang  miskin , orang  kaya ,orang lawa, orang huduh , ,orang kuat , amat jarang  meletakkan Ketaqwaaan sebagai kayu ukur seseorang dalam kehidupan .

Yang miskin pastinya  tiada harga , tiada nilai diri.....tak berilmu , boleh diperlakukan apa sahaja ,dan ada yg sanggup memperbodohkan golongan ini... tida kepentingan golongan ini ...sebaliknya yang kaya raya di muliakan  di agung agungkan dijulang sebab kononya yg kaya inilah yang  berguna dan berjasa....itulah cir cir manusia duniawi....

Alhamdulillah sesungguhnya Allah memandang hambabNya dengan  pakaian takwa...sejauh mana kuatnya nilai takwa  kpd Allah .....itulah manusa yg hebat!!! ..bukan pada pangkat darjat TUN ,TAN , Datuk Seri Datuk datin , Hj ,  bukan juga pada harta benda yg bertimbun .......


Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah berdasarkan 1) ILMU 2) IMAN 3) TAKWA 4) AMAL


Kenapa ilmu itu diletakkan nombor 1?

Dalil Naqli#1: ….(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui (Surah Yusof ayat 76)

Dalil Akli: Rasulullah SAW yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran iaitu ilmu yang tertinggi adalah manusia yang paling mulia dan paling dikasihi Allah SWT.

Asas ibadat itu sendiri adalah dengan ilmu. Sekiranya seseorang itu solat tanpa ilmu iaitu tanpa menyempurnakan rukun-rukunnya, solatnya tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dalil Naqli#2: Maksud hadis Rasulullah SAW “Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat”

Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Juga berfikir tentang hari akhirat. Ini akan menambahkan ilmu dan meningkatkan iman.

Ilmu itu sendiri terbahagi kepada 2 iaitu 1) Ilmu Akli 2) Ilmu Laduni

Ilmu Akli boleh dipelajari dengan menggunakan akal. Ilmu ini boleh didapati oleh semua manusia yang rajin. Cara-cara agar ilmu Akli bertambah seperti berikut:
 
1.       Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun iaitu Iqra’ atau 
          maksudnya bacalah.
2.       Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3.       Mengamalkan apa yang kita tahu
4.       Mengajar apa yang kita tahu
5.       Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6.       Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Ilmu Laduni pula ialah ilmu yang bersifat seni (Kasyaf) yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang dikasihiNya. 

Dalil Naqli#3: hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Dalil Naqli#4: “Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu (ilmu Laduni)”. (Surah Al Kahfi ayat 65)

Cara mendapatkan ilmu Laduni ialah dengan membersihkan hati. Semakin bersih hati seseorang itu, semakin tinggi tingkatan Kasyafnya.

Kedua-dua ilmu Akli dan Ilmu Laduni itu hebat. Orang kafir dengan hanya menggunakan ilmu Akli dengan cara mengkaji hukum alam boleh menghantar roket ke bulan. Orang Islam sepatutnya lebih hebat dari orang kafir kerana orang Islam memiliki kedua-dua ilmu Akli dan ilmu Laduni.


Daripada ilmulah seseorang itu baru boleh pergi ke tingkat seterusnya iaitu beriman kepada Allah SWT. Bagaimana hendak percaya kepada Allah kalau tak kenal Allah? Sekurang-kurangnya kena tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah.


Saya bagi contoh lagi. Di zaman Nabi Musa AS, golongan manakah yang mula-mula beriman kepada dakwah Nabi Musa AS? Ini diterangkan oleh Allah SWT dalam surah TaHa:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (TaHa 20:70)


Golongan yang mula-mula sekali beriman kepada ajaran Nabi Musa AS ialah golongan ahli sihir Firaun kerana dengan ilmu sihir mereka, mereka mengetahui bahawa tongkat Nabi Musa yang menjadi ular itu bukanlah sihir tetapi adalah mukjizat dari Allah SWT. 


Ini menunjukkan dengan ilmulah seseorang itu akan dapat melihat kebenaran dan di zaman Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada golongan yang berilmu itu terlebih dahulu dari golongan yang lain walaupun ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang salah iaitu ilmu sihir. Apatah lagi jika ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang betul iaitu ilmu agama
Kenapa Iman diletak nombor 2?

Iman itu percara kepada perkara yang ghaib iaitu berdasarkan rukun iman 1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab 4) Rasul 5) Hari Kiamat 6) Qada’ dan Qadar

Dalil Naqli#1: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"

Ini menunjukkan iman itu dipandang tinggi oleh Allah, walau hanya sebesar biji sawi melayakkan seseorang itu masuk syurga setelah dibersihkan dosanya dengan api neraka.


kenapa takwa nombor 3?

Takwa itu bermaksud takut kepada Allah. Setelah adanya Iman iaitu kepercayaan kepada Allah dan perkara-perkara yang ghaib barulah kita boleh mendidik hati kita untuk takut kepada Allah. Apabila hati kita takut kepada Allah, barulah kita akan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalil Naqli:
Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)

Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslim yang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.

Dalil Akli: 

Hanya orang yang takut dengan Allah dan percaya bahawa seluruh amalannya samaada baik atau buruk akan dihisab pada hari akhirat kelak akan menjadi seorang yang sangat baik.

Akhir sekali amal.

Amal itu apabila kita melakukan kebaikan dan beribadat semata-mata untuk mengharapkan keredhaanNya. Yang paling utama ialah rukun Islam itu sendiri iaitu 1) mengucap dua kalimah syahadah 2)solat 5 waktu 3) berpuasa bulan Ramadhan 4) mengeluarkan zakat 5) menunaikan haji di Mekah jika mampu

Dalil Naqli:  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang alim (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Dalil Aqli: Ada orang di dunia ini yang beribadat dengan banyak tapi muflis di akhirat kelak kerana 1) tidak ikhlas beribadat kerana Allah 2) pahalanya terpaksa digunakan untuk membayar dosanya kepada orang lain. 3) amalannya tidak diterima oleh Allah kerana sebab-sebab tertentu (akidah tidak betul, amalan yang tidak mengikut sunnah, amalan tanpa ilmu dsb)

No comments: