Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Saturday, January 19, 2013

Apa yang kita mahu di dalam hidup?


Apa yang kita mahu di dalam hidup?

Mungkin banyak jawapan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercita-cita. Rumah besar, kereta besar, isteri cantik, pakaian lawa, suami penyayang, harta banyak, peperiksaan cemerlang dan sebagainya.

Tetapi apabila kita duduk sebentar, berfikir dan meneliti kembali, kita akan melihat betapa keinginan-keinginan tadi hanyalah satu ilusi yang mengabui keinginan sebenar dalam diri kita.

Kita inginkan satu perkara bernama kebahagiaan. Mungkin kita akan namakan kebahagiaan ini dengan banyak nama lain seperti ‘selamat’, ‘puas’ dan sebagainya. Tetapi ia akan kembali menjurus kepada satu perkara bernama kebahagiaan.

Kita ingin bahagia sebenarnya.

Cuba lihat semula kehidupan kita. Apakah kata-kata kami ini benar, atau palsu semata?



Lompong yang tidak terisi

Terasa di dalam kehidupan kita akan kewujudan satu lompong. Tetapi kita tidak tahu hendak mengisinya bagaimana. Kita tidak pasti hendak mengisinya dengan apa.

Lantas kehidupan kita mengejar sesuatu tiada henti. Kita buat itu ini tanpa pasti.

Kita ingin mengisi lompong itu. Tetapi segala apa yang kita kejari, itu semua tidak mampu mengisi kekosongan itu. Rumah besar, selepas mendapat rumah besar kita rasa sepi. Apa lagi selepas ini? Kereta mewah, selepas kita mendapat kereta mewah kita rasa sunyi. Apa lagi selepas ini? Isteri cantik, suami penyayang, selepas beberapa waktu dan melalui mehnah dan tribulasi, kita akan merasa sendiri. Apa lagi selepas ini? Selepas berjaya di dalam peperiksaan, masuk ke alam pekerjaan, kita akan merasa kekosongan di dalam diri. Apa lagi selepas ini?

Dan hidup dirasakan tidak bermatlamat. Kosong tanpa arah tujuan. Yang kita ada hanya tujuan-tujuan kecil. Selepas satu tujuan kita melompat ke tujuan lain untuk mengharapkan penerusan. Tetapi sampai satu waktu, kita akan terhenti dan bertanya kepada diri: “Apa aku lakukan sebenarnya? Apa aku mahu kejar?”

Kerana kita belum bertemu dengan apa yang dinamakan ‘bahagia’.



Matlamat besar dan kepuasan dalam beramal

Untuk manusia yang beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan, yakni para penumpang bahtera ini, lompong kosong yang terwujud itu, terisi bagi kami.

Setiap kerja kami ada matlamatnya. Hatta tidur kami punya matlamatnya. Hal ini kerana semua perkara adalah ibadah selagi mana ia berdiri di dalam lingkungan syara’ dan dilakukan dengan ikhlas. Maka seorang yang mengaku dirinya mukmin sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh kerana dia sepatutnya yakin betapa pekerjaannya itu adalah ibadah kepada Allah SWT.

Seorang mukmin akan belajar bersungguh-sungguh kerana Kami yakin betapa pelajarannya itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Begitulah Mukmin. Begitulah kami, penumpang bahtera keimanan ini.

Bahkan, seorang mukmin meyakini betapa matlamat besar wujud di dalam kehidupannya. Yakni akhirat yang merupakan kampung kepada sekalian manusia nanti.


Memahami hal ini, seorang mukmin mempunyai matlamat dalam segenap kejayaannya. Kami bekerja bukan untuk manusia. Tetapi untuk menyelamatkan diri kami daripada azab api neraka. Kami adalah yang mengumpulkan sahamnya di dunia, bagi menguntungkannya di akhirat kelak.

Sebab itu sebagai seorang mukmin, kami tidak pernah bosan melakukan kebaikan, sentiasa berusaha menjalin silaturrahim, dan sentiasa berusaha berkasih sayang dengan semua insan tanpa mengharapkan balasan balas daripada mereka. Hal ini kerana, sebagai seorang mukmin kami amat memahami, segala apa yang kami lakukan adalah untuk Allah SWT, dan untuk menjamin kebahagiaan kami di akhirat.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” Surah Al-Baqarah ayat 265.

Mengisi kehidupan dengan cara yang sebegini, akan menimbulkan satu perkara di dalam hati insani, yang bernama ‘Kebahagiaan’.

“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” Surah Ar-Ra’d ayat 29.

Dan kebahagiaan inilah yang menghasilkan rasa ‘selamat’, ‘tenang’, ‘tenteram’, ‘puas’ dan sebagainya. Memenuhi lompong kosong yang ada di dalam jiwa manusia.

Kerana itu kami, penumpang bahtera sentiasa bahagia.



Penutup: Kembali kepada Allah, itulah jalannya

Tiadalah Allah ini menurunkan Islam kepada manusia, selain Dia mengetahui betapa manusia memerlukan Islam itu sendiri. Sebagaimana Allah memahami betapa manusia memerlukan manusia juga untuk mengajar mereka agar mereka lebih mudah memahami, begitulah juga Allah menurunkan Islam kerana Allah mengetahui betapa manusia sangat memerlukan sistem hidup ini untuk menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.


Kami penumpang bahtera meyakini bahawa jalan mencari bahagia hanya satu. Kembali kepada Allah, dengan pengembalian yang sebenar-benarnya. Kembali memahami matlamat kehidupan manusia di dunia, dan ke mana manusia akan dikembalikan akhirnya. Ini akan menyebabkan setiap perkara yang dilakukan oleh manusia itu bermakna.

Jika anda mengkaji apa yang telah Islam sediakan ini, dengan jalan mencari kebahagiaan yang lain, anda akan melihat betapa Islam mengajak anda mencari kebahagiaan dengan menyeimbangkan kedua-dua aspek: Duniawi mahupun ukhrawi. Dan tiadalah kebahagiaan tertinggi, melainkan kita mencapai kedua-duanya sekali.

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” Surah Al-Qasas ayat 77.

Dan ini hanya mampu dicapai, sekiranya manusia kembali duduk dan berfikir dengan teliti.

Tiadalah orang-orang yang bahagia, melainkan mereka yang menyerah diri.

Maka apa yang kalian tunggukan lagi?

Naiklah bersama kami ke atas bahtera ini.

Bahtera keimanan, yang menuju kepada Allah SWT, redhaNya dan syurgaNya.

Mari Menjadi Hamba!

No comments: