Mengapa sesetengah org yg hebat boleh sahaja senyum gembira dan positif? Susah nak capai tahap itu…
Tak susah. Ini hanyalah satu pilihan.
Satu pilihan? Gembira, sedih bukannya boleh pilih.kata sebahagian orang ....... Ada masanya perkara buruk terjadi. Macam mana nak senyum selalu.
Tak susah. Bangun pagi, selepas sembahyang subuh – Allah memberi kita dua pilihan. kita boleh memilih untuk berada dalam mood yang baik atau ...mood yang negatif… kita selalu memilih untuk berada untuk berada di dalam mood yang baik… Apabila satu situasi buruk berlaku, ingat Allah juga memberi dua pilihan… samada kita nak bertindak sebagai mangsa atau kita ingin belajar sesuatu daripada situasi tersebut… Allah tidak menjadikan situasi itu buruk… hanya minda kita yang berkata situasi itu buruk…
kalau anda selalu memilih untuk belajar daripada situasi yang Allah jadikan di depan mata… Apabila ada orang yang datang complain pada anda… ingat Allah juga memberikan dua pilihan… samada anda menerima rungutan tersebut atau anda menjelaskan perkara tersebut dari sudut positif… semoga anda selalu akan memilih untuk menjelaskannya dari sudut positif…
Mudah cakap nyaaaaaaa… cuma susah nak laksana…
Allah juga memberi 2 pilihan pada kita tadi – untuk memilih mengganggap kata-kata sebagai sesuatu yang mudah dilaksanakan atau sangsi terhadap kata-kata ini… Kta , hidup di bumi Allah ini, kita sentiasa diberi pilihan… buangkan semua tanggapan negatif daripada minda… setiap situasi sebenarnya adalah neutral dan pilihan untuk kita…
…….. Semua benda adalah pilihan kita terhadap apa yang diberi Allah?
Ya, itu saja. Mudah saja. anda memilih reaksi sendiri terhadap situasi. anda yg memilih siapa yang boleh mempengaruhi mood anda. anda yang memilih untuk berada dalam mood baik atau buruk. Pilihan diberi Allah, tapi yang memilih adalah Anda
Yang membaca ini Allah juga memberi pilihan. Apa pilihan anda?
No comments:
Post a Comment