Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Thursday, January 10, 2013

Ingatlah


Wahai anakku,
Janganlah kamu tertipu dengan dua perkara. 1. Janganlah kamu tertipu dengan badanmu yang sehat, kerana mati tidak syarat sakit, dan 2. Janganlah kamu tertipu dengan umurmu yang muda, kerana mati tidak syarat tua.

Berbahagialah mereka yang diberi kesihatan, lalu ia gunakan ketempat yang Allah redha, dan celakalah orang tua yang fasik, yang terus tetusan melakukan maksiat kepada Allah sedang ajalnya bertambah hampir.
Wahai anakku,
Berbahagialah orang muda yang bertaqwa kepada Allah. Jadilahnkamu sebahagian dari mereka yang menjadi jundullah dalam mempertahankan Agama Allah.
Wahai anakku,

Gabunglah dirimu bersama pemuda Islam yang bangkit bagi mendaulatkan agama Allah. Nescaya kamu akan terpelihara dari ketamakan dunia dan kelekaannya.

Tak Hebat pon Kita

Wahai anakku,
Berpegang teguhlah kamu dengan apa yang nayatakan Allah dalam Al-Quran, walaupun kamu tidak disenangi dengan pendirian kamu itu, nescaya Allah akan memeliharamu dari kebatilan. Mungkin ada manusia membencimu, tetapi itu lebih mudah bagimu dari berhadapan dengan kebencian Tuhanmu. 

Wahai anakku,
Kalaulah akal manusia mampu memandu perjalanan hidup dan menyelesaikan masalah manusia, maka tidak perlulah bagi Allah menurunkan Al Quran, dan mengutuskan para rasul. Allah menurunkan untuk mengajar apa yang manusia tidak ketahui.

Wahai anakku,
Bilamana manusia merasa akalnya lebih hebat dari wahyu, itu adalah langkah ke arah kesesatan. Janganlah kamu merasa hebatnya pandangan yang bertentangan dengan wahyu, walau ia kelihatan begitu sekalipun. Kerana itu hanya bersifat semenatara. Hebatnya cahaya bulan hanya sementara matahari belum terbit. Bilamana terbit matahari hilanglah cahayanya. Demikian hebatnya pandangan akal, sementara tidak bertentangan dengan wahyu, bilamana zahir kebenaran wahyu, hilanglah hebatnya akal.

Wahai anakku,
Janganlah kamu teruja dengan sanjungan ribuan manusia kepadamu, seandainya Allah langsung tidak memandangmu. Kerana sanjungan manusia akan lenyap dengan satu kesalahanmu. Di waktu lenyapnya sanjungan manusia kerana kesalahanmu, Allah masih membuka pintu taubat kepadamu.
Kerana itu wahai anakku, janganlah kamu tenggelam dalam sanjungan makhluk kerana merasa hebatnya kamu. Tetapi biarlah kamu tenggelam dalam kasihsayang Tuhanmu walaupun di ketika kamu hanya bersendirian.

Wahai anakku,
Ada orang yang hebat disanjung di bumi, namun ia tidak dikenali oleh Malaikat di langit. Ada orang yang langsung tidak dikenali di bumi, tetapi semua malaikat mengenalinya. Lantaran itu jadilah kamu orang yang dikenali di bumi dengan ketaatanmu, agar kamu terus dikenali oleh para malaikat Allah. Dan jangan sesekali kamu tidak dikenali oleh manusia di bumi, dan tidak dipeduli oleh Malaikat di langit.

Wahai anakku,
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihanmu bukan untuk engkau sombong dengannya dan menghina orang yang kurang darimu. Namun janganlah engkau dukacita di atas kekuranganmu, kerana Allah tidak menghinamu kerana kekurangan itu.

Wahai anakku,
Orang yang buta matanya akan jadi hebat bilamana mata hatinya celik. Orang yang pekak telinganya, akan jadi hebat bilamana ia boleh tunduk kepada wahyu Tuhannya. Kerana itu kenalilah apakah kelebihan yang Allah kurniakan kepadamu, agar kamu boleh gunakannya kepada keredhaan Tuhanmu. Kenalilah apa pula kelemahanmu, agar musuh tidak mengambil kesempatan dari kelemahan itu.

Saturday, January 5, 2013

Wahai anakku,
Janganlah engkau mencari sanjungan manusia dengan kemurkaan Tuhanmu, kerana engkau akan berpisah dengan manusia yang menyanjungmu, dan kamu akan dihadap kepada Tuhanmu. Tetapi carilah keredhaan Tuhanmu walau ia dibenci oleh rakanmu. Namun sebaiknya engkau carilah kerehaan sahabatmu melalui keredhaan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Aku meyaksikan betapa ramainya manusia sanggup mengenepikan ...
keredhaan Tuhannya semata mata mencari keredhaan kawannya. Ia sanggup melanggar perintah Allah demi menjaga hati kawannya. Ia khuatir kehilangan kawannya dari kehilangan Tuhannya.



Wahai anakku,
Engkau boleh mencari seramai mungkin kawanmu, namun belum tentu mereka akan redha kepadamu kerana ketaatanmu kepada Tuhanmu. Kerana itu janganlah engkau berdukacita di atas kehilangan sahabatmu kerana ketaatanmu kepada Allah. kerana mungkin dengan cara, Allah ingin memeliharamu dari kejahata mereka yang akan merosakkanmu dan menjauhkanmundari Allah.

Wahai anakku,
Sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sering mengigatkan kamu terhadap perentah dan larangan Tuhanmu, bilamana kamu lupa. Berbahagialah wahai anakku, seandainya Allah mempertemukan kamu dengan sahabat sebegini, kerana sukarnya engkau mencari sahabat yang sayang kepadamu kerana Allah dan menegurmu kerana Allah.

Wahai anakku,
Jadilah kamu sahabat yang ikhlas dalam persahabatan kerana Allah. Engkau akan bahagian bersama sahabatmu dalam mentaati perentah Allah dan meninggalkan maksiat kerana takutkan kemurkaan Allah. Alangkah indahnya persahabatan itu, kerana ia sentiasa dalam rahmat Allah. Untuk itu, wahai anakku, pilihlah sahabatmu, kerana saorang sahabat itu boleh membawa kamu ke syurga atau neraka. Sahabat yang baik itu wahai anakku, ialah seorang sahabat yang kamu dengar perkataannya menambahkan ilmumu, engkau lihat perbuatannya mengigatkan kamu kepada alam akhirat, dan engkau berjalan bersamanya, engkau terasa dekat dengan Allah.

Semoga Allah memeliharamu dalam persahabatanmu dan menjauhkan kamu dari sahabat yang merosakkan kamu.

Salam sayang........ Senyum selalu.

Wednesday, January 2, 2013

Sahabat


Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu. Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi merehatkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah

Air Mata .......

Wahai anakku

Orang yang terlalu sedih akan menangis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menangis kegembiraan. Namun kedua-dua tangisan tiada nilai di sisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan, manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan.

Derita @Ujian

Wahai anakku,
Janganlah kamu terlalu kecewa dengan apa yang kamu perolehi di dunia ini, kerana itu bukanlah gambaran sebenar nasib kamu di akhirat. Dukacitamu didunia ini jauh lebih ringan berbanding dukacitamu di akhirat, demikian juga kegembiraanmu. 

Wahai anakku,
Ramainya manusia yang berputus asa dengan nasibnya di dunia seolah olah dunia ini lah segala galanya baginya. Engkau boleh menagisi apa yang mendukacitakanmu, kerana tangisan sebahagian fitrah yang telah Allah bekalkan bersamamu. Namun jangan kamu menagisi nasib kamu di dunia seola-olah kamu giada akhirat. Begitu juga janganlah kamu terlalu gembira dengan habuan duniamu, sehingga kamu rasa itulah segala- galanya. 

Wahai anakku,
Orang yang bijak ialah mereka yang membawa kegembiraan dunia sehingga akhirat, manakala manusia yang malang ialah kedukaannya di dunia terus bersambung di kahirat.

Wahai anakku,
Seorang ibu akan seronok melihat anakkya bergembira, namun ia lebih seronok menikmatinya bersama di akhirat. Kerana itu wahai anakku, bawalah kegembiraanmu di dunia dalam ketaatanmu kepada Allah, kerana ia akan membawa keredahaan Allah kepadamu. Namun jangan sesekali engkau ketawa waktu melakukan maksiat, nanti engkau akan menagis di akhirat. Mohonlah keampunan Allah di atas kecuaianmu, dan mohonlah istiqamah di atas ketaatanmu.

Wahai anakku,
Aku sentiasa memohon kepada Allah agar tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapinya. Aku sangat yakin bahawa Allah yang Maha Penyanyang itu akan memelihara kita dari ujian yang menggegarkan keimanan sebagaimana ujian ke atas umat sebelum kita.

Aim ya Rabbalalamin.

Sunday, December 30, 2012

Kerdilnya KITA

Wahai anakku,
Janganlah kamu rasa hebat terhadap dirimu kerana kamu tidak lebih hanyalah hamba yang hina di sisi tuhanmu. Kita tidak lebih dari hamba yang banyak dosa di sisi Allah. Kita hanya insan kerdil yang akan berdiri di hadapan Allah di padang yang maha luas. Kita hanya insan yang akan menggigil ketakutan, Bilamana segala dosa dibentangkan. Kita akan merayu rayu mengharap keampunan Allah b...ilamana segala kesalahan dibentang satu persatu. Kita akan mengutip setiap pahala di padang Mahsyar bagi menolong kita sewaktu di hisab. Kita akan saling lari antara satu sama lain, kerana dosa antara kita. Kita akan merangkak dihadapan Tuhan, Kita akan merayu dalam tangisan terhadap ketentuan nasib yang semangkin dekat. Kita akan kekeringan di tengah panasnya mentari. Kita akan kelaparan yang panjang tanpa sebarang makanan. Kita akan kehausan tanpa bekalan minuman. Kita kan menanti giliran untuk dihisab. Hisaban yang sangat mencemaskan. Hisaban yang tiada sogokan. Hisaban yang semua mata akan menumpu kepada kita. Hisaban yang menentukan nasib kita selepas itu. Hisaban yang menyebabkan semua yang berdosa akan cuba lari darinya.
Selepas itu wahai anakku, kita akan melaluinya. Kita akan menempuhinya, kita akan dipaksa menitinya. Itulah yang amat menggerunkan, menakutkan, mengharap keselamatan. Itulah titian sirat.
Wahai anakku,
Semua orang tidak lagi mempedulikan apa yang ada sekelilingnya. Tubuhmu tidak akan mempu lagi bediri. Kakimu akan menggeletar ketakutan di atas titian sirat. Jauhnya perjalanan, sempitnya laluan. halusnya titian.

Wahai anakku.
Aku mengharapkan keselamatan yang tidak pernah aku mengharap sedemikian pada saat itu. Aku tidak akan mendoa untuk orang lain pada waktu itu, melaknkan diriku. Aku tidak akan ingat sesiapa lagi pada saat itu, walaupun Rasul yangaling aku kasih. Itulah kedahsyatan yang aku tidak mampu untuk menulisnya lagi.
Ya Allah.
Aku memohon rahmatmu di saat itu untuk diriku dan semua yang aku sayangi. Tanpamu aku tidak akan selamat. Tanpamu aku tidak mampu berdiri. Tanpa redhamu, aku tiada apa- apa lagi di kala itu.

Ya Allah,
Selamatkan aku dan orang yang aku sayang di saat nerakaMu dinyalakan

Saturday, December 29, 2012

Nilai Persahabtan

Wahai anakku,
Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecinta...an kepada Allah, merasai kasihsayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.

Wahai anakku,
Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.

Wahai anakku,
Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah ( Quran) yang dikirim kepadamu.

Wahai anakku,
Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.

Senyumlah dalam ketaatan

Friday, December 28, 2012

Duka dan Gembira Tetap Berairmata




Wahai anakku,
Sesungguhnya di hadapanmu hanya ada dua berita. iaitu gembira dan dukacita. Kegembiraan membuat engkau akan melihat segalanya dengan penuh keceriaan dan keindahan, manakala dukacita menyebabkan engkau melihat segalanya dengan kesedihan, kehampaan dan kegelapan. Namun dihujung keduanya adalah kematian yang akan menutup segala pandangan tersebut.

Wahai anakku,
Andainya engkau sedar... bahawa keduanya adalah ketentuan Allah sebagai ujian ke atasmu, lalu kamu akan melihat sesuatu yang dukacita sebagai pengampunan Allah terhadap dosa-dosamu di dunia agar tiada lagi azab menantimu di akhirat, tentulah engkau akan bersabar dan tenang menghadapinya. Ia menjadikan kamu lebih tabah dan cekal menghadapi masa depan.

Wahai anakku,
Andainya engkau mampu melihat sesuatu yang mengembirakanmu juga sebagai ujian dan kasihsayang Allah ke atasmu, tentulah engkau bertambah dekat dengan Tuhanmu. Egkau gunakalan nikmat pemberian Tuhanmu bagi mencari redha Tuhanmu.

Wahai anakku,
Orang yang terlalu sedih akan menagis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menagis kegembiraan. Namun kedua- dua tangisan tiada nilai di sisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan, manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan.