Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Saturday, February 23, 2013
untuk renungan
Islam telah sempurna sewaktu Nabi Muhammad ﷺ wafat. Maka, sudah pasti semua persoalan dan keraguan tentang Islam, mempunyai jawapannya. Hanya ilmu di dada orang Islam itu sendiri sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam.
Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
.
.
.
Berikut dikemukakan 15 persoalan yang biasa ditanya oleh orang-orang bukan Islam secara spontan kepada orang Muslim. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu menjawab persoalan tersebut.
.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad ﷺ disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad ﷺ hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammadﷺ, sebab itu nama Nabi Muhammad ﷺ jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad ﷺ tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
.
2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad ﷺdalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad ﷺ cuma 25 kali disebut secara nyata tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain disebutkan; lihat artikel terdahulu ‘Nama-nama Rasulullah SAW antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah سبحانه وتعالى tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.
.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad ﷺ wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata, “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad ﷺ adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad ﷺ adalah nabi terakhir menerima dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit. Nabi Muhammad ﷺ juga yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. Nabi Isa as diturunkan semula sebelum Qiamat nanti hanyalah untuk membetulkan umatnya yang telah jauh terpesong.
Jubair bin Mut’im berkata; Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskankekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWTmengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah سبحانه وتعالى:
“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surah Al-Imran, ayat-59)
.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah سبحانه وتعالى, KerajaanNya dan KeagunganNya’. KerajaanNya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa mentaati suruhanNya.
Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?
.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku? Sekarang ini bukankah ramai orang Sikh yang potong rambut pendek? Dan mengapakah mereka itu tidak menyimpan anugerah tuhan?
.
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
.
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
.
12) Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah سبحانه وتعالى adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah سبحانه وتعالى. Nak jadi kanibal? Sebenarnya kinzir adalah binatang yang paling banyak menyimpan virus dan bakteria di dunia ini. Lihat saja virus nipah dari binatang ini yang telah mengorbankan banyak nyawa.
.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah سبحانه وتعالى, binaan Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah. Orang Hindu tak akan pijak berhala mahupun gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah.
Sekiranya terjadi 4 buah helikopter mengangkat bangunan Kaabah di Makkah ke Dataran Merdeka sekalipun, orang Islam tetap akan solat menghadap ke tapak asal Kaabah di Makkah kerana di situ tetap Kiblat Umat Islam menyembah Allah سبحانه وتعالى. Bukan sembah binaan Kaabah!
.
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad ﷺ? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Ajarannya sentiasa dan tetap releven sejak dari lebih 1400 tahun dahulu sehingga hari Qiamat nanti.
.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
Tidak semestinya yang tidak nampak itu tiada. Sekiranya kita berdiri di tempat tinggi atau lapang, Bukit Broga contohnya, tiada apa di sekeliling hanya saujana mata memandang. Tentu kita berasa nyaman dan berangin. Adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak!
Kemudian kita ambil pula contoh gula atau garam dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih. Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut? Cuba terangkan bagaimanakah rupanya!
Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah سبحانه وتعالى.. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah سبحانه وتعالى.
.
Semoga bermanfaat perkongsian ini….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment