Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya.
Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu.
Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok.
Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.
“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”
Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja.
Manakala si penanam, kalauvmampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga…
“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
~kadang kita tak sedar,adakah benar kita redha dengan segala ketentuan Allah~
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang benar-benar beriman dengan qada' dan qadar dari Ilahi, sama ada yang baik mahupun yang buruk..
No comments:
Post a Comment