Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, June 19, 2013

Hidup Ini

Hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita dimana mana. Namun ALLAH menyediakan pelbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup kedalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini. Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama qiamulail. Esakan dan tangisan rintihan pada malam yang sunyi adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan. Air mata rintihan dan pengakuan diri di hadapan ALLAH atas kelemahan dan dosa juga permohonan doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada TUHAN Yang Maha Agung. Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup. Demikian juga Ramadan, kedatangannya selalu memberikan kekuatn baru. Tangisan dan esakan pada kesunyian malam ketika sendirian, tanpa riyak dan ujub, membawa kekuatan kepada diri insan dalam menerusi agenda perjalanan hidup. Begitulah juga, haji dan umrah. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada ALLAH, lidah yang memohon ampun dan kurnia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib. Hidup ini jika ALLAH bantu, keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal di samping berusaha menurut prinsip prinsip agama. Apabila ALLAH menolong kita, tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia ALLAH itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta. Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat diajar oleh Rasullah s.a.w. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiaanya mencipta wirid dan zikir rekaan sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa ialah doa yang baginda s.a.w ajar : " Ya Haiyu, Ya Qayyum, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata." -Riwayat al Nasai,dinilai sahih alAlbani- Ya jika ALLAH yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata mata, banyak perkara yang kita gagal mengendalikannya. Bagaimanapun apabila kita serahkan agar ALLAH mambantu tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. ALLAH boleh mengatur perjalanan yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku. Apa yang disangka kecewa oleh manusia tapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa. Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakal. Semoga ALLAH tidak meminggirkan kita semua dalam merentasi kehidupan ini.

Saturday, June 15, 2013

malukah Kita

Malunya pada ALLAH swt Bila kita bertemu orang tersayang, kita berhias diri, berpakaian cantek, berwangi-wangian, ... degupan jantung berdegup-degup hati rasa berdebar-debar hati juga rasa teruja untuk bertemu bila yang tersayang berkehendakkan sesuatu cepat-cepat kita usahakan lantas tidak mahu yang tersayang itu kecewa tapi... Bila kita bertemu yang menciptakan kita, yang begitu kasih dan sayang pada kita, yang memberi nikmat hidup kepada kita, yang meniupkan ruh kepada kita, yang begitu belas kasihan kepada kita, kita berpakaian yang biasa-biasa, kadang-kadang dicalitkan sedikit wangi-wangian, perasan teruja jarang-jarang ada, malah ada yang berasa berat untuk bertemu dan ada juga yang tidak mahu bertemu bila Dia memanggil pun tidak kita sahuti panggilanNya yang disuruh pun selalu tidak kita penuhi yang dilarang pun selalu juga kita langgari sedangkan Dialah yang Maha Menciptakan kita Dialah yang memegang dan menguasai nyawa kita Tanpa Dia... kita tidak punya ruang untuk bernafas di muka bumi Tidakkah kita malu padaNya ALLAH Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim??? Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis. Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi) Wallahua'lamuma fi qalbi...

Friday, June 14, 2013

Penting Untuk Di baca ..




SALAM JUMAAT: BAGAIMANA USIA KITA DIMANFAAT?

Persoalan yang perlu kita renung-renungkan..Rasulullah S.A.W bersabda:

Tidak akan terlepas dua kaki anak Adam di akhirat nanti di hadapan Allah S.W.T, kecuali setelah ditanya 4 perkara: 
- Tentang umurnya di mana ia dihabiskannya
- Tentang waktu mudanya, di mana ia digunakan
- Tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakannya
- Apakah yang dilakukan dengan ilmunya
(Hadis Riwayat AlTirmizi, no. 2416; Albani: Sahih) 

Pada hari Jumaat yang barakah ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah bagaimana kita menggunakan 24 jam sehari yang kita ada? Bagaimana kita memanfaatkan siang untuk mencari kebahagian dan kemewahan dunia dan bagaimana kita menggunakan malam untuk mengejar keredhaan Allah?

Semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak membiarkan masa berlalu dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah S.W.T. Setiap masa yang diabaikan merupakan satu kerugian bagi kita. 

Sebar-sebarkanlah mesej ini.

Thursday, June 13, 2013

Baacalah sendiri





Wahai anakku,

Jikalau anda sering suka mengganggap orang-orang lain sebagai musuh, akhirnya mereka akan menjadi musuh kamu Segala tindak-tanduk mu akan mula mencurigai segala tindak-tanduk mereka kerana prasangka mu. Segala pertuturanmu akan bersifat menyindir menyebabkan mereka lebih cepat menjadi musuhmu. Maka elakkan sifat tersebut.

Wahai anakku,
Betapapun engkau benci pada seorang, tangguhlah dulu niatmu untuk memusuhinya. Engkau juga seorang manusia yang penuh dosa. Engkau bukan sekeping kertas putih. Orang yang dibenci mu bukannya sekeping kertas hitam. Kedua-duanya penuh tompok hitam atas putih. Jadi apakah layaknya engkau menganggap si dia lebih hitam dari kamu.

Wahai anakku,
Ingatlah, orang yang engkau benci itu juga pernah melakukan benda baik dan berkata-kata benda baik. Walaupun kata-kata baik dan benda baiknya tidak pada kamu, tapi ada orang lain yang mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Ia sebenarnya sama seperti engkau, seorang insan yang memerlukan keredhaan Allah, difahami orang sekelilingnya dan disayangi.




Wahai anakku,
Memang mudah untuk membenci seseorang daripada menyukai seseorang. Membenci seseorang cuma memerlukan satu perkara silap yang menyinggung perasaanmu. Untuk mendapat kasih sayang engkau pula memerlukan beratus perkara baik yang menyedapkan perasaanmu. Jadi amatlah tidak adil engkau terus menbenci dan mencemuhnya kerana satu perkara yang engkau tak suka sedangkan dia pernah melakukan banyak perkara yang baik yang kamu terlepas pandang memujinya sebelum ini.

Wahai anakku,
Ingatlah sentiasa engkau tak betul segalanya. Pihak yang dibencimu tidak salah segalanya. Jangan didorong hasutan iblis yang suka manusia bermusuhan. Ingatlah orang yang selalu teringat hantu, akan sentiasa nampak hantu di setiap penjuru minda mereka.

All One - Sahabat (Lirik)



Tuesday, June 11, 2013

Camana malu eh !!!




~ MANA YANG PATUT DIMALUKAN ?? ~

● malu kerana berbaju KURUNG / berpakaian MUSLIMAH ..
● atau malu berpakaian TIDAK MENUTUP AURAT ??

● malu kerana tiada GF / BG ..
● atau malu ke hulu kehilir dgn yg TIDAK HALAL untukmu ??

● malu kerana dikatakan ALIM / ALIMAH ..
● atau malu kerana dikatakan TERUK ??

● malu krn dikatakan kuno dsebabkn mgikut SYARIAT ISLAM ..
● atau malu kerana dikatakan lupa AGAMA ALLAH ??

● malu kerana menasihati ke arah KEBAIKAN ..
● atau malu mengajak kearah KEMUNGKARAN ??

● malu kerana melakukan apa yang MANUSIA TIDAK SUKA ..
● atau malu melakukan apa yang ALLAH TIDAK SUKA ??

p/s : MALU itu perlu .. tetapi letakkan MALU itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA .. MALULAH di hadapan ALLAH andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya .. sedangkan kita MENIKMATI segala pemberian NYA .. jadilah kita hamba NYA yang tahu BERSYUKUR ..

JOM KITA MALU PADA NYA ^__^

Monday, June 10, 2013

Lelaki menangis ???




 LELAKI SEJATI TIDAK MENANGIS?? SALAH TU ~

● Lupakah kita RASULULLAH kerap MENANGIS mendoakan umatnya... Padahal BAGINDA lah lelaki yang paling SEJATI dan IDEAL yang dicontohi sehingga kini...

● Lihat juga UMAR yang LANTANG... TEGAS dan GARANG... Bila tahajud berseorangan pada tengah malam... TANGISANNYA sayu menangisi DOSA lalu...

● Seorang IMAM / PEMIMPIN... Bila hatinya terikat dengan TUHAN
NYA... IMANNYA utuh... Disanalah titik kekuatan dirinya... With ALLAH... Anything is possible...

● Dan oleh sebab itu jelas... Bila seorang lelaki MENANGISI melihat keadaan DIRI dan SAHABAT... Menangis kerana TAUBAT... Menangisi DOSA... Disanalah titik kekuatannya sebagai lelaki yang PALING MENYERLAH sekali...

Harta Benda

Punyalah Kaya Firauan ....namun kat muzium juga akhirnya ..............kita bagaimana ??? untuk saham akhirat  ke ? atau bagaiamana fikir fikir 

Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.

Lihtlah Diri Kita !!!





Kita mudah mencari kesilapan pada orang lain, adakah kita dapat mencari kesilapan pada diri sendiri?

Ambil sekeping kertas and tuliskan kesilapan kita. Kemudian, ambil lagi sekeping kertas lain, dan tulis kesilapan orang lain? 

Berapa banyak kesilapan yang anda jumpa pada orang lain?

Apabila pada orang lain, kita mengkritik. Apabila kita sendiri, kita kata, tak mengapa, kita boleh cover.

Kita salahkan anak, salahkan orang terdekat, orang tersayang.

Jika kita mengkritik orang lain, siapa yang mengkritik kita?

Jika kita sangsi pada orang lain, siapa yang sangsi pada kita?

Jika kita bandingkan dengan orang lain, siapa yang bandingkan dengan kita?

Jika kita ketawakan orang lain, siapa yang ketawakan kita?

Jika kita merasakan seseorang itu bodoh, berapa lama kita rasa untuk orang lain berpendapat bahawa kita bodoh?

Tulisan ini adalah untuk muhasabah diri dalam hubungan seharian sesama manusia. Kita kena berusaha untuk faham akan diri sendiri.

Apa yang dilihat, dirasa, difikirkan bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan minda sendiri.

Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan tafsiran minda kita sendiri.

Adakah anda faham akan diri sendiri dan minda sendiri?

Renung-renungan untuk malam Jumaat supaya anda dapat senyum sentiasa. SENYUM!