Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Monday, August 5, 2013
Kami orang Miskin... I
Kami orang Mis
kin... I
Ayah.. bila nak beli seluar jeans adik..?
Ayah.. bila nak beli kasut sport adik..?
sudah seminggu adik tunggu..
Kawan-kawanpun semua dah ada..
cuma adik lagi belum ade...
Bila ..ayah nak beli.?
Hari tu ayah cakap..
bila dapat ikan tenggiri..
ayah akan beli ..
Ala..adik nampak ayah dapat itu hari..
tapi anak tenggiri...samalahkan.. samakan..
Bila nak beli...?
adik dah tak tahan ni..
Kawan-kawan jauhkan diri..
hari-hari pakai spender..
Kesian adik..
bila lah.. nak dapat..
Suatu hari ..
Mungkin ayah kesian agaknya..
Ayah bagi aku pakai baju Snails nya.
Ayah kata..kalu pakai baju ayah ni..tak payah pakai jeans..
Kasut sport tu kendian ayah beli..
adik pegilah main dulu.. tunjuk kawan-kawan
adik ada baju Snails..
Tapi adik jaga baju ayah tau..
ini sajalah baju baru yang ayah ada..
Aku berlari..bangganya..mencari kawan-kawan..
bolehlah aku bermain sepuasnya..
Sebenarnya..aku suka kat Shela..tu...
Aku berlari..dan berlari ..
Tapi kawan-kawanku ..kenapa kaupun lari juga..
menjauhkan diri dari ku..
Sakit perutku mengejarmu..
Kenapa Shela ..kau pun turut sama lari dariku..
Sampai hati kau orang..
Basah baju Snails ayah bermandi peluhku..
Ayah kenapa mereka lari..dariku...
Oo..Aku Orang Miskin..
Kesian adik..
Sunday, August 4, 2013
Siapa Yang Kamu Marah?
Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya.
Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu.
Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok.
Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.
“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”
Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja.
Manakala si penanam, kalauvmampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga…
“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
~kadang kita tak sedar,adakah benar kita redha dengan segala ketentuan Allah~
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang benar-benar beriman dengan qada' dan qadar dari Ilahi, sama ada yang baik mahupun yang buruk..
Adakah Aku Ikhlas?
Adakah Aku Ikhlas?
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita didalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalankitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu,hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun,ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah
bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala.
Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas keranaAllah ta'ala"
Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.
orang Jahil
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk
meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana
memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani
untuk membetulkan kesilapannya"
Saturday, August 3, 2013
Bersyukurlah
Jika kamu terasa susah, ingatlah ada yang lebih susah daripada kamu.
Bilamana kamu berasa tidak gembira, ingatlah ada yang lebih sedih daripada kamu.
Jangan sesekali engkau berasa serba tidak cukup, kerana di dunia ini ada yang rasa serba tiada daripada kamu. Jangan terasa diri kesian kerana ada insan yang bergelar manusia yang keadaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dibandingkan dengan kamu.
Wahai sahabatku ,
Jika engkau ingin membanding, bandinglah dengan orang yang kurang daripada kamu, barulah mudah bagi kamu memahami erti bersyukur.
Friday, August 2, 2013
Doalah Jangan Biadap
Wahai Sahaabtku ,Aku seringkali tertanya-tanya apakah yang biasa engkau minta bila berdoa. Aku sangat bimbang kamu biadap pada Tuhanmu. Apakah kamu terus meminta habuan dunia, tanpa kita memohon keampunan dari Allah terlebih dahulu?
Wahai sahabatku ,
Kamu contohilah Rasulullah dan para sahabat bilamana mereka berdoa. Hal ini dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran: "Dan mereka tidaklah memohon melainkan mereka berkata Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami, dan sikap melampaui kami dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami (dalam agamamu), dan bantulah kami dalam mengalahkan golongan yang kafir.”
Engkau patut berasa malu bilamana kamu munajat dengan Allah, lalu engkau meminta nikmat dunia, memohon kekayaan, kesihatan, keselesaan hidup, kejayaan projek, dan lainnya TANPA TERLEBIH DAHULU engkau memohon keampunan dari dosa, memohon keberkatan dalam setiap usaha yang kamu lakukan.
Ingatlah wahai sahabat kesayanganku, tanpa rahmat dan keberkatan, segala nikmat akan bertukar menjadi bala bencana. Jangan kamu lupa kata-kata aku ini kerana aku sangat bimbang kekayaanmu bertukar menjadi kesombonganmu yang dibenci ramai dan dipandang hina oleh Allah, dan pengaruh pangkat yang dikecapimu bertukar menjadi kezaliman kepada orang di sisimu.
Wahai sahabatku
Aku tersenyum gembira melihat kamu tersentuh dengan nukilan ini. Senyuman yang terpahat di wajahmu adalah pahala yang membawa ke syurga.
Mereka sahaja ? kita bagaimana ???
"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"
WARNING
Berita kematian yang bertalu-talu pada hari ni mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan yang pastinya berakhir dengan kematian.
Ye, mati itu sesuatu yang teramat pasti!
Tapi pelik, manusia seringkali terlebih mengejar sesuatu yang belum pasti melebihi sesuatu yang pasti.
Kullu nafsin zaa iqatul maut..
Ya Allah, matikan kami dengan husnul khatimah.
Dan bantulah kami untuk menuju jalan yang Kau redha.
Ameen.
Thursday, August 1, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)









