Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Tuesday, June 11, 2013
Camana malu eh !!!
~ MANA YANG PATUT DIMALUKAN ?? ~
● malu kerana berbaju KURUNG / berpakaian MUSLIMAH ..
● atau malu berpakaian TIDAK MENUTUP AURAT ??
● malu kerana tiada GF / BG ..
● atau malu ke hulu kehilir dgn yg TIDAK HALAL untukmu ??
● malu kerana dikatakan ALIM / ALIMAH ..
● atau malu kerana dikatakan TERUK ??
● malu krn dikatakan kuno dsebabkn mgikut SYARIAT ISLAM ..
● atau malu kerana dikatakan lupa AGAMA ALLAH ??
● malu kerana menasihati ke arah KEBAIKAN ..
● atau malu mengajak kearah KEMUNGKARAN ??
● malu kerana melakukan apa yang MANUSIA TIDAK SUKA ..
● atau malu melakukan apa yang ALLAH TIDAK SUKA ??
p/s : MALU itu perlu .. tetapi letakkan MALU itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA .. MALULAH di hadapan ALLAH andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya .. sedangkan kita MENIKMATI segala pemberian NYA .. jadilah kita hamba NYA yang tahu BERSYUKUR ..
JOM KITA MALU PADA NYA ^__^
Monday, June 10, 2013
Lelaki menangis ???
LELAKI SEJATI TIDAK MENANGIS?? SALAH TU ~
● Lupakah kita RASULULLAH kerap MENANGIS mendoakan umatnya... Padahal BAGINDA lah lelaki yang paling SEJATI dan IDEAL yang dicontohi sehingga kini...
● Lihat juga UMAR yang LANTANG... TEGAS dan GARANG... Bila tahajud berseorangan pada tengah malam... TANGISANNYA sayu menangisi DOSA lalu...
● Seorang IMAM / PEMIMPIN... Bila hatinya terikat dengan TUHAN
NYA... IMANNYA utuh... Disanalah titik kekuatan dirinya... With ALLAH... Anything is possible...
● Dan oleh sebab itu jelas... Bila seorang lelaki MENANGISI melihat keadaan DIRI dan SAHABAT... Menangis kerana TAUBAT... Menangisi DOSA... Disanalah titik kekuatannya sebagai lelaki yang PALING MENYERLAH sekali...
Harta Benda
Punyalah Kaya Firauan ....namun kat muzium juga akhirnya ..............kita bagaimana ??? untuk saham akhirat ke ? atau bagaiamana fikir fikir
Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.
Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.
Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.
Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.
Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.
Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.
Lihtlah Diri Kita !!!
Kita mudah mencari kesilapan pada orang lain, adakah kita dapat mencari kesilapan pada diri sendiri?
Ambil sekeping kertas and tuliskan kesilapan kita. Kemudian, ambil lagi sekeping kertas lain, dan tulis kesilapan orang lain?
Berapa banyak kesilapan yang anda jumpa pada orang lain?
Apabila pada orang lain, kita mengkritik. Apabila kita sendiri, kita kata, tak mengapa, kita boleh cover.
Kita salahkan anak, salahkan orang terdekat, orang tersayang.
Jika kita mengkritik orang lain, siapa yang mengkritik kita?
Jika kita sangsi pada orang lain, siapa yang sangsi pada kita?
Jika kita bandingkan dengan orang lain, siapa yang bandingkan dengan kita?
Jika kita ketawakan orang lain, siapa yang ketawakan kita?
Jika kita merasakan seseorang itu bodoh, berapa lama kita rasa untuk orang lain berpendapat bahawa kita bodoh?
Tulisan ini adalah untuk muhasabah diri dalam hubungan seharian sesama manusia. Kita kena berusaha untuk faham akan diri sendiri.
Apa yang dilihat, dirasa, difikirkan bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan minda sendiri.
Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan tafsiran minda kita sendiri.
Adakah anda faham akan diri sendiri dan minda sendiri?
Renung-renungan untuk malam Jumaat supaya anda dapat senyum sentiasa. SENYUM!
Orang Tua
Bilamana Allah kurniakan anda ibu bapa yang telah tua atau nyanyuk, anda memerlukan kesabaran yang tinggi. Terkadang anda rasa kecewa atau marah.
Ingatlah penderitaan sakit yang mereka sedang hadapi kini adalah kerana mereka membanting tulang di waktu mudanya untuk membesarkan anda, tanpa dia memikirkan kesan di hari tuanya.
Lihat pada lututnya yang sakit dan longgar – kerana ketika mudanya dia mendukong anda.
Lihat pada perutnya yang pecah – kerana masa mengan-dungkan anda, perutnya pecah.
Lihat matanya berkedut – kerana menjaga anda semasa sakit dan demam.
Lihat belakang yang bongkok – kerana semasa mudanya men-gendong anda.
Lihat tangannya yang kecut dan berkerut – kerana masa muda-nya basah memandikan anda.
Doakannya semoga Allah merahmatinya dan menjadikan anda sabar dengan segala kerenahnya ketika dia sudah tua.
kawan
Sahabat pegang erat tangan ini..
andai aku tersungkur..
pimpin aku tuk bangkit kembali...
andai aku jatuh...
hulurkan tanganmu untuk aku berpaut lagi..
andai aku terlupa,
ingatkan aku dengan amaran Pencipta berkali-kali..
Kerna kita berkawan bukan hanya sampai mati...
tapi kita ingin berkawan sampai syurga Ilahi...
*hargai siapa sahaja di sekelilingmu kerana mereka anugerah terhebat dari Ilahi* =`)
Kita lemah
Ada kalanya kita mampu untuk 'membuang' habuk dimata orang lain,
Dan adakalanya kita tidak mampu untuk 'membuang' habuk dimata sendiri.
Kita mungkin mampu selesaikan masalah orang lain, namun ada waktunya kita tidak mampu selesaikan masalah sendiri.
Itulah fitrah manusia,
Lemah...
Carilah kekuatan dengan mengaku lemah dihadapan Allah s.w.t. Dia sebaik-baik tempat bergantung ^^
Kita dan Kata kata
1. MANUSIA yang paling berbahaya adalah "MUNAFIK"
2. SENJATA yang paling berbahaya adalah "LIDAH"
3. KEBIASAAN yang paling merosak adalah "MEREMEHKAN DOSA KECIL"
4. PERASAAN yang paling tidak berguna adalah "DENGKI"
5. KEGAGALAN yang paling melumpuhkan adalah "MALAS"
6. KEADAAN yang terburuk adalah"LEMAHNYA IMAN"
7. PAKAIAN yang paling indah di dunia adalah "AKHLAK YANG MULIA"
8. SUKACITA yang terbesar adalah "TERKABULNYA DOA"
9. PEKERJAAN yang paling memuaskan adalah "AMAL YANG IKHLAS"
10. KOMPUTER yang paling hebat adalah "AKAL"
11. TENAGA yang terbesar adalah"IMAN YANG KUAT"
12. UBAT TIDUR yang paling mujarab adalah "HATI YANG TENANG"
13. DUA KATA yang penuh kekuatan adalah "SAYA BOLEH"
14. Aset yang terbesar adalah "AMAL SOLEH"
15. Alat Komunikasi yang paling Hebat adalah "DOA"
Tenangkan Jiwa ...
Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)








