Ingatlah engkau bahawa berpuasa bukan pada makan dan minum sahaja, tapi keseluruhan anggota badan. Berpuasa adalah masa mengurangkan penghasilan air liur beracun yang mengeraskan hati kamu. Kerana di bulan ini, kamu dilatih mengawal diri menghindari daripada segala yang buruk.
Di bulan mulia ini, janganlah biarkah perkataan yang buruk keluar dari bibirmu dan lidahmu. Jangan sesekali kamu membiarkan matamu melihat perkara yang kotor. Jangan cuba engkau salahgunakan mindamu untuk memikirkan benda yang tak senonoh. Dan jauhilah telingamu daripada mendengar perbualan yang tidak membawa kebaikan.
Berpuasa adalah peluang untuk kamu belajar mengerti apa itu kesabaran. Bulan ini juga adalah peluang untuk kamu meninggikan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Jangan sesekali kamu berbual kosong di bulan ini apatah lagi meninggikan suaramu pada perkara yang tidak disukaimu.
Bawalah Quran bersamamu. Bukalahnya tatkala kamu lapang. Aku nasihatkan ini supaya masa singkat sebulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh engkau untuk mendekatkan diri dengan Allah.
,
Ambillah peluang di bulan mulia ini untuk bertaubat. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan terbaik untuk bertaubat. Ambillah kesempatan sebulan ini untuk memperkuatkan perisai dirimu daripada maksiat dan mengawal nafsumu. Kerana ketika berpuasa, mindamu akan sibuk menahan lapar dan dahaga sehingga tidak berupaya merayau tak tentu hala. Sesungguhnya ini adalah medan latihan terbaik buat kamu.
Aku berkata semua ini supaya engkau dapat melihat betapa hebatnya cara Allah mendidik umatnya. Aku berharap melihat engkau sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Bacaan al-Quran engkau dah berapa juzuk dalam bulan Ramadhan ini? Sekadar aku bertanya sebagai peringatan
No comments:
Post a Comment