Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, January 2, 2011

Jangan Mudah Ambil Hati ...Buat Semua BRaInSrian

Boleh berfikir panjang bukan semestinya perkara paling baik. Kadangkala, ia buat kita  sakit kepala, pening, susah hati. Bahkan, memikirkan sesuatu perkara dalam beberapa lapis makna, padahal orang cuma faham makna satu lapis. Selebihnya adalah sia-sia. Kadangkala merasa sakit hati kerana fikir jauh sangat, padahal ia langsung tak terlintas dalam maksud pihak kedua.

Bukan bermaksud kita  cuba berlatih benda ini. Cuma itulah fitrah. Seorang yang dibesarkan sejak kecil yang tidak dapat mendengar percakapan orang lain dengan jelas lalu dimarah, diherdik, diejek, dikatakan pekak; sebabnya cuma satu - kerana tak mendengar dan bertanya lagi dan lagi. Hattakan dalam keluarga.

Saya masih ingat kena marah apabila disuruh ambil barang, tapi nak buat macam mana, saya cuma dengar suku kata terakhir saja. Katakanlah disuruh ambil baldi dan cuma mendengar 'di', kalau anda seorang budak sekecil itu kena marah bila bertanya lagi dan lagi, dan kena marah juga kalau tersalah ambil sebab tak dengar, bolehkah anda bayangkan rasanya?

Kerana itu, sejak kecil saya tak suka mendengar. Saya suka mengelakkan diri dari orang. Kerana mendekati orang bererti saya kena mendengar. Dan kegagalan mendengar akan menyebabkan saya dimarah. Dan atas sebab yang sama, saya menjadi gemar dan suka mendengar sesuatu sambil lewa. Bila orang cakap saya akan buat tak berapa nak layan. Supaya orang itu jadi malas nak berbual dengan saya, dan saya terselamat dari tersilap dengar atau dimarahi.

Oleh kerana itu, saya terdidik mengabaikan telinga saya sejak kecil. Saya belajar menggunakan mata dan memahami maksud orang dengan semata-mata gaya, riak muka, gerak bibir, biah dan suasana, kedudukan masa dan tempat. Tapi adatnya, banyak tekaan saya tak betul, walapun sebahagiannya tepat.

Oleh kerana itu juga, saya belajar sendiri di sekolah. Maksud saya, saya lebih gemar belajar sendiri. Lagi-lagi kalau suara cikgu tak kedengaran. Ataupun sebenarnya, saya menggunakan tenaga yang lebih dari orang lain, semata-mata nak mendengar. Kemudian cepat mengantuk dan terlelap dalam kelas. Atau saya akan abaikan saja apa yang cikgu saya ajar, dan belajar sesuka hati saya. Bila difikir-fikirkan, saya sangat bersalah. Tapi itulah kelemahan yang menjadikan saya berfikiran sebegitu.

Bukan itu saja. Oleh kerana tak mendengar dengan baik, saya banyak menafsir dengan mata, meneka mulut orang, kerana dah tak dapat dengar dengan baik. Membaca riak orang. Bahkan lebih lagi. Kadangkala saya cuba membaca fikiran orang dan perasaan orang. Cuba meneka padahal kadang-kadang tak betul pun.

Sikap ini pun tak bagus. Sebab, kadang-kadang, saya terlalu memikirkan benda yang orang lain tak maksudkan pun. Mungkin kerana sebab yang sama, saya jadi sangat sensitif, terasa hati, mudah makan hati, cepat tersinggung. Bila memikirkan sesuatu yang sebenarnya tidak wujudpun saya jadi sibuk, padahal orang lain sangat tenang kotak fikirnya.

Kadang-kadang, saya terfikir juga, bahawa berfikir banyak sangat juga tak bagus. Terasa hati banyak sangat pun tak bagus. Melukakan perasaan dan fikiran sendiri tak bagus. Maafkan saja, tasamuh saja, lapang dada saja. Tapi sungguh, dalam hati, luka tetap ada.

No comments: