Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Tuesday, November 18, 2008
Pelik Jugak Manusia
Sekadar pandangan bila orang heboh heboh dalam tv pasal video kematian yang ditayangkan oleh Guru Agama salah sebuah sekolah …….aku bukan nak ulas tentang video Cuma sekadar nak kongsi tentang perkataan “MATI”…….semua orang tahu dan sedar sesedarnya bahawa dia akan mati …tak kurang juga manusia yang lupa yang ianya akan mati ….kalau lihat pada tingkah laku yang seolah olah dia akan terus hidup selama-lamanya. Salah satu ajaran Agama Islam yang sulit difahami oleh sebahagian orang ialah bahawa Agama Islam menganjurkan kepada umatnya agar sering mengingati mati ,sedangkan mati itu itu adalah satu peristiwa yang tidak manarik malah mengerikan .Kenapa Islam menyuruh umatnya mengingati sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ??? Apakah ini tidak membawa bahaya ,melenyapkan kegembiraan hidup dan menjadikan seseorang malas bekerja ?
Berkata Ibnu Umar : Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah S.A.W dan ketika itu beliau sedang berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya yang terkemuka tiba-tiba salah seorang sahabat dari ansar berdiri dan bertanya kepada Beliau : Ya Nabi Allah siapakah manusia yang paling cerdik dan siapa pula yang paling cerdas otaknya ?Rasulullah s.a.w lantas menjawab “ Yang paling cerdik dan cerdas ialah orang yang banyak mengingati mati dan yang paling banyak sedia bekal untuk menghadapi mati”
Diriwayatkan dari ibnu Umar juga bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkata : “perbanyakanlah mengingati haazimal lazzat iaitu mati” dikeluarkan oleh at-Tabarani .
Sabda Rasulullah juga bersabda : “Cukuplah mati itu sebagai guru dan pelajaran” nah banyak dalil yang menunjukkan kepada kita agar selalu selalu mengingati mati agar kita menjadi lapang dada menjadi tanda bahawa hati dan dada kita sudah dimasuki Nur atau cahaya iman .
Cuba kita terbalikkan pemahaman hadis2 itu, akan memberitahu pada kita bahawa sebodoh bodoh manusia di dunia ini ialah orang yang lupa samasekali akan mati ,tidak pernah ingat mati sama bodohnya dengan kerbau ,lembu ,kambing ……lihatlah sendiri kambing lembu kerbau dengan jarak yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat sembelihan namun kambing lembu kerbau belum juga sedar bahawa ia akan mati disembelih di tempat sembelihan itu .apa yang lembu kerbau kambing itu fikir ialah pada rumput yang diragutnya 100%.....
Kita juga mendapai banyak kali Allah S.W.T dalam Al-Quraan mengingatkan kita agar mengingati mati ,jangan lupa yang kita sekalian akan mati “Di mana sahaja kamu berada, mati pasti akan dating menjemputmu sekalipun kamu berada dalam Mahligai yang kukoh dan kuat”(an-Nisa 78)
Perlu diingatkan juga bahawa anjuran Islam agar kita selalu mengingati mati itu jangan diartikan bahawa agama menyuruh kita bercita-cita untuk cepat mati sebaliknya Islam juga melarang bercita cita supaya lekas mati .Bapa saudara Rasulullah yang bernama Abbas r.a pernah menderita sakit lalu beliau mendoakan agar segera mati …..Rasulullah s.a.w datang lalu berkata kepada beliau “ Ya Abbas ! jangan sekali kali paman bercita cita lekas mati .sekiranya pakcik orang baik lebih baik bercita cita hidup agar dapat menambahkan kebaikan itu .dan sekiranya pakcik orang yang berdosa lebih baik hidup terus untuk melakukan taubat atas dosa itu ….janganlah pakcik bercita-cita untuk mati”(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi )
Sebaik baik manusia menurut pandangan Agama Islam ialah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatanya sedangkan sejelek2 manusia ialah orang yang panjang umur tetapi jelek perbuatanya.oleh itu apa salahnya kalau kita semua saling ingat mengingati pada kematian …salahkah kalau nak ditunjukan kepada manusia sekadar gambaran …dan renungan di dunia teknogi yang canggih manggih ini .daripada menayangkan filem misteri nusantara yang penuh tahyul mahyul ;…….
Ingatlah mati .......!!!pasti kita akan sentiasa mengingati Allah .....
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment