Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Thursday, February 14, 2013




Wahai anakku,
Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku,
Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamudihadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoaan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawaduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku,
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat- ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengigati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik- baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang selepas kematiannya.

Monday, February 11, 2013

ikhlas



Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Ubah Ubah UBah JOM UBah ubah ....ubah kearah yg terbaik .........


Yang Lama  Tu ubah laa yeee huhu


Logo Baru moazmar FM TuneIn (android/Apps Iphone)

Di Page FB .....

Friday, February 8, 2013

uasaha kita sejauh mana






Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.,

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka. 

Wahai anakku, 
Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar mengigatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya " apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya". Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.

Wahai anaku,
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu.

Wahai anakku,
Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu.

Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasihsayangNya.

Semut Terbang



Satu hadis menyebut:

"Apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya." 
Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan-bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.
Apakah "sayap" itu bagi manusia?
Dan apakah "busut" itu di mata manusia?
Bayangan di minda anda ketika membaca Hadis di atas ialah apa? Terfikir apa?
Mengapa berfikir sedemikian?
Apakah semua berfikiran sama?
Sudah tentu tidak.
Setiap orang akan mendapat benda yang lain berdasarkan penghayatan, pemahaman, penyedaran dan pengalaman diri sendiri yang pernah dilalui.
Itulah ilmu. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”
Amalan membaca adalah pintu kepada ilmu.
Senyum

Payah Cari Sahabat




Wahai anakku, 

Aku sedar betapa payahnya kamu untuk mendapatkan sahabat yang baik, namun kebaikan yang ada padamu akan mengundang kebaikan sahabat yang mendekatimu. 

Tidakkah bau harum pada bebunga yang mekar menarik kedatangan lebah bagi menghisap madunya? Dan tidakkah kamu perhati bau busuk dari seekor bangkai akan mengundang langau? 

Kamu jangan mengharap kebaikan yang ada pada golongan yang lalai pada perintah Allah, atau kamu kagum dengan satu dua kebaikan yang dilakukan di hadapanmu, lalu kamu sanggup memejam mata terhadap rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya... Lalu kamu war-war kebaikannya, dan kamu diam terhadap kemungkarannya. 

Ayahandamu

Monday, February 4, 2013

Mula dengan kedaifan

Alangkah indahnya goresan rasa yang diungkapkan sekepng  gambar yang  mampu  mengarca kefahaman yang mendalam. Lihatlah kawan antara untaian bicaranya yang amat menginsafkan :


inilah kembara kita 
kembara dari langkah yg longlai  
dan berakhr dengan noktah kedaifan ...
dgn mula tanpa bahasa yg mampu di fahami dan di akhiri dgn kalam yg tidak di fahami jua


siapa kita untuk mengatakan kita hebat 
siapa kita !!!!! duit bukan segalanya !!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 27, 2013

Sahabat




Secawan  kopi, sepotong roti atau sepingan nasi seringkali menjadikan hubungankita  dengan siapapun menjadi akrab dan semakin erat.

Ketika  itu pujian dan sanjungan akan mengalir dari bibirnya. Janji manis pon  meniti di bibir kawan anda !!; engkau teman sejati, persahabatan kita sangat erat dll.


Namun pernahkah anda berpikir, benarkah persahabatan dan kasih sayang yg sejati bertambah erat dengan secawan kopi dan sepinggan  nasi????????!!!!!

Pernah kita terbayang   bagaimanakah cinta sejati dan persahabatan yang tulus?
Kata Syeikh  Yahya bin Mu'adz berikut:

و حقيقة المحبة مالا ينقص بالجفاء، وَ يَزِيد بالبر، وَقَالَ لَيْسَ بصادق من ادعى محبته وَلَمْ يحفظ حدوده

Cinta sejati ialah cinta yg tidak akan luntur atau berkurang hanya karena perilaku kasar dan tidak pula bertambah karena pemberian  tangan. Dan ketahuilah bahwa tidak benar orang yang mengaku mencintai Nabi namun ia tidak menjaga batasan-batasan syariatnya.

MAI KITA CERMINKAN DIRI BERMUHASABAH  benarkah persahabatan antara kita selama ini adalah persahabatan yg sejati, atau hanya sekadar  persahabatan secawan  kopi?

Nikmat



Saudaraku! Nak Tanya skit 



apakah makanan yg paling sedap menurut anda?

Katakanlah KFC , coba sesekali secara berturut2 selama satu bulan 
anda makan makanan paling enak menurut anda !!!
Dan kalau boleh  sehari anda makan sebanyak 3X

Bagaimaan ?1 1apakah rasa makanan tu  pada akhir bulan masih sedap seperti  awal bulan?

Inilah dunia, enaknya hanya sesaat, enaknya pasti membosankan.
Beza dengan nikmat akhirat di surga, kekal abadi, dan tdk ada yg membosankan.
Ya Allah kurniakanlah kiranya kepada  kami nikmat ...di surga-Mu.