Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Friday, August 8, 2008

Masa Tidak Dimanfaatkan Dengan Betul



Tengok ...lain pulak jadinya .....orang suruh dia belajar dia melukis Kartun plak !!!!...bukan sekejap tu masa yang digunakan .....PMR tak lama lagi .....tahun ini nak PMR ..macamana nih .....dahla tu ...........
ada 3 helai A4 terisi dengan kartun ...nihlah .....kerja mereka waktu prep .......


Bila tengok gambar di atas sejuta persolan ? serba salah dibuatnya ......yelah ..memang betul makan dengan tangan tu adalah sunnah Rasulullah SAW....tidak dinafikan ....betullah sebab tangan kita membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.dan 1000 macam hikmah lagi ....

cuma pada kita Pelajar SBP nie pelajar yang cemerlang gemilang terbilang sudah pasti suatu hari nanti mereka ini akan jadi pemimpin pemimpin hebat ...dan akan berdepan dengan situasi yang hebat hebat..... so nak kena lah ajar.....cuma nak ajar supaya pandai menggunakan sudu dan garfu ..nanti bila jadi pegawai besar..makan kat hotel ..taklah terbang lagi manok ...taklah jadi haru biru ......itu saja ....tak salah... niatkanlah dalam hati nak belajar ..dapat pahala juga ...... kita sekarang dalam proses nak belajar bagaimana nak guna sudu dan garfu jeeeee...memang sunnah makan dengan tangan betull tu ...tapi jangan nak makan dengan tangan tu sebab (sptcerita dibawah)...alasan seperti tengku kudin sudahlah ............Rugi....kita hanya minta guna sudu dan garfu hanya makan tengahari dan makan malam saja 3 lagi ....gunalah tangan ....ok

nak bawa cerita sikit ...kisah dongeng laaaa

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

kalau nak cerita sunnah, pasal makan nie banyak ...

contoh :
Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”(dapat markah /dapat pahala )
Makan apabila lapar berhenti sblm kenyang pon sunnah ..(dapat markah /dapat pahala ).dll lagi ...senang dapat pahala ...

Thursday, August 7, 2008

Taklimat Baitulmal Sarawak &Tabung Haji

Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.

Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.


Al-Quran menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali. Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti ditunaikan. Sejarah membuktikan bahawa Abu Bakar memerangi orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.

Menurut al-Qaradawi, dalam konsep zakat ini, Islam menetapkan tiga pengawal iaitu iman kerana iman yang dimiliki mendorong seseorang mengeluarkan zakat secara rela. Kedua, jiwa masyarakat yang tidak mempersoalkan tuntutan mengeluarkan zakat dan pengawal ketiga ialah negara yang merangka serta melaksanakan sistem zakat secara berkesan.
Tak Mahu ulas panjang semua orang sudah tahu ..taklimat ini berlangsung dari jam 230 petang sehingga 430 petang di bilik santubung .....

Tuesday, August 5, 2008

SATOK Kuching



He he . tergesa gesa tadi bertolak ke Kuching ...jam 700 malam belegar legar di medan selera satok kuching ....mak oiiii semalam habis hotel Call ...semua penuh ..last-last tanya punya tanya ...
dapatlah kat regalis hotel ....boleh lah ..asalkan boleh tidooo cukup ....kira ok lah boleh jugak dapat pegi ke medan satok nih .....wei laaa hooooo....terlupa laa ari ni..tak makan lagi weh .....perkena nasi goreng Kampong dan Milo Ais ..
.di medan satok

....Esok kena bergerak awal sikit ke Sek Men Sains Kuching ada taklimat Pengambilan Pelajar Baru ....2009.takut jalan jem ...
Tadi Ilyas Hamat telefon Pen Pengarah SBP call sembang 2..n dia cakap taklimat kejap je mungkin habis jam 12 macamtu je ...adui hotel sudah bayar untuk dua ari ...kalau tak boleh lee waiting list ..bleh jugak balik awal
..takpe lah ..ada hikmah dia leee tu ...

Exam SPM Percubaan

tak sedar ..detik melangkah ..terus mekangkah ..tak sedar !!!apapun pejam celik celik pejam sudah bulan ogos ...eiiii tak lam lagi budak dah nak exam sebenar sudah ....eiii ..risau ...mak bapak risau cikgu risau ..bebudak...lagi lagilah risau ....macamanalah exam aku nanti ....cermelang gemilang lintang pukang .....

tapi kekadang kita tahu kematian kita ,memang sah betul tepat dan pasti ...namun kita terlupa lalai ...yang kita semua juga akan menjalani exam yang besar ...oral dengan mungkar nakir ....kalau exam spm pmr dapat soalan bocor jamin gemilang .....
namun apakah dengan soalan bocor untuk menghadapi mungkar nakir dalam kubur nanti kita pasti ..yakin ...jamin dapat menjawabnya dengan cemerlang ...kita tak kisah ....dengan exam ini ...eiii takut ...semoga menjadi renungan bersama adakah kita cemerlang gemilang di Akhirat nanti ?????

Saturday, August 2, 2008

Majlis Perjumpaan Ibubapa Ting 1-2-4

Telah beralangsung dengan lancar majlis perjumpaan ibubapa di DSP pada jam 830 pagi dengan jayanya .....pengetua menekankan harapan warga pendidik ialah ....agar putera puteri SMSM mampu untuk bersaing dengan orang lain mampu untuk Urus Diri ---Mampu Untuk Layan Diri ...Mampu Untuk Bawa Diri ...Mampu Untuk Jaga Diri ..Mampu Untuk Julang Diri ...dan jangan Jual Maruah Diri ..Turut Hadir NYDP PIBG Cikgu Hamidon ....

Hari demi hari kita lalui ....tetap berlaku perubahan .. ...perubahan yang kita bawa adalah dengan geak hati kita ..dengan kudrat kita dengan daya diri sendiri ....jadi bawalah warnalah kehidupan kita dengan kebaikan kecemerlangan ....corakanlah hari hari kita dengan sejuta warna yang menyenangkan .....jagan sesekali merosakan lukisan perjalanan anda apatah lagi memusnahkanya ....oleh itu bawalah dengan kudrat yang Allah kurniakan kepada kita untuk membawa diri kita ke esok yang lebih baik dari semalam ...Tengoklah sedetik perjumpaan dengan Ibubapa pelajar ......hari ini ....from Wartawan SadauFM.Blogspot.com

Friday, August 1, 2008

Sambutan Hari Guru Peringkat Miri Bakong





SAMBUTAN HARI GURU MIRI BAKONG ....Tuan Pengarah Dr Haji Julaihi Bin Hj Bujang merasmikan majlis ini...tiada apa yang nak aku rakamkan cuma terfikir dan tertarik dengan satu persembahan Kior Lagu , Biarku Jadi Lilin ....
aku cuba catatkan lirik lagu dan cari2 kat You Tube dapat lah ..kalau nak dengar tutup radio nasyid tu kemudian teruskan play jeeee...
aku terfikir ......
mungkinkah banyak sangat ibarat /madah /pujangga yang menyebut guru adalah ibarat lilin ...yang menjadikan guru kini diperlakukan seperti lilin....menerangi orang lain dengan menyusahkan diri sendiri .......... itulah hakikat kita seorang guru ..



lagu ...Biarku menjadi lilin
berhentikan tulisan dengan meletakan pointer dilirik ..


Biarku Menjadi Lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Tak siapa yang sedar
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya

Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


!


Tazkirah Jumaat ..Dari Ceritaabi Blog ...


Tak sempat nak isi Tazkirah ..apapun saya panjangkan dari blog Ceritaabi
Perkara yang baik patut di HEBAHKAN2 ...SO nak panjangkan apa yang abi cerita ...Nak Tahu Jom ke Sana
Bacaan lanjut layari

...::Kilik Untuk Kongsi Dgn Muhandis .. MUKHTAR SUHAILI::...


Sepetang Ke ISS

Hajat hati nak jadi macam syeikh muzafar ..tapi tak mampu !!!!!.....yang mampu naik ke Tangki air Sek Men Sains Miri jeee..nak ke ISS bukan tak terpilih ...tapi saja tak nak heh heheheehe GAYAT GAYAT..kebetulan nak betulkan Kemera yang kurang memuaskan di Kolej Kediaman ....so sempatlah rakam sedikit sekadar kongsi saja ....
(pelajar Tidak dibenarkan naik ke atas tangki air ini ...kawasan larangan ...naik atas tangki air tanpa kebenaran adalah melanggar didiplin sekolah ..)
Jam 5 Petang 1 OGOS 2008