Dunia Sementara Akhirat Selamanya
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Bismillahirohmannirohim...
Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini
Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja
Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi
Friday, July 31, 2009
AMARAN BERJAGA-JAGA
PERHATIAN KEPADA PUTERA PUTERI YANG BALIK BERMALAM
SEKIRANYA ANDA MENGALAMI DEMAM-DEMAN SERTA SELSEMA PASTIKAN ANDA KE KLINIK ATAU HOSPITAL SEBELUM DATANG KE SEKOLAH (2/OGOS /2009)....SEKIRANYA ANDA DEMAM SERTA SELSEMA BERLARUTAN ,ANDA TIDAK PERLU DATANG KE SEKOLAH !!!.. SURAT CUTI SAKIT DARI PIHAK HOSPITAL HENDAKLAH DIMOHON UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA BEREHAT DIRUMAH ...
PIHAK HOSPITAL TELAH MENGAMBIL SAMPEL DARI PUTERA/PUTERI YANG DEMAN DAN BELUM ADA MAKLUM BALAS DARI PIHAK HOSPITAL LAGI SETAKAT INI
PIHAK SEKOLAH MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA MEMASTIKAN PELAJAR SENTIASA MEMAKAI MASK DAN MEREKA YANG MASIH DALAM KEADAAN DEMAM SERTA SELSEMA SEBAIKNYA BEREHAT DIRUMAH (DAPATKAN SIJIL SAKIT DI HOSPITAL DAN KLINIK )
TERIMA KASIH
FROM PK HEM
Labels:
Berita Sekolah
Taklimat SPS
Petang tadi 31/Julai 2009 satu taklimat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)telah dibuat oleh JK Bestari untuk memberi pendedahan kepada sistem pengurusan sekolah yang baru .Sistem yang mengantikan sistem lama SSMS dan wsms yang kurang berkesan ..dan harap harap sitem ini betul betul mantap ...talimat telah diadakan di Bilik Santubong ......
Gotong Royong Membersih Stor Sekolah
Staf sekolah Hari ini mengadakan gotong royong perdana di kawasan stor sekolah ..banyak barang yang tak terpakai dan rosak dibuang hari ini .....
Labels:
Berita Sekolah
Oiiii Semangat Betul !!
Latihan Kuoir antara rumah ...... semangat betul .....apapun latihan-latihan jugak tapi prep tu kenalah betul betul ..jgn latihan Kuoir je yang semangat giler2...apapun semangat berpasukan harus segar tumbuh dalam diri pelajar ....tapi akhir2 ini sudah jadi lain ...yang tak berkaitan pun sudah mula ambil kesempatan ...terutama tingkatan empat ......mana mau pegi (945mlm)...lihat kuior ?????aik ??? pelik gak sebelum ini tak nampak ....eish nak bulak orang lak !!!!
Thursday, July 30, 2009
Mana Ada !! tak betul tu !! Karut Betul !!!
Hari ini dikejutkan dengan laporan surat khabar cina mengatakan Sekolah Menengah Sains Miri mangsa kelapan pusat pengajian yang terkena H1N1...eh kekejut aku ..mana ada!!
tak betul tu ....setakat hari ini pihak sekolah belum menerima surat pengesahan dari mana-mana klinik atau pejabat kesihatan yang menyatakan pelajar sains miri terkena Virus H1N1 lagi ...eeee tak baguh laaa macam ini .....macam mendoakan Sekolah Sains Miri terkena jangkitan pulak ...sepatutnya pihak akhbar tersebut menghubungi pihak pentadbiran memohon pengesahan berita tersebut sebelum dikeluarkan dalam surat khabar mereka ......(News See Hua Daily )
setakat ini ..tidak ada seorang pelajar SM Sains Miri yang disahkan oleh Pej Kesihatan yang terkena H1N1 ..cuma deman deman biasa sahaja .Kita harap dan doakan semoga kita semua dianugerahi dengan kesihatan yang sempurna ...amin ....
Wednesday, July 29, 2009
Mari Belajar Eqution KAT SMSM....
BANGUN + AWAL = IMAM PERTAMA
TOILET + METROSEKSUAL = SEJAM 30MINIT
TIDUR + DALAM KELAS = KETINGGALAN
SCORE + BERTANYA = CIKGU SAYANG
HANDPHONE +MP3/MP4 = RAMPAS
AWEKS + DUIT = MASALAH
WUDUK + UNIK= LAMA TUNGGU
ZERO DEFECT + DISIPLIN =HEM
CUBA + FORMULA =1.13 MINIT SATU SOALAN (HIGH SCCORE)
SKOP?+ EXAM = SCORE GEMPAK
BUKA PUASA + SOLAT = KHUSYUK
SIREN + LIGHT OFF= TIDOOOOO
GAGAL+ CEKAL =BERJAYA
USAHA + TAWAKKAL =PMR DAN SPM STRAIGHT'S A
GOSIP+ MENGUMPAT = DOSA .....
FORM: MOHD EZARUL EZDIHAR AZHAR
Labels:
Cakap Cakap
Cerita Tentang Kawan ....
1-Kawan tu bukan macam main FUTSAL ..Mula mula kejar ...bila dah dapat disepaknya ...
2-Kawan tu bukan macam main SKATE .Mula-mula gosok ..lepas tu pijak .
3-Kawan tu bukan macam main RAGBI..Mula mula tangkap...dah dapat tendang .
4-Kawan tu bukan macam PAMPERS...dah pakai ,buang .
5-Kawan tu bukan macam barang KEMAS .waktu baru dibeli pakai .dah berkulat gadai.
6-Kawan tu bukan macam PELANGI Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul ..
7-Kawan tu bukan macam KERETA ,rosak sikit jual ...ambik kereta baru .
8-Kawan tu bukan macam CHIPSMORE ,,kejap ada kejap takde .
9-Kawn tu bukan macam BANK .bila takde duit .pegi kat sana ambik .
10- Kawan tu macam apa ye !!?????
Walau apapun tanggapan orang tentang kawan ,..bagi saya kawan tu amat penting seorang kawan takkan biarkan dia menangis ,sedih ,berduka,dan sebagainya .kawan sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara ...yang penting ,seorang kawan sentiasa akan menghadiahkan senyuman kepada kawan kawanya .
Monday, July 27, 2009
Bagaimana Nak Cemerlang ! Pengurusan Masa Tidak Betul
Pengawas datang jemput minta tolong lihat puteri 1 jaya katanya macam kena Histeria ...so pergi lah ke sana dalam perjalan tu teserempak pulak dengan pelajar puteri 1 usaha tengah khusuk melukis kartun ini ....aduh !!! terdetik dihati macamana nak cemerlang ,? kalau masa prep digunakan untuk melukis ..bukan tak boleh melukis tapi masa je tak sesuai ..Prep malam belajar la....atau sekurang-kurangnya buat kerja rumah ...ini tidak !!!!melukis !!!!....kalau satu hari aku rasa dan pasti tak siap tu !!!!...cuba dia jadikan semangat atau ketekunan melukis tu untuk apa-apa subjek pasti melekat terus 2 atau 3 tajuk ...sayang bebudak nie ..tak fikir banyak...tak fikir sangat masa depan dia .......aku tak tahu untuk apa dia bazirkan masa begitu banyak untuk melukis kartun tu ...kalau dia melukis dan hantar ke syarikat percetakan ,takpe !! dapatlah duit untuk buat tampung belanja sekolah ...macam cikgu abang Hasyim dulu....dia lukis dan hantar ke syarkat buku ..wah dapatlah duit ........aduh putera puteri sainsri ...manfaatkanlah sebaik mungkin masa yang telah diberikan buat anda semua .....sebaik-baiknya .
Labels:
Buat Buat Cerita
Kekadang Kita Tak Perasan .....
Tips yang member hantar kat e-mail ...untuk dikongsi bersama ,...
JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR
Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....
Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.
Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel
dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi ..
Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.
jangan kerana minyak setitik habis kita akan jadi ternganga ...
Saturday, July 25, 2009
Ceramah Prof DR Mornie Kambrie-LDP Guru SMSM
Sekarang tengah berlangsung LDP untuk Guru2 dan Staf Sek Men Sains Miri di bilik santubong(25 Julai 2009) ...banyak manfaat dapat diambil dalam sesi ini ..banyak input yang berguna di perolihi ....bukan senang nak dapat Prof yang nak sampaikan ceramah ....teruja dgn beliau yang sudah memiliki dua U ni....UNITAR dan SIDMA College .......
SERBA SEDIKIT UNTUK DIKONGSI BERSAMA
5 sebab mengapa sesetengah orang tidak bermotivasi
1-Tiada matlamat hidup yang jelas
2-Gagal membuat perancangan
3-Dipengaruhi oleh persekitaran
4-Tidak kenal dan tidak tahu kehebatan diri
5-Tidak tahu cara mendorong diri .
Labels:
Berita Sekolah
Friday, July 24, 2009
Ceramah Dan Pameran Bomba
Ceramah dan pameran bomba telah dibuat di DSP petang tadi dan demo kebakaran serta pameran turut diadakan ...aku tak sempat nak merakam gambar demo memadam kebakaran kerana terpaksa masuk mesyuarat Koperasi sekolah ...yang sempat hanya melihat Pameran Bomba sahaja, kerana Pihak Bomba dan penyelamat membawa bas pameran yang teramat canggih dan menarik ...\\
Labels:
Berita Sekolah
Solat Jumaat
Jawatankuasa Surau dalam mesyuarat jumaat lepas, telah bersidang dan memutuskan kaedah terbaik mengelakkan pelajar agar tidak lewat dan tidak pergi solat. Minggu ini putera Islamtidak dibenarkan balik ke Kolej Kediaman ,kerana bila berada di Asrama mereka banyak menghabiskan masa dengan melepak dan santai-santai yang menyebabkan kelewatan untuk pergi solat.mereka ini beranggapan guru guru akan membawa mereka ke masjid....untuk mengelakkan perkara itu berlaku kaedah terkini sedang diuji dan diharapkan ianya mendatangkan kebaikan bersama ........
Labels:
Berita Sekolah
Thursday, July 23, 2009
Taklimat Pengambilan Murid Ke SBP
Taklimat pengambilan murid ke Sekolah Berasrama Penuh sesi 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah Kuching Jalan Demak Kuching .23 July 2009 Jam 8:30....Pegawai BPSBP SK yang hadir Tuan Hj Rafar ,,,Wakil SM Sains Kuching Tidak Hadir atas sebab yang tak dapat dielakakn ...InsyaAllah jam 2.00 Petang nanti sempat terbang balik ke miri ......dan difahamkan pegambilan murid ke SBP tahun 2015 penilaian akan dibuat secara menyeluruh dari tahun satu hingga tahun 6...mak oiiii susah jugan nak mohon memandangkan persaingan yang terlalu sengit sekarasng ini .
Murid boleh memohon untuk membuat permohonan secara online melalui laman web KPM www.moe.gov.my
Pemohon diberi peluang untuk membuat pilihan SBP
tarikh permohonan 1 September 2009 sehingga 15 Okt 2009 .
Keputusan dapat dilihat pada 25 Disimber 2009
Labels:
Berita Sekolah
Sombong Atau Bongkak
sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:
"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."
(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.
merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.
dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:
"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
dan sabda baginda lagi maksudnya:
"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*marasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."
tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...
Firman Allah swt maksudnya:
"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."
(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.
merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.
dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:
"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
dan sabda baginda lagi maksudnya:
"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*marasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."
tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...
Labels:
Renungan
Gambar gerhana matahari
Gerhana penuh matahari pada semalam (22 Julai 2009) merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.
Di miri petang tadi tak dapat melihat gerhana matahari semalam tak dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah ini semalam.
Gerhana penuh dapat dilihat dari India dan China
Semalam Di Kuching
Jam 8.05 malam tadi 22 Julai 2009 aku Fly dari miri ke Kuching untuk taklimat Kemasukan Pelajar Ting 1 Ambilan 2010...pada asalnya dibuat di sains kuching ..tapi oleh kerana ada masalah dgn H1N1 lokasi terpkasa diubah ke PPD kuching jln damak ...ah ...aku tak tahu kat mana..apapun pergi jak lah .....naik teksi tauknya towk ..!
ari tu tempah otel ......semua penuh ...yang ada bilik rega RM 1000 ..giler! mana ada duit ! last-last daptlah juga kat merdeka palace RM175 smalam ...adui rasa tak berbaloi..koz kejap je .duk kat sini ..jam 7 dah chek out .....untuk pergi ke PPD ..n mungkin jam 1.00pm abis ........aku terbang balik ke miri mungkin jam 3 petang towk ....
Labels:
Cakap Cakap
Tuesday, July 21, 2009
Buat Power Point ...Pen Islam
3 Hari dah masuk ke pusat akses bersama pelajar Tingkatan 1 Iltizam Pen Islam untuk menyiapkan Power Point mereka ,Seronok mereka ini ..dan aku mengharapkan agar bukan sahaja matapelajaran Mate Sains Sahaja perlu guna IT ..aku rasa Mata Pelajaran P.Islam juga perlu seiring dan sejalan dengan teknologi semasa..........so bawalah kelas aku yang cute mute budaknya ke Pusat Akses.Ahad lepas sudah temankan mereka sepetang disana ...malas.!!!!best lagi tidooooo.tapi kasihan juga mereka nampak seronok dan bersungguh-sunguh untuk menyiapkan kerja mereka ...so jalanleeee....apappun ..semangat guru akan bertambah bila tengok pelajarnya bersemangat ................
Labels:
Berita Sekolah
Monday, July 20, 2009
Pakai Macamana Sik Hal ....Yang Penting ..Pakai
Hari ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan H1N1, pihak sekolah SMSM telah mengambil satu langkah baik ,mengagihkan kepada putra puteri sekeping seorang surgical masks ..dengan harapan, mereka akan memakai dengan betul dan memanfaatkan kemudahan yang diberi ....doa kita semoga semua warga sainsri selamat ......
Labels:
Berita Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)